Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, July 6, 2010

LIWAT: Kenapa UMNO Tidak Dakwa Anwar di Mahkamah Syariah?

Terbaca komen Najib Tun Razak berkaitan perlantikan dua hakim mahkamah syariah wanita. Najib dilaporkan berkata:


"(Pelantikan ini) bagi mempertingkatkan keadilan dalam sesuatu kes berkaitan kekeluargaan dan hak-hak wanita dan keperluan semasa," katanya pada majlis Persidangan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia kali ke-12 di sini.

Teks ucapannya dibaca Penasihat Agama Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin.

Najib berkata keputusan luar jangka itu merupakan sebahagian komitmen kerajaan bagi menggalakkan transformasi dalam JKSM.

"Sebagai contoh, bagi mentranformasikan institusi perundangan syariah, kerajaan telah bersetuju memperuntukkan kewangan sebanyak RM15 juta kepada Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) bagi membantu pihak-pihak yang teraniaya akibat daripada kegagalan pihak suami dalam melaksanakan perintah nafkah di Mahkamah Syariah...ini adalah satu komitmen kerajaan yang tidak pernah digambarkan sebelum ini," katanya.


Orang biasa akan mudah terpengaruh dengan kata-kata manis Najib ini. Namun, Najib dan UMNO ada rekod sebagai kaki putar alam. Misalnya, Najib pernah keluarkan kebenaran judi bola, lepas tu nafi keluar lesen. Semuanya adalah bukti betapa putar alam Najib dan UMNO.

Dalam kes memartabatkan Mahkamah Syariah, saya ingin bertanya pada UMNO:

MENGAPA KES LIWAT ANWAR TIDAK DIBICARAKAN DALAM MAHKAMAH SYARIAH?

Saya garenti tiada seorang pemimpin UMNO mampu menjawab soalan ini. Kalau benar UMNO pandang tinggi pada Mahkamah Syariah, nescaya mereka tidak akan bergantung kepada undang-undang British untuk membicarakan Anwar Ibrahim.

Memang dasar UMNO, kaki belit kaki putar alam. Kalau sepuluh benda si Najib ni cakap, sepuluh-sepuluh tak boleh percaya.

Kita kena selalu banding ucapan mereka dengan tindakan mereka. Dalam isu memartabatkan mahkamah syariah, tindakan UMNO membelakangkan mahkamah syariah dalam kes liwat Saiful Bukhari al Kazzab adalah bukti UMNO memandang rendah terhadap mahkamah syariah di Malaysia

TUlang Besi

ps cabar juga kepada UMNO untuk lihat negeri mana yang mempunyai bilangan hakim syariah paling tinggi di Malaysia. (Bukan Kelantan ke?)

Kalau setakat lantik 2 hakim wanita baru, tak payah nak berkokok kerana itu bukan masaalah utama dalam mahkamah syariah. Masaalah paling besar dalam sistem mahkamah syariah Malaysia adalah kekurangan hakim


30 comments:

Anonymous said...

kalau gereja ditulis rumah 'allah' dan satu hari nanti ada orang islam masuk sana utk sembahyang kerana menyembah 'allah', apa pas nak buat ya.
yang kedua, dah berapa ramai org bukan islam masuk islam kerana kalimah 'allah' hasil publisiti herald tribune.
yang ketiga, antara 'allah' trinity dan allah yg esa, yang mana harus disembah jika mengikut pendapat pas kerana berdasarkan apa yg dikatakan selama ini serta sokongan diberikan oleh pas sudah jelas pas lebih condong dan gembira jika 'allah' itu dilebihkan kepada trinity.
yang keempat, berapa ramai org bukan islam yg sudah anda islamkan hanya dgn menggunakan perkataan 'allah'.
tolong jawab.terima kasih

Tulang Besi said...

Ni lah cakap orang bodoh. Di Indonesia, semua gereja pakai kalimah allah. Takda sorag pun orang Islam yang tersilap masuk solat.

Agaknya UMNO memang latih ahli2 nya jadi bodoh

Serious Shepherd said...

Bukan org UMNo daa, tapi polis baru habis syif malam. The Catholic Herald dgn International Herald Tribune pun x reti nak beza.

fauzi@Oz said...

aku setuju tulang besi, hanya org2 yang bodoh sahaja akan berbuat demikian....cerdik la dikit brader....kalau nak guna isu kalimah ALLAH, tak payah la suruh pencacai2 umno ni ingat rukun iman dulu

Anonymous said...

Yalah kalau dah bodoh tu toksah cakap apapun tak masuknya dalam kepala bana dia! Isu kalimah Allah telah dijawab oleh TG haji hadi, diulas oleh ulamak terkenal dunia yusof Al Qardhawi dan di balas juga oleh presiden kesatuan Islam se Amerika (ISNA). Allah ialah tuhan seluruh manusia. Dalam Al quran byk Allah menjuruskan ayat2 kpd manusia, "Ya Ayuhannas".

