Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, June 17, 2010

Zaman Ustaz Fadzil, Jarang Kita Dengar Wala’ Diungkapkan

Dalam Ucapan Dasar, Presiden PAS dilaporkan berkata:

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mahu semua anggotanya memberikan ketaatan dan wala' (kesetiaan) kepada parti dan pemimpinnya yang "menjalankan tugas sepanjang masa, bukannya bermusim".

Katanya, kesemua pemimpin tersebut - yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang termasuk ulama dan profesional - dipilih sendiri oleh ahli-ahli dalam muktamarnya tahun lalu.

"Adunan ini jugalah yang memperkasakan PAS untuk memimpin negara, dengan menolak jahiliyah sekularisma yang meminggirkan Islam dan memisahkan urusan dunia daripada Islam," katanya.


Kepada mereka yang aktif dalam PAS sewaktu arwah Ustaz Fadzil masih hidup tentu dapat merasakan kelainannya. Ini kerana Ustaz Fadzil tidak pernah menggunakan alasan “wala’” didalam menjalankan tugas beliau sebagai Presiden/Yang Dipertua Agung PAS.

Saya masih ingat Muktamar PAS 1990 di Kota Baru. Ia adalah Muktamar PAS yang pertama selepas kemenangan di Kelantan selepas pilihanraya 1990.


Di waktu itu, Pemuda PAS begitu lantang mengkritik beberapa idea dari kepimpinan PAS Pusat. Yang paling lantang adalah Malik Husin yang membidas idea Tok Guru Nik Aziz yang menekankan “Menerang bukan Menyerang”.

Arwah Ustaz Fadzil tidak pernah marah dan gusar apabila dikritik lantang sebegitu. Arwah Ustaz Fadzil menjawab semua hujjah-hujjah yang diberikan oleh Perwakilan. Sehingga dalam isu Ustaz Latif yang dibangkitkan Pemuda masa tu pun Ustaz Fadzil jawab.

Sikap Ustaz Fadzil yang mementingkan hujjah bukan wala’ ini menjadikan ahli-ahli “Wala’” kepada beliau secara OTOMATIK, tak perlu memaksa. Keputusan Ustaz Fadzil JARANG DIPERSOALKAN AHLI dan PENYOKONG sekalipun Ustaz Fadzil TIDAK PERNAH mempromosikan konsep wala’.

Perkara yang sama juga boleh diperkatakan berkenaan Tok Guru Nik Aziz. Sepanjang yang saya mengikuti program beliau, dalaman dan luaran, saya tak pernah dengar beliau mengungkapkan perkataan “Wala’” ini.

Sewaktu Muktamar 1990 itu, Tok Guru telah menegur pimpinan2 yang marah dengan kelantangan Malik Hussin. Tok guru membawa contoh Saidina Umar yang terlanggar kaki seorang yang beriktikaf dalam masjid kerana keadaan yang gelap.

Orang yang dilanggar kaki itu jadi marah dan memaki Saidina Umar dengan memanggil dia buta. Saidina Umar tidak marah, malan hanya meminta maaf sebab terlanggar kaki. Sikit pun dia tak sebut yang dia adalah Khalifah kepada orang yang sedang tidur itu.

WALA’ ADALAH PROGRAM MEN”TERENGGANU” KAN PAS PUSAT

Idea wala’ ni mula popular setelah Presiden yang ada sekarang ni mengambil alih pemerintahan setelah perginya Ustaz Fadzil.

Idea ini adalah menjadi pegangan kepada PAS Terengganu sejak sekian lama. Ahli-ahli dan pendokong-pendokong tidak boleh menegur pimpinan kerana semuanya wala’. Apa yang pimpinan buat, semuanya betul walaupun telah kalah pilihanraya berkali-kali.

Pemilihan jawatan di Peringkat Kawasan dan Dewan pun melanggar Perlembagaan PAS. Namun, tidak pernah dipersoalkan oleh ahli kerana semua ahli PAS di Terengganu wala’ kepada pimpinan.

Setelah memerintah Terengganu pun, idea wala’ ni masih diteruskan. Hasilnya, kita lihat sendiri. PAS Terengganu hanya mampu kekal satu penggal dan sehingga hari ini, tidak dapat merampas kembali Terengganu walaupun UMNO berpecah teruk.

Apabila diberitahu rakyat Terengganu menolak kepimpinan PAS Terengganu yang ada sekarang ini, perkara tersebut ditolak mentah-mentah. Kepimpinan yang ditolak rakyat Terengganu masih dikekalkan. Ahli-ahli dan penyokong hanya diam membisu kerana “Wala’”.

PAS rugi tidak menjadi masaalah. Yang penting ahli mesti “wala’” pada kepimpinan PAS Terengganu. Biarlah kalah macam mana pun, ahli wajib wala’ pada kepimpinan.

