Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, June 16, 2010

Kashvinder Keluar DAP Kerana Zambry Sedang Menggelabah

Tulang Besi telah mendedahkan perkara ini sejak lama dahulu dalam artikel Tulang Besi bertajuk ”Target: 15 ADUN serta 20 MP Pakatan Rakyat”.

UMNO tidak sahaja akan menggunakan wang ringgit untuk membeli wakil2 rakyat PR, mereka juga menggunakan taktik ugut dan mencari kesalahan. Misalnya, salah seorang Ahli Parlimen PKR, isteri beliau sedang disiasat dengan rapi oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri kerana dituduh tidak membayar cukai pendapatan sejak sekian lama.

Pendek kata, UMNO “desperate” dan mereka mengguanakan apa sahaja cara untuk membeli dan memaksa pemimpin-pemimpin serta wakil-wakil rakyat PR melompat.

Kali ini, melompatnya Kashvinder adalah tindakan desperate UMNO dan Zambry untuk menghalang wakil-wakil rakyat UMNO melompat. Apabila Ketua Penerangan PKR Perak mengadakan sidang akhbar, Zambry telah menggelabah kerana perkara yang diberitahu oleh Ustaz Khairuddin itu benar.

Sememangnya ramai wakil-wakil rakyat serta pemimpin2 UMNO Perak sudah muak dengan kepimpinan Zambry.

Kalau kita lihat, trend di Perak adalah kemasukan Nasaruddin ADUN Bota telah dibalas oleh Najib dan UMNO dengan pembelian 3 wakil rakyat PR. Pada masa itu, harga RM25 juta yang diberikan oleh Hee (wakil DAP) telah dipersetujui oleh UMNO.

Pada mulanya UMNO tidak bersetuju untuk membayar Yee kerana jumlah tersebut terlampau tinggi. Namun, apabila YB Nasa keluar parti, Najib berada dalam keadaan sangat desperate, dan terpaksa meminta pertolongan Vincent Tan untuk membayar RM25 juta pada Timbalan Speaker Perak itu.

Keadaan yang sama berlaku lagi. Apabila dibuat pendedahan oleh Ketua Penerangan PKR Perak, UMNO terpaksa bertindak untuk menghalang perkara tersebut dari menjadi lagi teruk. Maka, pada pendapat saya, mereka telah melakukan perkara yang sama dengan apa yang mereka lakukan pada Hee dahulu. Jumlah RM20 juta telah dipersetuji dan dibayar tunai pada Kashvinder.

DI samping itu, mereka juga berjanji tidak akan mendakwa Kashvinder atas kes hilangnya RM45k wang anak guam beliau seperti yang dilaporkan dibawah.
Tindakan membeli Kashvinder ini adalah tindakan ‘desperate’ dari UMNO, sebenarnya.

CADANGAN KEPADA PR- JANGAN LEMAH SEMANGAT

Jangan lemah semangat dengan keluarnya Kashvinder. Perancangan asal untuk memudahkan keluarnya wakil-wakil rakyat UMNO mesti diteruskan. Anggap keluarnya Kashvinder ini hanya halangan kecil sahaja kerana ia menunjukkan masaalah dalaman UMNO semakin meruncing di Perak.

Teruskan usaha untuk menekan UMNO di Perak. Inshaalah, mereka akan pecah berderai derai.

Tulang Besi

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

New twist: Keshvinder was 'blackmailed' Tue, 15 Jun 2010 19:11 By G Vinod

KUALA LUMPUR: The latest defection to hit Pakatan Rakyat is shaping out to be a tale of intrigue, peppered with allegations of theft and blackmail.
And as usual, the alleged chief antagonist is Umno.

The plot centres around RM45,000 which purportedly went missing from the law firm of Keshvinder Singh, the Malim Nawar state assemblyperson who quit DAP this afternoon.
While Keshvinder denied Umno having a hand in this, Perak DAP vice-chairman A Sivanesan however claimed otherwise.

According to the Sungkai assemblyman, Keshvinder had related his ordeal when the two met some three weeks ago.

