Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, June 17, 2010

Presiden Panggil Ali Zaidan&Gang, Luncai

Presiden PAS, dalam Ucapan Dasar, telah menyuruh ahli-ahli PAS waspada dengan blog serta menggelarkan bloggers sebagai Luncai.

Apa yang saya nampak, blogger-bloggers Pondan seperti Ali Zaidan, Batu Api, Songkok Putih dang eng turut dikategorikan oleh Presiden sebagai “luncai”.

Bagi saya, Ali Zaidan&Gang sememangnya sesuai digelar Luncai, seperti yang dikatakan oleh Presiden. Ini kerana, mereka ini “Bloggers Pondan”. Mereka tak berani dedah identiti mereka. Mereka tidak berani bertanggungjawab ke atas apa yang mereka tulis dan ungkap.


Atas sebab itu, bloggers2 ini bebas menebar fitnah sesuka hati mereka. Antara contoh yang saya boleh bawa: Tulang Besi Difitnah Lagi…..Oleh Batu Api. Jelas satu fitnah yang amat jijik. Namun, mereka bebas menebar fitnah sebab mereka pondan, tak berani dedah identiti mereka.

Lagi satu, di dalam mempertahankan diri, bloggers Pondan ini menggunakan gelaran “blogger celaka”. Namun, apa yang jelas, gelaran itu diberikan oleh TOk Guru Nik Aziz pada bloggers yang kuat menebar fitnah.

Dengan kata lain, bukan sahaja Ali Zaidan&gang ini “Bloggers Pondan”, mereka juga “Bloggers Celaka” di samping “Luncai”.

Bagi saya, bloggers Pondan ini berjasa kepada AyahChik di dalam bentuk menyokong agenda PERPADUANG yang akhirnya akan menyebabkan Ayahchik hilang kerusi Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang.

Hebat Bloggers2 Pondan ni. Jasa mereka akan dikenang oleh Ayahchik sampai kiamat.

Tulang Besi

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

PAS: Waspada dengan blog, 'luncai' luar parti, Jimadie Shah Othman, Jun 11, 10, 10:31am

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mahu semua anggotanya memberikan ketaatan dan wala' (kesetiaan) kepada parti dan pemimpinnya yang "menjalankan tugas sepanjang masa, bukannya bermusim".

Katanya, kesemua pemimpin tersebut - yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang termasuk ulama dan profesional - dipilih sendiri oleh ahli-ahli dalam muktamarnya tahun lalu.

"Adunan ini jugalah yang memperkasakan PAS untuk memimpin negara, dengan menolak jahiliyah sekularisma yang meminggirkan Islam dan memisahkan urusan dunia daripada Islam," katanya.

Berucap dalam muktamar ke-56 parti itu di Pengkalan Chepa hari ini, Abdul Hadi juga mengingatkan anggota dan pemimpinnya tidak terpedaya dan "hanyut bersama luncai di luar parti yang berkeliaran dengan labu-labunya".

"Alhamdulillah, walaupun kita berhadapan dengan cabaran sebegini, tidak ada seorang pun di kalangan kita yang terkeluar daripada bahtera perjuangan mengikut telatah luncai-luncai itu, walau pun menghadapi ribut dan gelombang yang datang dari segenap penjuru," katanya di hadapan kira-kra 2,000 perwakilan dan pemerhati.

Beberapa pemimpin kanan Pakatan Rakyat turut hadir dalam muktamar itu, antaranya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh popular DAP Lim Kit Siang, penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim dan wakil-wakil parti Islam daripada luar negara.

Sementara itu, menyentuh soal hubungan dalam Pakatan Rakyat, Abdul Hadi berkata selepas beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini, terutamanya di Sibu, telah menunjukkan kesetiaan dan kebersamaan gerak kerja yang baik.

"Oleh yang demikian, pendekatan fekah politik Islam yang dipegang oleh PAS menerusi amalan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dalam Pakatan, dengan model Islam yang sebenar, akan terus
diperkasakan," kata beliau yang juga ahli parlimen Marang.

Bagaimanapun, tambah Adul Hadi (kanan) lagi, penyertaan parti Islam itu dalam gerakan politik Islam mewajibkannya meneruskan persaudaraan ukhuwah (persaudaraan) dengan semua kumpulan Islam dengan penuh tasamuh.

"Inilah yang mewajibkan semua kumpulan Islam berada dalam saf (barisan) perjuangan Islam bersama PAS.

"Ukhwah yang dibina ini pula, wajar untuk digerakkan ke arah melaksanakan tanggungjawab amal Islami yang syumul (lengkap) di segenap pelusuk negara," katanya.




5 comments:

Yuseri said...

Sejak bila pulak ko sependapat dgn presiden PAS ni?

Sebelum ni bukan main keji lagi, skrg lain pulak? kao ni ada pendirian ke tidak TB?

Bloggers luncai yang digelar oleh presiden PAS tu termasuk kao lah.

Grand Marquis said...

Lawak sungguh TB ni. Jangan lupa, 2 jari ke hadapan, 3 jari tunjuk pada diri sendiri.

lawak lawak

Anonymous said...

c'mon la...mana yg benar kita sokong dan mana yg batil kita tentang!!!
setiap org mesti ada yg dia setuju dan ada pula yg tidak setuju...bodo

Amyra said...

saya ingat pondan pun lebih berani sebenarnya

Anonymous said...

blogger kickdefella hang tak masukkan ke sebagai "gang Luncai" tu??? pasai dia sokong Husam kut hang tak lebel dia sama...??? padahal dia kutuk gila gila kat TGNA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.