Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, June 29, 2010

FELDA: Penyokong UMNO Sendiri Najib Boleh Tipu, Inikan Pula Kita

FELDA, di bawah Najib, telah menyaksikan kehilangan wang berjumlah RM3-8 ribu juta ringgit. Yang saya pelik, FELDA ni rata-rata penyokong tegar UMNO/BN. Sepatutnya UMNO jaga penyokong tegar mereka lebih baik dari rakyat Malaysia yang lain.

Tapi, penyokong kuat dia sendiri pun, dia tipu. Bayangkan orang-orang seperti kita yang tidak menyokong UMNO ataupun hanya sokong sikit2 ataupun atas pagar. Mereka akan tipu kita sampai kita menunggeng.

Apa salahnya orang FELDA pada UMNO sehingga Najib lesapkan BERIBU-RIBU juta ringgit hanya dalam beberapa tahun.

Lepas tu, hantar menteri separuh tiang nama Ahmad Mazlan. BIla disoal di Parlimen, dia beri jawapan haprak. Jawapan yang penuh dengan pertanyaan. Contoh paling besar adalah mengapa FELDA belanja hampir RM2 billion semata-mata untuk tanam semula? Padahal setiap pekerja FELDA memotong gaji mereka untuk kos tanam semula setiap bulan.


Apabila Ahmad Mazlan dah malu sebab beri jawapan haprak, dia nak saman Berita Keadilan pulak. Semua ni, sebenarnya nak tutup pekung Najib dan UMNO. Rekod Najib, apabila beliau mentadbir, semuanya akan bocor dan gagal. Beli Kapal Selam tak boleh menyelam, duit FELDA habis semua hampir lingkup, beli parachute tak bukak sampai berbelas-belas anggota tentera kita mati dsbnya.

Hakikatnya, Najib tidak pandai mentadbir Malaysia. UMNO pula tidak boleh bersih dari amalan kotor dan korupsi. Korupsi UMNO sudah begitu teruk sehingga penyokong tegar mereka (yakni orang2 FELDA) pun UMNO/Najib nak kikis.

Inilah contoh penyamun tarbus. Patutlah negara kita nak bangkrap. UMNO ni tak kira siapa, asalkan boleh buat duit, mereka akan tipu. Hatta penyokong-penyokong mereka sendiri pun mereka nak kebas.

Falsafah UMNO dalam membangun negara:

Biar Pape Asal Gaye"

Buat sahaja segala yang mereka kehendaki, tak perlu risau projek tersebut untung atau rugi. Dan kalau rugi pun, rakyat Malaysia yang tanggung, bukan UMNO dan bukan kroni-kroni UMNO.

Misalnya, Proton. Yang terpaksa bayar sebuah kereta RM40k-60k dari harga pasaran adalah rakyat. Pemimpin2 UMNO naik kereta free, dapat AP, bayar Honda Stream harga pasaran (RM53k sebijik). Orang biasa macam kita bayar Honda Stream dekat RM150k sebijik.

Biar Pape Asal Gaye, Yop. Biarlah FELDA terlungkup, asal kroni2 UMNO dapat hidup mewah.

APA ALASAN UNTUK BINA BANGUNAN BARU BUAT FELDA

Saya terbaca satu kenyataan akhbar dari OfficeSpaceKL.com ( sebuah anak syarikat Zenin Properties). Mengikut kajian mereka:

Furthermore, the office market in KL does not have a high vacancy rate, due to the tight control imposed by the planning authorities in the wake of the massive surpluses left behind in commercial developments after the Asian economic crisis in 1998.
TERJEMAHAN BEBAS: ”Dan, pasaran penyewaan/pembelian untuk (bangunan)pejabat di KL tidak mengalami kadar pendudukan yang tinggi, kerana kawalan ketat dari pihak berkuasa hasil dari krisis ekonomi 1998 yang telah meninggalkan lebihan sektor pembinaan yang tinggi”
Dengan kata lain, di “SEGITIGA EMAS” yang dibanggakan oleh Ahmad Mazlan, kadar penyewaan untuk ruang pejabat adalah rendah dan pada masa ini sudah pun terdapat lebihan ruang pejabat untuk disewa atau dibeli di sekitar Kuala Lumpur.

Jadi, bagaimanakah FELDA akan menampung kos RM662 juta yang telah hangus digunakan untuk membina Menara FELDA yang baru itu?

Siapalah yang sebenarnya untung dengan bangunan FELDA yang baru tu? Saya tak yakin peneroka-peneroka FELDA yang untung dengan banguna baru FELDA itu.
Saya tak yakin FELDA untung malahan projek ini bakal melihat kerugian yang besar kepada Felda kerana FELDA membina sebuah binaan yang tidak mempunyai permintaan yang tinggi di Malaysia.

Yang jelasnya, yang akan untung adalah UMNO dan kroni2 mereka. Habis duit FELDA mereka faraidkan sesama kroni mereka dan segala kerugian akan ditanggung oleh FELDA dan para peneroka.

Saya CABAR Ahmad Mazlan untuk menerangkan bagaimanakah FELDA dapat mengumpul kembali wang RM662 billion yang telah digunakan untuk membina Bangunan FELDA yang bakal rugi itu? Bila Bangunan tersebut rugi, FELDA akan tanggung kerugian yang besar dan para kroni UMNO akan hidup aman damai dengan wang peneroka yang mereka telah rompak dari FELDA.

Sebagai penutup, kalau penyokong mereka pun mereka sanggup rompak, inikan pula orang seperti kita. Itulah Najib Tun Razak dan itulah UMNO.

Tulang Besi


1 comment:

Anonymous said...

Jika ada fakta & bukti kukuh penyelewengan tadbir urus Felda, jualan blok L&M Petronas,pembelian kapal selam, dll.. dakwa najib & semua pemimpin korup ini. Kecurangan para pemimpin sejak berzaman ini patut diadili.

Tubuh "Tribunal Diraja bagi Penyelewengan, Korupsi & Salahlaku Anggota Kerajaan" atau "MAHKAMAH AL MUZZALIM" yang khusus bagi pengadilan bagi pengaduan awam terhadap ketidakadilan, penyelewengan, korupsi & salahlaku angggota kerajaan disemua peringkat termasuk PM, TPM, menteri, tim. menteri, SU Parlimen, KSN, KSU, KP, dll.

MAHKAMAH AL MUZZALIM merupakan salah satu juzuk dalam sistem pengadilan(judiciary) Islam yang diamalkan sejak khalifah arrashidin dalam sistem pentadbiran Islam ahlisunnah waljamaah sebelum ini..

Najib.. perlu dihadapkan ke MAHKAMAH AL MUZZALIM .. demi keadilan rakyat 1Malaysia!!!??? Jugak untuk bersihkan namanya jika beliau tidak bersalah... jika idak masyarakat dunia akan ketawakan kita kerana memilih pemimpin2 yang berwatakkan Ketua Lanun atau keturunan Lanun?..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.