Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, June 23, 2010

FELDA: Ahmad Mazlan Berbohong di Parlimen?

Misteri kehilangan wang simpanan Felda semakin terungkai satu demi satu. Pihak UMNO pula semakin kepanasan dan yang menjadi juara mempertahankan Najib Tun Razak di Parlimen adalah Ahmad Mazlan.

Dalam artikel di UMNO Online, Ahmad Maslan dengan bangganya berkata:
““Hari ini detik bersejarah. Saya gembira dapat berdepan dengan Anwar. Kita sudah tidak tahan dengan penyelewengan fakta-fakta oleh pembangkang. Takkanlah Felda, satu agensi terbesar untuk bantu Melayu, nak tipu Melayu…buat apa,,’’ katanya kepada umno-online di Dewan Rakyat hari ini.”.

Antara penjelasan Ahmad Maslan terhadap “kehilangan” wang Felda adalah:
““RM2 bilion untuk pembangunan tanam semula, termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta pinjaman pembesaran rumah tanpa riba untuk membesarkan 19,546 rumah peneroka., RM662 juta beli Menara Felda, depan KLCC, di kawasan segi tga emas KL yang pada 2008 nilai tanahnya RM 935 sekaki persegi sekarang RM1,400 ke RM 1,500 sekaki persegi,’’ ujar beliau,.

Namun, mengikut Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman, setiap Peneroka dipotong gaji mereka RM40 setiap bulan untuk tanam semula. Apa ALASAN FELDA untuk membelanjakan RM2 billion untuk PROSES TANAM SEMULA?

RM40 yang dipotong dari setiap peneroka dimasukan dalam TABUNG TANAM SEMULA yang sepatutnya cukup atau kurang sedikit dari kos sebenar proses tanam semula. Angka RM2 billion ini adalah satu angka yang SANGAT GANJIL memandangkan setiap peneroka Felda dipotong gaji mereka RM40 sebulan untuk tanam semula.

AHMAD MASLAN GAGAL MEMBERI JAWAPAN YANG MEMUASKAN

Sehingga kini, apa yang Ahmad Maslan ungkapkan di Parlimen GAGAL memberi penjelasan sebenar mengapa sampai RM2 billion harus dibelanjankan semata-mata proses tanam semula? Alasan yang diberikan Ahmad Mazlan juga alasan dangkal dan cetek (seperti dibawah):

“Dari RM17,000 untuk tanam semula , setiap peneroka cuma carum RM9,000. Ada sebahagian peneroka tak cukup bayar . Kadang-kadang RM 7,000 dan RM8,000. Untuk membangunkan tanah itu, perlukan RM17,000 . Oleh itu Felda bagi subsidi pula.

“Kepada yang tanam semula sendiri, kita bagi duit berperingkat-peringkat. Kalau bagi sekali RM17,000 , dia buat hal macam-macam. Tak tanam semula, dia beli kereta , rumah. Lepas tu duit habis , tanam semula tak dibuat,’’ katanya.


Secara tidak sedar, Ahmad Maslan mengaku ADANYA sumbangan pribadi peneroka terhadap proses tanam semula melalui tabungan. Ini bererti, FELDA TIDAK PERLU membiayai 100% proses tanam semula.

Maka, MENGAPA FELDA PERLU BELANJA SEHINGGA RM2 ribu JUTA untuk TANAM SEMULA?

Soalan ini Ahmad Maslan JELAS, GAGAL MENJAWAB.

Saya mencabar Ahmad Maslan membenarkan sebuah pasukan Audit yang dilantik Ketua Pembangkang untuk MENYIASAT akaun Felda atas dan bawah. Dan Ahmad MAslan WAJIB memberi 100% kerjasama bagi proses audit ini.
Kalau berani lah.

BELI BANGUNAN FELDA RM662 JUTA

Alasan bodoh yang diberikan Najib, UMNO dan AHMAD MASLAN adalah bangunan itu terletak dalam kawasan Segitiga Emas di Kuala Lumpur. Apa untungnya peneroka2

Namun, setahu saya, Felda sudah pun mempunyai bangunan sekitar Segitiga Emas di Kuala Lumpur, yakni di Jalan Semara. Apa sebab nak beli bangunan baru? Apa untungnya peneroka Felda dan rakyat biasa dengan pembelian bangunan baru ini? Bagaimanakah peneroka-peneroka Felda bisa mendapat keuntungan dari pembelian ini. Boleh tak Najib dan Ahmad Mazlan jawab?

