Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, June 29, 2010

FELDA Adalah Contoh Bagaimana UMNO Tipu Orang Melayu

NOTA EDITOR:UMNO pergi ke sana ke mari beritahu orang ramai kononya PAS jual hak Melayu kerana bekerjasama dengan DAP.

Rupa-rupanya UMNO yang paling teruk khianati Melayu. Sebusuk-busuk DAP, takda lah DAP yang hilangkan wang Felda sampai RM3-8 billion ringgit. Bukankah Felda ni 100% Melayu?

Adakah dosa DAP selama ini dapat dibandingkan dengan UMNO yang telah menghilangkan lebih RM3 ribu juta wang kepunyaan orang Melayu Felda. Kita tak tahu, adakah wang itu akan kembali atau dapat diganti tapi yang kita tahu wang itu telah lesap.

Selama ini UMNO menuduh PAS dan DAP menjual hak Melayu, padahal pengkhianat Melayu yang sebenarnya adalah UMNO dan Najib sendiri. Wang kepunyaan Melayu telah hilang ditelan oleh kroni2 UMNO.

Juga, kita tak tau apa lagi hak Melayu yang akan difaraidkan oleh UMNO kepada kroni-kroni mereka. Di bawah adalah cabaran dari ANAK untuk berdebat secara terbuka dengan Ahmad Mazlan dalam isu hilangnya wang FELDA.

Kalau UMNO benar-benar yakin mereka benar, saya cabar Ahmad Mazlan terima cabaran dari Mazlan Aliman ini. Kalau tidak, UMNO hanya bercakap kosong dan terbukti UMNO tidak lain sebuah parti yang pembohong dan perompak.

Kasihan FELDA kerana terpaksa menanggung cara pembangunan UMNO, yakni cara “Biar Pape Asal Gaye”. Semua yang UMNO buat untuk FELDA ini bakal hancur dan bakal merugikan setiap peneroka FELDA. Percayalah.

Yang senang nanti hanyalah kroni2 dan UMNOPUTRA.

Ayoh UMNO. Ayuh Ahmad Mazlan, Ayuh Najib sambut cabaran Mazlan Aliman untuk berdebat. Apa yang kamu perlu takut sekiranya kamu benar.

Antara hujjah Mazlan Aliman yang WAJIB Najib Tun Razak jelaskan adalah:

Dalam pada itu, behubung RM2 bilion yang didakwa digunakan untuk tanam semula, Mazlan berkata Felda sepatutnya tidak mengalami kemerosotan, kerana mereka membuat pemotongan caruman RM40 setiap bulan bagi sejumlah 112,635 peneroka.
Jika dikira sejak kali pertama Felda membuat pemotongan tersebut sehingga kini, dan dilaburkan, beliau memberitahu paling kurang Felda mendapat RM3 bilion daripada tanaman semula.
"Ke mana pergi wang ini? Kita minta satu penjelasan dari Perdana Menteri," katanya lagi.


Ertinya, bukan setakat Wang FELDA hangus, wang yang dicarum oleh peneroka dari gaji mereka sendiri pun lesap ditelan bumi.

Saya rasa dengan hujah sebegini, Najib dan Ahmad Maslan TIDAK AKAN BERANI berdebat secara terbuka, inshaalah.
Rizab Felda: Anak cabar Ahmad debat terbuka

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 28 Jun: Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan untuk berdebat secara terbuka berhubung isu kemerosotan rizab Felda.

Dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini, Mazlan berkata, jawapan Ahmad di parlimen berhubung faktor kemerosotan tersebut adalah sangat meragukan dan banyak tanda tanya.

"Saya cabar Datuk Ahmad Maslan buat debat intelektual tentang Felda, di mana-mana saya tak kisah.

"Kalau dia rasa dia betul, kata pendedahan kita ni salah, kita buat debat," katanya.
Turut serta dalam sidang media tersebut, bekas Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong.

Ahmad sebelum ini mengakui rizab tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada 2009.

Kemerosotan itu, jelasnya ekoran RM2 bilion digunakan untuk pembangunan tanam semula, termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta pinjaman pembesaran rumah peneroka, RM662 juta untuk bagunan baru Menara Felda.
Bagaimanapun, Anak berpendapat banyak keraguan di sebalik penjelasan tersebut.

Selain itu, Anak juga jelasnya akan membuat laporan polis berhubung keraguan mereka terhadap penjelasan kerajaan itu di seluruh negara sehingga hujung bulan ini dan sehingga kini tiga laporan polis telahpun dibuat iaitu di Temerloh, Kota Tinggi dan hari ini di Segamat.

Jika tiada sebarang respons dari laporan-laporan tersebut, Mazlan berkata perkara tersebut akan di bawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Kita akan bawa semua wakil-wakil peneroka, anak-anak peneroka berhimpun beramai-ramai di hadapan pejabat SPRM.

"Kita akan serahkan satu dokumen lengkap salah guna kuasa oleh kerajaan, minta SPRM siasat.

Dalam pada itu, behubung RM2 bilion yang didakwa digunakan untuk tanam semula, Mazlan berkata Felda sepatutnya tidak mengalami kemerosotan, kerana mereka membuat pemotongan caruman RM40 setiap bulan bagi sejumlah 112,635 peneroka.

