Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, June 3, 2010

Pertubuhan Yahudi mahu Amerika putuskan hubungan dengan Anwar Harakahdaily

NOTA EDITOR: Ramai di Amerika yang benci pada B'Nai Brith ini kerana mereka adalah kumpulan lobi kepada hak-hak kaum Yahudi yang 100% pro Israel. Mereka akan menyerang sesiapa sahaja yang dilihat menganggu kepentingan Israel. Dalam hal ini, mereka menyerang Anwar kerana APCO adalah sebahagian dari kepentingan negara haram Israel. Syabas UMNO/APCO

Pertubuhan Yahudi mahu Amerika putuskan hubungan dengan Anwar
Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 2 Jun: Sebuah pertubuhan Yahudi yang berpengaruh di Amerika meminta negara itu agar menyenaraikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai musuh Amerika berikutan tindakannya mendedahkan hubungan kerajaan dengan APCO dan Asia Soft di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Menurut surat B’nai B’rith International’s, The Global Voice of the Jewish Community, yang mempunyai 200,000 ahli dan penyokong itu, mereka sangat kesal dengan kenyataan anti-Sematic yang dikeluarkan oleh Anwar itu.

Melalui surat yang ditandatangani oleh Dennis W. Glick, Presiden dan Daniel S. Mariaschin, Naib Presiden Executif B’nai B’rith International’s itu, mereka mendesak kerajaan Amerika memutuskan hubungan dengan Anwar.

Surat yang bertarikh 25 Mei itu ditujukan kepada John F. Kerry, Pengerusi dan Richard G. Lugar, Ahli utama Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa Amerika Syarikat.

Dalam surat itu, pertubuhan itu melahirkan rasa prihatinnya dengan sikap anti-Sematic Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Anwar yang telah menghabiskan beberapa tahun tinggal di Amerika dan membina imej pro-Barat telah menggunakan kedudukannya untuk menyebarkan propaganda anti-Sematic.

Anti-Sematic adalah istilah yang digunakan oleh Yahudi untuk melebelkan pihak-pihak yang anti Yahudi atau Israel.

Bagi pertubuhan itu, langkah Anwar mengkritik Perdana Menteri Najib Razak dengan memasukkan unsur-unsur fitnah anti-Yahudi dan anti-Israel adalah tidak boleh diterima.

"Contohnya, kenyataannya pada 30 April yang perisik Israel terlibat secara langsung dalam menguruskan kerajaan.

"Contoh lain adalah, dia mendakwa agen perisik Israel dalam unit IT pasukan Polis," kata surat itu.

Mereka juga berkata, Anwar mendakwa kerajaan menggunakan khidmat syarikat perhubungan awam yang dikawal oleh Yahudi di Parlimen.

Selain itu, mereka mendakwa Anwar pernah membuat kenyataan kepada Islam Online yang dia mempunyai bukti kerajaan menyokong lobi Yahudi di Amerika dan sesetengah pihak di Israel.

"Memandangkan peranan Anwar dalam kebangkitan anti-Sematic dalam politik Malaysia, kami memohon semua pegawai Amerika menggantung sebarang hubungan dengan Anwar Ibrahim," kata surat pertubuhan Yahudi itu.

Sementara itu, pertubuhan ini jugalah yang menyalahkan Flotilla Gaza dan melebelkan Hamas sebagai pertubuhan pengganas.

Bagi pertubuhan ini, Flotilla ini adalah satu provokasi oleh kumpulan pro-Hamas yang berlindung di sebalik bantuan kemanusiaan bertujuan untuk memusnahkan negara Yahudi yang dianggap mereka sah itu.


9 comments:

Anonymous said...

Hahaha mahu putuskan hubungan dengan anwar? adakah ini bermaksud memang benar dakwaan sesetengah pihak yang selama ini brader anwar ini berkawan dan bersekongkol dengan yahudi?

-Mr.Puaka-

Anonymous said...

Nak kata agen yahudi... yahudi sendiri takut dan tidak suka dengan Anuar..?

Nak kata Anuar kaki liwat... dalam mahkamah yang membicarakannya begitu mengelirukan kerana fakta dan bukti diputarbelitkan.