Mengikut Mazlan Aliman, harga sebenar bangunan tersebut adalah RM500 juta. Tetapi, secara misteri telah dinaikkan ke RM662 juta dalam sekelip mata.

Penjelasan terhadap perkara2 ini memerlukan satu proses audit yang menyeluruh dan merangkumi segenap aspek Felda. Beranikah Ahmad Maslan dan Najib memberikan kuasa penuh kepada sebuah badan audit antarabangsa untuk memberi konfirmasi terhadap dakwaan2 mereka yang “atas angin” ini?

TIAP KALI NAK SELINDUNG AMALAN KORUP MESTI GUNA ALASAN MELAYU
Saudara pembaca buat analisa sendiri lah. Puak2 UMNO, apabila terjerat dan tersepit, mereka akan guna alasan “nak bantu Melayu”. Bila duit hilang beribu2 juta pun, nak guna alasan nak bantu Melayu jugak ke?
> “ Kita belum kalah lagi, Felda bukan tipu peneroka tapi peguam bela Felda tak datang. Sebab itu kita kalah. Kes itu kini dalam rayuan semakan kehakiman. Kes ini belum selesai. Kita tak tipu peneroka. Masakan satu agensi terbesar untuk bantu Melayu nak tipu Melayu…buat apa,’’ katanya.

Ahmad Maslan ni ingat semua orang Melayu ni malaikat, tak pernah buat silap dan dosa. Perkara ni jugak kesilapan puak2 UG juga. Mereka ingat, asalkan Melayu semuanya baik. Tak heranlah atas alasan Melayu, PAS telah memberi saham kepada gagalnya projek September 16 tempohari.
Tulang Besi
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Felda's RM2 billion number puzzle
Tue, 22 Jun 2010 06:00



By Patrick Lee
PETALING JAYA: Land rights activist Mazlan Aliman fired another round of salvos at Deputy Minister in the Prime Minister's Department Ahmad Maslan for the latter's explanation over the controversial Felda issue.
Ahmad had said Felda had taken out RM3 billion from its cash reserves, with the bulk of it – RM2 billion – being used for replanting crops, housing loans purposes, and building a new Felda headquarters.
“Where did he get this RM2 billion number from?” Mazlan asked. “It is the replanting fund that should take care of replanting crops, not cash reserves,” said Mazlan, who is also the president of the National Children of Felda Settlers Association (Anak) and a fierce critic of the Barisan Nasional.
He was barred from entering Felda settlements during the Hulu Selangor by-election.
According to Mazlan, about RM40 was deducted from the salary of every settler every month. The money is kept in the replanting fund, managed by Felda.
Although the fund remained in Felda's hands, Mazlan said that it actually belonged to the settlers.
He also questioned Felda's purported RM253 million contribution to the Sabah poverty eradication fund.
“How is this fund relevant to Felda? Felda isn't very big in Sabah. In fact, the largest concentration of Felda estates are located around Lahad Datu.”
“If Felda wanted to eradicate poverty in Sabah, why didn't it use the profits from the Lahad Datu estates instead of dipping its hand into the cash reserves? It just doesn't make sense.”
On Felda's new “five-star office”, Mazlan said the existing Felda headquarters in Jalan Semarak was enough, and there was no need for another building.
He told FMT that the building's original price was RM640.7 million, but was recently increased to RM662 million. He added that the true price of the headquarters was about RM500 million.
“I can confidently say that the bulk of the cost was misused for political gains,” Mazlan said. “Felda, like Petronas, is all about increasing BN's image. Look at it now.”
On irregularities in Felda relating to the RM3 billion cash reserves, Mazlan said that Anak's members would lodge a report with the police district headquarters in Temerloh at 10am on June 23.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Buku Bertemu Ruas, Ahmad Maslan Sanggah Anwar
Jun 16th, 2010 | By administrator | Category: Dari Parlimen, Eksklusif
Oleh: KAMAL ZAILANI.

