Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, July 19, 2010

Kesan Kurang Subsidi dan Negara Bangkrap(Baik Buang UMNO).

Artikel saya sebelum ini mendedahkan bagaimana UMNO memberikan kontrak LCCT kepada syarikat yang menawarkan Rm1 billion sedangkan ada syarikat lain yang menawarkan perkara yang sama tetapi dengan harga RM750 juta.

Ia bererti perangai UMNO tidak berubah dan tidak akan berubah. UMNO akan terus menerus menghabiskan kekayaan negera demi mengkayakan UMNOPUTRA dan kroni2 mereka. Jalan keluar UMNO tidak lain hanyalah mengurangkan subsidi kepada rakyat Malaysia.
Pengurangan subsidi dan negara bangkrap mungkin satu konsep yang sukar untuk difahami oleh rakyat biasa yang tidak mempunyai pendidikan dalam matapelajaran ekonomi. Oleh sebab itu saya ingin membawa contoh hidup dari pengalaman saya yang hidup di Jakarta sekarang ini.

Kita semua tahu Indonesia telah bangkrap pada tahun 1997 dan terpaksa membuat pinjaman IMF (yang sehingga hari ini belum habis dibayar) kerana hutang mereka pernah sampai 200% dari pendapatan kasar mereka.

Akibat dari ekonomi Indonesia yang bankrap kerana dirompak Suharto dan kroni-kroni beliau, maka pendapatan negara terpaksa digunakan untuk membayar hutang. Lebih-lebih lagi wang minyak Indonesia telah kering kontang 3 tahun sebelum Suharto jatuh.

Akibat dari itu, Indonesia terpaksa memberhentikan banyak dari subsidi yang mereka bayar selama ini kerana terpaksa membayar hutang luar yang bertimbun-timbun. Akibatnya Indonesia terpaksa memotong subsidi makanan, minyak, gas dsbnya.

Harga-harga barang semuanya naik melambung-lambung kerana kerajaan Indonesia tiada duit untuk menampung kos subsidi yang mampu membantu rakyat mereka.

CONTOH BETAPA PERITNYA BILA SUBSIDI DIPOTONG: MAKAN TENGHARI

Contoh paling kecil yang saya ingin bawa adalah kos makan tengahari di luar. Oleh kerana saya bekerja dalam pejabat, maka saya terpaksa makan tengahari di luar.

Kos untuk makan luar sahaja, di gerai-gerai tepi jalan, mencecah IDR25 ribu = RM9. Biasanya, makan tenghari ini terdiri dari sepinggan nasi, seketul ayam atau seketul ikan serta sayur dan minuman segelas. Kalau di Malaysia, harga RM9, kita boleh menikmati makan tengahari di restoran dengan dua jenis lauk pauk. Kalau makan di gerai di Malaysia, kosnya tidak akan sampai RM9.

Gerai yang selalu saya makan ni pun, kalau orang tak biasa sudah tentu mereka tak masuk kerana rupanya yang begitu daif dan kebersihan yang tidak berapa baik.

Bagi orang-orang miskin di Jakarta ini, mereka cuma makan sehari sekali. Itupun makan nasi berlauk tempe sahaja semata-mata untuk menyambung nyawa. Tiap kali harga barang naik, keluarga-keluarga miskin terpaksa menarik anak2 mereka dari sekolah untuk membantu mencari makan bagi menanggung kos keluarga.

Itulah bahananya apabila negara bangkrap dan kroni dibela. Akhirnya rakyat terpaksa melacur diri mereka semata-mata mahu menampung kos makanan yang sering kali naik.

Itulah dia nasib Malaysia sekiranya UMNO terus memerintah. UMNO tidak akan berubah perangai mereka yang suka merompak kekayaan negara. Contoh di atas yang saya bawa tu cuma satu contoh kecil sahaja. Kita tak cerita lagi benda-benda lain yang naik yang menyebabkan kehidupan menjadi seperti neraka di dunia.

Di Malaysia, UMNO terpaksa memotong subsidi pada waktu yang sama perangai membazir mereka terus berjalan. Apabila dikritik, mereka kata kita pro IMF. Padahal, mereka perompak kelas satu.

Kalau kita tidak mahu hidup menderita seperti di Indonesia, maka wajiblah kita mencampak UMNO ke Laut Cina Selatan dengan kadar segera.

