Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, July 8, 2010

Judi Sukan Jadi Balik - Najib

NOTA EDITOR: Saya dah agak dah. Keputusan MEMBATAL kebenaran Judi Sukan selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi bulan lepas semata-mata mahu mengagalkan demonstrasi besar-besaran terhadap keputusan Najib membenarkan Judi Sukan kepada Ascot Sports/Vinsetan.

Apabila dilihat demonstrasi itu tidak jadi, maka Najib sekali lagi mengubah haluan dan bercadang memberi semula kebenaran kepada Ascot Sports/Vinsetan. Memang dasar UMNO ni kuat menipu. Dari sebelum Merdeka sampai sekarang, orang Melayu terus menerus ditipu UMNO.

Judi sukan dibenarkan semula?
Aidila Razak,Jul 7, 10, 3:00pm


Adakah judi sukan akan dibenarkan di negara ini? Persoalan itu timbul lagi apabila jawapan daripada perdana menteri yang juga menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak menimbulkan pelbagai andaian.

Menjawap soalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Najib berkata kerajaan masih belum memberikan sebarang lesen bagi perkhidmatan pertaruhan yang berkaitan dengan Piala Dunia Fifa 2010.

'Kerajaan akan menawarkan lesen kepada Ascot Sports Sdn Bhd untuk perkhidmatan pertaruhan (tidak termasuk Piala dunia 2010) kerana syarikat ini telah diberikan kelulusan sebelum ini untuk menjalankan aktiviti itu,” kata Najib.

"Oleh demikian, kerajaan berpendapat jika lesen pertaruhan sukan dipertimbangkan, Ascot Sports akan mempunyai kelebihan berdasarkan pengalaman mereka.”

Syarat dan peraturan pemberian lesen itu juga dinyatakan dalam jawapan itu berserta dengan justifikasinya - bagi mengawal dan membanteras kegiatan judi haram di negara ini.

Bulan lalu, Najib mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan membenarkan judi sukan diteruskan berikutan bantahan meluas daripada pelbagai kalangan rakyat. Ia diumumkan selepas beliau mempengerusikan mesyuarat tertinggi Umno.

Mahfuz yang keliru dengan jawapan yang diberikan kemudian menyoal “jadi, akhirnya, kerajaan akan membenarkan judi sukan untuk kejohanan atau liga lain seperti Liga Perdana Inggeris?”

“Jawapan itu bercanggah dengan apa (Najib) umumkan sebelum ini. Sekarang, beliau perlu memberikan penjelasan lanjut.”

Menurut Mahfuz keputusan itu juga meletakan status judi sukan kini tergantung kerana sepatutnya kabinet yang bertanggungjawab membuat keputusan berkenaan.

Beliau yang juga naib presiden PAS berkata Najib perlu mengaku jika beliau membuat kesilapan dan tidak mempersalahkan orang lain seperti yang dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, baru-baru ini.

Nazri menyalahkan seorang pegawainya berhubung sumber tidak tepat mengenai rancangan memindahkan bangunan Parlimen ke Putrajaya.

“Kita tidak sepatutnya menyalahkan kepada pegawai kerajaan semata-mata kerana jawapan bertulis sepatutnya diperiksa terlebih dahulu oleh menteri berkenaan,” kata Mahfuz di lobi parlimen.

[Baca berita penuh]

7 comments:

Anonymous said...

SIAKAP, CHENEHONG, GELAMA, IKAN DURI,
SUKA CAKAP BOHONG,
LAMA-LAMA UMNO JADI PENCURI!!!

Anonymous said...

biasalah bro tb. yg aku pelik tu judi 4 nombor ekor pun ada lesen tp ramai yg main haram punya....bodoh betulla najib barua ni...dahla buat keputusan sorang2 pastu keputusan yg bodoh pulak tu...dah tahu judi tu semua agama menentang apa lg....bungkuskan jer la lesen2 lama tu ni tidak siap nak tambah lg.....malu aku nak ngaku rakyat malaysia sbb di pimpin si kaldai ni....

zakwan said...

In the immortal words of the senile Mamak Mahathir: Melayu Mudah Lupa

PM Jibby thought that after a week, the rakyat will totally forget the whole gambling fiasco
What a douchebag

Once again, Najib displays his subservience to Vincent Tan
Otherwise, how is he gotta fund UMNO's election machinery for GE-13?

I'll say it again
UMNO is willing to f**k Islam for the sake of the "Malays"
And by "Malays", I mean cronies and UMNO warlords craving for contracts, APs and whatnot

Anonymous said...

Mana ada tipu bro... zul nordin kata PR yang paksa dia menipu. Umno baik je tak suka tipu. Sendiri mau ingat...

Anonymous said...

Kahkahkah..Nachibai oh nachibai..waitlah..Paul the octupus and mani the parrot will bankrupt u n ur pukitaik mandarin pariah vinchootia tan!!kahkahkahkah

Sang Nila Utama said...

Hamba tak pandai sangat pasal politik ni, orang kampong sekolah atap katakan..tapi kot ye pon nak tegur biarlah tertib, nak bagi buah fikiran biarlah beradab. Dimana kemelayuannya..Hamba pernah juga tengok di negeri K***n**n terutamanya di wakaf-wakaf di kg-kg, berselirat orang kag berkopiah dok main pakau dan 400..siap betting duit tu..Tapi sebab pakai kopiah dia jadi halal kot..

nila pahlawan said...

Sang Nila Utama,
Kita membicarakan soal "pemerintah meluluskan lesen judi".Anta pulak cerita kes individu-individu yang berjudi.Dua isu yang berlainan.Memang sukar nak membentras judi juga arak sebab syaitan ada dimana-mana.Nabi Adam AS pun kena tipu iblis diSyorga inikan pulak dinegeri yang anta sebutkan tu.Ini tidak bermakna kita wajar "menggalakkan"judi.Pemerintah meluluskan lesen judi bermakna pemerintah nak menggalakkan rakyatnya berjudi.Ada faham tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.