Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, July 7, 2010

Mengapa Terminal LCCT Baru Sampai RM1billion?

Saya telah mendapat email dari kawan saya. Di dalamnya beliau member “scan copy” artikel dari The Edge bertarikh 5 Julai 2010. Artikel tersebut bertajuk RM1 Billion LCCT On The Cards for Bina Puri.

Antara bahagian artikel yang menarik perhatian saya adalah:

The JV beats the likes of heavyweights MRCB and Sunway Construction Sdn Bhd. According to a report by OSK Research, Sunway had submitted the lowest bid of about RM750 million to RM850 -million for the LCCT building on a design-and-build basis.

TERJEMAHAN BEBAS: JV tersebut Berjaya mengalahkan MRCB and Sunway Contructions (pemain2 besar dalam industri ini). Mengikut OSK Research, Sunway telah menawarkan tender dengan harga paling murah, yakni RM750 juta ke RM850 juta bagi pembinaan Terminal Syarikat Penerbangan Kos Rendah (LCCT) berdasarkan kaedah cipta dan bina
.

Mengikut artikel yang sama, projek pembinaan Terminal Kos Rendah di KLIA ini telah diberikan kepada syarikat kerjasama antara Bina Puri Holdings Berhad dan UEM Group Berhad. UEM Group adalah syarikat milik UMNO yang sekarang ini dimiliki sepenuhnya oleh Khazanah Nasional selepas UEM hamper bankrap pada tahun 1997-98.

Pemberian projek ini diberikan oleh Malaysian Airports Sdn Bhd yang mana MASB ini dimiliki oleh Khazanah Nasional. Khazanah Nasional pula dimiliki sepenuhnya oleh Kementrian Kewangan di mana Pengerusi Khazanah Nasional adalah Dato Seri Najib Tun Razak, Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri Malaysia.

Keputusan memberikan projek kepada Bina Puri-UEM dibuat oleh MAB yang berada di bawah kawalan dan kuasa Menteri Kewangan, Dato Najib Tun Razak?

RM150-RM250 JUTA LEBIH TINGGI DALAM KEADAAN NEGARA HENDAK BANGKRAP?

Baru hari tu sahaja Idris Jala menyatakan bahawa Malaysia sedang menuju kebankrapan kalau subsidi tidak dipotong.

Yang menghairankan, apabila subsidi kepada rakyat disarankan untuk dipotong, Dato Najib boleh memberikan kontrak RM150juta-RM250juta lebih tinggi.

Harus diingat, RM150-RM250 juta ini adalah DUIT RAKYAT dan bukan duit UMNO.
Juga, mana mungkin Sunway Constructions menawar harga RM750 –RM850 juta tanpa membuat keuntungan? Dengan kata lain, dengan tawaran RM 750-RM850 juta pun, Sunway Contructions mampu membuat keuntungan. Dari maklumat yang saya dapat, keuntungan yang bakal didapati oleh Sunwar Constructions adalah dalam jumlah RM100-200 juta.
Dengan kata lain, “untung atas angin” yang bakal dibuat oleh JV Bina Puri-UEM ini adalah dalam julat RM300-RM400 juta.

Ertinya RM300-RM400 juta bakal melayang dengan begitu sahaja kepada kroni dan UMNOPUTRA.

Pada waktu yang sama, Idris JAla suruh buang subsidi pada rakyat.
Kelak, apabila subsidi kepada rakyat dibuang, Malaysia akan jadi macam Indonesia. Makan tengahari di gerai tepi jalan pun kena keluar duit RM10-15 sekali makan. Saya tahu perkara ni sebab saya sendiri sedang alaminya.

Dalam rakyat menderita kenaikan harga barang, Dato Najib boleh pula beri kontrak RM150-RM250 juta lebih tinggi dari harga sebenar kepada syarikat kroni UMNO.
Kalau macam ni, tak payah tunggu 2019, lagi 5 tahun Malaysia akan bankrap macam Indonesia.

Itulah falsafah pembangunan UMNO: Apabila untung kroni sapu. Bila rugi rakyat tanggung.

Biar pape asal gaye, yop. Macam FELDA buat bangunan di Segitiga Emas dalam keadaan berlaku kelebihan ruang pejabat untuk disewa di Kuala Lumpur. Sememangnya sungguh FELDA nak bangkrap angkara UMNO.

Tulang Besi

ps Tawaran Sunway Constructions adalah “design and build”. Dengan kata lain, Sunway bukan sahaja akan membina terminal LCCT tersebut, mereka juga akan mereka-cipta rupa bentuk terminal LCCT yang baru ini.

