Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, July 21, 2010

Ketua Pemuda PAS Pro Agenda Perpaduang?

NOTA EDITOR: Saya seperti tak boleh percaya apabila membaca laporan Berita Hairan. Saya harap Ketua Pemuda PAS membuat penafian terhadap kenyataan ini. Kalau kenyataan ini benar, apa ertinya Ketua Pemuda PAS menentang Judi Sukan tempohari sedangkan yang mengeluarkan kebenaran untuk Judi Sukan itu adalah UMNO dan bukan parti2 komponen lain?

Kalau kenyataan ini benar, Ketua Pemuda PAS telah kontradiksi diri beliau sendiri. Ertinya, beliau tidak tahu apa yang beliau kata. Cepatlah nafi kenyataan ini sebelum orang panggil Ketua Pemuda PAS sebagai Ketua Pemuda yang ada skrew tidak ketat.

Pemuda PAS sokong perpaduan
Oleh Haspaizi Mohd Zain
haspaizi@bharian.com.my
2010/07/21


Harap pertemuan Muhyiddin, Nik Aziz jadi kenyataan, tingkat kerjasama

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong pertemuan kepemimpinan parti itu dengan UMNO untuk membincangkan cadangan supaya kedua-dua parti menjalin kerjasama bagi memastikan perpaduan orang Melayu dan umat Islam.
Ketuanya, Nasruddin Hassan, berharap pertemuan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menjadi kenyataan sebagai langkah awal untuk memulakan pertemuan yang lebih banyak selepas itu.
Click Here
“Saya mendoakan pertemuan itu menjadi kenyataan. Peluang sebegini bukan senang dan banyak perkara boleh dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin tertinggi ini,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Beliau berkata, pemimpin kedua-dua parti tidak seharusnya prejudis terhadap pertemuan itu, sebaliknya perlu menganggapnya sebagai kesempatan untuk membincangkan pelbagai perkara dari segi agama Islam hinggalah kepada isu politik.

Katanya, pemimpin kedua-dua parti juga perlu mengenepikan emosi serta kepentingan politik dan memberi ruang kepada perbincangan itu kerana ia selaras dengan tuntutan Islam.

“Pertemuan tidak menjadi masalah, malah bagus untuk bertemu dan berbincang dalam apa juga topik kerana ia sebahagian daripada tuntutan dan ajaran Islam bagi menyelesaikan masalah dan Islam tidak menutup pintu untuk bincang apa juga isu.
“Bagi pihak PAS wakil kita adalah Mursyidul Am dan pihak kerajaan pula Timbalan Perdana Menteri. Mereka boleh bincang perkara asas, bagi pihak Pemuda PAS, kami memberi kepercayaan penuh kepada Mursyidul Am kerana beliau mempunyai asas agama yang kukuh,” katanya.

Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO, menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan Menteri Besar Kelantan itu bagi membincangkan mengenai perpaduan Melayu dan kepentingan Islam. Nik Aziz turut melahirkan kesediaannya untuk bersemuka pada bila-bila masa, asalkan dibuat secara empat mata.

Bagaimanapun beberapa pemimpin tertinggi PAS termasuk dua Naib Presidennya iaitu, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub tidak setuju dengan kerjasama politik UMNO-PAS.

Sementara itu, Nasruddin berkata, ahli PAS dan masyarakat tidak perlu bimbang sekiranya pertemuan Timbalan Perdana Menteri dan Nik Aziz itu menjadi kenyataan.

Katanya, pertemuan dua pemimpin itu perlu dilakukan berdasarkan keikhlasan dan objektif yang jelas, bukannya disebabkan oleh pandangan ataupun desakan akar umbi.

4 comments:

Anonymous said...

Kalau betul memang BANGSAT punya tantawi

UMNOAPCO said...

UMNOAPCO dah DESPERADO !!! Kah kah kah.
Muka tak malu , woi bangsat2 UMNO !!!
Pergi Jahanam laaa.

Awat tak bincang perpaduang dengan DAP
atau PKR ??? Nanti hangpa yang jenis muka tak malu akan bawak bincang jugak.

Desperado hangpa tak sampai level tahap
GAMPANG lagi .. nanti jadi GAMPANG hangpa akan melutut menjilat kaki PKR dan DAP. Kah kah kah Bangsat punya
UMNOAPCO ... pi jahanam laaa.

Anonymous said...

Hang janganla buat lawak tulang oiiiiiii dah tau Berita hairan ngan utusan tu dari dulu dan selamanya dok bias kat umnongok.. yang hang dok kutip gak dari sana apa pasal? Meh amik kat Agendadaily nngan mamak parpukari ke apa nama.... sumber sama gak apa...

Anonymous said...

say no to pepaduan malay or islam umno. say yes to pepaduan pakatan rakyat. nik aiz & hadi have already reject this pepaduan.PR surely win this election. KPR @ kerajan pakatan rakyat will soon rule the country.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.