Selama ini kita gegak gempita memberitahu orang bukan Islam bahawa Allah lah tuhan sekalian alam tetapi apabila mereka hendak mengakuinya, kita pulak yang menafikan! kalau orang kafir kata Allah itu tuhan, apa kita nak jawab? nak kata "bukan!" pulak?

Kalau dah tahu diri tu jahil, dengarlah penjelasan para ulamak, bangang!

dino.yp@gmail.com said...

fakta : bukan semua gereja kat indon pakai kalimah allah. hanya beberapa gereja katholik sahaja... tulah TB orang suruh belajar tak mau, pas tu kata orang yang bodoh, siapa sebenarnya bodoh?

Anonymous said...

saya sangat setuju mahkamah syariah dimartabatkan..... tapi bila dan sampai bila nak tunggu?

mohamad said...

Memang UMNO ahlinya bodoh-bodoh belaka, lebih bodoh dari babi, ini bukan masalah gereja letak Kalimah ALLAH masalahnya cara hidup orang melayu sudah seperti org Islam ke atau sudah melebihi dari orang kafir? Kalau gereja tu tetap gereja juga dakwah diaorg jalan mcm biasa tapi yang lebih malang Masjid kat Malaysia punyalah banyak tapi Org penuh waktu jumaat & raya yang lain takde fungsi kalau ada pun ceramah agama sama seperti budak belajar agama darjah satu.

Anonymous said...

UMNO ngok (Anonymous 7.21 am ). Biarlah Pas dengan pendirian nya, kamu orang UMNO tak setuju itu hak kamu. Mereka yang setuju itu hak mereka. Masing masing ada pendirian sendiri. Yang sah sah tak di benarkan olih Islam seperti bersahabat dengan Yahudi (APCO) tu kamu tak kata apa apa. Memang dasar pengikut pengikut UMNO ngok ramai yang anggok anggok saja.

Anonymous said...

TB ni tak menjawab soklan, dh tu kata org bodoh. Ni la lagak org yg bodoh lagi sombong.

Anonymous said...

Betul tu Tulang Besi!!! Hahahaha

UMNO dah jadi bodoh seperti Anom 4:21 AM disebabkan berselindung di dalam dubur sifool yg menjadi talian hayat terakhir buat UMNO yg sedak nazak kini.

Trinora

Anonymous said...

Betul la hang cakap, org umno ni letak otak tang mana pun tak tau la.

Anonymous said...

pas gunakan anwar, anwar gunakan yang untung dap. kata tok guru ada bulan di dada karpal, kalpal kata langkah mayat dia. gitu pas terima lah kenyataan... bila sesama islam nak berbaik dikata pergi mampus. itu la PAS... mana nak membina meranakan adale orang yang ada agama tak masuk belah dia dicaci itu le PAS...
Anwar sokong org bukan islam guna ALLAH PAS pun sokong... nanti jadi le nama bapak dia rahman, nama anak dia anwar, bangsa melayu , agama bukan islam itu le pas...

zakwan said...

Don't waste your time, TB
You're beginning to sound like a broken record
It's public knowledge that UMNO is treating Islamic teachings like trash

You talk hudud
UMNO will say "To hell with hudud. We do not want a nation of amputees!!"

You talk gambling
UMNO will say "To hell with the Quranic teachings.Screw Surah Al Baqarah. Screw Surah An Nisaa. Screw Surah Al Maidah. Gambling is a necessary economic catalyst.Alhamdulillah, there are kind hearted humans like Vincent Tan to fund our election machinery"

You talk liquor
UMNO will say "Liquor industry is needed to fund our election war chest. Their profits are needed so that Malays remained in power. Besides, that big factory at Shah Alam is Tunku Abdul Rahman's legacy"

You talk syariah
UMNO will say "To hell with syariah. Anwar does not deserve to be tried under Islamic law. Saifool al Liwati si too pious of a "Muslim" to be sentenced to qazaf punishment"

Bottom line, UMNO is saying "F**k Islam"
Dulu, kini dan selamanya

Anonymous said...