Cara ini adalah cara yang paling mahal bagi mana-mana syarikat pembinaan kerana mereka bentuk bangunan akan memakan kos yang sangat tinggi dan kerap kali ianya akan berubah mengikut cita rasa pelanggan. Pun begitu, tawaran Sunway tidak melebihi RM850 juta.

Tidak sabar menunggu alasan yang akan diberikan oleh Menteri Kewangan member kontrak LCCT kepada syarikat yang member tawaran yang mahal dan menolak yang tawaran yang murah.



8 comments:

Tinta Hitam said...

Bro,

INi utk dana PRU13 nanti.UMNO takisah semua tu sebab melayu masih lagi bodoh dan 60% dijangkakan akan terus menyokong mereka dlm PRU13 nanti

Anonymous said...

aku sokong bagi kat bina puri UEM....99.99% company melayu...kita tak tolak cina...sub cont mereka 99.99 cina...so fair and square la...kalau bagi sunway...main con 99.99 cina...sub con 100% cina...abeh org kita nak letak mana...jadilah org kita merempat dan tak maju maju mcm Tulang besi...tuleh pandai buat tolol...idiot TB...

Saiful said...

Bro Anonymous July 8, 2010 10:53 AM ,

Betul ker Bina Puri tuu contractor melayu..cuba check skit website dier

http://www.binapuri.com.my/index.htm

YB Senator Tan Sri Datuk Tee Hock Seng, JP - Managing Director

Tu nama melayu ker?..tgk skit profile dier..Chairman MCA Cheras tuu bro.. tak kroni name nyer?

Anonymous said...

kalo btol laa SUnway bid 750mil je, sedih laa as a rakyat..tp kalo info tuh tak btol, taktau laa nak ckp pa..blogger kena laa ada social responsibility brahh..tunjuk bukti then mari kita kutuh kerajaan ramai2 before that better keep my opinion to myself

Anonymous said...

marilah mari..kronilah kroni..jgn lupa kewajipan anda..utk musnahkan negara..ding ding deng de deng de deng..;-)

Anonymous said...

“I was personally turned off from investing in Malaysia over the past 25 years but am now looking at its prospects as well as the rest of Asia.”

His recent change of view on Malaysia was mainly due to the positive policy changes being put in place by the new government.

“Should these positive changes materialise, I think this will encourage more foreign capital into Malaysia which was once perceived as discouragingly unfriendly to foreign investors when the country imposed the pegging of the ringgit bck then,” JIM ROGERS
http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/7/9/business/6630413&sec=business

kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah..kahkahkah..maka kompomlah,kita punya chootia benchhot bodh dungu balol bangang haprak gargoyle gomen tak boleh pikat pelabur luar..haha..ini jim rogers co founder of quantum fund;-) seorg billioaaire yg tak ada prebet jet,tak ada billion dollar mansions,tak ada lembigini,ferrari(hanya satu merc warna kuning yg dimodify utk dia punya expedisi/jelajah seluruh dunia),tapi pandai bikin dui..kita punya chootia stupid bodo bahlol cukong caking dan depa punya homo partner UMNO/UBN bling bling lakon kuat tapi lanchow dlm hal perniagaan!!!

Anonymous said...

Sejak zaman Mahathir Kutty jadi PM hingga kehari ini, projek-projek diadakan bukan kerana "diperlukan" tapi "dicipta" untuk:

(1) Memperkayakan kroni
(2) Kos dinaikkan untuk diagih-agihkan,agar semua pemimpin merasa.
(3)Memperbanyakkan projek rekaan untuk tabung pilihanraya.

Kos sesuatu projek itu kadang-kala sekadar 1/2 dari kos tender.Yang 1/2 itu lesap ditengah jalan.Apa kita heiran ada stadium yang runtuh,atap bangunan hospital dan pejabat juga runtuh,bangunan sekolah juga banyak yang runtuh.Sebutir screw driver boleh berharga hingga RM150 dan sebungkus mee segera berharga RM5.Siapa yang kebas semua duit rakyat ni,sendiri jawablah.You ask for it!!!

Am said...

pasal felda tu aku pelik ape yg menguntung kan org2 melayu bile die buat bangunan baru tu? bukan benefit kat keseluruhan umat melayu kat mesia nih! bukan nye ade benefit pon kat peneroka2 ngan anak beranak diorg kat felda tu bile FELDA buat satu bangunan FELDA baru kat tengh2 KL!!!! Kalau macam ni la LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN gune duit yg hanye menguntungkan puak2 tertentu baik jangan ade FELDA tuh! baik bungkus jer buat nasik lemak!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.