KUALA LUMPUR 16 Jun. – Cubaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memanupulasi fakta dan angka di Dewan Rakyat akhirnya bertemu buku dengan ruas apabila pertanyaan tambahannya, mudah disanggah oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
“Hari ini detik bersejarah. Saya gembira dapat berdepan dengan Anwar. Kita sudah tidak tahan dengan penyelewengan fakta-fakta oleh pembangkang. Takkanlah Felda, satu agensi terbesar untuk bantu Melayu, nak tipu Melayu…buat apa,,’’ katanya kepada umno-online di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam sesi soal jawab itu, Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO memang cukup bersedia. Beliau lengkap dengan angka dan fakta untuk “berperang’’ dengan Anwar. Ahli parlimen Pontian itu dengan mudah menyanggah pembohongan dan cubaan menggelirukan fakta oleh Anwar.
Kerana persediaan yang lengkap itu, sesi yang dijangka hangat itu tidak “berapa menjadi’’ apabila Anwar hanya bertanya satu soalan tambahan…mungkin takut dimalukan!
Ahmad berkata , Ketua Pembangkang berterusan melemparkan pembohongan , antaranya Felda menipu peneroka mengenai duit Tabung Tanam Semula.
“Dari RM17,000 untuk tanam semula , setiap peneroka cuma carum RM9,000. Ada sebahagian peneroka tak cukup bayar . Kadang-kadang RM 7,000 dan RM8,000. Untuk membangunkan tanah itu, perlukan RM17,000 . Oleh itu Felda bagi subsidi pula.
“Kepada yang tanam semula sendiri, kita bagi duit berperingkat-peringkat. Kalau bagi sekali RM17,000 , dia buat hal macam-macam. Tak tanam semula, dia beli kereta , rumah. Lepas tu duit habis , tanam semula tak dibuat,’’ katanya.
Menjawab tentang geran tanah, Ahmad menjelaskan, 65 peratus sudah dapat geran tanah. Apabila syaratnya cukup, maka sampailah geran tanah itu ke tangan peneroka.
Menyangkal tuduhan peneroka ditipu kerana pulangan tidak setimpal, Ahmad berkata, ia satu fitnah kerana Felda adalah satu-satunya agensi yang ada pendapatan minima RM1,000 sebulan. Kalau tak cukup, Felda bagi subsidi kepada peneroka .
“Anwar memanipulasi isu Felda Sungai Buaya. Memang asal ia penempatan Felda tetapi kemudian mereka keluar daripada Felda kerana ada yang hendak kaya cepat. Pun begitu, baru-baru ini kerajaan prihatin membantu, sungguhpun mereka bukan peneroka Felda,’’ katanya.
Ahmad turut menyanggah tuduhan pembangkang bahawa Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak menjahanamkan Felda.
Menurut beliau, memang benar kedudukan tunai Felda pada 2004 ialah RM4.08 bilion. Tahun 2009 pula RM1.35 bilion, merosot RM2.73 bilion.
“Tapi yang pentingnya kita tidak songlap duit. Kita tak tipu peneroka. RM2.41 bilion digunakan untuk pelbagai pembangunan sosio ekonomi, latihan kemahiran, innsentif, produktiviti, insurans, prasarana dan macam-macam program untuk peneroka.
“RM2 bilion untuk pembangunan tanam semula, termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta pinjaman pembesaran rumah tanpa riba untuk membesarkan 19,546 rumah peneroka., RM662 juta beli Menara Felda, depan KLCC, di kawasan segi tga emas KL yang pada 2008 nilai tanahnya RM 935 sekaki persegi sekarang RM1,400 ke RM 1,500 sekaki persegi,’’ ujar beliau,
Katanya, dana khas bantuan basmi kemiskinan di Sabah pula adalah sebanyak RM 253 juta.

Beliau berkata , semua peruntukan itu di gunakan untuk manfaat peneroka.
“Benar, tunai merosot RM 2.73 bilion tetapi yang penting pada ketika yang sama, harta sema Felda pada 2004 ialah RM9.17 bilion. Meningkat harta semasa dan bukan semasa Felda pada 2009 kepada RM15.37 bilion. Peningkatan RM6.2 bilion. Merosot tunai tetapi meningkat harta,’’ katanya membuatkan pembangkang tidak bersuara!
Mengenai tuduhan Felda menipu peneroka dalam kes yang dibawa ke mahkamah, di Kemahang Tiga.