Tulang Besi

7 comments:

Anonymous said...

out of topic!
baru2 nie hassan ali dgn org kuat dia ke UK...dlm soaljawab, ada sorg mamat bertanya tentang UG, dan jawapannye memang kurang memuaskan dan beliau tidak menolak ada niat utk bergabung dgn AMCO dan beliau menyuruh terima pendapat dia...
pada aku ini memg lawak..lawak..dan aku percaya proses ini masih berjalan

LibangLibu said...

kita masih lagi boleh makan sedap, namun lauk pauk dah semacam makin berkurang.

artikel tuan amat menginsafkan.

Anonymous said...

Masalah sub-prima akan berlaku di sini. Real-estate bubble is going to burst! Maka, bertambahlah keperitan kita. Harga gula masa kat tangan Kuok...steady jer, tapi bila sampai kat tangan malaun UMNO, dah tak stabil. Macam-macam cerita nak naikkan harga. Alasan, ramai orang menghidapi kencing manis. Ehh??? Bila masa UMNO ni prihatin? Wakakaka, kalau nak curi pun bagilah alasan yang munasabah!

Anonymous said...

Kalau mengikut alasan kenaikan harga gula dapat kurangkan diabetes jadi rasanya elok kita naikkan lagi harga kereta, motorsikal, tol, roadtax.... nanti dapat kurangkan kemalangan.

Naikkan harga makanan nanti kurangkan obesiti, darah tinggi, sakit jantung......

Concern sekarang ni orang malaysia hidup depending on credit, loan kereta, rumah, kredit kard etc...

Anonymous said...

Salam Tulang Besi, pada masa ni yg telah diberi amanah oleh Allah swt utk memerintah Malaysia ialah UMNO. maka Allah maha mengetahui jika UMNO melakukan kezaliman maka akan ditariknya baliknya amanah tersebut. Contohnya dinegeri Perak, diberi Allah amanah selama 11 bulan kpd Nizar memerintah bukan saja Perak dilacurkannya pada DAP malah Islam pun dijual sekupang dua. Maka Allah tarik balik amanah dan nikmat pemerintahan. Hai tak kan org kuat PAS tak percaya pada qada dan qadar. Ini adalah bukti PAS sebuah parti politik mcm UMNO juga, hanya memelihara kepentingan sendiri.Sebab tu org Melayu tak sokong PAS sebab kalau sokong PAS jadi mcm Nizar tak sedar diri, macam Nik Aziz yg mampu bagi org Kelantan makan budu siang malam, kalau nak senang org Kelantan kena cari makan keluar, macam Azizan Razak yg lansung tak buat apa semasa perintah Kedah, sebab dia memang tak tau buat apa apa.....wisdom of an idiot

Anonymous said...

Divert abit bro,

The shameless UMNO Baru is now wooing DAP which it has always claimed to be anti-Malays! Now if DAP joins UMNO, they will become pro Malays. Ministerial positions offered. MCA, MIC is out of Najib's mind and he had forgotten how to spell Gerakan! Hahaha, see how desperate these UMNO folks are! After PAS said, "tak nak" they go for DAP!

Anonymous said...

Sebenarnya bila harga barang naik ni sapa yang kaya? ORANG CINA LA.. takyah salahkan kerajaan la. sebenarnya harga ni di kawal oleh Bangsa CINA harga tak pernah naik memang itu la harganya. Cuma kerajaan kita yang terlebih prihatin ni yang baik sangat tokokkan harga tu untuk kurangkan beban rakyat. Malangnya rakyat dari kalangan pakatan haram ni tak pernah bersyukur. Contoh: harga gula memang RM3.50. itulah harga yang kerajaan beli dari raja gula malaysia a.k.a the richest man in Malaysia. (Chinese) tapi kerajaan jual balik pada rakyat dengan harga Rm1.90. itu pun dah kira baik Bro..

Kesimpulannya:- Pada pendapat aku harga ni dikuasai dan ditentukan oleh peniaga cina. bila harga naik, rakyat marah, dah tu berazam untuk tukar kerajaan iaitu PR yang majoriti orang2 kuatnya adalah bukan melayu. last2 bangsa melayu yang tersungkur. Kesultanan Melayu terhakis. Akhirnya jadi la Malaysia ni negara republikan. Itu yang semua melayu dalam pakatan haram ni nak kot..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.