Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, June 14, 2010

Muktamar: UMNO Kempunan. Presiden Kata Tidak Mahu Pikul Biawak Hidup

SYUKURRRRR!!!!!. Akhirnya kita dengar pernyataan yang tegas lagi jelas dari Presiden PAS bahawa tiada lagi usaha menghubungkan PAS dengan UMNO. Segala agenda “Kerajaan Perpaduang” telah dihentikan dan tiada lagi ia di dalam pemikiran kepimpinan PAS.

Nampaknya Biro Politik UMNO terpaksa bermesyuarat semula. Ini kerana selepas Pilihanraya Kecil Sibu, Biro Politik UMNO telah membuat keputusan untuk menghidupkan semula agenda “Kerajaang Perpaduang”.

Atas sebab itulah, UMNO telah menghantar Harussani Zakaria untuk berjumpa dengan DAto Hasan Ali secara rahsia di PNB Darby Park tempohari. Kita mesti ingat, sewaktu UMNO mencuba untuk menubuhkan kerajaan perpaduan Melayu di Perak sejurus selepas PRU 2008, Harussanilah agen UMNO yang paling utama.

Maka, selepas mesyuarat Biro Politik UMNO itu, Harussani sekali lagi dihantar untuk menghidupkan semula program “Kerajaang Perpaduang” yang telah gagal dahulu.
Namun, saya tidak tahu samada Dato Hasan benar-benar serius ataupun hanya sekadar mendengar sahaja tawaran yang dibawa oleh Harussani dari Biro Politik UMNO.

Secara amnya, Biro Politik UMNO menawarkan perkara yang sama yang pernah ditawarkan, yakni:
1.0 Jawatan MB di Selangor, Kedah, Perak dan Kelantan
2.0 Jawatan Exco di negeri2 lain termasuk Melaka dan Johor dan Pahang
3.0 Bilangan Menteri Kabinet yang lebih banyak dari sebelum ini
4.0 Beberapa tawaran projek dan kontrak

Nampaknya, selepas ini terpaksa lah Biro Politik UMNO bermesyuarat sekali lagi. Percubaan mereka menggunakan alasan Sibu kononnya orang bukan Islam bebas menggunakan kalimah Allah sebagai isu nampaknya tidak lekat.

Tapi, saya lihat, UMNO tiada isu lain kecuali:
a. Isu Kalimah Allah
b. Isu kononnya kedudukan Melayu terancam kerana DAP dapat kuasa.

Selain dari kedua isu ini, UMNO tiada modal. Semua isu ini pernah digunakan oleh penyokong-penyokong UG satu masa dahulu.

Sayangnya, isu2 ini sudah tidak releven lagi dan sudah terdedah fitnah dan kebodohannya. Hanya orang bodoh sahaja yang percaya dengan isu-isu ini.

Alhamdulillah, Muktamar di Putik kali ini menunjukkan percubaan kedua UMNO telah gagal. UMNO kenalah cari jalan lain untuk menyelamatkan diri mereka. Presiden PAS telah komited tidak mahu memikul biawak hidup

Tulang Besi

PAS tidak mahu tanggung 'biawak hidup'- Presiden
Nazri Abdullah PENGKALAN CHEPA, 13 Jun

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS menolak perpaduan dengan Umno kerana tidak mahu menanggung "biawak hidup" dan yakin tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.

Berucap sewaktu penangguhan Muktamar Tahunan kali ke-56 di Pusat Tarbiayah Islamiah Kelantan (Putik) hari ini, beliau juga berkata, Umno juga telah rosak akibat amalan rasuah yang berleluasa diamalkan mereka.

"Kita menolak perpaduan dengan Umno. Perpaduan menanggung biawak hidup, menyanjung rasuah," katanya.

Keburukan Umno juga katanya turut diakui bekas pemimpin mereka sendiri yang melihat Umno sudah tiada masa depan.
Umno juga katanya sudah jelas ditolak rakyat semenjak PRU ke-12 lalu.
"Tak ada pasal-pasal kita nak pikul orang yang sakit sampai ke usus ini," katanya lagi.

Menjelas lanjut pada sidang media selepas itu, ustaz Hadi mengulangi penegasannya bahawa PAS menolak perpaduan dengan Umno.
Ianya antara lain kerana Umno juga mengamalkan perkauman sempit.

"Gagasan dengan BN tak boleh selesai masalah kerana mereka masih tebal dengan perkauman malah dibejati dengan rasuah," tegasnya.

Ahli PAS di segenap peringkat katanya mempunyai tugas besar untuk membebaskan bangsa Melayu dari kejahilan perkauman yang telah ditanam Umno.
Umno katanya terlalu mementingkan bangsa dari agama sehingga sanggup menjadikan bangsa sebagai akidah perjuangan mereka.

