Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, July 20, 2010

Khir Toyo Menunjukkan Kebodohan Beliau Lagi

Tak habis-habis di Khir Toyo ni mengarut. Dalam isu pasir, misalnya, beliau terus menyalahkan kerajaan negeri yang ada sekarang di atas kejadian pencurian pasir. Tapi, dalam usaha beliau memfitnah kerajaan negeri PR dan KSSB, terdedah juga kebodohan Khir Toyo. Sebagai contoh, Khir menulis:

2. Di sesetengah tempat kegiatan perlombongan pasir dilakukan tanpa henti siang dan malam. Saya tidak pasti apa yang begitu dikejarkan oleh pelombong pasir ini. Wakil-wakil rakyat BN yang turun begitu terkejut melihat "kawah bumi" yang begitu besar dan dalam di Dengkil. Di Hulu Selangor pula kawasan yang dahulunya berbukit (mengikut makluman orang kampung) kini sudah menjadi tasik. Di celah-celah pokok di Bukit yang belum ditarah jelas kelihatan jengkaut dan jentolak berada di sebalik pokok-pokok menandakan bukit seterusnya akan menjadi mangsa pelombong pasir ini. Ini berlaku di kawasan yang dianggap sebagai kawasan tadahan air Selangor.
Siapa yang Khir hendak tipu? Orang gila pun tak boleh percaya dalam masa hanya kurang dua tahun (tempoh kerajaan PR memerintah), kawasan berbukit boleh jadi tasik?

Kawasan2 yang disebut Khir ini semuanya telah menjadi kawasan melombong pasir semenjak Khir menjadi MB lagi. Kalau nak salahkan orang, salah kan diri sendiri dulu, wahai Khir.

Kamu ni buat malu orang Jawa. Saya jamin, selepas membaca kenyataan di atas, tiada orang Jawa yang mahu mengaku Khir sebagai bangsa mereka.

MUSUH SEBENAR KHIR ADALAH KSSB

Mengaku sahajalah wahai Khir. Kamu marah sangat dengan KSSB sebab kroni2 kamu semua soru miss. Dulu, kroni2 UMNO kenyang mentekedaghah pasir dengan cara "Direct Award"

Mengikut kenyataan Raja Komando, Pengerusi Badan Bertindak Pengusaha dan Pembeli Pasir Selangor:
"Kebanyakan tanah persendirian di Selangor telah disapu bersih oleh kroni pemimpin kerajaan BN Umno.

"Yang tinggal kepada kerajaan Pakatan adalah lubang-lubang yang telah dikorek zaman BN Umno memerintah," katanya lagi.

Sepatutnya Khir Toyo patut malu dengan KSSB. Pendapatan dari pasir kepada kerajaan negeri naik BERKALI-KALI ganda berbanding semasa Khir menjadi MB Selangor.


(Data dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS)

Atas sebab itulah Khir Toyo kerap kali menaikkan isu pasir sebab beliau sedar kroni2 beliau sedang kekeringan sekarang ini.


KHIR TOYO KERAP MINTA PENTADBIRAN PASIR DISERAHKAN KEPADA PEJABAT TANAH

Khir kerap kali minta pentadbiran pasir diserahkan kepada Pejabat Tanah Daerah. Beliau menulis sebuah artikel bertajuk "Tutup KSSB, Kembalikan Kuasa Kepada Pegawai Kerajaan"

Kebodohan Khir Toyo dalam pentadbiran kerajaan negeri dijawab oleh Raja Komando:

"Kita tidak yakin tugas KSSB diserahkan kepada pejabat tanah, kecuali KSSB diberi kuasa menangkap (pencuri pasir).

"(Sebabnya), pejabat tanah juga boleh dipertikaikan bagaimana pengusaha haram di Bukit Canggang tidak dapat dikesan?

"Mereka ada penguatkuasa yang sepatutnya boleh disoal siasat oleh SPRM, bukan KSSB, menteri besar selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Katanya lagi, golongan yang mendakwa diri mereka sebagai pengusaha bumiputera tertindas juga mengambil peluang untuk menyerang Anwar.


PENUTUP

Eloklah Khir Toyo berenti bercakap. Beliau bukan sahaja memalukan UMNO, tetapi memalukan bangsa Jawa. Selagi Khir Toyo terus bercakap macam orang tak siuman ini, imej orang-orang Jawa di Malaysia akan jadi terus memburuk.

Tulang Besi


Isu Pasir: 'Jangan tunduk pada Umno' Salhan K Ahmad Jul 19, 10
11:30am


Badan bertindak pengusaha dan pembeli pasir Selangor hari ini mendesak kerajaan negeri itu supaya tidak tunduk kepada desakan pembangkang supaya Kumpulan Semesta Sdn Bhd dibubarkan.

Pengerusinya, Raja Kamarudin Raja Ab Wahid berkata, tindakan tersebut akan menyebabkan lesen mereka yang dilesenkan KSSB akan terbatal.

"Maknanya kami akan tanggung kerugian besar. Adakah Umno akan bayar kerugian ini," katanya ketika menyerahkan satu memorandum kepada exco sumber alam Yaakob Sapari.

Raja Kamaruddin bersama hampir 50 orang penyokong menyerahkan memorandum tersebut kepada Yaakob di lobi bangunan SUK, Shah Alam hari ini.

