Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, June 21, 2010

Muktamar Tagih Wala’ Kerana Kegagalan Projek Muzakarah/Kerajaang Perpaduang?

Saudara/ri sedar atau tidak, tetap Muktamar yang lepas, pertama kali dalam sejarah PAS, pimpinan PAS telah MENAGIH KETAATAN (Wala’) dari ahli2 dan perwakilan secara terbuka. Perkara tersebut tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pimpinan PAS sebelum ini, hatta Dato’ Asri sepanjang 30 tahun lebih beliau menjadi Yang Dipertua Agung PAS Pusat.

Malahan, arwah Ustaz Fadzil Nor sepanjang menjadi Yang Dipertua Agung/Presiden PAS juga tidak pernah menagih ketaatan dari ahli dan perwakilan secara terbuka sebegini.

Namun dalam Muktamar PAS baru-baru ini, Presiden PAS telah berucap:

"Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mahu semua anggotanya memberikan ketaatan dan wala' (kesetiaan) kepada parti dan pemimpinnya yang "menjalankan tugas sepanjang masa, bukannya bermusim".

Katanya, kesemua pemimpin tersebut - yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang termasuk ulama dan profesional - dipilih sendiri oleh ahli-ahli dalam muktamarnya tahun lalu.

"Adunan ini jugalah yang memperkasakan PAS untuk memimpin negara, dengan menolak jahiliyah sekularisma yang meminggirkan Islam dan memisahkan urusan dunia daripada Islam," katanya."


MAlahan, seekor blogger pondan bernama Batu Api cuba membidas dakwaan saya ini, tetapi akhirnya beliau juga mengakui bahawa wala’ tidak pernah diungkapkan oleh kepimpinan sebelum ini.

Saya tunjuk contoh:


Membulatkan Jamaah sendiri telah menjurus kepada wala' melainkan ada yang bodoh dengan perkataan ini. Wala' walaupun tak disebut haruslah difahami melainkan jika dia ahli PAS tetapi tidak membayar yuran dan tidak pernah menghadiri mana-mana usrah atau program tarbiyyah PAS.
.

Dia sendiri kata ” wala walaupun tidak disebut…”. bererti tak perlu saya ulas lagi. Satu pengakuan jelas dari bloggers pondan bernama Batu Api mengkonfirmasi kenyataan saya.

PENAGIHAN WALA KERANA PENOLAKAN KERJASAMA DENGAN UMNO?

Umum mengetahui MAJORITI ahli-ahli dan penyokong-penyokong serta perwakilan PAS MENOLAK gagasan Kerajaang Perpaduang/Muzakarah yang berasal dari kepimpinan PAS Pusat. Penolakan yang begitu menyuluruh itu sehingga menyebabkan Presiden terpaksa berhenti dari membawa kedepan idea ini.

Malahan, dahulu ada ura-ura untuk mengadakan Muktamar Khas demi menjayakan idea ini juga terkandas.

Lagi pula, idea Muzakarah juga memainkan peranan yang besar di dalam membantu UMNO menggagalkan September 16 tajaan Anwar Ibrahim. Ertinya sedari mula lagi idea Muzakarah/Kerajaang Perpaduang adalah idea UMNO.

Apabila kepimpinan PAS yang dikuasai geng Terengganu melihat penolakan yang sebegitu menyeluruh itu, maka secara terbuka geng Terengganu memasukkan “penagihan wala’” dalam Ucapan Dasar Presiden PAS baru-baru ini.

B agi saya, apabila kesemua ahli telah memakan candu wala’ maka mudahlah idea kerjasama UMNO-PAS dijalankan semula, mungkin bukan di bawah nama ”Kerajaang Perpaduang”.

Tidak hairanlah apabila Blogger Edyes bertanya dengan jujur kepada Presiden, berapa peratuskah kebarangkalian PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO, Presiden PAS tidak mampu menjawab. Kalau soalan yang sama ditanya kepada Tok Guru Nik Aziz, nescaya jawapannya cukup mudah, yakni 150%!!!!. (Rujuk rakaman Youtube berkenaan di bawah artikel ini)

Hasan Ali masih berjumpa dengan Harussani dan Biro Politik UMNO telah pun bermesyuarat dan bersetuju untuk menghidupkan semula agenda “Perpaduang dengan PAS”. Para pembaca jangan lupa akan fakta ini.

Kasihan jugak saya melihat bloggers pondan cuba mempertahankan konsep wala’ dalam PAS ini. Sehingga sampai ke tahap tidak sedar membidas diri sendiri. Kalau mereka ni benar, mengapa takut dedah identiti sendiri?

Untuk pengetahuan saudara/ri sekelian, candu wala’ ini lah yang disebarkan kepada seluruh ahli dan aktivis PAS Terengganu menjadikan PAS Terengganu mandom dan tidak dapat mempertahankan kerajaan negeri lebih dari satu penggal.

