Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, July 25, 2010

MUFTI UMNO MUFTI PEMBOHONG

NOTA EDITOR: kenyataan terbaru Dato Hasan Ali membuktikan bahawa Mufti UMNO, HAramsani, adalah seorang pembohong nombor wahid. Begitulah perangai orang UMNO. Mereka yang aliran agama pun boleh berbohong, inikan pula yang tiada pendidikan agama. Lagi teruk pembohong.


Saya masih ingat lagi nasihat kawan saya:

Kalau ada orang UMNO yang kata "Tuhan itu Satu", kamu jangan percaya. Bukan sebab apa dia kata itu salah, tapi sebab yang berkata itu adalah orang UMNO



Berkenaan Dato Hasan Ali, ada beberapa persoalan berkaitan kenyataan beliau:

1.0 Kalau pertemuan tersebut adalah pertemuan rasmi, mengapa bawa Suwardi Yaakob bersama-sama? Apa jawatan Suwardi dalam kerajaan Selangor? Suwardi tu bukan orang Selangor pun?

2.0 Mengapa berjumpa Haramsani di salah sebuah apartment di tengah2 kotaraya? Mengapa tak boleh jumpa di Bangunan SUK di Selangor? Ataupun di bangunan SUK Perak?

3.0 Apa urusan Exco Agama Selangor hendak berjumpa dengan Mufti? Mengapa tidak hanya Mufti Selangor bertemu Mufti Perak?



Kenyataan Hassan dedah Harussani berbohong
Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menuntut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memohon maaf secara terbuka kepada PAS dan seluruh orang Melayu Islam berikutan penjelasan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang menunjukkan mufti itu berbohong.

Sambil menyifatkan Harussani melakukan pembohongan yang memalukan, Mahfuz berkata, pengakuan Dr Hassan yang menjelaskan bahawa pertemuannya dengan Harussani tidak ada agenda khusus membincangkan penyatuan Umno dan PAS sekaligus mendedahkan kedudukan dan peranan Harussani sebagai alat dan pencacai Umno.

"Kenyataan Dr Hassan jelas mendedahkan pembohongan seorang mufti seperti Harussani. Pembohongan Harussani serta kesediaan beliau menjadi pencacai Umno sangat memalukan ulama khususnya para Mufti yang ada di Malaysia.

"Harussani sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Mufti Perak kerana beliau pernah menyatakan, sebagai mufti beliau tidak berbohong. Sedangkan pendedahan Dr Hassan memperjelaskan pembohongan Harussani," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menggesa Harussani tidak membiarkan dirinya terus menjadi pecacai Umno yang sedang tenat dan nazak.

Menurut Mahfuz, berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Dr Hassan, amat jelas bahawa pertemuan tersebut langsung tidak menyentuh soal kerjasama PAS dan Umno.

"Pertemuan tersebut sempena mesyuarat kebangsaan hal ehwal Islam. Dr Hassan juga menyatakan beliau tidak pernah dimandatkan oleh PAS untuk membincangkan dengan Harussani isu kerjasama PAS dan Umno," kata Mahfuz.
Next >

13 comments:

Anonymous said...

untuk geng perpaduang bukak sini..

ada pesanan khas daripada Allahyarham ustaz fadzil noor..

http://www.youtube.com/watch?v=yYyyOCyinvU&feature=player_embedded#at=309

otakbesi said...

Harunsony telah bersuara, hasanAly telah berbunyi, satu ada bincang perpaduwang dan satu lagi x bincang perpaduwang.
kedua-duanya masih dianggap berbohong, jika ternyata jelas terang menerang berbohong, salah seorang mesti letak jawatan, kecuali muka tak tahu malu.

Anonymous said...

Hari ini dalam program munaqashah ucapan dasar presiden peringkat negeri selangor (nak panggil munaqashah pun tak boleh sebab ucapan pimpinan sahaja, soal jawab tak ada)Hasan Ali mempertahankan panjang lebar tentang pertemuannya dengan harussani. Persoalannya hasan ali ini kan terkenal dengan Melayunya dan begitu juga harussani (baca UMNO) jadi pi berdua dengan suwardi saja kenapa? Bawalah tpj ke atau pimpinan PAS lain? Taklah jadi fitnah.

Tengok sekarang dia hentam kita balik kata bincang perpaduan Melayu (UMNO/PAS). Dah bercanggah sekarang kenyataan hasan ali dan harussani. Sapa yang bohong? Klu hasan ali berani sila saman harussani .....

Anonymous said...

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar boleh memaksa Mufti Perak itu memohon maaf secara terbuka kepada PAS dan seluruh orang Melayu Islam berikutan penjelasan Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang menunjukkan mufti itu berbohong.

Cakap dalam bahawa politik bunyinya macam biasa saja tetapi mempunyai maksud dan tujuan yang menyimpang.