“He told me that one of his clerks in the law firm had embezzled RM45,000 of his client's money and he was in a fix.

“Unfortunately for him, the news reached Umno. From then on, they used this issue against him and coaxed him into defecting,” he said, adding that he had advised Keshvinder to file a police report.

Sivanesan said that Keshvinder had revealed this to several other DAP leaders, including Ipoh Barat MP M Kulasegaran.

He also challenged Keshvinder to deny that he had informed him and the rest about this issue.

'Umno-linked clerk'


Contacted later, Kulasegaran not only confirmed this, but added another twist to the plot, claiming that the clerk who had allegedly absconded with the money was linked to Umno.

“Keshvinder told me that the Umno-linked clerk had not only run off with the money but also took along the client's receipts.

“He was worried that the receipts could be manipulated to tarnish him,” he said, adding that he too had advised Keshvinder to lodge a report with the authorities.
“He (Keshvinder) went missing yesterday and we feared the worst,” he said.

Kulasegaran also urged Keshvinder “to do the honourable thing” and resign as state assemblyman since he had won the seat under a DAP ticket.

Perak fell into the hands of Barisan Nasional after the defection of several Pakatan MPs, leading to the allegation that they were paid a hefty sum to abandon ship. A charge which BN has denied.

On Feb 25, 2009, Keshvinder himself filed a report with the Malaysian Anti-Corruption Commission claiming that he was offered RM20 million to defect to BN.
In a related matter, Sivanesan lashed out at Keshvinder for accusing DAP of not supporting him in serving his constituency.

“ When he was offered to contest in the 2008 general election, we told him clearly that the BN government may not provide allocations to constituencies under opposition control.

“At the time he said that he understood the situation and was ready to contest. Opposition reps in Malacca, Johor and Negri Sembilan are also not getting proper allocations but we find ways to raise funds to serve our constituencies,” he said.
“The people know and understand our predicament. That is why they believe in our cause” he added.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Target: 15 ADUN serta 20 MP Pakatan Rakyat


Maklumat baru yang saya dapati adalah pihak tertentu meletakkan target 20 MP serta 15 ADUN Pakatan Rakyat untuk dibeli. MP dan ADUN ini akan datang dari ketiga-ketiga parti dalam Pakatan Rakyat. Cumanya, untuk PAS agak susah kerana ada “Baiaah Taklik” serta imej Mutfi Perak amat buruk di kalangan ahli dan pendokong PAS. Kalau ada fatwa mengatakan “Baiaah Taklik” tidak sah pun, kemungkinan tidak akan dipercayai oleh ahli2 serta wakil2 rakyat PAS.

Mereka sedang menggunakan segala instrumentkerajaan yang mereka ada seperti SPRM,Lembaga Hasil Dalam Negeri, MARA, Bank dsbnya. Mereka bukan sahaja menyiasat wakil-wakil rakyat, tetapi juga anak beranak dan kaum keluarga kepada wakil-wakil rakyat ini.

Misalnya, ada seorang MP dari Kelantan, isteri beliau sedang disiasat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana kebetulan isteri beliau adalah seorang doktor. Seorang wakil rakyat PR dari Pahang sedang menghadapi penyiasatan MARA ke atas isteri beliau yang kebetulan pernah mendapat bantuan pinjaman pelajaran MARA.

Selain dri itu, pejabat “Attorney General” dan Polis digunakan untuk mendakwa beberapa wakil rakyat PR yang “strategik” dengan dakwaan jenayah supaya mereka tidak dapat bertanding Pilihanraya Umum yang akan datang. Tian Chua telah pun menjadi mangsa kepada konspirasi ini.

Dan ini bukan benda baru kerana kalau kita boleh ingat, sebelum 2004, calon2 PKR seperti Azmin dan Ezam, Irene Fernandez telah dihalang bertanding kerana beberapa tuduhan “jenayah” yang ringan dan tidak masuk akal. Taktik yang sama akan digunakan kepada beberapa MP strategik PR seperti Khalid Samad, Saifuddin Nasution, Dr Hatta dsbnya.