MAlahan, dua pilihanraya selepas itu pun, PAS masih gagal menawan Terengganu. Ahli2 PAS dilatih memberi sepenuh ketaatan kepada kepimpinan parti walaupun parti itu sendiri mengalami kerugian. Kepimpinan yang jelas ditolak rakyat Terengganu masih dipertahankan dan diberi ketaatan. BEgitu tidak popular kepimpinan PAS Terengganu sekarang ini, PJ PAS Terengganu telah di”boo” penyokong sendiri di Kemaman sebelum bulan puasa yang lepas. Tapi takpa, ahli dan aktivis PAS Terengganu TETAP WALA’.

Biarlah parti kalah menonggeng sekali pun, yang penting adalah wala’.
Adapun kami penyokong-penyokong PAS tulin, kami tidak takut berhadapan dengan risiko. Kami tahu PAS sudah dikuasai geng Terengganu dan mereka akan menggunakan segala kemampuan mereka untuk memburuk dan memfitnah kami.

Namun, yang Maha Berkuasa adalah Allah SWT dan kami berlindung dengan Nya. Aminnn

Tulang Besi






11 comments:

OtakBesi said...

adik TB,
wala' dan kerajaan perpaduan adalah dua unsur yg berbeza.
Dalam politik yg pernah di amalkan dalam Islam, wala' merupakan hak atau tanggungjawab rakyat kepada pimpinan. Jika kita mengakui dan mengiktiraf seseorang sebagai pemimpin kita, maka kita wajib memberi wala' kepadanya, atau setia kepadanya.
Setia atau wala' bukan bererti tunduk kepada pimpinan secara membuta tuli, atau menjadi lembu yang dicucuk hidung. Bahkan wala'diikat dgn kebebasan untuk mengkritik pimpinan dan sedia untuk mengubah atau menukar pimpinan.
Begitu juga pimpinan mempunyai hak untuk mempertahankan dasar yang mereka ijtihadkan (ijtihad siasi). Bahkan mereka mempunyai hak untuk mengisytihar bughah kepada mereka yg menentang dasar yang dibentuk dalam kerangka ijtihad siasi.
Ini bermakna apabila kita tidak mempercayai atau kita menolak wala' ke atas pimpinan, maka kita berhak untuk keluar dari organisasi tersebut. Begitu juga pimpinan berhak mengeluarkan seseorang yang ingkar atau menolak dasar yg telah diputuskan daripada organisasi tersebut.
Keluar atau dikeluarkan dari sesuatu organisasi merupakan sesuatu yang amat dikesali dlm sistem politik Islam. Kerana keluar organisasi atau jemaah merupakan perbuatan yg dikeji dalam perundangan Islam.
Sebagai jalan tengah bagi memelihara jemaah, maka pimpinan dan rakyat mestilah bersikap berlapang dada. Pimpinan harus memberi perhatian kepada kritikan orang bawahan, dan orang bawahan mesti bersikap ikhlas dalam kritikan.
Pimpinan janganlah menganggap kritikan merupakan suatu serangan dan bersikap sombong dgn kuasa yang ada. Apa yang saya lihat kritikan yg dibuat oleh orang bawahan dianggap tentangan kpd pimpinan. Bahkan mereka yg mengkritik akan diserang secara peribadi atau dilebelkan ejen musuh. Sungguhpun pimpinan tidak mengeluarkan kenyataan ini, namum melalui anak kakinya tuduhan ini dikemukakan.
Begitu juga org bawahan mesti memiliki sebesar zarah adab dan akhlak. Janganlah mengunakan bahasa kasar dan berbau kaderahan untuk mengkritik pimpinan. Penggunaan bahasa yg songsang mengubah kritikan kepada serangan peribadi yg tidak mempunyai nilai. Apakah makna perkataan "projek langgar hadi" "Puak terengganu" kecuali untuk tujuan menghina.

#Semua ini berlaku kerana badan yg ditugaskan mempastikan ahli PAS ditarbiah gagal melaksanakannya, DEWAN ULAMAK PAS!.
Bahkan yg paling menghairankan apabila mereka membawa usul "memperkasa parti melalui pentarbiahan", sedangkan mereka dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya?".

LIBANGLIBU said...

Tuan TB tak hbis-habis hantam Nasha & the gang.

thee he he he he...

TERUSKAN!

Tulang Besi said...

Otak besi,

Sebenarnya itulah yang selama ini dipraktikan serta difahami dalam PAS.

Cumanya, apabila timbul idea untuk bekerjasama dengan UMNO, maka idea tersebut mendapat tentangan hebat bloggers and ahli2 PAS.

