Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, June 8, 2010

Kohilal tak perlu dedah butiran, Ibrahim bukan ahli

NOTA EDITOR: Ini adalah kenyataan terbaru berkaitan Ko-Hilal. Setahu saya, mantan SU Agung (Ustaz Nasaruddin Mat Isa) pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Ko Hilal tiada kena mengena dengan PAS. Segala operasi KoHilal tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat PAS Pusat. Segala keputusan Ko Hilal dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah Ko Hilal dan tidak pernah merujuk kepada PAS Pusat. Tulang Besi sebagai antara ahli terawal Ko Hilal berani mengatakan apa yang berlaku pada Ko Hilal tiada kena mengena dengan PAS.

Kohilal tak perlu dedah butiran, Ibrahim bukan ahli
Salmah Mat Husain


KOTA BHARU, 7 Jun: Koperasi Al-Hilal Bhd (Kohilal) tidak perlu mendedahkan sebarang butiran kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berhubung isu yang dibangkitkan memandangkan beliau bukan ahli koperasi.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah (gambar), berkata tidak ada sebab Kohilal perlu mendedahkan sebarang maklumat sebagaimana yang dikehendakinya memandangkan Ibrahim bukan orang yang merancang koperasi itu.

Beliau yang juga Exco kerajaan negeri berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas perkara itu selepas merasmikan Seminar Halalan Toyyibah Kelantan 2010 yang diadakan di Kelantan Trade Centre (KTC) siang tadi.

Ibrahim dalam kenyataan sebagaimana disiarkan sebuah akhbar hari ini mendesak PAS supaya mendedahkan ke mana wang RM45 juta yang dilaburkan oleh 20,000 ahli menerusi koperasi itu.

Menurut Ibrahim lagi, pelbagai persoalan yang menyelubungi koperasi berkenaan sehingga skim pelaburan yang ditubuhkan pada tahun 1996 hingga 1999 itu hanya sekadar mampu membayar dividen rendah pada tahun 1997.

Amar yang mengakui Kohilal mempunyai sedikit masalah, bagaimanapun ianya dianggap sebagai risiko dalam perniagaan yang perlu dihadapi.

“Kadang-kadang nasib kita baik, kita mencarum di tempat yang kebetulan ada rezeki yang baik untuk kita, kita akan mendapat keuntungan yang lebih. Jika tidak, inilah yang terpaksa kita tanggung,” ujarnya lagi.

Katanya, setakat ini Kohilal sedang memperbaiki pengurusan baru untuk membuat perubahan dalam koperasi itu agar ianya pulih semula.

Ketika ditanya apakah harapannya untuk Kohilal bersesuaian, beliau juga adalah salah seorang pelabur, Amar berharap semoga ianya kembali pulih sebagaimana biasa.

Menurutnya, setakat ini operasi Kohilal dihentikan untuk membuat beberapa rombakan pada tempoh tertentu.

Kata Amar lagi, beliau sendiri tidak memahami dengan sikap Ibrahim Ali yang suka menyentuh pelbagai perkara dalam media walaupun tidak ada kena mengena dengan dirinya.

3 comments:

Tembusu said...

Memang ada baiknya jangan dedahkan. nanti terlondeh habih. Keluaq semua sesiapa yang songlap duit Kohilal tu, lagi frust kita selama ini memperjuangkan/mempercayai anda semua.

Anonymous said...

ALAHAI...
1.apa kisah!kohilalkah!kohilangka!!
2.Dari dulu!!semua orang tau!berapa ramai pemimpin pas yang kaya dengan duit derma!duit kutipan ceramah!asainya duit untuk jihad pada parti!pakat-pakat bagila duit!bagilah barang kemas!berkarung-karung!!last sekali pemimpin pas yang tukaq kereta baru!!
3.Dah tau guna sistem MLM!guna sistem pak man telo!!gitulah jadinya!!Hangpa tenguk tokey pakman telo lani!syarikat MLM!Nik abduk!dengan real tok guru!HPA!Surereturn!bangkrap bebrapa kali!Yang pasti tokey tetap kaya melana!siap dengan serban dan jubah!!siap dengan ayat Al-Quran dan Hadis untuk halalkan kegiatan MLM depa!!
4.Nasibla puak-puak ahli yang akai tak dak oii!dahtau MLM tu hukumnya harus kearah haram!hangpa masuk jugak!hangpa nak kaya cepat!!la ni puak-puak pak man telo tu guna sistem baru pulak!!koperasi!!koperasi pak man teloh pulak!
5.Nasib hangpa lah!!puak yang nak kaya cepat!mana ada perniagaan yang setahun!dua tahun!!dah boleh pakai merc!boleh jadi jutawan!hangpa tenguk tokey cakap pakai ayat Al-Quran sikit!hangpa tenguk depa pakai serban dan jubah!!hang percaya terus!!
6.Nabi Muhammad juga berniagala!!kalau dia tenguk puak pak man telo ni berniaga!!menangis dia!!hari ni bangkrap!dua tahun berniaga balik!!dah jadi jutawan!!berniaga apa oii!!juai dadah kott!!!

Anonymous said...

Sepatutnya didedahkan atau dibuat postmortem dimana BATU NISANNYA.
Setidak2nya , bolih dijadikan bahan bagi menunjukan bahawa PAS mengamalkan polisi KETELUSAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.