Ini jawapan Ahmad:
“ Kita belum kalah lagi, Felda bukan tipu peneroka tapi peguam bela Felda tak datang. Sebab itu kita kalah. Kes itu kini dalam rayuan semakan kehakiman. Kes ini belum selesai. Kita tak tipu peneroka. Masakan satu agensi terbesar untuk bantu Melayu nak tipu Melayu…buat apa,’’ katanya. .



5 comments:

UMNOAPCO said...

Apa nak buat .. kain plekat , gula , beras dan RM100 dah cukup untuk sara hidup 5 tahun akan datang.

Dekat2 nak mampuih , dapat lagi Kain Plekat , gula , beras dan RM100 untuk sambung 5 tahun nak mai.

Dah 53 tahun mampuih bernyawa .. masih tak SEDAQ lagi.

Anonymous said...

umnotipu hanya berjuang untuk kuncu-kuncu, mereka mainkan perkauman yang sebenarnya menguntungkan "group umnozalim" yang kaya raya, spt Daimm, haniff, mahathirrr, nazriii, dsb.

Politik umno telah merugikan org melayu selama 53 tahun, sejak kemerdekaan!

yang kaya yang berkuasa, hanya kuncu-kuncu bersama gestapo/polissulit sahaja!

sedar dan insaflah pada saat ini juga!

Anonymous said...

Cancerous Disease

Kill the cancerous disease and the patient will survive, likewise get rid of the root cause and the Nation will survive and thrive.

It does not matter what they do because whatever they do will be to no avail. Like RPK said in London, it is no good attempting to treat the symptoms because it just simply will not work. It is the cancerous disease that should be treated. So therefore as long as UMNO is in the driver seat then absolutely nothing could be done. Before anything else, UMNO will first have to line their pockets, then their families pockets, then their cronies pockets and then whatever morsels left to the selected segment of the rakyat. So how much is enough? It does not matter how much natural resources Malaysia possess for come one day these resources will eventually be exhausted. Then what?

Be like Singapore one might suggest. But do our leaders have that mentality and maturity to do so? With the present government – not by an extra mile mate!

Now the UMNO BN Rogues will bankrupt the Nation’s Coffer and cut subsidies to rob the poor and to subsidize their rich crony Tycoons so that the benefits can go back to them on demand. All the poor rakyats were having a bad deal since 53 years ago with them in power not once did they not squeeze the Rakyats with taxes after taxes now they will try to impose GST 4% on all levels that will resulted in more than 16% taxes imposed on all ordinary basics consumers’ goods from materials Suppliers, manufacturers, wholesalers to retailers. Now they are trying to cut subsidies but they are not cutting back taxes but instead increased the taxes.

Also it was discovered that they have their cronies increased the prices of foods such as vegetables and fruits included, also they have allowed their cronies to increase the prices of all basic construction materials including cement and steel to further squeeze the Rakyats’ well being of a reasonable survival in these bad times. Also, cash rich GLCs like Petronas, Felda, Sime Darby, MISC, Bank Bumiputra, Renong etc. are not spared from being fleeced and while some became History as they no longer exist today ok???

ALL MALAYSIANS IRRESPECTIVE OF RACES ARE SUFFERING THE OPPRESSIVE RULE BY THE ROGUES OF UMNO BN AND WE ARE HOPEFUL THAT THERE ARE MORE RPKS WHO DARE TO EXPOSE & BRING OUT ALL THE WRONG DOINGS OF THE CORRUPTED LEADERS OF UMNO BN TO THE KNOWLEDGE OF THE WHOLE WORLD SO THAT ALL MALAYSIAN VOTERS WILL VOTE WISELY COME GE 13 AND BRING DOWN THE CORRUPTED AND OPPRESSIVE UMNO BN GOVERNMENT SOONEST POSSIBLE FOR THE FUTURE WELL BEING OF ALL MALAYSIAN CITIZENS AS THE COUNTRY’S RESOURCES WILL SOON BE DEPLETED IN NO TIME UNDER THE WASTEFUL AND CORRUPTED UMNO OFFICIALS MIS-MANAGING THE MALAYSIAN ECONOMY.

The war that was necessary to be fought by all Malaysians is the only war against corruption by UMNO Rogues and their oppressive rule by their using Police Force as their tools to suppress dissents ok?

