Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, June 15, 2010

Presiden PAS Mungkin Hilang Kerusi Marang dan Rhu Rendang

Sumber saya memberitahu bahawa pembinaan sebuah kem tentera di dalam DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang sudah hampir siap. MAlahan, SPR sedang giat memindahkan lebih 6000 pengundi pos dari DUN Permaisuri ke Marang. Pada pilihanraya yang akan datang, aka nada lebih 6000 pengundi pos di Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang. Sekaligus menukarkan Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang sebagai kawasan selamat untuk UMNO dan Barisan Nasional di Terengganu.

Atas sebab inilah, Mat Said sengaja berbaik dengan PAS sekarang ini. Mat Said tahu hayat PAS di Terengganu semakin habis. Apabila siap kem tersebut di Marang, tiada lagi kawasan selamat untuk PAS di seluruh Terengganu.

Seharusnya kesalahan wajib diletakkan ke atas penasihat-penasihat Presiden yang telah menasihatkan Presiden menolak September 16. Sehingga Presiden PAS telah mengeluarkan kenyataan sebegini:

Ummah Online: Bukankah sudah memadai majoriti Muslim sahaja?

Tuan Guru Haji Hadi Awang: Muslim sahaja tidak cukup. Muslim lain, Islam lain. Muslim itu ada orang yang memelok Islam tapi tidak beramal dengan Islam. Kita mahu, Muslim yang beramal dengan Islam. Saya yakin, jika Islam dijadikan model… sepertimana yang kita pernah laksanakan di Kelantan, juga di Terengganu, dan seperti yang kita sedang laksanakan di Kedah dan di Perak. Dan, ini tidak menjadi masalah kepada orang bukan Islam. Apa salahnya bila Islam itu kita kemukakan dalam perubahan peringkat pusat? Bahkan peringkat pusat lebih wajar, sebab kuasanya lebih berbanding dari peringkat negeri lagi.

(Sumber: Temuramah Presiden bersama UmmahOnline yang boleh di baca keseluruhannya di sini

Ini kerana pada masa itu, kerajaan sementara Anwar itu akan dibarisi ahli-ahli Parlimen yang MAJORITI MUSLIM, tapi bukan MAJORITI MELAYU.

Namun, perkara ini ditolak oleh Presiden PAS atas alasan majoriti muslim sahaja tidak cukup. Presiden telah menolak kerajaan Anwar ini atas nasihat-nasihat dari puak-puak “PERPADUANG” yang disekeliling Presiden.


Hasil dari penolakan Presiden ini, Anwar telah berbincang dengan “Mr X” dan akhirnya bersetuju untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada “Mr. X”. Anwar TIDAK AKAN MENJADI PERDANA MENTERI sekiranya September 16 berjaya.

Namun, persetujuan "Mr X" itu datangnya telah lambat. Pada masa itu, sudah hampir sebulan selepas tarikh September 16. PAda masa itu, Najib dan UMNO sudah pun melakukan banyak perkara untuk menghalang melompatnya ahli-ahli Parlimen UMNO.

HUBUNGAN PRESIDEN DAN NASA MULAI RENGGANG?

Pada hemat saya, faktor ini juga menjelaskan mengapa hubungan Nasa dan Presiden semakin renggang. Setelah percubaan menubuhkan Kerajaang Perpaduang gagal hasil penolakan menyeluruh ahli dan penyokong, maka terpaksalah Presiden dan puak2 UG kembali kepada agenda Pakatan Rakyat.

Nasa dan geng beliau memang terkenal sebagai puak yang Pro kepada UMNO dan penggabungan dengan UMNO. Dengan kata lain, Nasa dan geng beliau boleh dikategorikan sebagai “agen UMNO” dalam Pas kerana berjaya mengagalkan “September 16”. Sebab itu kalau dibaca dalam blog-blog UMNO, Nasa ini tokoh PAS kebangaan UMNO.

Namun, dengan pilihan agenda Pakatan Rakyat ini, Presiden PAS bakal hilang kerusi DUN Rhu Rendang serta kerusi Parlimen Marang. Hasil dari nasihat-nasihat dari penasihat-penasihat separuh tiang Presiden, menyebabkan Presiden akan kerugian yang amat banyak sekali.

