Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, June 12, 2010

Muktamar: Apabila Utusan Malaysia Dimulia, Bloggers di hina.

Saya tak marah kalau Bloggers dilayan seperti sampah dalam Muktamar baru-baru ini. Saya sendiri sebagai bloggers bukan berbuat sebegini kerana mencari kemuliaan.
Yang saya marah adalah PAS memuliakan akhbar-akhbar fitnah seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, NST dll. Lupakah ustaz Idris Ahmad bahawa akhbar2 ini telah memfitnah Asy Syahid Ustaz Ibrahim Libya demi menyokong pembunuhan kejam beliau di Memali dahulu?

Saya hairan, walaupun bloggers ini lantang mengkritik kepimpinan PAS, namun bila ada pilihanraya umum, blogger2 akan berkampung berkempen untuk PAS seperti di Permatang Pasir, Bagan Pinang dsbnya.

Saya nak tanya Ustaz Idris Ahmad, berapa kalikah Utusan Malaysia telah berkempen untuk PAS sepanjang beberapa pilihanraya kecil yang diikuti PAS?
Nampaknya, Ketua Penerangan PAS Pusat dan JK Muktamar masih belum berupaya membezakan mana musuh dan mana kawan.

Sepanjang perbahasan Muktamar Pemuda juga, ramai yang berucap memaki bloggers, walaupun makian mereka itu kosong semata-mata dan tiada asas.

Namun, saya tak dengar seorang pun perwakilan yang memaki Utusan Malaysia, Berita Harian, NST yang terus menerus menabur fitnah ke atas PAS dan kepimpinan PAS.

Adakah kerana Utusan Malaysia dan Berita Hairan semenjak dua tahun ini telah berhenti mengkritik dan menyerang pemimpin2 PAS yang pro UMNO? Maka, Utusan dan Berita Harian diberi layanan istimewa?

PERJUANGAN UNTUK SEBAHAGIAN KEPIMPINAN, BUKAN UNTUK PARTI

Sikap yang ditunjukkan Ketua Penerangan PAS Pusat jelas meletakkan kepentingan beberapa pemimpin PAS di atas kepentingan parti.

Bagi mereka2 ini., PARTI TIDAK PENTING. Yang penting adalah pemimpin yang mereka dokong. Kebetulan pemimpin yang mereka dokong ini teruk dikritik bloggers, maka mereka membalas dendam dengan melayan bloggers seperti sampah dalam Muktamar kali ini.

Lagi sekali saya katakana, saya tak kesah kalau dilayan seperti sampah. Soalannya adalah kenapa akhbar-akhbar yang terus menerus memfitnah PARTI diberi layanan istimewa?

Jelas, perjuangan Pemuda dan mereka yang bergerak dalam PAS sekarang ini bukan meletakkan parti di atas. Mereka lebih suka memuliakan musuh dari kawan.

Saya tak tau mana punya ajaran Islam yang telah diikuti tapi yang jelasnya perkara ini adalah sangat2 tidak adil.

Tulang Besi

10 comments:

mat spring said...

Dah sampah nak buat macamana lagi, kena sapu keluarlah. Kalau bloggers yg bermatian pun dilayan macam itu bayangkanlah nasib rakyat. Sudah pasti lebih terok.

Bagus jugak TB sebut kisah Memali. Tanya Pas tabung Memali dah sampai ke pada janda dan anak yatim? Presiden kena jelaskan. Kes Kohilal pun tak sebut. Buat dewan pakai duit komisen balak betul ke? Tak baik buat fitnah.

Apa yang terjadi pada bloggers TB mesti konspirasi Umno dan UG.

mat spring said...

Macam sampaj dia orang buat TB. Tak patut tak patut. Kalau bloggers yg setia boleh dilayan mcm ini rakyat lagi terok.

Elok juga TB bangkitkan isu Memali boleh tanya Presiden apa dah jadi dgn tabung Memali? Kena telan mcm Kohilal ke?

Layanan yg TB terima mesti keje2 puak erdogan yg nak lagakan TB dengan kumpulan UG. Siasat betul2 TB. Lanyak jangan tak lanyak.

Anonymous said...

Blogger blogger yang terus berjuang dan berkempen dalam pilihanraya sebenarnya berkempen menentang yang batil,,

Ada segelintir ahli dan pemimpin Pas merasakan bahawa Pas sekarang sudah tdak perlukan sokongan blogger lagi kerana sudah mendapat sokongan semua kaum,,
Bukan itu saja, ada juga yang mula memperlekehkan parti Dap dan Pkr kerana kes lompat parti dan mendabik dada, ahli Pas sahaja yabg tidak melompat.Jika sikap sombong ini tidak disingkirkan, janga terkejut kalau dalam PRU 13 nanti Pas dan PR akan kalah lebih banyak kerusi,,
Sibuk bercakaran dan mula mengubah cara hidup, kurang mesra rakyat,, berceramah membuka pekung BN, tapi tidak pula bekerja memperbaiki mutu perkhidmatan bla,bla,,,

Anonymous said...

Ini semua kerana mereka telah diracuni ARMNOO, PAS kini umpama retak menanti belah.

Patut berterima kasih kepada geng perpaduang, pada PRU akan datang, kalau muka-muka seperti Hati Bawang, Hasang hali, Nasasardin berserta kuncu2 mereka menjadi calon, nescaya PAS AKAN DITOLAK HABIS-HABISAN.

