Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, June 7, 2010

Kutipan Royalti Pasir Naik 248% Berbanding di Bawah UMNO

Di bawah adalah data2 rasmi dari Pejabat Tanah Daerah yang telah disediakan oleh Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS). Laporan ini telah dibentangkan kepada Pengerusi SELCAT, Teng Chang Kim, sewaktu prosiding berkenaan pasir baru-baru ini.

Dari laporan tersebut, kita dapat lihat data rasmi berkenaan pengumpulan royalti kepada Kerajaan Negeri seperti di bawah:

Kutipan Royalti Pasir: UMNO(Khir Toyo) vs Pakatan Rakyat





Data di atas menunjukkan, semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih, kadar royalti pasir kepada Kerajaan negeri BERTAMBAH.

Bayangkan di waktu Khir Toyo/UMNO memerintah, royalti pasir ke Selangor cuma RM2.5 juta sahaja (2007)?

Di bawah Pakatan Rakyat, royalti pasir naik mendadak pada jumlah 248% pada tahun pertama Pakatan Rakyat memerintah (2008).

Jelas, Khir Toyo dan UMNO mahu menangguk di air keruh. Hakikat sebenarnya, pentadbiran pasir bawah UMNO amat memalukan. Hasil pasir yang begitu banyak itu, hanya sedikit pergi pada kerajaan negeri.

Nasihat saya pada UMNO dan Khir Toyo, cermin muka kamu dahulu sebelum hendak menunding jari.

Sebelum menyoal mengapa kutipan royalti pasir bawah Pakatan rendah, Khir dan UMNO Selangor patut menyoal mengapa jumlah kutipan bawah UMNO begitu menyedihkan?
Bayangkan RM1.6 juta pada 2006 dan RM2.5 juta pada tahun 2007. Amat sangat begitu buruknya perangai UMNO ni.

Kata orang tua-tua, “Mengata Dulang Paku Serpih. Mengata Orang Dia Yang Lebih”.

Layak sangatlah pepatah orang tua-tua ni dikenakan ke atas UMNO dan Khir Toyo.

Data di atas juga membuktikan penubuhan Kumpulan Semesta Sendirian Berhad adalah satu langkah yang benar dan pada arah yang betul.

Khir Toyo dan UMNO marah pada KSSB sebab di bawah pentadbiran KSSB, kroni2 makan pasir Khir dan UMNO semakin tersepit. Kontrak-kontrak pasir diberikan melalui tender terbuka secara telus.

Khir mahukan projek pasir diletak di bawah Pejabat Tanah Daerah. Ini kerana pegawai2 kerajaan yang berada di situ masih lagi berperangai UMNO dan boleh dibeli (bukan semua).

Hakikatnya, KSSB membuat kroni2 UMNO hidup dalam kesempitan dan kesakitan hasil polisi tender terbuka yang diamalkan oleh KSSB.

Mengaku je lah Khir, kau bukan kesah pasal korupsi pun. Yang kau nak, jaga periuk nasik kau.

Tulang Besi

ps di bawah adalah jumlah kutipan royalti pasir dan bahan batuan mengikut Daerah di Selangor untuk rujukan tuan/puan.



4 comments:

Anonymous said...

kawe tgg komen GM x ori sket

Tulang Besi said...

Tak berani mamat GM Tak Ori tu nak komen

KuHiK said...

salam bro TB

just nak tanya, ada tak statistik berapa tan pasir yang dijual sejak dari zaman Rejim UMNO hingga ke zaman PR.

kalau ada, silalah tepek kat sini :)

Anonymous said...

T/Besi, what you have pointed out is true. In sand business, everything is possible as long as you get the TOL from Land Office. There are more and I dont want to talk too much on former CM. All sand man knows the truth on corruptions.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.