Kesanya, tentangan itu telah melimpah ke dunia internet dan akhirnya puak2 pro UMNO terpaksa mengalah.

Tiada apa yang biadap atau kurang ajar di dalam kritikan2 kepada pimpinan yang diberikan oleh para blogger.

Cumanya tentangan blogger terhadap perkara ini telah dibalas dengan fitnah2 seperti berikut:

a. Tidak wala'
b. Tidak ada akhlak jemaah
c. Nak menjatuhkan kepimpinan ulama

dsbnya.

Otak besi sedar tak perkara ni?

Otak kalau dah besi, memang senang jadi otak karat.

OtakBesi said...

adik TB,
"Otak besi sedar tak perkara ni?
Otak kalau dah besi, memang senang jadi otak karat".

Astaghfirullah, Saya rasa anda tersalah orang untuk dicerca begitu rupa, kerana saya rasa tiada apa kesilapan yang boleh menyebabkan anda menjadikan saya mangsa penghinaan dan cercaan.
Jika begini cara anda, maka tidak salah telahan org terhadap anda. Bagaimana saya boleh mempercayai anda sebagai seorang yang ikhlas mengkritik pemimpin. Maka celakalah PAS (parti Islam SeMalaysia) kerana mempunyai ahli seperti anda.

#Kalu demo jual gedebe, kawe pun beli#"


"

Grand Marquis said...

TB, hang ni ngaji al wala wal bara ke? Pemimpin pas, hang bagi bara, orang yang hina isteri nabi hang bagi wala.

Ni ajaran siapa ni?

Tulang Besi said...


Astaghfirullah, Saya rasa anda tersalah orang untuk dicerca begitu rupa, kerana saya rasa tiada apa kesilapan yang boleh menyebabkan anda menjadikan saya mangsa penghinaan dan cercaan.


Bang otak besi,

Saya cakap macam tu sebab nama otak besi ni tak sesuai.

Eloklah guna nama lain.

Takkan bergurau pun nak marah?

Tulang Besi said...

Bagaimana saya boleh mempercayai anda sebagai seorang yang ikhlas mengkritik pemimpin. Maka celakalah PAS (parti Islam SeMalaysia) kerana mempunyai ahli seperti anda..

Kita percaya dgn hujjah, bukan dgn bahasa.

Anyways, saya saja guna perkataan macam tu untuk bagitau secara indirect, nama Otak Besi ni tak sesuai

Tulang Besi said...

Bagaimana saya boleh mempercayai anda sebagai seorang yang ikhlas mengkritik pemimpin. Maka celakalah PAS (parti Islam SeMalaysia) kerana mempunyai ahli seperti anda..

Kita percaya dgn hujjah, bukan dgn bahasa.

Anyways, saya saja guna perkataan macam tu untuk bagitau secara indirect, nama Otak Besi ni tak sesuai

Anonymous said...

otak besi,
memang kita kena wala pada pemimpin yg dipilih selagi pemimpin tsb berada dilandasan yg benar dan dipersetujui ramai ahli jemaah...klu pemimpin tsb melencong dah tentu ahli jemaah yg lain akan tentang, simple!! tak payah berbahasa berbunga2 atau berkarangan...

tadi otak besi ada menyebut lebih kurang berbunyi... "apabila kita tidak mempercayai atau kita menolak wala' ke atas pimpinan, maka kita berhak untuk keluar dari organisasi tersebut. Begitu juga pimpinan berhak mengeluarkan seseorang yang ingkar atau menolak dasar yg telah diputuskan daripada organisasi tersebut..."

apasal perlunye keluar organisasi?
siapa yg perlu keluar organisasi?
dgn adanye dasar maka tertubuhlah organisasi atau setiap organisasi perlu ada dasar...boleh jelaskan?

Anonymous said...

TB,
Hanya pemimpin-pemimpin yang lemah,tak ada tulang belakang,tak berani menerima kritik dan tak ada prinsip perjuangan,yang menagih wala.PAS dah ramai punya Presiden,tapi tak macam Hadi Awang yang siang malam menagih wala.Something wrong with this man.

Anonymous said...

Wala atau setia(dalam Bahasa Melayu) adalah suatu yang bersifat abstrak.Memacakkan sedozen bendera Malaysia dimerata tempat dikereta belum tentu yang empunya kereta tu setia kepada negara. Ahli mana-mana organisasi wala dan setia kepada pemimpin ada syaratnya.Wala tak boleh dipinta,tak boleh dipaksakan mahu pun dijadikan zikir pemimpin.Kalau seorang pemimpin itu berwibawa,disegani,digeruni,banyak jasa,telus dan ikhlas - dia tak perlu khuatir kerana wala tu akan datang dengan cara otomatis.Itu saja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.