Selain dari itu, data-data dari Majlis Agama juga digunakan untuk menyiasat samada ada wakil-wakil rakyat ini ada skandal atau tidak. Mana tahu mungkin mereka pernah ditangkap basah atau pernah ditangkap basah.

Maklumat yang saya dapat juga, pekerja-pekerja hotel di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor juga diupah untuk memerhatikan pergerakan wakil-wakil kita.
Pendek kata, mereka akan menggunakan apa sahaja untuk memaksa serta melemahkan semangat wakil-wakil PR sehingga ke tahap terpaksa menerima tawaran dari mereka dan melompat.

ZUL NOORDIN KONFIDEN SANGAT

Itulah sebabnya Zul Noordin dengan konfiden dilaporkan berkata:

" Maksud saya di sini orang yang berkualiti meninggalkan parti, kita tidak mahu kuantiti tetapi kualiti. Saya beri jaminan pada anda, seorang lagi insan berkualiti akan keluar parti tidak lama lagi," katanya semasa temubual secara langsung NST, di sini hari ini.”

Perkataan “Firaun Kecil” ini dicedok oleh Zul Noordin dari Ezam Mat Nor. Namun, adakah Zul Noordin sedar Ezam Mat Nor makan duit Soros? Adakah Zul Noordin sedar kemungkinan Ezam Mat Nor ini adalah “bekas firaun” dalam PKR dahulu? Kalau dah makan duit Soros, takkan bukan firaun kot? Sampai hari ni Ezam tidak bagitau mana dia dapat duit beli Banglo mewah dia di Shah Alam tu.

Saya yakin Zul Noordin tahu akan perancangan jahat membeli 20 MP dan 15 ADUN ini dan saya yakin Zul Noordin sedar akan Modus Operandi perancangan ini. Itulah sebabnya beliau dengan konfiden mengeluarkan kenyataan ini.

KAEDAH CADANGAN

PR wajib mengadakan panel guaman serta melancarkan Tabung Guaman bagi melindungi wakil-wakil rakyat serta ahli keluarga mereka. DEngan bantuan guaman yang “percuma” akan mampu MENGHALANG majoriti dari percubaan puak-puak ini.

Cadangan kedua adalah perlu didedahkan SETIAP PERCUBAAN “Harrassment” ini kepada media. Kalau benar ada usaha mengacau ahli keluarga MP dan ADUN, WAJIB didedahkan kepada umum. Biasanya, apabila berlaku pendedahan, maka mereka akan berhenti, inshaalah.

Ketiganya, mari kita anjurkan solat hajat besar-besaran di setiap negeri bagi mendoakan kehancuran serta jahanam puak2 yang sedang berusaha membeli wakil-wakil rakyat PR serta mereka yang dibeli. Doakan juga supaya Allah SWT melindungi wakil-wakil rakyat PR dari mara bahaya dan bencana serta kuat iman mereka menghadapi percubaan membeli ini.

Kita lihat sendiri hasil dari doa dan solat hajat di Bagan Serai, Mohsin terpaksa hantar SMS dengan mengatakan beliau tidak akan sokong BN. Itulah sahaja tempat kita mengadu.

Cadangan keempat, supaya setiap ahli dan penyokong berdoa secara pribadi meminta tuhan mengagalkan usaha jahat puak2 yang mahu membeli wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat dan doakan supaya mereka ini diturunkan bala kaum Nabi Nuh dan kaum Nabi Hud ke atas mereka.

Dalam berjuta-juta penyokong Pakatan Rakyat, takkan tiada seorang pun yang WALI ALLAH dan doanya mustajab.

AAAMMINNNN
Tulang Besi



11 comments:

mat spring said...

Hebat konspirasi Umno sampai boleh pujuk Tian Chua gigit polis dan selepas itu dakwa dia dimahkamah.

Yuseri said...