Jika dikira sejak kali pertama Felda membuat pemotongan tersebut sehingga kini, dan dilaburkan, beliau memberitahu paling kurang Felda mendapat RM3 bilion daripada tanaman semula.

"Ke mana pergi wang ini? Kita minta satu penjelasan dari Perdana Menteri," katanya lagi.

Bagi pinjaman perumahan pula, Mazlan yang juga generasi kedua Felda berkata, seramai 18,406 telah membuat pinjaman dari Felda.
Setiap peneroka, jelasnya diminta menandatangani satu borang serah kuasa dan dikehendaki membayar balik pinjaman dengan 2.5 peratus kos pengurusan.
"Peneroka akan membayar balik pinjaman tersebut antara RM200 hingga RM300 sebulan.

"Dia sebut Felda keluarkan RM603 juta, pada masa yang sama, berapa banyak kutipan telah dibuat oleh Felda atas skim pinjaman sejak 2005 hingga sekarang?" soalnya lagi.

Beliau turut mempertikaikan kewajaran Felda memperuntukkan RM253 juta yang didakwa untuk tabung kemiskinan Sabah, sedangkan anak peneroka di Semenanjung ini pun tidak diberi apa-apa bentuk kebajikan.

"Apa relevannya sebuah negeri seperti Sabah, yang mendapat geran setiap tahun, dalam bajet disalurkan peruntukan sekian banyak, tiba-tiba agensi seperti Felda yang mendapat peruntukan dari kerajaan awal dahulu untuk bantu rakyat, institusi ini pulak bantu kerajaan Sabah?" soalnya lagi.

Keraguan juga timbul berhubung sejumlah RM662 juta yang didakwa diperuntukkan untuk bangunan baru Menara Felda.

Menurut Mazlan, kenyataan Ahmad bahawa RM662 juta untuk bangunan baru tersebut juga bercanggah dengan kenyataan awal Datuk Seri Najib pada 2008.
Najib pada waktu itu memberitahu kos untuk bangunan baru tersebut adalah RM640.77 juta dan akan siap dalam masa tiga tahun.



38 comments:

Anonymous said...

dah hampir 20 tahun pas memerintah kelantan.

1. berapa banyak masjid dibina
2. berapa banyak biasiswa di berikan
3. berapa banyak pelaburan di terima
4. berapa banyak peluan pekerjaan
5. berapa banyak ladang dibuka kira macan felda la di beri kepada rakyat
Dan berapa banyak tokong dibina berbanding masjid.

org pas lebih bagus dari umno buktikan.....

Anonymous said...

semua yang orang buat tak betul. yang depa buat semua betul. tahniah kerana di kedah ni dah tumbuh pusat-pusat karaoke yang hebat. promo terbuka di tengah-tengah alor setar. kilang-kilang yang dibangunkan oleh BN dah mula lari satu-satu. biaq pi lah sebab puak pekerja kilang ni banyak penyokong PAS. walaupun aku bukanlah ahli UMNO tapi aku masih tahu berterima kasih atas segala kebaikan yang mereka beri kepada anak melayu dan Islam selama ini. walaupun ada kelemahan sana sini tapi kebaikan yang mereka telah buat terlalu besar dan terbentang depan mata. dan yang paling aku bersyukur seorang jurutera kawan aku yang sangat fanatik anwar dan PAS dah buka mata hanya kerana Kilang dia kerja kena tutup dek kerana kebodohan PAS. ditakdirkan pula dia dapat kerja kontrak melalui pakej ransangan ekonomi BN yang dia dok maki dulu.

Anonymous said...

anonymous, cuba berfikir sikit, guna akal yang di beri untuk berfikir, apakah duit yang digunakan oleh kerajaan untuk membina masjid dan semua yang anda nyatakan itu dari duit umno....apakah orang pas langsung tak menyumbang untuk itu...kerajaan mengenakan beratus-ratus bentuk cukai kepada semua orang, tak kira umno, pas atau dap.. jadi tak payahlah nak ungkit, lainlah kalau kami penyokong pas tak payah kena cukai, gula lebih murah dari penyokong umno, kereta lebih murah dari ahli umno... boleh le kami bayar cukai pada parti yang kami sokong... boleh le ungkit hal sapa yang buat... kami pun bayar saknika cukai... jangan jadi bahlol wal tolol

Dulu UMngok Tapi Skrg Tidak Lagi said...

org umngok ni memang ler..kalo suruh cium buntut pun depa cium...susah nak kasik terang..dah benak sgt...byak makan semut

Anonymous said...

alahai..
1.Kadang-kadang cemburu jugak dengan puak peneroka felda ni!!dari sebatang kara dikampung!!dapat tanah 10 ekar difelda!!paling hampas nilai semasa sejuta harganya!!yang tak hijrah kefelda!!dok dikampung-kampung dikelantan!!masih miskin nestapa!!
2.Kadang-kadang cemburu jugak dengan anak-anak felda ni!!ada MRSM untuk anak-anak felda lagi!!dapat mengaji free diIPTA!malah boleh belajaq diLKWing u lagi!!
3.Tapi apa yang nak dicemburukan pada depa!dah rezeki depa nooo!!!
4.Hairan jugak!!kalau ada orang tipu depa!!takkan depa dapat berbagai kemudahan!!hidup senang pulak tu!!puak felda sendayan!!semuanya jutawan!!
5.Dulu pada tahun 80an!ada peneroka felda!dok bakaq duit kerana tak tau nak buat apa dengan duit!!harga kelapa sawit tinggi melambung!duit sepuluh!depa gulung buat rokok!!!mewahhhhhhh nyaaa depaaaaa nooooo!!!jadi anak mas kerajaan!!!!!