Sebahagian besar ahli UMNO Baru tidak mempercayai Anuar meliwat Saiful.

Oleh kerana itu kes liwat II dibicarakan untuk meyakinkan siapa..?

Nak tuduh apa lagi terhadap Anuar Ibrahim..?

Anonymous said...

Pengeluaran mesin basuh menggunakan teknologi "SPIN" yang terbaru , akan diperhebatkan kerana banyak pakaian sukarelawan yang balik keTanah Air , telah terpalit darah yahudi.....
Percayalah....
Fahamilah.....

Anonymous said...

kahkahkah..wonderfu*kin fools devil worshippin zionist freak(ya ,gua tau,apa puak ini "panggil" pada hari yom kippur) nak ban Anwar,i say banlah..who gives a sh!t..

Anonymous said...

Aaah..ini jelas menunjukkan gomen Malasyia ada hubungan dgn puak yg panggil "fallen angels" pd hari yom kippur..

Anonymous said...

closely related to this topic..

Covered Bond Sales Surge; Transocean Tumbles: Credit Markets
Share Business ExchangeTwitterFacebook| Email | Print | A A A

By Sonja Cheung and Caroline Hyde

June 3 (Bloomberg) -- Sales of covered bonds are accelerating as investors seek debt backed by collateral amid concern about the creditworthiness of governments and banks.
http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601087&sid=agxpOe8oglQU&pos=3

Personal Bankruptcy Filings increase 9% compared to May 2009

by CalculatedRisk on 6/02/2010 05:48:00 PM

From the American Bankruptcy Institute: May Consumer Bankruptcy Filings up 9 Percent from Last Year

The 136,142 consumer bankruptcies filed in May represented a 9 percent increase nationwide over the 124,838 filings recorded in May 2009, according to the American Bankruptcy Institute (ABI), relying on data from the National Bankruptcy Research Center (NBKRC). NBKRC’s data also showed that the May consumer filings represented a 6 percent decrease from the 144,490 consumer filings recorded in April 2010. ...
http://www.calculatedriskblog.com/2010/06/personal-bankruptcy-filings-increase-9.html

zakwan said...

I guess the "Anwar ejen Yahudi" campaign fodder is officially thrown out of the window

Expect UMNO 2 resort 2 the "Ejen Cina, India" etc 2 continue demonize him

On the positive side, Anwar will spend less time overseas and focus on visiting more kampung areas and inform on who the real Jewish ass kissers are

Abuzar said...

Perlukah Anwar berhubung dengan Yahudi?

Anwar dicop musuh Yahudi & Negara haram Israel oleh Yahudi B'nai Brith. Ini satu anugerah Allah kerana ini sunnah kerasulan. Para Nabi Zakaria, Yahya, Isa & Nabi Muhammad, Rasulullah juga dicop musuh Yahudi. Yahudi sabotaj & khianati para nabi2 Allah & para ulamak2. Para pejuang Islam, Rakyat dimusuhi oleh Yahudi... Sheikh Yassin, Sheikh Hassan Nasurullah, Presiden Ahmadinejad, dll ........

Kepada mereka yang masih menyembah & bersekongkol dengan Yahudi... selama ini UMNO mefitnahkan Anwar sebagai agen Yahudi, USA.. Nah Allah bongkarkan UMNO pula penjilat sebenar Yahudi.... APCO agen pelobi Yahudi International penguasai kerajaan Malaysia melalui UMNO.... insaflah, kembali kepada Islam sebenar sebelum nasi menjsdi bubur.

Tipu daya UMNO terhadap orang2 melayu & rakyat Malaysia selama ini semakin terbongkar,,,,

Biarkan Yahudi kekal menjadi musuh Allah. Yahudi, bangsa penipu, pengkhianat & penjajah yang amat keji. Allah laknat keatas Yahudi sejak Nabi Musa lagi. Semua kita (UMNO, PKR, PRM, PAS, dll), Putuskan saja hubungan dengan Yahudi itu. Bebaskan dari pengaruh kesyaitanan Yahudi.

Tanpa pengaruh Yahudi, kita semua Isya Allah selamat.

Anonymous said...

dulu anwar ngn yahudi ni tido 1 katil, tapi sekarang dah clash, sb anwar tak pandai cover line,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.