Mana bukti rm25juta tu? Sampai sekarang korang tk mampu nak buktikan,

Suruh anwar buktikan yang kes lama-lama pasal MP dapat RM2juta sebagaimana dicabar oleh Zahrain.

Barulah boleh tuduh yang ni pulak. Macam biasa la masanya belum sesuai.

Anonymous said...

arey vaah vaah keshvinder saab..RM45 punya pasai,u took RM20 million!!..haha..gerenti lu ada problem lain..lerki kasi bunting kaah?malaysians suffer frm sindrom pak man telo n always got some sort prob with 3C(credit card,condo,car)..gerenti si johnny not so good kesh not telling the full cerita..

Roslan Saidin said...

TB..

Hang ni kuat temberang, kuat fitnah, kuat segala2nya..cakap saja pandai, tapi semuanya hampas...tak dak bukti, tapi cakap berapi2..kami semua tak bodohlah...orang macam hang ni sepatutnya jadi wartawan dekat zoo lagi baguih....

zakwan said...

Mat Spring,
u do know that the offense took place during a Bersih rally at Parliament, months before March 8?

Yuseri,
no need for proof
Eventually whatever the frogs were rewarded with will eventually surfaced just like what was revealed regarding the 3 Perak frogs and "Senatak" Ezam
After all, we lived in a borderless, globalized world where info is obtained in a click of a button

It puzzles me that Cashvinder resigned just so that he can financially helped his constituency
Just resign if you can't take the heat and make way for a by election
Should that happen, Najib "Santa Claus" Razak and the whole might of the government machinery will descend upon Malim Nawar and will shower the people there with tonnes of goodies and "mee segera" projects
Just ask the people of Hulu Selangor and Sibu to get what I meant

Anonymous said...

Yuseri,

Ai yah, rasuah mana ada bukti punya?

Kalau Yuseri menerima rasuah, takkan Yuseri meminta rasuah dibayar dengan draf atau cek. Tentunya tunai aje, lagipun, tunai tersebut kini tidak ada dalam sistem kewangan Malaysia lagi.

Kemungkinan besar di Singapura lah. Yuseri, lain kali tanya soalan yang lebih mantap dan berakal ya?

Salam.

Anonymous said...

Roslin Saidin,

Hang ni lebih sesuai baca Utusan dan Berita aje.

Jangan memperbodohkan diri sendiri dengan komen yang tidak masuk akai. Kau ni seperti katak dibawah tempurung, terlalu bodohla, susah nak percayai ada orang seperti hang di masa internet ini.

Kesian lah sayang

pemudainsaf said...

aku pelik jugak apabila pencacai2 gerombolan berminat dtng mai baca blog2 PR.Agaknye blog2 pencacai x laku agaknya...hahaha

Yuseri said...

Anon June 17 5:56am.

Aku mintak bukti sebab Anwar cakap ada bukti? Skrg mana bukti yang lama-lama tu.

Setahu akulah orang macam anwar tu kalau ada bukti takkan biarkan lama-lama.

Psywar paling kelakar dari PKR Perak, last-last amik kena balik atas muka korang.

Jalan Pulang said...

Itu strategi politik namanya...

Klu dedahkan semua, apa modal lagi nak belasah cukup2 gerombolan?

Hang ingat Anwar tipu manjang ka Yuseri oi!

Kes PKFZ smpi skang dok tang tu je... OC Phang plak jadi kambeng itam!

Hang lawak laaa, mcm pemberita RTM smlm yg membodohkan diri sendiri haha...

Hang jawab la klu ada bukti penafian takde skandal PKFZ. Yang zahrain ckp tu bukan nafi, elak dari terkeluar geng gerombolan je!

Aku nak tengok di=okumen apa yg ko ada nafikan skandal PKFZ sebelum Anwar dedahkan dokumen slip bayaran kpd zahrain hang!

Anonymous said...

Hello bewak2 parti katak.

Si Kashvinder kalau tak lompat gerenti bewak2 pakatan telan dia. Sekarangni bewak dh melambak. Bewak dah jadi katak. kah kah kah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.