Anonymous said...

http://www.anwaraidc.com/2010/06/gempar-penulis-zionis-sahkan-anwar-ke-washington-mohon-sokongan-1.html

...Beliau di dalam kolumnya bertajuk "Flirting with zealotry in Malaysia" di akhbar online Washington Post menulis :

Anwar, who was in Washington for a couple of days last week, spent a lot of time offering explanations to old friends, not to mention House Foreign Affairs Committee Chairman Howard Berman and a Jewish leader or two. He said he regretted using terms such as "Zionist aggression," which are common coin for demagogues like Mahmoud Ahmadinejad. "Why do I need to use it if it causes so much misunderstanding?" he said. "I need to be more careful."....

TB, hang pun sebenarnya tau this is the case. Tapi akan menutup kebenaran, macam orang kafir yang sentiasa menutup kebenaran.
Funny thing, how much did anwar pay to get access to these americans?? No need to pay????

John said...

Bantu kami berkembang: Blog tuan/puan ini telah kami link di website kami (Bahagian Blogroll), harap tuan/puan dapat pertimbangkan dengan meletakan link kami pula di

blog tuan/puan....Terima kasih

http://mybloghub.my/

Anonymous said...

Tipu melayu ? Felda bukak tanah bagi kat cina ka?

zargus said...

-jawapan tipikal n bangang dr penyokong umno, 'ala, kalo pakatan rakyat yg memerintah srupe tu jgak die buat'..

-konsep tipu or khianat melayu hnyalah bile melibatkn bangsa lain..kalu sesama bngsa sndri yg kekah duit , menindas, merasuah atau menipu, tue bkn khianat tp ape yerk?..tanye la anon2 yg bangang kt atas nie..

Anak Perelih said...

Anonymous June 29, 2010 4:54 PM (pengkomen pertama)... nak tanya...
berapa pula cukai pendapatan, cukai jualan dan berbagai lagi cukai yang dibayar kepada kerajaan Kelantan??? atau semuanya dikutip oleh Kerajaan Pusat??? dan berapa pula geran wajib perkapita yang patut dibayar kepada kerajaan negeri dibayar kepada kerajaan Kelantan????

Anonymous June 29, 2010 6:17 PM (pengkomen kedua)... di kedah saja ke kilang tutup...?? Johor, melaka Negeri Pahang macam mana?.. tu pun mujuq dekat dengan Singapore... kegawatan akibat kemelesetan ekonomi US menjadi punca la... bagaimana pula kerajaan berterimakasih kepada pengundi yang telah 52 tahun emngundi depa..>?? apa kerajaan sekalipun kena tunai tanggungjawab tu sebagai berterimakasih kepada pengundi....

Anonymous June 29, 2010 9:16 PM ...
ingat lagi kes Fgelda tipu peneroka di kelantandengan menukar gred sawit peneroka...??? gantirugi yg mahkamah perintah tu dekat Rm100,000 Felda kena bayaq... Kalau dah nak tolong tu tolong la.. jangan dok tipu lak...

Anonymous said...

Salam, mengenali YB Datuk Ahmad Maslan dan mengenali Mazlan PAS, adalah satu perbandingan bagai langit dgn bumi. YB Mat Maslan adalah seorang yg bijak, tidak mengata orang dan beliau memelihara peribadi serta sembahyang waktunya lebih elok dari pemimpin PAS sendiri.Jadi buat Mazlan Aliman, rentikanlah nak ajak YB Mat berdebat, kalah kau, bukan layak kau. Kau hanya oppotunis yg membawa isu yg boleh dipatahkan oleh budak kecil sekalipun. BUat TB, sudahlah tu buat fitnah, tapi ye le org mcm kau ni confirm masuk neraka, baik teruskan je buat kerja jahat ni

Anonymous said...

Untuk Perhatian Anak Perelih, sebenarnya Kelantan bayar cukai tak banyak sebab Kelantan mana ada hasil. Anak anak Kelantan kebanyakan cari makan dinegeri diperintah BN kalau nak kaya. Yg tinggal diKelantan adalah golongan tua yg siang malam dengar ceramah bohong Nik Aziz dan kuncu kuncunya,sebab tu BN pun tak berapa ghairah nak ambik Kelantan, negeri miskin.... tapi kesian yg duduknya semua org Melayu pulak tu... Melayu kena tipu dek PAS diKelantan

Pakcik Serendah said...