"Apa yang menakutkan lagi, pembangkang mendesak permit pasir Selangor tidak dikeluarkan lagi untuk tanah kerajaan," katanya lagi.

Beliau berkata, desakan itu dibuat bagi mendapatkan permit melombong pasir di tanah persendirian.

"Kebanyakan tanah persendirian di Selangor telah disapu bersih oleh kroni pemimpin kerajaan BN Umno.

"Yang tinggal kepada kerajaan Pakatan adalah lubang-lubang yang telah dikorek zaman BN Umno memerintah," katanya lagi.

Raja Kamaruddin yang membacakan memorandum tersebut juga berkata, kerajaan negeri sepatutnya membetulkan kesalahan atau kelemahan KSSB dan tidak membubarkan syarikat tersebut seperti dituntut pembangkang.

"Kita tidak yakin tugas KSSB diserahkan kepada pejabat tanah, kecuali KSSB diberi kuasa menangkap (pencuri pasir).

"(Sebabnya), pejabat tanah juga boleh dipertikaikan bagaimana pengusaha haram di Bukit Canggang tidak dapat dikesan?

"Mereka ada penguatkuasa yang sepatutnya boleh disoal siasat oleh SPRM, bukan KSSB, menteri besar selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Katanya lagi, golongan yang mendakwa diri mereka sebagai pengusaha bumiputera tertindas juga mengambil peluang untuk menyerang Anwar.

Serangan itu dibuat melalui satu memorandum yang dihantar oleh kumpulan tersebut sebelum ini, katanya.

"Siapa mereka? Mengapa selepas (bekas menteri besar Datuk Seri) Khir Toyo mendedahkan kes pasir di Bukit Canggang, baru membuat kenyataan akhbar dan mendapat liputan (media).

"Maknanya ini satu perancangan cuba menggagalkan usaha kerajaan (Pakatan) yang sedang cuba mendapatkan 10 kali ganda pendapatan hasil pasir dari apa yang telah diusahakan oleh (pentadbiran) dahulu," katanya.

Tambahnya, dakwaan yang dibuat Khir Toyo bahawa hasil pasir sebanyak RM220 juta dalam tempoh tiga minggu di Bukit Canggang juga membuktikan kajian yang dibuat oleh KSSB.

"Hasil industri pasir sahaja cukup untuk membiayai segala aktiviti kerajaan negeri. Ini belum masuk hasi di bawah pasir, iaitu bijih timah," katanya.

Katanya lagi, pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi pernah menggalakkan supaya Selangor mengusahakan industri bijih timah.

Tambahnya, Khir Toyo bagaimanapun hanya memberi arahan supaya perlombongan pasir dijalankan.

Katanya lagi, usaha untuk menjalankan perlombongan bijih timah bagaimanapun tidak sempat dijalankan kerana pilihan raya umum ke-12 berlangung, yang menyebabkan BN kehilangan kuasa di negeri itu.

Selepas menerima memorandum tersebut, Yaakob memberi jaminan bahawa Selangor tidak akan tunduk kepada tuntutan pembangkang.

Katanya, kerajaan negeri akan bertindak secara konsisten untuk menggunakan KSSB bagi memastikan Selangor dapat mengutip hasil pasir.

"Dulu hanya ada satu syarikat, sekarang ada 18 syarikat yang masuk dalam tender terbuka," katanya lagi.

Katanya lagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga belum menjumpai apa-apa bukti penyelewengan dalam KSSB sejak seorang pembantunya ditahan bagi siasatan berhubung isu tersebut.

Namun, beliau tetap meminta pengusaha pasir supaya mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam menjalankan aktiviti berkenaan.


6 comments:

Anonymous said...

Aku orang jowo gak tapi tak segila anak toyo ni. Dari dulu lagi si jawa totok ni adalah duri dlm daging semenjak dia jadi MB. Tapi tak pe si anak toyo ni dah jadi jawa murtad sebab muka pun dah transform jadi bangla sesat.

Anonymous said...

alahai..
1.jarang aku sokong hang!!
2.Tapi bila hang sebut khir toyol ni!!ikut suka hanglah!!
3.Paling gelihati bila dia jawab tentang tanah dan rumah dia yang berjuta tu!!mengalahkan cerita mr.bean!!

Anonymous said...

Salam Saudara,

Boleh saudara siasat siapakah dua pemimpin tertinggi pas yang di maksudkan oleh mufti perak datuk harussani yang telah berjumpa dengan beliau berkenaan perpaduan umno-pas?

Dlm kenyataan terbaru harussani membidas kenyataan sallahudin ayub dan mahfuz omar bahawa harussani menipu berjumpa dgn pemimpin pas.

harussani berkata beliau tidak mahu menamakan pemimpin pas tersebut.

Yong said...

Tunggu je Tok mufti tu sebut kalau dia berani. Kita tak payah buat spekulasi. Jangan terperangkap dengan jerat ameno.

kerispuaka said...

Aku setuju tu Yong...itu pun kalau Mufti berani sebut...

sudin said...

mufti perak udah kabo dua pemimpin pas yg poi jumpe dia iaitu bendahari 2 pas caw sawit - kaw lumut dan ajk pas caw sungai kew - kaw parit. maklumat terkini menyusul tapi tah bila.sekian teng ksiuuuu all

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.