Perwakilan Kedah menyatakan kalau hendak menang, kita wajib wala’ pada pimpinan. Kalau begitu, di Terengganu kita tidak sepatutnya kalah kerana ahli semuanya wala’ pada kepimpinan negeri. Namun, mengapa PAS Terengganu terus menerus kalah?

Kadang-kadang perwakilan PAS ni tidak duduk di alam nyata. Mereka duduk di alam fantasi. Mereka tidak sedar bahawa kehidupan di alam nyata ini lain dari kehidupan di alam fantasi.

Beza kepimpinan Ustaz Fadzil adalah Ustaz Fadzil sentiasa hidup di alam nyata. Atas sebab itulah Ustaz Fadzil tidak pernah menolak mana-mana kritikan dan teguran dan Ustaz Fadzil tidak pernah menggunakan alasan “wala’” untuk menutup kelemahan sendiri.

Sahabat2 dulu sememangnya meminta rakyat wala’ pada mereka, tapi mereka tidak pernah menghalang kritikan dan teguran dari sesiapa sahaja.

Habislah PAS kalau terus menerus dihanyutkan dengan budaya PAS Terengganu.

Tulang Besi

ps Ustaz Halim memberi amaran Kedah dan Selangor akan jatuh kalau tidak mendaftar pengundi baru. Saya nak tanya berapa pengundi baru yang PAS Terengganu telah daftar setakat ini?

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

PAS: Waspada dengan blog, 'luncai' luar parti, Jimadie Shah Othman, Jun 11, 10, 10:31am

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mahu semua anggotanya memberikan ketaatan dan wala' (kesetiaan) kepada parti dan pemimpinnya yang "menjalankan tugas sepanjang masa, bukannya bermusim".

Katanya, kesemua pemimpin tersebut - yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang termasuk ulama dan profesional - dipilih sendiri oleh ahli-ahli dalam muktamarnya tahun lalu.

"Adunan ini jugalah yang memperkasakan PAS untuk memimpin negara, dengan menolak jahiliyah sekularisma yang meminggirkan Islam dan memisahkan urusan dunia daripada Islam," katanya.

Berucap dalam muktamar ke-56 parti itu di Pengkalan Chepa hari ini, Abdul Hadi juga mengingatkan anggota dan pemimpinnya tidak terpedaya dan "hanyut bersama luncai di luar parti yang berkeliaran dengan labu-labunya".

"Alhamdulillah, walaupun kita berhadapan dengan cabaran sebegini, tidak ada seorang pun di kalangan kita yang terkeluar daripada bahtera perjuangan mengikut telatah luncai-luncai itu, walau pun menghadapi ribut dan gelombang yang datang dari segenap penjuru," katanya di hadapan kira-kra 2,000 perwakilan dan pemerhati.

Beberapa pemimpin kanan Pakatan Rakyat turut hadir dalam muktamar itu, antaranya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh popular DAP Lim Kit Siang, penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim dan wakil-wakil parti Islam daripada luar negara.

Sementara itu, menyentuh soal hubungan dalam Pakatan Rakyat, Abdul Hadi berkata selepas beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini, terutamanya di Sibu, telah menunjukkan kesetiaan dan kebersamaan gerak kerja yang baik.

"Oleh yang demikian, pendekatan fekah politik Islam yang dipegang oleh PAS menerusi amalan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dalam Pakatan, dengan model Islam yang sebenar, akan terus diperkasakan," kata beliau yang juga ahli parlimen Marang.

Bagaimanapun, tambah Adul Hadi (kanan) lagi, penyertaan parti Islam itu dalam gerakan politik Islam mewajibkannya meneruskan persaudaraan ukhuwah (persaudaraan) dengan semua kumpulan Islam dengan penuh tasamuh.

"Inilah yang mewajibkan semua kumpulan Islam berada dalam saf (barisan) perjuangan Islam bersama PAS.

"Ukhwah yang dibina ini pula, wajar untuk digerakkan ke arah melaksanakan tanggungjawab amal Islami yang syumul (lengkap) di segenap pelusuk negara," katanya.



17 comments:

Anonymous said...

Dulu dato' fadzil jarang ungkapkan isu wala' krn pada zaman tu tak wujud lagi pengacau atau geng separuh masak.

Sekarang pemimpin dan ahli PAS dah ramai berwala'kan pemimpin lain dan membelakangkan parti sendiri,,cthnya ramai pemimpin bermati matian menyokong projek syaitan 16 September tajaan Anwar yg ternyata gagal dan boleh mengkucar kacirkan negara-cth lihat politik perak

- besi tembaga

Wala Untuk Membodohkan Ahli2 PAS said...

Aikk???

Bukan masa dulu dah ada geng IRC/JIM ke?

Apasal Ustaz Fadzil tak sebut pasal wala' pun?

Anonymous said...

siapa kate ust fadhil tak selalu sebut pasal wala'??????

Anonymous said...

