Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, July 21, 2010

Harussani Jumpa Hasan Ali

NOTA EDITOR: Seperti saya kata sebelum ini, ada video yang diambil perjumpaan Harussani dengan Hasan Ali (dan muungkin Khairuddin Othman sekali). Saya juga pernah berkata saya sanggup bersangka baik dan kemungkinan Hasan Ali cuma mahu berjumpa untuk mendapat maklumat sahaja.

Mereka yang mengambil video itu tidak mahu mendedahkan video ini kecuali Hasan Ali sendiri menafikan pertemuan ini.


Cuma yang saya ingin nyatakan lagi sekali adalah mengapa tiba-tiba agenda Perpaduan ini dihidupkan semula oleh UMNO. Semuanya berpunca dari keputusan pilihanraya Sibu yang telah menyaksikan kekalahan BN kubu kuat mereka.

Biro Politik UMNO telah bermesyuarat dan membuat kesimpulan mereka tidak akan dapat mengembalikan sokongan bukan Melayu kepada UMNOCO/BN. Maka, Biro Politik UMNO membuat keputusan untuk menghidupkan kembali Agenda Perpaduang.

Dihitung, sekiranya PAS balik ke pangkuan UMNO, nescaya peluang UMNO untuk menang PRU 13 menjadi mudah. Mereka melihat PAS diperlukan untuk memastikan 70% Melayu memangkah UMNOCO/BN.

Maka, tawaran yang serupa dengan dulu dibuat semula, yakni:

1.0 MB untuk PAS di Selangor, Kedah, Kelantan, Perak (???) dan Terengganu
2.0 Exco di semua neeri lain (termasuk Sabah)
3.0 Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kabinet
4.0 Jawatan2 dalam GLC seluruh Malaysia
5.0 Kontrak dan Projek

Tak mustahil ada pimpinan PAS yang terliur (baca sini) dengan tawaran yang begitu besar ini.

Dan seperti dulu, mereka menggunakan juak mereka yang sekarang ini dikenali sebagai "Haramsani".

yang herannya, masa protes Judi Bola, Haramsani senyap sunyi diam seribu bahasa. Fatwa yang beliau pernah keluar mengatakan Presiden PAS sesat pun sampai sekarang dia tak pernah tarik balik. Fitnah yang beliau lempar kepada Ustaz Ibrahim Libya sampai sekarang beliau pegang.

Jadi, kalau ada pimpinan PAS yang masih mahu terus dengan agenda perpaduang ini, saya jamin PAS akan berpecah. Saya tahu, geng Khazani dan Ustaz Kayu yang mengelilingi Presiden tentu terliur dengan tawaran ini.

Wallahualam






Mufti Perak: Saya tidak berbohong
Jul 20, 10 5:58pm
Kongsi 54
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menafikan dakwaan dua naib presiden PAS bahawa kononnya beliau membuat fitnah serta melakukan satu pembohongan berhubung adanya pemimpin PAS dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.

"Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu....jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal.

"Yang penting dia seorang Islam atau tidak...berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya," katanya selepas pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam di Putrajaya hari ini.

Kedua-dua naib presiden PAS iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar hari ini dilaporkan menuduh Harussani membuat fitnah serta melakukan pembohongan bahawa terdapat pemimpin PAS dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.

Mereka dilaporkan sebagai berkata, selama ini pimpinan PAS tidak pernah mengeluarkan arahan rasmi khususnya di dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti supaya menemui Harussani untuk membincangkan isu berkenaan.

Harussani berkata pertemuan itu memang berlaku, walaupun wakil yang datang bertemu dengannya itu bukan dihantar oleh PAS secara rasmi.

Katanya pemimpin PAS yang datang itu bertaraf tinggi dan ada juga pemimpin Umno yang bertaraf tinggi juga datang berjumpa beliau.

"Saya pun tidak faham...pertemuan itu semata-mata untuk pertahankan Islam dan orang Melayu, kenapa sampai nak tuduh macam-macam dan yang marah sangat kenapa," katanya.

Harussani berkata beliau bercakap untuk kepentingan orang Melayu dan Islam kerana jika orang Melayu berpecah, Islam juga akan hancur.

- Bernama

7 comments:

C++ said...

Bhai TB,

Depa tue dah tahu bomoh judi tue pon tak kaya dengan hasil judi.. tapi masih dok pi layan bomoh tue mintak nombor baik punya...

Budus ker aper nih...

Anonymous said...

Permainan dalam agenda perpaduan ini semakin hangat sehangat taik ayam.

Kejap kata telah tutup pintu, sekejap lagi kata ada orang dari parti PAS yang mahukan projek perpaduan itu diteruskan. Bermakna selak pintu sudah dilonggarkan....

Dalam politik tiada pekara mustahil. Pekara yang tidak terfikir oleh akal boleh jadi kenyataan.

Kalau Hasan Ali adalah orang yang dituduh terbukti melakukan pertemuan sulit dengan Harussani untuk menyambong semula projek perpaduan maka Hasan Ali perlu diketengahkan untuk kita mendengar penjelasannya mengapa dan apakah tujuan beliau begitu taksub dengan projek tersebut...?

Ahli PAS keseluruhannya perlu menunjukkan sikap matang mereka sama ada menyokong projek perpaduan itu atau menolak terus dari bersatu dengan UMNO.

Perlu diingatkan bahawa wujudnya ahli maka wujudnya pemimpin dan kekuatan pemimpin adalah dari sokongan ahli.

Pemimpin yang dilantik oleh ahli adalah orang yang diberi kepercayaan untuk menyatu padukan ahli, mendisiplinkan ahli, memimpin ahli, berjuang mengikut prinsip parti, menjaga maruah ahli dan juga parti.

