Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, June 9, 2010

Najib “Berbohong” Berkenaan Kadar Pertumbuhan Ekonomi Malaysia (Suku Pertama 2010)

Baru-baru ini, Najib Tun Razak telah berkokok seluruh dunia dengan mengatakan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku pertama 2010 adalah pada kadar 10.1 %.

Namun, mengikut seorang pengkaji ekonomi dari Standard Chartered , En Tai Hui, jumlah 10.1% ini tidak tepat sama sekali.

Mengikut laporan Malaysiakini:

The 10.1 percent first quarter growth rate trumpeted by the government does not provide an accurate reflection of the actual growth because it was benchmarked to first quarter of 2009, when the economy was still in crisis.

Speaking at a seminar in Kuala Lumpur today, Standard Chartered Regional Head of Economic Research Tai Hui (left) said that if benchmarked with the same quarter in 2008, the growth figures were far more modest at 3.5 percent.

"If your child comes back and tells you he scored 75 marks in an exam, but last semester he scored 50 marks, you won't be so impressed if you knew that before this, he scored 100 marks," he said.
Secara mudahnya, angka kadar pertumbuhan 2010 telah diukur dengan membandingkannya dengan kadar pertumbuhan 2009, di mana Malaysia sedang berada dalam krisis ekonomi. Tapi, sekiranya kadar pertumbuhan itu dibanding dengan tahun 2008, pertumbuhan yang sebenar cuma 3.5%.

Dari beberapa sumber lain yang Tulang Besi dapat pun, kadar pertumbuhan yang sebenar hanya sekitar 3% hingga 4% sahaja. JAUH dari kadar 10.1% yang diumumkan oleh Najib Tun Razak.

Najib terpaksa bermain wayang dengan ekonomi Malaysia kerana dia tahu ekonomi Malaysia semakin hancur di bawah pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional.

Bagi saya Idris Jala adalah seorang yang lurus dan boleh dipercayai. Beliau bukan ahli politik dan tidak pernah berkecimpung dalam politik. Namun, ada perkara berkenaan ekonomi Malaysia yang beliau tahu tetapi tidak sanggup untuk beritahu kepada rakyat Malaysia.

Apabila beliau kata Malaysia akan jadi seperti Greece dan Malaysia akan bangkrap 2019, bererti ia adalah satu amaran yang sepatutnya diambil perhatian oleh semua rakyat Malaysia. Ada kemungkinan data-data yang dikeluarkan oleh kerajaan berkaitan ekonomi Malaysia tidak seperti yang sebenarnya.

Idris mungkin mendapat data dan maklumat sebenar berkenaan keadaan ekonomi Malaysia. Idris menyebut Greece. Yang menjadikan contoh Greece ini lebih menarik adalah sebelum Greece bankrap, mereka telah beramal dengan mengeluarkan maklumat-maklumat palsu berkenaan keadaan ekonomi mereka.

Malahan, mereka telah menggunakan khidmat Goldman Sachs untuk membuat pinjaman2 dengan cara rahsia supaya kadar pinjaman kerajaan Greece tidak nampak tinggi. Itu adalah sebab sebenar Greece bankrap, yakni apabila maklumat sebenar berkenaan ekonomi Greece disorok oleh kerajaan Greece.

Apa-apa pun, apabila ekonomi Malaysia diserahkan kepada penyamun dan penyagak untuk ditadbir, hanya masa sahaja yang memisahkan antara kita dengan kehancuran ekonomi Malaysia. Kalau nak tengok rupa bagaimana sebuah negara yang ekonominya hancur, datanglah Indonesia.

Tulang Besi

5 comments:

Liza said...

10% tu pertumbuhan judi di Malaysia,,, dio silap dengar cakap juak2 tu,,, sangap betul...

MALAYSIABARU said...

malaysiabaru.com said,

isu bankrap ni kami dah huraikan bulan lepas.

dan kami terkejut IDRIS JALA telah 'confirm' isu bankrap ini secara detailed.

bagi MALAYSIABARU.COM ... malaysia akan bankrap pada tahun 2013 bukan kerana malaysia akan menjadi net oil importer

tetapi

kemeterian kewangan telah dengan melulu memberi kululusan projek yg boleh mencecah beratus billion mellaui negotiated tender!

BAHAYA NEGOTIATED TENDER!...

satu projek bernilai rm 5 juta boleh jadi rm 35 juta .... jumpa KSU kementerian ajak minum teh di kedai mamak ... nego terus tang tu jugak ...

orang JKR dah mula bising bosan dengan perangai bos mereka ...

PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK yang sengkek duit ni kena ikut arahan POLITCAL MASTERS iaitu MENTERI di KEMENTERIAN masing masing.... sebab nak naik pangkat ke JUSA ... ada dreber beb... boleh antar anak sekolah..

ADA BANYAK KES NEGOTIATED TENDER yang telah membankrapkan sebuah kementerian...

yang paling teruk kena pinjam duit dari yahudi sebab nak bayar dekat kontraktor UMNO yang dapat projek NEGO ni ... kalau tak kerajaan kena saman...

petikan

www.malaysiabaru.com/blog10.html

Anonymous said...

biasa lah bro kalu x bohong bukan umno....

Anonymous said...

woohoo!!thumps up @ bro tb!Dats rite!!..Greece gomen has been covering up thier debt n other ekonomic problems for over 10years!!same thing is being carried out buy our chootia najis nazak..

note:usa ,uk france r doing the same thing ie covering up thier horrendous ekonomik problems with bogus statistics,market manipulations..

Anonymous said...

Memang betul pakar pusing la kau orang nih, ada ke gi tu plak ceritanya..

Kalau nak buat perbandingan cam gi tu, mantik aku mudah jer;

Pertumbuhan suku pertama 2009

= - 6.2

Pertumbuhan suku pertama 2010

= 10.1

Sebagai perbandingan;

Tetap sahaja peningkatannya sebanyak 10.1 % pada suku pertama 2010 berbanding 2009.

Tetapi tak bleh la nak kata ;

Pertumbuhan suku pertama 2010 = 3.9 %

Kau tetap akan menyatakan bahawa 3.9 % itu adalah peningkatan pertumbuhan sebanyak 10.1 % pada suku pertama tahun 2010 berbanding tahun 2009.

Pertumbuhan GDP bagi tahun 2010 tetap sahaja dikira berdasarkan pertumbuhan purata 4 sukuan dalam tahun 2010, bukannya berdasarkan pada tahun 2009.

Pertumbuhan GDP (Purata perumbuhan 4 sukuan dalam setahun) bagi tahun 2009

= - 1.7 %

Nak buat perbandingan pertumbuhan GDP untuk tahun 2009 dan 2010..

Tunggu tahun depan - 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.