Kerusi DUN Rhu Rendang akan diwakili UMNO buat pertama kali semenjak tahun 1982.

Kiranya September 16 berjaya tempohari, masaalah pengundi pos di Marang tidak akan menjadi faktor lagi.

PRESIDEN JADI MANGSA KEBODOHAN PENASIHAT2 (YANG RATA2 AHLI AKADEMIK DAN TIADA PENGALAMAN POLITIK)

Rata-rata penasihat Presiden adalah anak-anak usrah ustaz Kamarulzaman (Ustaz Kayu) yang berpusat di Bangi.

Perlantikan Dr Shamsuri sebagai SU Politik sendiri pun adalah perancangan Ustaz Kayu dan geng beliau. Gaji Dr Shamsuri dibayar oleh SIGTECH Technology yang dipunyai oleh Dr Khazani Riz. (Semua orang Terengganu termasuk Dr Kayu sendiri)

Rata-rata Geng Kayu ni tiada pengalaman dalam politik, baik luar mahupun dalam. Pengetahuan ekonomi pun jangan harap la. Semuanya berpaksi kepada kejahilan dan keujuban.

Mereka ini adalah ahli-ahli akademik yang masih mentah dalam politik dan permainan politik. Malahan, arwah Ghaffar Baba yang hanya sekolah darjah enam itu lebih mahir dalam permainan politik berbanding keseluruhan "Geng Kayu" ini.

Sekurang-kurangnya, dibawah Dr Dzul dahulu, Presiden pernah membentangkan “Belanjawan Alternatif” sebagai saingan sengit kepada Belanjawan BN dan UMNO. Sehingga wakil2 Rakyat UMNO telah membahaskan belanjawan kita dan tidak membahaskan belanjawan UMNO dan BN.

Di bawah Dr. Shamsuri dan Geng Kayu, takda apa-apa idea yang menarik yang dapat dibanggakan dari Presiden di Parlimen. Soalan-soalan pun terbatas.


Yang lebih penting lagi, hasil dari khidmat nasihat “Geng Kayu”, Presiden PAS telah tertipu. Akhirnya Presiden PAS akan membayar nasihat-nasihat "Geng Kayu"@"GEng Terengganu" dengan hilangnya kerusi Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang.

Begitulah hebatnya nasihat dan gagasan politik Geng Kayu@ Geng Terengganu sehingga Presiden PAS akan hilang kerusi Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang. TAHNIAH SAYA UCAPKAN.

Seburuk-buruk Husam Musa pun, Husam akan berusaha segala upaya untuk memastikan Presiden PAS kekal dalam kerusi Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang di samping meneruskan penerajuan kepada PAS sebagai Presiden.

Nak jadi penasihat, mestilah penasihat itu LEBIH PANDAI atau SAMA PANDAI dengan orang yang dinasihati. Ini, penasihat lebih bodoh dari orang yang dinasihati. Hasilnya, nasihat-nasihat mereka menjadi racun bukan penawar.

Wala’ yang selama ini dijaja kepada ahli-ahli PAS adalah semata-mata wala’ kepada idea-idea dan nasihat dari “Geng Kayu” ini. Wala’ yang membawa rebah bukan sahaja kepada parti tapi kepada Presiden PAS sendiri.

Tulang Besi

10 comments:

AzamDin said...

aku da tengok projek langgar hadi..bukan main mengelak dia... ahahaha...patut tb marah bebeno ngn si hadi ni... ehehehe

Anonymous said...

Selain daripada menipu dan membeli, apakah taktik UMNO Baru untuk memenangi pilihanraya?

otak besi said...

tulang besi!
terasa benar untu aku menambah sedikit maklumat untuk mengenali kepimpinan sendiri.
"Geng kayu" ini kelompok yang membantu presiden parti, siapa sebanarnya dibelakang "geng kayu"

Anonymous said...