Hakikatnya, kebanyakan orang melayu yang berjaya dalam hidup akan menyokong apa yang UMNO telah lakukan dan yang gagal seperti kebanyakan umat melayu terutamanya diKelantan dan kedah akan menentang.

Ini hakikat kehidupan, kerana golongan yang gagal akan menyalahkan orang lain dan tidak akan menyalahkan diri sendiri....

Umpamanya di Selangor, ramai kalangan orang melayu cemburu dengan kejayaan orang-orang tertentu seperti kontraktor-kontraktor dan beberapa ahli perniagaan dan dikatakan rapat dengan kerajaan BN tetapi, bila Pakatan memerintah, tak juga mereka kaya atau berjaya.

Sekarang baru mereka tahu, nak berjaya bukan senang, kena bersaing, kena pandai cari peluang, kena ada strategi, kena ada network dengan ahli-ahli perniagaan, kena ada kemahiran dan paling mustahak, kena ada pengetahuan yang luas didalam bidang yang diceburi. Mereka ingat 'MENADAH TANGAN DAH CUKUP KEEEEE'. "LU FIKIR LAH SENDILI!!".

Anak Perelih said...

Anonymous June 30, 2010 1:29 PM...
kalau giotu apa nak ditakut berdebat dengan Mazlan Aliman.. inilah masa nak trashkan MAzlan Aliman utk tutup mulut dalam kes Felda ni.... inilah peluang UMNO nak kalahkan PAS... kalau tak ambik peluang ni... bodohlah UMNO....

anonymous June 30, 2010 1:35 PM...
kerajaan negeri di Malaysia ni cuma boleh kutip cukai dari hasil bumi dan air seperti cukai lombong, galian, hutan/balak dan air saja... dan cukai ni berapa sangat la.... kerajaan tempatan pula boleh kutip cukai pintu dan cukai sampah... berapa sangat la cukai ni...

tapi cukai kastam, cukai pendapatan, cukai jualan dan bermacam lagi dikutip oleh kerajaan persekutuan menerusi Kastam, LHDN dan lain lain lagi... dan cukai ni banyak... dan cukai ni balik ke kerajaan negeri menerusi gran wajib perkapita yang wajib dibayar.. tapi dalam kes kelantan... berbagai cara diguna utk mengurangkan jumlah yang kena bayar kepada kelantan... lain kali cari maklumat pasai cukai ni dulu..... yang bayaq cukai bukan negeri Kelantan.. tapi rakyat kelantan... yang cari makan diluar negeri ni bukan rakyat kelantan saja.. tapi rakyat perelih/kedah/pahang pun ramai cari makan di lembah klang dan penang.. sebab tu kenduri kenara dah tak pakai berhidang dah... sebab anak muda dah pi kerja diluar negeri diaorg...yang tinggal adalah warga emas/tua - pengundi UMNO tegar... sebab tu kawasan luar bandar UMNO menang... contoh di perleih ni... nak promote unut trust pun susah sebab org yang ada duit hanya kakitangan kerajaan... di kedah, mujur ada petani yang kaya....

Anak Perelih said...

Pakcik Serendah...

Orang melayu ayng berjaya dan sokong UMNO ni hanya dok harap kontrak kerajaan saja.. bukan dok meniaga dengan open market macam org cina... sebab tu ekonomi orang melayu tak boileh kuasai... sekali pemimpin berubah, berlainan kem ke walau dari UMNO jugak.. kontrak dah tak dapat dah.. terus gulung tikar...

dan konsep UMNO yang memperkaya segelintir peniaga melayu UMNO ni lah menyebabkan DEB gagal.. dan melayu gagal kuasi 30% ekonomi....

Anonymous said...

pembangkang cuba serang felda ...dgn harapan "undi simpanan tetap" BN ini akan digoncangkan agar lubuk ini pecah...strategy PKR/PAS mudah di hidu...FELDA adalah kawasan paling selamat utk BN jadi mereka serang utk jadikan modal besar...thinking tht warga felda akan termakan hasutan dan provokasi mereka...mereka juga akan serang Rosmah Mansor sebagai salah satu agenda utk mengurangkan popularity Najib....ini yg telah dimaklumkan oleh salah seoarng ORG DALAM PKR/PAS kepada unit risikan BN...isu JUDI tak sempat jadi isu besar maka mereka harus cari isu baru untuk menaikkan mood benci pd kerajaan...ALLAH tetap akan bersama org org yg benar...maka apa yg dirancangkan oleh pak syeikh serta rakan sesyurga spt Karpal sgh dan lim kit siang sure tak akan jadi....menuju putra jaya tapi sangkut kat tanjung malim.....

yunus said...

