Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, June 13, 2010

Siapa Kata Orang Melayu Lari Dari PAS?

NOTA EDITOR: Benar cakap blogger Hamba Allah ini. Orang Melayu memang selamanya tidak menyokong PAS. Yang menyokong PAS adalah mereka yang menyokong Islam. Apa bezanya? Orang Melayu boleh marah bila orang bukan islam guna kalimah Allah. Tapi orang Melayu siap sokong bila lesen judi bola dikeluarkan. Orang Islam ikut Islam., jadi apa yang diharamkan Islam mereka ikut dan apa yang tidak diharamkan mereka tidak paksa.

Itu BEZANYA.Siapa kata orang Melayu lari dari PAS?
Hamba Allah


Aku cukup setuju dengan perwakilan Shah Alam, Khalid Samad. Siapa kata orang melayu beralih dari sokong PAS.

Memang sebenarnya orang melayu tak pernah sokong PAS. Pasainya selama ini yang sokong PAS adalah orang Islam yang nakkan kepada Islam. Realitinya, kata YB Khaild Samad, sokongan orang melayu kepada PAS meningkat hampir 300% dari orang melayu.

Memang sebenarnya pun sokongan orang melayu kepada PAS sebelum ni pun tak banyak mana. Yang pernah dapat banyak pun mungkin lebih sikit masa PRU tahun 99, tapi tu pun diragui sebagai sokongan padu kepada PAS.

Realitinya, PRU sebelum-sebellum ni, PAS biasa sangat kalau hilang wang pertaruhan terutama sekali di sebelah negeri Johor.

Ramai yang kata orang melayu lari dari PAs sebenarnya cuma persepsi yang timbul bila sokongan orang bukan Islam kepada PAS tiba-tiba meningkat dengan cukup mendadak sampai PAS berjaya menubuhkan Dean Himpunan Penyokong Pas yang dinaik taraf dari Kelab Penyokong PAS.

Persepsi tu nampak lagi jelas bila keadaan di Perak dan Penang dijadikan contoh. Di Perak PAS cuma berjaya menang 6 kerusi Dun dan 2 kerusi Parlimen. Yang lainnya calon PAS kalah kepada calon Umno BN. Di Penang pulak calon PAS kalah di semua kerusi kecuali kerusi Dun Permatang Pasir.

Walau apa pun. Pas memang amat-amat memerlukan peningkatan sokongan orang melayu untuk menang lebih banyak kerusi Parlimen dan Dun. Sebabnya memang kebanyakkan kerusi yang calon Pas bertanding adalah kerusi majoriti melayu. Bukan takat majoriti tapi peratus pengundi melayu melebihi 70%.

Kalau kerusi tu 80% pengundi melayu, maknanya PAS kena dapat sokongan hampir 50% untuk mejamin kemenangan calon Pas.

Jadinya, aku sangat mengharapkan semua pihak dalam Pas meningkatkan lagi gerakerja untuk menarik sokongan orang Melayu. Tambah-tambah lagi aku mengharapkan Dewan Ulama' memulakan geerakerja berperancangan untuk pastikan sokongan orang Melayu Islam beralih dari menyokong Umno BN kepada menyokong PAS Pakatan Rakyat.

Bukan maksud aku Dewan Ulama' tak buat apa-apa tapi aku cuma nak bagitau aku tak nampak apa yang Dewan Ulama' buat selama ni. Dan aku rasa tak salah kalau kita letakkan tanggungjawab yang paling utama kepada Dewan Ulama' untuk tarik sokongan orang Islam sendiri kepada Pas.

6 comments:

Grand Marquis said...

Day 3 in World Cup. England 1 - 1 USA.

Tapi football gambling outlet masih tak nampak lagi kat Malaysia.

Mana ni TB?

Tulang Besi said...

MAcamana nak jalan, kita dah lawan. Cuba kalau tak da PAS dgn PR, mesti dah jalan judi bola ni.

Surat kebenaran dah keluar bang.

Tulang Besi said...

Mana Najib nak menyorok bang???

Anonymous said...

Melayu tak lari dri PAS..ok..tetapi apa PAS sedang buat utk mendekati org miskin melayu,terutama sekali di kampung2,FELDA2..wats PAS economic models for luar bandar?For 2 years wat PAS has been doin?UG!ini 21 st century..Zaman Tantawi is over..people r not that concerned bout religion..people r more concerned bout economic issues..

tebing tinggi said...

Betul ke Pas dan Pr yang menentang tak ada ke badan-badan lain?.
Tetapi yang peliknya kenapa judi bola ni digembar-gemborkan sangat, apa yang lain tu dah halal ke ?.

Anonymous said...

salam tuan,

Saya rasa tuan seperti Yb Khalid Samad yang syok sendiri. Ya memang betul sebelum PRU12 ramai orang melayu Islam termasuk saya menyokong kuat Jemaah PAS.

Tetapi malang, Pasca PRU12, saya kecewa dgn prestasi PAS di Perak dan di Selangor sendiri. Yang nyata PKR dan DAP dominan dalam pakatan dan lebih teruk kadar kecekapan pengurusan kerajaan yg lemah baik di Selangor dan Pulau Pinang dan Kedah. Ini pengalaman saya sendiri di GLC Selangor dalam melayan karenah kekalutan pimpinan Tan Sri Khalid dan sekutunya.

Yakinlah cakap saya, kami segelintir yg senyap ini bukan jahil murakab, kurang berpendidikan dan pengalaman dalam ekonomi dan politik semasa. Sekadar memberi peluang PAS sedar kesilapan dengan segera sebelum PRU13 bukan sekadar mengejutkan BN dan UMNO tetapi turut PR dan PAS khususnya.

Belum lagi hal salaf dan khalaf dan syiah dalam jemaah PAS seperti api dalam sekam.

Sokongan bukan islam kepada PAS..Ini lagi melucukan bagi saya yg hidup dalam persekitaran bukan melayu dan bukan Islam sejak dari awal. Orang Islam PAS seperti mengharap redha orang bukan Islam khususnya DAP dalam keadaan tidak kenal pun hatibudi, agenda dan budaya sebenar bukan Islam. Ini terlalu mual untuk saya huraikan, cukuplah kita yg diberi akal dan dalil kitabAllah dalam menilai membeza antara dakwah atau menjadi mangsa helah kafir licik.

Yang nyata, jemaah PAS masih gagal mendapat fakta analisis sebab kemenangan berkesan PRU12 sehingga gagal melaksanakan aspirasi pengundi dan rakyat dengan berkesan..

Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.