Parti tidak boleh membuang ahli dengan sewenang-wenangnya kerana tanpa ahli, parti akan jadi rumah hantu.

Tetapi ahli tanpa perasaan wala' boleh membuang pemimpin belot dan digantikan ahli yang lain menjadi pemimpin mereka.

Malang sungguh ahli PAS mempunyai pemimpin sial seperti itu. Seolah-olah ahli PAS keseluruhannya bangang sama seperti ahli UMNO Baru dengan pemimpin mereka.....

Anonymous said...

haramaani!!klasik bro,klasik!!

Anonymous said...

Saudara, jangan mudah kata yg pergi itu Khairuddin Othman, SU PAS Selangor itu.

Yang pergi itu Suwardi Yaakob, bukan peguam sekalipun seperti kata Harussani.

Ya, Hasan Ali dan Suwardi bersama pergi berjumpa Harussani, kononnya bincang isu perniagaan, hakikatnya bercakap pasal perpaduan Melayu. Harussani tidak tipu wahai Salehuddin dan Mahfuz Omar.

Hasan Ali itu adalah AJK PAS Pusat, Ketua PAS Selangor. Dia berjumpa bincang pasal perpaduan Melayu.

Dia pergi juga bincang business. Buat syarat pertemuan.

Lebih tepat dia adalah pelobi project, atas nama proxy PAS. Untuk menguatkan PAS kononya. Atas nama Melayu, bumiputera. Lebih tepat lagi dia menjadi orang kanan Hasan Ali utk perhubungan dgn byk pihak UMNO.

Suwardi Yaakob bukan peguam. Dia seorang yg telah dipecat dari bar council. Telah dipecat dari bar council, telah di struck-off dalam bahasa perundangan, dan sekarang tidak langsung melakukan kerja peguam. Kes penipuan dan pecaha amanah project MAIS di Seksyen 16 Shah Alam adalah satu kerja jahat proxy UMNO tersebut yang berdamping dengan sesiapa sahaja untuk membuat business.

Beliau boleh berbangga depan Harussani sebagai peguam, tetapi itulah penipuannya. Orang yang lihat tetap akan tahu siapa dia.

Kepada Hasan Ali... kami sudah pening dengan awak. Balik-balik awaklah yang terus menimbulkan masalah dalam PAS. Balik-balik awaklah yang dilihat mahu dan berjuang atas namaa Melayu, kononnya atas nama Islam.

Tuhan dah kata perjuangan asobiyyah membawa ke arah kehancuran, orang jenis awaklah yang akan terus merosakkan PAS.

Orang PAS di Selangor? Mana kamu semua...? Tidak malukah awk melihat orang sebegini menjadi pemimpin awak? Seorang yang tidak pernah di tarbiyyah di dalam PAS, hanya di tarbiyyah di dalam UMNO dan memimpin pasukan Asobiyyah UMNO di dalam BTN, tiba-tiba kamu lantikmenjadi ketua kamu?

Di mana MATUAH kamu wahai pendokong PAS di Selangor? Kamu mentarbioyyah ahli, kamu menarik ahli masuk usrah dan tarbiyyah, tetapi ketua kamu merosakkan tarbiyyah kamu.

Shamed.

casper c said...

The musical chairs keep playing despite of the denial from PAS but UMNO persist with this notion of a UMNO-PAS tandem because their necks depend on it - failure to lure PAS to cross over would see many in UMNO headed for JAIL should UMNO fail to convince the public before the next GE.

I believe there are some in PAS who would abort the party - the lure of riches promised proves too tempting but for now, they can't declare the tacit agreement as this deceit can't be made public for now - same goes for a few 'select' in PKR and DAP as well.

There is not much honour in politics when UMNO persist to play games. To lie and cheat are hallmarks of UMNO, and made worse when they steal, once they are in position of authority.

The public is surrounded by danger as long as UMNO is in power. UMNO will go to great length, exercise deceit and do all it takes for self preservation - they will 'pakai' the courts, police, Sultan's, mufti's or whatever it takes.

Their desperation is so glaring, so forget the lies they spew, to unite race and advance the cause of Islam.

To all my Malay brethren, beware and exercise caution in dealing with the evil that is UMNO.

Anonymous said...

Sorry Shamed,

Saya bersetuju dengan semua pandangan saudara kecuali satu. Pesuruhjaya PAS Selangor dilantik oleh Presiden dan bukan dipilih oleh ahli. Itu hakikatnya.

Sudah sampai masanya Ustaz Hadi menggantikan Pesuruhjaya PAS Selangor dengan orang lain sebelum terlambat .......

Anonymous said...

Satu lagu nak bagi tahu semua orang yang tak tahu. Belakang Hassan Ali tu ada seorang yang selalu bangga dengan Jawatannya. Dia ialah Ketua Dewan Ulamak Selangor - KDUS. Dia ni pun adalah seorang yang selalu melakukan kerja-kerja yang merugikan PAS Selangor. Mengadudomba dan melaga-lagakan sesama ahli PAS adalah kepakarannya. Jawatannya itu pun bukannya dipilih tapi dilantik oleh Ketua Ulamak Pusat yang merupakan rakan baik beliau.KDUS ni selalu cerita kesana kemari yang dia rapat dengan Hassan Ali. Tapi apa yang dia buat pada Hassan Ali? Bukan nasihat yang di Beri, Tapi bodeknya yang kuat dari sehari kesehari.KDUS ni elok berpeluk je dengan Harrussani tu lagi baik. Dua-dua pun lebih kurang je perangainya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.