Saya nak komen sikit Anom pertama dll(kalaupun biarlah pakai nama betul).Kalau nak debat apapun fahamilah tajuknya.Janganlah main hentam sembrono saja.Kalaupun tak berakal janganlah saudara tunjuk kepada umun,sedangkan islam melarang umatnya meceritakan kelemahan/keburukan seseorang.Tapi yang peliknya saudara sendiri menunjukkan kelemahan saudara.Cuma saya nak bertanya:
1)Fahamkah saudara sistem pemerintahan kita,diantara tanggunjawab dan amanah kerajaan pusat dan negeri.Jangan saudara samakan JKK kampong dgn pegawai daerah,Adun dgn menteri.Jika ia macamlah saudara samakan suadara dgn bapa atau ibu saudara
2)Adakah saudara boleh gaulkan amal kebajikan dgn kemungkaran seseorang.Ambil kebajikannya dan pejamkan mata kemungkarannya.Jika begitu senanglah saudara diakhirat kelak
3)Tentang orang Felda hidup senang lenang skrng.Saya nak tanya Puas hatikah kita bila mak bapak bagi Pelbagai kemewahan,harta benda duit ringgit.Tup2 bila mereka mati baru kita tau rupanya meraka hutang bank/along dll.Yang lebih teruk rompak hak org lain
4)Tentang Umno juga buat jasa.UMNO,Pas dll tidak boleh buat apa kerana ia hanya organisasi tapi org yg didalamnya menentukan baik buruknya.Bila sebut org ia tidak kekal dan silih berganti.Memang Tun Razak banyak buat jasa sebelum ini,tapi ianya bukan tiket kepada yg lain untuk terus berkuasa tanpa membuat sesuatu.Bukan salah P.Ramli ataupun Mokhtar Dahari,tapi salah kita kerana tidak bebuat sesuatu kerana asyik bernostalgia meraka tidak ada pengganti.Sedangkan bangsa lain dari Pele,muncul Maradona skrg Messi.Dari Elvis muncul MJ dan seterusnya.
Nasihat saya pada anom semua,jgnlah tasub kepada sesuatu benda sampai kita tak kenal jantan betinanya,fikirlah sesuatu isu secara totalitynya.Kalau tidak jadilah kamu macam tuan TB selalu cakap MELAYU SENANG DAN SELALU KENA TIPU.Wasalam

Anonymous said...

BismillahirRahmaaniRhiim !
Ahmad Kamar :
KEBENARAN/HAQQ ITU SEPERTI AIR PUTIH YANG BERSIH. IA MENUJU KE SUNGAI DAN LAUT.
BATHIL ITU PENGHALANG. PENGHALANG AIR AKHIR AKAN KALAH DAN HANCNUR.

Berbahaslah atas dasar kebenaran atau HAQQ.
Syarat berbahas : premis [dasar hujah] utama kena tegap. Ikuti dengan PREMIS kedua yang berkaitan. Kemudian tarik kesimpulan.
Bagaimanapun,semua dasar hujah masih berupa "andian". Ia masih ada kelamahanya.
Ingatlah bahawa "kesimpulan yang hujahnya tidak terbela dengan telus" biasanya teperuk dalam kategori yang lemah, malahan ditolak oleh pendengar dan pembaca.

PREMIS yang tempang ialah premis terlalu bersifat pada "ukuran politik". Umpamanya perasaan dan kepentingan diri.
Banyak pernyataan yang membela "keputusan atau tindakan politik" didapati tidak tepat. Sebab itu, ia satu bukan atas dasar pernyataan resmi pemerintah. Tambahna pula apa yang berlaku adalah akibat daripada rancangan yang tidak diwartakan (gazet).

Banyak keputusan politik (poliotical decisions) yang telah menghancurkan masyarakat dan negara.

AMBIL SATU CONTAH SAHAJA : LIHATLAH TERCETUSNYA PERANG TEMPATAN DAN DUNIA. SIAPA YANG PUNYA ANGKARA ? APAKAH TENTERA YANG MAHU/ INGIN/ HENDAK BERPERANG DAN TINGGALKAN ISTERI MEREKA JADI JANDA ?

Begitu pedapat saya bahawa sesuatu "isu", projek, rancangan yang tidak berdasarkan penyelidikan yang menyeluruh DAN TIDAK DIWARTAKAN maka tunggulah aki8bat buruknya...TSUNAMI MELANDA TANAH AIR MENYAPU KEBATHILAN. ALLAH MAHA BERKUASA HAKIM YANG MAHA ADIL. Maaf.

Sekian secebis pendapat menjelang.
asar. ~Ahmad Kamar.

Anonymous said...

BismillahirRahmaaniRhiim !
Ahmad Kamar :
KEBENARAN/HAQQ ITU SEPERTI AIR PUTIH YANG BERSIH. IA MENUJU KE SUNGAI DAN LAUT.
BATHIL ITU PENGHALANG. PENGHALANG AIR AKHIR AKAN KALAH DAN HANCUR.

Berbahaslah atas dasar kebenaran atau HAQQ.
Syarat berbahas : premis [dasar hujah] utama kena tegap. Ikuti dengan PREMIS kedua yang berkaitan. Kemudian baru tarik kesimpulan.
Bagaimanapun,semua dasar hujah masih berupa "andian". Ia masih ada kelamahanya.

Ingatlah bahawa "kesimpulan yang hujahnya tidak terbela dengan telus" biasanya ia teperuk dalam kategori yang lemah, malahan ditolak oleh pendengar dan pembaca. Kosong jadinya.

PREMIS yang tempang ialah premis terlalu bersifat pada "ukuran politik". Umpamanya perasaan dan kepentingan diri dan kumpulan.
Banyak pernyataan yang membela "keputusan atau tindakan politik" didapati tidak tepat.