KALAU NAK TRY, SILA JANGAN PERCAYA, TURUNLAN MENJADI CALON, WAHAI BAWANG, HALIA DAN SARDIN !!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Saya tak tau mana punya ajaran Islam yang telah diikuti tapi yang jelasnya perkara ini adalah sangat2 tidak adil.
-----------------------------------

Salam 2 all,

Kalau kao tak kisah mereka tak terima kehadiran blogger macam kao kat muktamar dorang, kao menulis artikel ini untuk apa?

Ayat kat atas pun kao sudah nyatakan yang kao tidak puas hati kerana ketua penerangan Pas bersikap tidak adil pada blogger, ini bermakna kao kisah bukan kao tak kisah.

Kan aku dah cakap PAS takkan bungkus walaupun takde org macam kao.

Kao cakap je la kao tak puas hati sebab tk dapat jawatan yang kao nak dari Hasan Ali sebab tu kao menulis memburukkan parti yang kao kata kao sayang.

Orang macam kao ni TB elok masuk PKR. kao mana sesuai dok dalam jemaah PAS.

-Mr.Puaka-

Anonymous said...

Tulang Besi...,

Ketika ini, ada diantara kita berpandangan kononnya ada diantara pemimpin PAS ingin mengingkirkan para blogger dari berdamping dengan parti.

Sebenarnya cuma beberapa kerat pemimpin tertinggi PAS amat risau dengan kehadiran blogger yang bersikap tegas terhadap kelemahan mereka menguruskan masaalah ahli dan juga mentadbir parti.

Lagi pula mereka tidak cukup kekuatan untuk menangkis segala tohmahan yang dilempar oleh sesetengah blogger terhadap mereka.

Kebanyakan blogger pro pakatan rakyat berkenalan diantara satu sama lain seolah-olah bersaudara maka petugas tidak dapat memilih blogger yang mana layak dijemput sebagai wakil media.

Oleh kerana itu mereka terpaksa menuduh kesemua blogger yang anti kelemahan mereka sebagai sampah.

Mereka memanggil Utusan Malaysia, Berita Harian, NST adalah strategi politik kerana dalam penulisan wartawan dari media itu kadang kala menyelitkan pujian untuk satu puak dan mengkritik satu puak yang lain pula.

Mereka juga telah menyediakan pukat untuk untuk memerangkap wartawan-wartawan yang membuat fitnah. Ini adalah peluang parti PAS dapat duit free dari saman fitnah....

Para blogger sampah mengambil tanggongjawab...

"Pemimpin yang lemah dan bangang mesti disingkirkan dari kerusinya..."

Hasmadi Bin Hamdan said...

Assalamualaikum.
Tulang Besi. Kamu bukan setakat tulang besi, tetapi hati kamu juga besi. Kamu boleh mengkritik, tetapi kritiklah kerana Allah. Kamu hendak bantu PR, bantulah tetapi janganlah harap balasan di dunia ini. Pelajarilah agama sebelum mempelajari politik. Anggaplah blog kamu yang ditulis itu adalah kerana Allah bukan kerana untuk dijulang dan dijilat oleh orang lain pula. Sekiranya kamu merasakan wang ringgit dan tenaga kamu hilang dan kemudian merasa diri tidak dipedulikan, silalah cari kerja lain yang boleh mendatangkan wang dan penghormatan manusia. Sila buka al-Quran dan fahami baik-baik ayat ini
مثل
الذين ينفقون اموالهم في سبيل الله كمثل حبة انبتت سبع سنابل في كل سنبلة مئة حبة والله يضاعف لمن يشاء والله واسع عليم
الذين ينفقون اموالهم في سبيل الله ثم لايتبعون ماأنفقوا منا ولا أذى لهم أجرهم عند ربهم ولاخوف عليهم ولاهم يحزنون
قول معروف ومغفرة خير من صدقة يتبعها أذى والله غني حليم
ياأيها الذين ءامنوا لاتبطلوا صدقاتكم بالمن والاذى كالذي ينفق ماله رئاء الناس ولايؤمن بالله واليوم الاخر فمثله كمثل صفوان عليه تراب فأصابه وابل فتركه صلدا لايقدرون على شي مما كسبوا والله لايهدي القوم الكافرين. Sekian. Terima kasih. Kalau kamu tidak faham, sila hubungi saya melalui e-mel dan saya akan memberitahu maksudnya kepada anda.

Grand Marquis said...

Hina atau tak hina, semalam dah mula piala dunia. Hairan, mana dia pusat betting bola kat malaysia ni yang dijaja blogger (mulia) yang kononnya lesen telah diluluskan.

Jadi korang boleh pikir sendiri hina atau tak hina blogger (mulia) yang kononnya tak sebar fitnah.

Roslan Alan said...

jangan patah semangat TB..teruskan perjuangan...

Tulang Besi said...

Hina atau tak hina, semalam dah mula piala dunia. Hairan, mana dia pusat betting bola kat malaysia ni yang dijaja blogger (mulia) yang kononnya lesen telah diluluskan.

Jadi korang boleh pikir sendiri hina atau tak hina blogger (mulia) yang kononnya tak sebar fitnah.


Abih macamana nak jual, rakyat satu malaysia lawan.

Punyalah betul lesen tak keluar sampai Najib tak berani buat press conference semalam.

Hehehehe

Kita tunggu la EGM Berjaya sebab maklumat saya dapat, Vinsetan dah ada surat dari Najib pasal lesen judi ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.