This is necessary so the said Govt. Coffers will not be empty when the new PR Govt. took over from them come next GE, Malaysian Voters should know what is required to throw them all out then because future generations of Malaysians will suffer great poverty after Umno BN would have bankrupted the Govt. Coffers by then if there is no CHANGE OF HANDS AFTER DECADES OF MIS-MANAGEMENT OF THE ECONOMY AND HIDING THE DAMAGED DONE BY POSTING RECOVERY STORIES AND THE OVER-GLORIFIED NEM IN THE MSM FOR SHOW ONLY, HOW TO BELIEVE THE MSM WHEN WHAT THEY TRULY DID WAS TO TELL ALL SORTS OF LIES OR DISTORTIONS FOR THE UMNO BN GOVERNMENT IN POWER WHO CONTROLLED THEIR YEARLY RENEWAL PUBLISHING LICENCES.

WHAT IS THE POINT WHEN ONLY THE PM’S BROTHER CAN SPEAK HIS MIND WITH SINCERE HONESTY AGAINST NEP BUT THE WHOLE PACKS OF UMNO BN ARE ROTTEN TO THE CORE BEYOND RECOVERY OK, AS IT IS BEYOND HIS POWER NOR OF ANY GREAT INFLUENCE TO PRESS FOR ANY CHANGES IN THE COMPLEX MIRED PROBLEMS THIS NATION HAS BECOME EVERSINCE ???

casper c said...

It amazes me no end how docile the Malay community (gutless) remains while UMNO continues to plunder all that they can while still in the driver seat.

The pro-UMNO blogs are muted, and of course Rocky Bru and Kadir Jasin conveniently ignore and make don't know the stealing that is going on but all the while, the greater community, Malays at-large too act indifferent to the problems faced by FELDA settlers.

BANGKIT lah Melayu sekelian walaupun kamu bukan peneroka. Terang benderang duit beratus juta dgn ghaibnya HILANG dari penyata account.

Tolong lah abang-abang sekelian dan jangan terus berdiam. Dana yg hilang bukan sesen dua tapi menjangkau ratus juta. Saya pasti kalau masalah yg sama menimpa masyarakat Cina ataupun India, saya pasti kaki-kaki gemuk yg terlibat tidak dapat duduk selesa - sudah pasti kena tampar, face to face showdown patah kaki kalaupun muka tak pecah.

Buatlah protest, kibar bendera lepas solat Jumaat dan pastikan pihak-pihak terlibat - kaki gemuk dihadapkan keluruh keadilan.

Masalah FELDA kini menonjol, terang-terang dana dikebas tak sikit. Pada saya, inilah kes "Melayu makan Melayu" terunggul tetapi masyarakat Melayu masih tak peka 'make don't know' - macam mana tak layu.

Do something TB and get organise - bukan utk cari glamour tapi buat lah kerana betul.

Kesimpulan : Ini bukan masalah saya - duit kena kebas - saya tak rugi tetapi saya tetap sakit hati kerana malang datang menimpa.

Kata org Utara dicampur aduk org Selatan - pi ajar si lahanat.

Anonymous said...

Ahmad Mazlan tak bohong...Mazlan Aliman tu pendo'oh besaq..mak dia pun nu kat FELDA Bukit Ramun, Johor tanam balik ikut FELDA. Dlu konon dia nak kasi bikin kebun mak dia..laih2 serah balik kat FELDA..sbb kerling kiri kanan yg had hat tanah ikut FELDA dah hasil baguih..dia duk semak lagi..

Ni..nak habaq..kenyataan 'FELDA Bankrup' mmg ada niat jahat...ia akan jejaih usaha kami semua, warga FELDA yg dok bangunkan FELDA sampai gah la ni...50 lbh tahun..

Hang pa ni..dah takdak modai..FELDA yg baguih..tolong kita mcm3 hang pi pelekeh..BODDO la hang pa ni...makan teluq banyak..

Jgn sibuk kat org la wei..pi tgk Selangoq, Penang & Kedah ni..apa dah hangpa buat...

Jika apa yg hang pa buat ni..semata2 utk politik sdgkn hang pa tau..FELDA dah tungkuih lumuih bangunkn Melayu..moga Allah laqnat hang pa..harram..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.