Sebab itu, ia satu isu yang bukan atas dasar pernyataan resmi pemerintah. Tambahna pula apa yang berlaku adalah akibat daripada rancangan yang tidak diwartakan (gazet). apa sajaja yang tidak diwartakan oleh pemerintah untuk pengetahuan rakyat secara hukumnya ia tidak saha. Bukankah begitu ?

Lihat sahaja, banyak keputusan politik (poliotical decisions) yang telah menghancurkan masyarakat dan negara.

AMBIL SATU CONTAH SAHAJA : LIHATLAH TERCETUSNYA PERANG TEMPATAN DAN DUNIA. SIAPA YANG PUNYA ANGKARA ? APAKAH TENTERA YANG MAHU/ INGIN/ HENDAK BERPERANG DAN TINGGALKAN ISTERI MEREKA JADI JANDA ?

Begitu pedapat saya bahawa sesuatu "isu", projek, rancangan yang tidak berdasarkan penyelidikan yang menyeluruh dan ia TIDAK DIWARTAKAN maka tunggulah aki8bat buruknya...
TSUNAMI MELANDA TANAH MENYAPU KEBATHILAN.
ALLAH MAHA BERKUASA HAKIM YANG MAHA ADIL. Maaf.

Sekian secebis pendapat menjelang.
asar. ~Ahmad Kamar.

Pakcik Dari Serendah said...

Anak Perelih,

Pasal yang segelintir yang kaya raya tu, jangan sebutlah, nama pun segelintir. Yang kita kena kira ialah peningkatan umat melayu peringkat menengah (middle income) yang begitu ramai sekarang.

Zaman pakcik, nak tengok orang melayu pakai kereta mewah, punyalah susah, sekarang dah tak hairan pun.

Saya cabar kamu, kalau ada peluang, cuba tanya asal usul mereka, gerenti 90% akan kata, dulu mereka susah, anak petani lah, anak polis lah, anak Felda lah dll.

Pakcik bukan orang UMNO dan tak pernah pun peduli pasal politik, tapi bila ada segelintir umat melayu yang serupa kacang lupakan kulit, menyirap juga darah. BODOH SANGAT KE MEREKA NIE?....APA PULAK YANG MEMBUTAKAN MEREKA NIEEE?.

Anonymous said...

jawapan tepikal dari pembangkang...

bila mundur salahkan org lain pelbagai alasan diberikan.
adakah orang yahud hanya berdoa saja membina negara israel. Orang islam adalah insan terpilih, permata dicampak kemana pun akan bersinar, tapi org pas ni masih berkarat dah dapat memerintah patutnya dapat membina negeri lebih cemerlang dari negeri2 lain agar menjadi contoh pemerintahan islam. Singapore telah membuktikan mereka cemerlang dari kita malah satu dunia hormat mereka. Harap negeri-negeri dibawah PAS dapat membuktikan meraka ini sangat bagus. Jangan dok ceramah maki hamun saja, pengikut dok tengaga dok kena kelentong dek penceramah. benarlah org melayu senang dan mudah di tipu tu yang anwar ibrahim buat...

Anonymous said...

jawapan tepikal dari pembangkang...

bila mundur salahkan org lain pelbagai alasan diberikan.
adakah orang yahud hanya berdoa saja membina negara israel. Orang islam adalah insan terpilih, permata dicampak kemana pun akan bersinar, tapi org pas ni masih berkarat dah dapat memerintah patutnya dapat membina negeri lebih cemerlang dari negeri2 lain agar menjadi contoh pemerintahan islam. Singapore telah membuktikan mereka cemerlang dari kita malah satu dunia hormat mereka. Harap negeri-negeri dibawah PAS dapat membuktikan meraka ini sangat bagus. Jangan dok ceramah maki hamun saja, pengikut dok tengaga dok kena kelentong dek penceramah. benarlah org melayu senang dan mudah di tipu tu yang anwar ibrahim buat...

Anak Perelih said...

Pakcik Dari Serendah...

segelintir mereka tetapi nilai kontrak adalah 'sebahagian besar'... ibarat 10% population control 80% nilai kontrak....

sebahagian besar peniaga pula adalah yang berusaha sendiri.. berniaga di pasar malam, gerai makanan etc..ke kedai dan restoran... mereka inilah peniaga sejati dan tahan dugaan berniaga... bukan bila sudah tak dapat kontrak bila Shahidan dah diganti Mat Isa Sabu... terus gulung tikar....

yang pakai kereta mewah pun ramai yang tak ada duit... berhutang la tu... penarik kereta pun ramai dok menayang bawak BMW/Merc yang dia tarik... BTW harga kereta di Malaysia ni adalah ke 3 tertinggi di dunia jika kita compare model keluaran yg sama...

yang seperti kacang lupakan kulit adalah UMNO... kerana mereka lupa siapa yang mengundi mereka .. yang mengangkan mereka jadi kerajaan selama 53 tahun lepas... itu yang menyirap darah kami ni... yang ramai terdiri dari mereka tidak berparti... kerana yang membutakan dan memperbodohkan mereka selama ini adalah propaganda UMNO...