PETIKAN DARI WASHINGTON POST - NEWS ONLINE- "Anwar, who was in Washington for a couple of days last week, spent a lot of time offering explanations to old friends, not to mention House Foreign Affairs Committee Chairman Howard Berman and a Jewish leader or two. He said he regretted using terms such as "Zionist aggression," which are common coin for demagogues like Mahmoud Ahmadinejad. "Why do I need to use it if it causes so much misunderstanding?" he said. "I need to be more careful."


maknanya anwar pergi US melutut pada yahudi mohon ampun maaf....inikah pemimpin ISLAM yg sanggup jilat balik kata kata masa demonstrasi dgn rakyat di depan USA embbassy bulan lepas yg aku turut serta,,,cilaka pemimpin mcm ini dia ingat org kampung mcm aku tak baca news d internet!!!! HARAM JADAH PKR! serta sekutunya mcm DAP dan PAS...aku TERTIPU!!!

Anonymous said...

PAS knows it is lying


Politics is mainly about perception and numbers. It's to do with the control or manipulation of perception in order to gain control of power.

If PAS has decided it can only contest in 63 parliamentary seats out of 222, how can it ever represent the Muslim majority effectively? And why should it allow voters to perceive that it can be ever be effective without lying?

Does it also mean that non PAS Malays as Kafir (infidels)?

Anonymous said...

Betul TB, sebab tu juga kat Indon banyak islam masuk kristian. Sebab dah berjaya teknik tu, nak cuba kat Malaysia. Mungkin takda orang silap masuk gereja. Tapi, in the long run, kepada yang tidak arif mungkin menyangka Islam dan Kristian itu sama saja, lalu memilih Kristian kerana lebih senang, tak payah sembahyang, puasa dsbg. Lepas tu kristian boleh cium-cium mulut, takde hal. Tuhan tetap sama, in fact sama dengan tuhan yahudi. Lelaki dengan lelaki pun boleh kahwin. Itu yang Anwar seronok sangat defend si kufar.

Anonymous said...

TULANG BESI PEMBOHONG BERBOHONG:

Ni lah cakap orang bodoh. Di Indonesia, semua gereja pakai kalimah allah. Takda sorag pun orang Islam yang tersilap masuk solat.


Jelas Tulang Besi tidak dapat menjawab persoalan dengan baik..mungkin Tulang Besi tiada ilmu..guna emosi nanti Tulang besi jadi basi...jawablah dengan berhemah dan ilmu....mana buktinya di Indonesia takde orang tersilap masuk solat...ni lah sebenarnya cakap orang bodoh

Anonymous said...

Kalau hang nak tau pasal apa yang si kristian ni beriya benar nak pakai istilah Allah..

http://satdthinks.blogspot.com/2010/07/sib-headhunters-coming-our-way-jill.html

ikan todak said...

Entah, bodoh nak mampos....Ini perkara lapuk lah...Orang jahil & buta sejarah je yang dok mainkan isu nie...Kalau ada Muslim yang solat dalam gereja pun, apa salahnya...Tapi itupun kalau darurat le..Tak berdosa pun..Dibolehkan solat di dalam rumah-rumah peribadatan kaum lain apabila ia bersih dari unsur-unsur syirik dan sifat-sifat keagamaan mereka, iaitu bersih dari kubur-kubur, patung-patung dan gambar-gambar.. Tapi kalau kat Malaysia ada Muslim yang solat dalam gereja, itu tandanya orang tu gila, buta, atau memang bangang nak mampos dan kompom orang tu org UMNO yang bertujuan nak buat provakasi lagi dengan alasan confuse sebab gereja guna nama Rumah Allah...

Khun Pana aka johanssm said...

Sekira nya Anwar dibicara dalam mahkamah syariah dan jika beliau didapati bersalah maka hukuman nya amat ringan sekali.hahahaha

Dalam kes minum beer...hukuman ialah disebat semacham jentikan ( refer -hishammudin menteri entah apa).Tetapi ditukar pulak dengan hukuman kerja amal.

Dalam kes Bung Kinabatangan dan ZZ yang entot-entot sebelom berkahwin secara "haram" pulak chuma didenda 1000 dilham matawang malaysia.

Dalam kes Dino (anak kepada rais yatim) yang main entot- entot lari sampai Tok Kadi kena cari dia.
Akhirnya tiada sebarang hukuman.(setahu saya lah)

Kes lain seperti Datuk Rosnah Rashid Shirlin - tiada repot jabatan agama?
Kes lesbian Azalina - tiada repot jabatan agama?

Saiful chuma tuduh diliwat olih anwar berkali-kali di serata dunia!
Tapi Hongkong , Thailand dan Jepun bukan negara Islam dan tak bolih dikaitkan lah.

Setahu saya, Mahkamah syaria tak guna pakai DNA maka repot DNA bolih buang dalam bakul sampah.
Kalau saiful dan anwar dijatuhkan hukuman pon..ia amat ringan

Tujuan utama pihak najib ialah untuk sumbat Anwar duduk dalam jel selama 10 tahon atau lebeh
supaya Pakatan Rakyat mudah dipecahkan .