Salam, potong stim betui di Perak. Kata ADUN UMNO nak lari rupa rupanya ADUN DAP yg keluar.Tapi kalau ikut akal waras, tak de sebab ADUN UMNO nak masuk PKR kerana PKR sendiri pun dah nak mati.Berbalik kepada TG Hadi Awang, jgn lah kita gundah gulana kerana kita boleh pindahkan dia kekawasan yg banyak org Cina, insyaalah dia akan menang.... tapi dimana ye... Ipoh Timur atau Cheras, sebab lepas ni kawasan majoriti Cina pun dah tak banyak.Mengikut Jabatan Perangkaan penduduk Cina di Malaysia akan turun ke 25% menjelang 2020... fikir fikirkanlah

Anonymous said...

Tulang besi dah panik...kononya presiden dia dah nak hilang kerusi DUN dan Parlimen....apa susah..pi je tanding kat Kelantan..tak pun kat Ipoh Timur atau Permatang Pauh...sanggup ke Tulang Besi tengok kawan2 baik dia berkorban untuk Presiden kesayangan dia..tepuk dada tanya iman....dah jelas Tulang besi memang pembohong dan pandai bermuka2....

Anonymous said...

alahai..
1.rasanya kita flashback balik cerita tentang negara Islam dan hukum hudud sat!!
2.TB dok kata!umno penghalang kepada Pas untuk laksankan perundangan Islam dan hukum hudud!
3.Maka TB pun kata umno menentang perundangan islam dan hukum hudud!!!!
4.HADI KATA PAS BELUM BERSEDIA UNTUK LAKSANKAN PERUNDANGAN ISLAM DAN HUKUM HUDUD SEMASA DIKB TEMPOHARI!!
5.Apamacam TB!tolong hang ulas sat!!

Anonymous said...

aku gelak dulu..kakakakah..

oi mamat besi, sejak bila pulak ko ni terpikirkan tentang presiden PAS?

perjuangan ko kan nak jatuhkan presiden PAS, kan eloklah Umno jatuhkan presiden PAS, nanti senanglah kerja ko. ke tak gitu?ehe

artikel ko ni kan, cam ko aje yang bijak. hanya ko aje yang terpikir pasai kerja-kerja Umno tu.

came on la bro, setakat nak bagitau kerja -kerja umno nak tewaskan presiden tu dalam blog, baik ko duk nasihatkan puak-puak yang terus-terus melompat parti khianat amanah rakyat.

setakat pakai sumber rahsia ko tu yg belum tentu lagi keabsahannya, pastu duk 'jual' kat blog ko. usah sombong la dgn hasil pemerhatian sumber rahsia ko tu.

kalau dah duduk kat lombok tu, jgn duk sibuk buat analisa pasai kat terengganu.

pasai fitnah ko kat ust nasa konon umno suka dengan ust nasa yg jadi tali barut umno sebab banyak blog2 umno puji ust nasa. setakat itu bukti ko, aku pun bole kata, ko adalah tali barut umno utk memecahbelahkan PAS. buktinya, banyak blog2 umno dan juga org umno suka dan bangga dengan kerja ko merosakkan PAS dan membongkarkan rahsia parti kepada umum.

Come on la bro, jgn rasa ko aje yg pandai buat analisis yg budak tadika kemas pun boleh buat. ko igt org lain duk diam aje ke pasai presiden PAS akan kehilangan kerusi parlimen marang tu?

jangan perasan cerdik la bro. belajar terima kenyataan skit.

Anonymous said...

mungkin sprmmm bantu uhmmno beend .... dengar di selangor mereka guna rela... pulak

Anonymous said...

Cadangan membina kem tentera di daerah Marang sebenarnya telah wujud sejak tahun 1990 lagi, waktu Muda Mamat jadi Adun Pengkalan Berangan.

Tetapi cadangan itu tenggelam untuk beberapa lama.

Amatlah tipis peluang presiden Pas mempertahankan kerusi Marang bila ada lebih 6,000 undi pos bagi kawasan parlimen itu.

Anonymous said...

Pembinaan markas tentra bukan boleh dibuat dalam tempoh singkat,tentu makan masa juga.Takkan Hadi Awang tak nampak dan tak tahu? Dalam keadaan sebagini dia masih nak tidur sebantal dengan UMNO? Pelik dan ajaib!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.