Anonymous said...

Felad sajakah?For over 5o years,tanah rezab melayu telah dirompak,kampung melayu telah dibulldozekan oleh puka hapark iblis umno dan raja pisang..

Anonymous said...

Lupakah Umno bahawa 139,409 hektar tanah rezab melayu di negeri-negeri tersebut telah dibatalkan oleh kerajaan BN dahulu dan hanya 77,208 hektar sahaja yang diganti semula. Masih terdapat baki 62,201 hektar yang perlu diganti oleh kerajaan BN dan ini menunjukkan kerajaan BN gagal untuk mempertahankan tanah rezab melayu sebagai benteng akhir kekuatan politik melayu. Sekarang ini pun, Umno sedang berusaha untuk menghalau orang-orang Melayu di Kampung Baru, Kuala Lumpur supaya mereka dapat menjadikannya Bukit Bintang kedua. Upayakah orang-orang Melayu menguasai pusat-pusat perdagangan jika ia diwujudkan di kampung baru?

http://gemasuara.blogspot.com/2009/01/melayu-kehilangan-tanah-kerana-mu-umno.html

Anonymous said...

Dari Malaysiakini

Sasaran 30 peratus ekuiti untuk bumiputera di bawah Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK10) tidak akan dapat dicapai kerana tiada insentif yang diberikan untuk mempertahankan pegangan mereka, kata ahli ekonomi terkemuka, Jomo KS.

“Anda mempunyai situasi, di mana ukuran anda mengenai apa yang akan membawa kemajuan kepada orang Melayu, adalah satu ukuran yang akan gagal, kerana dasar tersebut,” katanya dalam sidang media selepas memberi taklimat kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat mengenai RMK10.

Jomo mendakwa mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad adalah orang yang bertanggungjawab memulakan amalan di mana saham bumiputera diberi kepada segelintir golongan elit sahaja.

Menurutnya, amalan tersebut telah mengakibatkan ekuiti bumiputera menjadi beku antara 18 hingga 22 peratus sejak pertengahan 1980-an.

“Jika anda melihat angka-angka dari tahun 1970 dan seterusnya, dari 2.4 pada tahun 1970, ia meningkat ke sekitar 18 peratus pada

awal 1980-an dan kemudian kekal antara 18 hingga 22 peratus untuk 30 tahun akan datang.

“Mengapa itu berlaku? Kerana anda mengambil aset yang dipegang bagi pihak masyarakat bumiputera dan kemudian memberikannya kepada beberapa orang sahaja.

“Jadi apa yang mereka lakukan? Kerana mereka mahu buat duit, maka apa yang mereka lakukan ialah menjualnya. Jadi hasilnya adalah ianya tidak lagi dimiliki oleh bumiputera,” jelasnya.

Anonymous said...

ya..any moment,si wanted man by the french gomen akan call for a snapelction..dan hari si wanted man tipu lagi..kunuunya,ekonomi malaysia akan mencapai USD504 billion pd tahun 2020..bila dia sebut angka tu,maka kompomlah,si wanted man ni in a desperate ..billion billion telah dibelankajn utk merasuah raja pisang,general2,mata mata,CONsultant dri zion..semunya nampak tak berhasil..nak implement gst,nak hapuskan subsidi pun tak berani..ini menunjukkan rakyat dah mulai sedar,rakyat dah mulai tahu,dan kehilangan 5 negeri jelas menunjukkan,balance of power memang dah shift..kesian puak 2 yg menjilat kote umno..they too r doomed!!

Anonymous said...

Jakim: 81,000 orang anak luar nikah.

Hasil dari "kemajuan & kemewahan tanpa berlandaskan syariat Allah" yang didokong oleh UMNO? Banggakah Melayu dengan agenda pembangunan yang melehirkan begitu ramai anak luar nikah, penagih dadah, perasuah, penjenayah, perogol, peragut, penipu, dll....??

Felda kerugian berbilium2 ringgit...

Petronas kehilangan kawasan telaga minyaknya...

DEB gagal kerana amalan rasuah, tamak haloba & kontrak secara alibaba.. agihan projek kepada orang sekitar kalangan pihak berkuasa.. rakyat majoriti melayu sekadar "hamba" kepada para kapitalis BN....

Tanah2 milik melayu dikuasai oleh bukan bumiputera secara sistematik & halus.. sehingga hilang hak asal serta kuasa penentu/undi...

Aktiviti agama sebagai panggung sendiwara saja...

Apakah benar UMNO agen kolonialis sebagai penyesat & pengkhianat bangsa Melayu?

Apakah gelagat pemimpin2 UMNO yang sombong bodoh atau bodoh sombongan menguntungkan maruah bangsa ini?

Apakah UMNO merupa liabiliti & tidak relevan lagi kepada bangsa Melayu/ Islam?

Melayu/Islam perlu perubahan total & pemimpin2 masadepan yang benar2 bertaqwa & patriotik. PAS & PKR mungkin pilihan gantian semasa, khususnya PRU13, yang boleh menunduk kesombongan kuasa para pemimpin UMNO kini!