Nota- Kes bukan syariah
Rahim thamby chik entot gadis bawa umur ....tutop (tapi Cina bernama Lim Guan Eng yang masok penjara ! )
Kes Shaila Nair (menantu semi value)....tutop
Kes DP Vijandran ( speaker parlimen ) ...tutop
Kes Mike taison bawa lari anak sultan selangor (ketua agama Selangor) dan kahwin di Siam...tutop
kes Chua soi lek....ada jilat dan ada hisap...no kes ? hahahaha

Tapi saiful ada kes amat besar..
Jelas dan terang benderang untuk sumbat Anwar masok jel.

i rest my case..hahaha

Anonymous said...

Tak kan pameran berlian kat Singapura tak pasang cctv kan...

UMNO Sokong Natrah Murtad said...

Apa la bodoh sangat orang UMNO ni. Aku cabar tunjuk sorang orang Indonesia yang murtad masuk Kristian sebab orang Kristian kat sana pakai kalimah Allah?

Ramai murtad ni hasil kerja tangan si Ibu Tien, bini Suharto.

Sapa Suharto ni? Idola Dr Mahataik la, sapa lagi

Anonymous said...

alahai..
1.kalau anuar didakwa dimahkamah syariah!!adaka peguam syariah yang nak bela dia!sulaiman abdullah pun tarik diri dari kes dia!tinggai puak kapiaq kalpal singh je yang dok bela dia!itupun dok cari kesalahan dari segi teknikal perundangan jee!percepat sikit hujah liwat tu!pakat-pakat nak tenguk fakta sapa yang benar!tapi sikalpal ni!!pakar dalam bidang kesalahan teknikal perundangan jee!kes dia!ada yang lepas sebab kesalahan teknikal pendakwa!didunia boleh lepasla oii!diakhirat!!jawabla nanti!
2.Memangla Allah ini tuhan pada semua makhluk didunia ni !tak kira apa-apa agama!Budak tadika pun tau oii!tak payah guna hujjah yussof qaradawi pun!masalahnya mahukah sikalpal singh!guan eng!pakiam terima islam sebagai agama depa!!Mahukah depa terima Allah sebagai tuhan depa!!Tak payah pebodoh oranglah!!semua tau niat sebenar puak kristian pakiam dimalaysia ni!!tujuan depa satu!nak MURTADkan puak islam jee!!
3.Mengapa Indonesia selalu ditimpa bala Allah no!!Gempabumi!tsunami!Hairan jugak!!Sedangkan disana puak hindu bali!puak kristian!puak cina bertuhan kan Allah!!Entah-entah TB nipun ikut puak islam diindinesia!laki islam!bini!kristian!!lalu lahirlah airil peterpan noo!!!!

Anonymous said...

anon 6.57pm
bukan setakat pameran ada CCTV, dlm lift pun ada CCTV bahkan laluan ke tandas pun dah pasang CCTV hahaha

Anonymous said...

Kalau umno bodoh, pas lagi bodoh sebab masih tak dapat perintah Malaysia . Asyik kena tipu aje.... Ha ha

Anonymous said...

Same ke ALLAH bagi orang islam dgn yg nak digunakan untuk kristian..
orang kristian x beriman dgn ALLAH..
jika mereka beriman dah tentu masuk islam...
kristian sekarang bukan yg asal..
yg asal telah dimansuhkan..
kritian sekarang..tuhan mereka adalah trinity...
orang pas kena la buka minda..jangan suka sangat setuju...
nampak macam gembira sangat puak pas bila kristian bole guna nama ALLAH untuk dikaitkan ngan trinity..

mengucap la..
jagalah kesucian nama ALLAH.

Anonymous said...

Macamana pas nak jaga kesucian islam..
kalau nama AllAH pon cuba digadaikan pada kristian..
mereka menolak islam ..x beriman pada AllAH..
camna plak nak sembah ALLAH..
adakah pas nak kata mereka sembah ALLAH..??
jadi untuk ape?? adakah ada udang sebalik batu??

boleh x puak2 pas berfikir...benda ni jangan dibuat main..takut kufur..


aku ahli bebas nonpartisan

Am said...

sape la orang yg sengan sangat kompius kalimah allah yg org kapir pakai ngan yg org islam agung kan? kalau macam tu pon ble kompius pegi la belajar kat sekolah agama balik.. tak paham aku pikiran sempit n tak panjang org2 yg ble kompius dengan bende simple macam nih..

zogog said...

semua agama adalah sama. sama-sama sembah tuhan. semua terima kenyataan tersebut kecuali islam umno. almost islam pas pun sudah mula terima pluralism. maybe selepas BN jatuh & KPR @ kerajaan pakatan rakyat ambil alih baru umno boleh berubah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.