Semangat asobiyah katanya juga tidak salah, namun perlu dimanfaatkan untuk perjuangan Islam.
"Tak salah sayang bangsa sendiri, tapi jangan sampai bangsa dijadikan akidah.
"Islam dulu baru asobiyah," katanya lagi.

Mengulas muktamar pula, beliau berpuas hati dengan keseluruhan perjalanan sepanjang muktamar berlangsung.

Perwakilan katanya dilihat bersedia malah isu yang dibangkitkan juga dikupas dan dibahas dengan jelas.

Malah lebih penting katanya, muktamar PAS kali ini berlangsung dalam suasana penuh persaudaraan yang dapat disaksikan oleh kesemua yang hadir.
Hadi ends once-and-for-all talks of Umno-PAS tie Sun, 13 Jun 2010 19:49 By Muda Mohd Noor and Teoh El Sen

PAS MUKTAMAR KOTA BARU: PAS president Abdul Hadi Awang today reiterated that the Islamist party will not join forces with bitter rival Umno and at the same time warned disgruntled members against causing trouble.

“You are either with PAS or not. There are no two ways about this. Join the PAS ark but don’t complain that our sail is too slow for you.

“We are on track to Putrajaya. God willing we will wrest Putrajaya. We have begun our leadership journey to Putrajaya. This is our legitimate dream,” he told delegates in a hard-hitting summation of the PAS 56th muktamar this evening.

Hadi then went on to rubbish claims of dispute within the party, saying that all that was happening was ‘a rearrangement of chairs and tables’.

He also stressed that there would be no unity talk or unity government with Umno, a point which he touched during his closing remarks and again at a press conference at the end of the muktamar.

“There will be no more talks on unity (with Umno). We will only champion unity in Islam because we are strong and safe and there is no need for cooperation with Umno.

“We reject altogether any cooperation with Umno because any talks or attempts to foster ties with Umno would be a lie,” he said.

He said Umno had betrayed the Malays and it was now PAS' responsibility to empower the community.

“Even the veteran leaders in Umno have admitted that the party is self-destructive and has no future. There is no reason for us to carry a terminally ill person (organisation),” he said.

Hadi said another reason PAS had rejected a liaison with Umno was because of its narrow racial perspectives.

“It would be difficult for us to engage in any discussions, because BN is too saturated with racial politics and corrupt practices.

“PAS has a different relationship with the non-Muslims. The formation of the DHPP (PAS Supporters Congress) was based on Islamic principles and different from the Umno’s cooperation with the its non-Muslim partners. Umno has compromised its principles,” he said.

A good muktamar, says president

Adding on, he said Umno and BN had now lost their two key pillars – the Chinese and Indian support.

“The two pillars which Umno leaned on have crumbled. Only the Malays are still supporting Umno. Umno is championing Malay rights using Islam. It is not defending the religion,” he said, adding that “it was not wrong to love your race, but not to the point that race becomes more important that faith.”

“We have closed our doors on Umno,” he said.

Hadi said PAS members had a huge job ahead because they had to work hard to free the minds of the Malays who have been indoctrinated with Umno’s seeds of racism.

On the four-day muktamar proceedings Hadi told newsmen that he was satisfied with the process and the quality of the debates.

“The delegates were ready to discuss the issues raised and accepted the explanations. I was impressed with the quality and maturity of the debates and debaters.

“But more importantly this congress was good because there was a strong feeling of comradeship and brotherhood,” he said.


3 comments:

Anonymous said...

Al last!Tahniah @ Tok Guru Hadi Awang!!Ya..who wants to beromen with oodombu aah?Oodumbo is only usefull when dimasak pedas pedas(taroh daun karupllay lagi oomph tau)..yep..time has now come to goreng UMNO!!

Anonymous said...

Salam ... cam muktamar lepas jer .. masa muktamar jek .. tak suka UMNO .. habis jer .. bincang lak dalam gelap .. busan nak dengar...

Anonymous said...

Sokong komen Anon 12.12pm.
3 muktamar dah berlalu,Ipoh,Shah Alam dan Putik.Selepas muktamar Ipoh dan Shah Alam,Hadi Awang juga telah tutup isu UG,beberapa bulan kemudian,buka balik.Lepas muktamar diPutik ni nak tengok,sama ada keputusan tu betul atau tidak.
Hakikatnya,puak UG ni dah banyak termakan budi UMNO seolah-olah leher dah tersangkut.UMNO tak akan melepaskan mereka dengan senang.
Untuk buktikan kejujuran Hadi,kali ni,tukar S/U Agong.Gantikan Stopa Ali dengan orang lain(bukan dari puak UG)kerana Stopa Ali inilah jadi Ketua dan Pemikir puak UG.Ada berani?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.