Anonymous said...

Sedarlah Orang Melayu sekalian,

Hentikanlah usaha hendak memecahbelahkan sesama sendiri. Hanya orang melayu yang dapat mempertahan dan memertabatkan agama Islam. Kia perlukan kuasa politik dan ianya hanya akan tercapai jika kita BERSATU.

Kaum cina telah merasa nikmat kuasa politik di Selangor,Perak dan Penang. Mereka dapat merasa apa yang mereka boleh buat demi kepentingan kaum mereka. Dah tiada lagi MCA atau Gerakan, hanya DAP pada mereka. DAP itu parti kafir yang terang-terang anti Islam!

Kita masih lagi tak sedar, kita masih lagi berdendam, kita masih lagi iri hati dengan kejayaan sesama melayu, kita masih berangan-angan mat Jernin.

Ada diantara kita yang masih lagi bangga dengan retorik 'islam itu islam', dan 'melayu itu melayu'. Walhal, hakikatnya 'Melayu itu Islam' dan 'Islam itu Melayu' di bumi Malaysia yang dicintai.

Masyarakat Islam di Sabah dan Sarawak menunggu masa unutk dianak tirikan oleh orang kristian dan harapan pertolongan hanya pada umat islam diSemenanjung, janganlah hampakan mereka. KITA TIADA PILIHAN, KITA PERLU BERSATU DAN TINGGALKAN PERKARA REMEH JAUH-JAUH....

blogenstarz said...

Sememangnya bila PAS mula masuk kerancangan tanah FELDA , bibit2 perpecahan peneroka melayu mula berlaku.
Sudah ada kelompok2 tertentu didalam FELDA.
Ini lah bahayanya PAS.Sanggup berbuat apa saja untu kepentingan POLITIK mereka.

Anak Perelih said...

kenapa bila disebut perpaduan.. mesti dibawah UMNO...??? tak boleh ke dibawah PAS...??? padahal sudah 50 tahun ni UMNO sudah memperguna orang Melayu demi memperkaya pemimpin dan kroni UMNO... dapat kontrak dan saham.. dialibaba kepada cina... sebab tu penguasaan ekonomi orang Melayu tak capat 30%... sebab tu DEB gagal...

Pakcik Serendah said...

Anak Perelih,

Tepok dada, tanya diri sendiri dengan ikhlas. Boleh ke orang melayu bersatu dibawah PAS yang bersekutu dengan kapiak DAP yang jelas anti melayu dan anti islam tu.

Orang melayu hanya boleh di tolong oleh orang melayu saja. Kalau dalam Pakatan, melayu kena mendapat kebenaran cina DAP, sorry lah.

Setelah 50 tahun mereka mencemburui pertolongan kerajaan UMNO keatas orang melayu, kamu ingat dia orang akan senyum lebar akan mempersetujui cadangan sebegitu dari PAS.

DAP mengunakan dasar yang serupa dengan parti komunis malaya. Mereka tahu untuk menawan tanah melayu, mereka perlu mendapat sokongan melayu dan caranya ialah mempergunakan tokoh-tokoh melayu seperti Rashid Maidin, Samsiah Fakir dll.

Didalam keadaan sekarang, Anwar, Hadi, Nik Aziz dan yang lain-lain semuanya diperkudakan mereka untuk memecah belahkan orang melayu. Mereka ini disanjung oleh orang DAP bagai nak rak. Tapi tengoklah nanti, bila mereka berkuasa, kau tahulah tinggi rendahnya langit....

Tulang Besi said...

Pakcik serendah,

Yang rompak duit Felda tu DAP ke?

Masa sebelum 2008 takda pulak nak bekerjasama dengan PAS padahal masa tu PAS belum bekerjasama dgn DAP


Sudahlah, UMNO lagi teruk tipu Melayu berbanding DAP.

kalau nak auta pun, pegi tempat lain la, pakcik serendah. Orang kat sini semua bijak2. susah nak kena tipu.

Pakcik Serendah said...

Tulang besi,

Kata belajar kat USA, blog dwi bahasa, banyak berjalan, open minded konon, kontoooooit!!!

You are the most hippokrit individual yang aku tahu hidup kat dunia ni....otak sesempit otak budak-budak darjah 6!!!

Anonymous said...

umnhno tak faham ..... pgurusan... mereka tahu bgaimana orang uhmmno kelontong rakyat dari cawangan, bhg hingga pwakilan... bina masjid duit persekutuan duit rakayat ... bayar cukai ,,, tapi uhmmno ...bend nafi hak rakyat klate.... sama dengan kes rolyati minyak.....pgundi muda ... dan bandar uhmmno tak blh tipu....

Anonymous said...

melayu yang ditipu dan senang ditipu ada dalam PAS..... by dap

Anonymous said...

Sebagai Newbie, saya selalu mencari online untuk artikel yang bisa membantu saya. Terima kasih Wow! Terima kasih! Saya selalu ingin menulis dalam sesuatu situs saya seperti itu. Dapatkah saya mengambil bagian dari posting Anda ke blog saya?.

Anonymous said...

Ini masalah saya benar-benar dipecahkan, terima kasih!.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.