Salam TB,

PAS zaman Arwah Fazdhil Noor lain, PAS sekarang lain, PAS dulu tk biarkan kafir tunggang mereka, PAS sekarang sanggup diperkudakan oleh DAP.

Tulang Besi said...


PAS zaman Arwah Fazdhil Noor lain, PAS sekarang lain, PAS dulu tk biarkan kafir tunggang mereka, PAS sekarang sanggup diperkudakan oleh DAP.
.

Lebih baik ditunggang DAP yang anti judi berbanding ditunggang UMNO yang tokeh judi.


Hehehehehe UMNO bukan ke ditunggang Yahudi?

orang waras said...

Tulang besi mahu sapa jadi Presiden PAS sbnrnya? Husam Musa? Salahuddin? ke nak Arif Fahmi?
knpa Tulang Besi tak aktif scra lngsung dlm PAS, jd perwakilan muktamar dan usulkn dlm muktamar?

Sindrom wala' punca kkalahan PAS trngganu. ini skadar andaian ATAU ada fakta yg tepat?

Come in tulang, You blogger profssnl. jngn buat andaian sbgni. jngn jadi perangai UMNO.

Anonymous said...

Setuju gak ngan TB...tapi apa yg x kena antara TB ngan PAS Terengganu???

Anonymous said...

apa pasal terasa bila disebut pasal wala'?

Anonymous said...

Sape kata Arwah jarang guna perkataan WALA . Kau ni baru kenal parti PAS ke? Siapa yg pernah bertamrin dsb nya dengan beliau pasti tahu wala menjadi pra syarat berjemaah. Selalu di tekankan hal ini pada ahli yg berbagai latar belakang ni.

Anonymous said...

pemilihan PAS akan datang.. ko cabar je Presiden atau timbalan Presiden... cakap kat sini saja tak guna jugak... sila declarekan kesediaan anda utk bertanding salah satu dari 2 jawatan tu.. tengok ada tak pencalonan dari kawasan kawasan....

Tulang Besi said...

Sape kata Arwah jarang guna perkataan WALA . Kau ni baru kenal parti PAS ke? Siapa yg pernah bertamrin dsb nya dengan beliau pasti tahu wala menjadi pra syarat berjemaah. Selalu di tekankan hal ini pada ahli yg berbagai latar belakang ni..

Saya tak tau la, tapi saya ikut usrah PAS ni semenjak 1985 lagi. Masa tu tak dengar pun orang cerita pasal wala' macam sekarang ni.

Kao stat ikut Usrah PAS bila?

Anonymous said...

aku ikut usrah sejak 1987... selalu sangat dengar wala' ni. waktu arwah ustaz fadzil pegi program musin panas kat dublin tahun 2001 dulu pun dia sebut pasal wala'...banyak kali pulak tu

kalau dah busuk hati... apa apa saja berkaitan orang yang dia tak suka akan difitnahnya

ni lah perangan abdullah bin ubai versi internet

Tulang Besi said...

Kahkahkah, nama sendiri pun tak berani bagi, nak ngaku ikut usrah semenjak 1987.

Kelakar la kao ni.

Anonymous said...

PAS oh PAS..when r u all going to tackle more serius issues,like poverty in rural n urban areas,research on islmic financing n laws..PAS perlu sedar at the end of the day,their fate is in rakayt's hands..waliism is not going influence publik who is free to choose siape betui sipa pukitaik talam 2 muka..

Anonymous said...

Anonymous said...

Setuju gak ngan TB...tapi apa yg x kena antara TB ngan PAS Terengganu???


bukan TB, tapi sebahagian pengundi pas terengganu dan majoriti pengundi terengganu yg tak kena dengan Pas Terengganu... dah kalah tu tak reti-reti lagi. berambus la.. buat menyemak parti je!!

Anonymous said...

TB,

aku sokong kau,

PAS terengganu ini memang selalu buat hal, ramai kawan-kawan aku budak terengganu amatlah tidak gemar dgn cara dan pendekatan Haji Hadi Awang. Kalau nak menang di Terengganu, PAS Terengganu harus direformasikan...

Aku jamin 100% PAS Terengganu tak mampu tawan terengganu... (kecuali Allah nak tunjuk).. Ramai anak muda golongan atas pagar bila dibuat kaji selidik, ramai yang menolak pendekatan beliau.

PAS terengganu wajar diberi kepada muka baru... yang fresh, bersih dan dihormati.... Tolak Haji Hadi, Tolak Harun Taib dan Tolak Mustafa Ali...

Anonymous said...

quot:
'Saya tak tau la, tapi saya ikut usrah PAS ni semenjak 1985 lagi. Masa tu tak dengar pun orang cerita pasal wala' macam sekarang ni.'


"Zaman Ustaz Fadzil, Jarang Kita Dengar Wala’ Diungkapkan"

Jarang = ada tetapi tidak kerap tetapi lebih kerap berbanding kadang-kadang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.