Mufti Perak itu pernah berkata bahawa dia tidak berbohong mengenai pertemuannya dengan salah seorang pemimpin PAS dan UMNO membincangkan perpaduan PAS-UMNO.

Dan Mufti itu sehingga kini belum lagi mengeluarkan kenyataan balas menyanggah kenyataan Datuk Dr Hassan Mohamed Ali bagi menyokong kenyataannya yang terdahulu bahawa dia tidak berbohong...?

Andai kata Mufti itu berpegang teguh pada kata-katanya bahawa tidak berbohong, apakah Datuk Dr Hassan Mohamed Ali bercakap benar....?

Sebenarnya isu ini mudah diselesaikan jika pemimpin tertinggi PAS mahu menggunakan akal waras berpegang pada peraturan dan undang-undang parti yang mereka dokong dan payong selama ini.

Kecuali mereka yang berkuasa itu masih keliru dengan firman Allah, sebutan ayat quran, sejarah sahabat, hadis nabi, dosa pahala, syurga neraka.... kononnya nak selesaikan cara ulamak, pekara mudah jadi susah, yang berbelit menjadi kusut.

Akibatnya lain yang ditangkap, lain yang didakwa, lain pula yang ditembak... yang tidak bersalah digantung tak bertali..? Jangan pandang mudah kata-kata ini kerana pekara seumpama ini pernah berlaku dalam pemerintahan PAS.

Ini menyebabkan firaun dalam UMNO Baru akan ketawa besar melihat kebodohan pemimpin PAS menyelesaikan masaalah politik.

Untuk meredakan keadaan demi memantapkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat di Negeri Selangor, sila rehatkan buat sementara waktu Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali dari tugas resminya.

Anonymous said...

Harusuni and Hasan Ali,dua sua SATU LANCAHULAH!

Anonymous said...

like a sore thumb..
sounds fishy..
i smell a rat..
a BULL

Anonymous said...

TULANG BESI....

"Kalau ada orang UMNO yang kata "Tuhan itu Satu", kamu jangan percaya. Bukan sebab apa dia kata itu salah, tapi sebab yang berkata itu adalah orang UMNO"

ASTAFIRULLAHALAZIM......
SUBHANAALLAH............
ALLAHUAKBAR.............
INALILAHWAINAILAHIRAJIUN.....

GAMAKNYA DEPA !!!!!

Nizam said...

Salam...

TGNA kata dulu pas kena tipu tak apa sebab pertama kali. Tapi sekarang tak kan nak kena tipu lagi untuk kali yang seterusnya... Begitulah lebih kurang katanya.

Berbalik kepada geng perpaduWANG yang pernah menipu kita dulu. Tak apa... mungkin sebab pertama kali. Tapi sekarang masih cuba nak menipu lagi. Cukup-cukuplah tu... melayu dah lebih 50 tahun dibodohkan oleh umno. Tak kan pas nak sambung agenda umno untuk terus memperbodohkan melayu?

Saya harap TGHH dan team perpaduWANG letak jawatan dengan kadar segera sebelum pas hancur dan hilang sokongan. Kamu semua memang dipilih oleh perwakilan muktamar yang entah berapa kerat tu dengan mudah kamu bodohkan mereka. Pekik saja TAKBIR!!! Maka semua akan ikut terpekik TAKBIR serupa perwakilan umno pekik hidup melayu... Entah apa yang kamu semua pekikkan pun kamu sendiri tak faham.

Janganhina ulama? Benar... ulama adalah pewaris Nabi. Tapi adakah kamu semua ulama? Siapa yang beri iktiraf? Adakah kamu semua mengiktiraf sendiri diri kamu semua ulama? Adakah ulama boleh berbohong pada ahli mereka tiada pertemuan dalam gelap tapi pak lah kata ada?

Ketika kamu semua masih bertaraf ustaz sebelum bergelar YB & YAB, dalam kuliah kamu semua sering ada mengatakan "Ciri-ciri orang MUNAFIK ialah apabila bercakap ia DUSTA. Orang MUNAFIK tidak terpakai kesaksiannya". Bila kamu semua berdusta tentang pertemuan selepas 8 Mac adakah kamu semua tidak termasuk dalam golongan yang kamu sendiri sebut dalam kuliah kamu?

Jika ciri-ciri tersebut di atas ada pada kami semua, tidaklah menghairankan bagi umum. Tapi ia ada pula pada golongan yang menggelarkan diri mereka ulama yang tidah boleh dihina. Tolonglah jangan tipu kami semua. Kami dari golongan sekular yang lahir sejak umno memerintah inginkan perubahan ke arah Islam yang lebih baik. Jangan sampai nanti ada orang kata presiden pas sama atau lagi teruk dari presiden umno.

Cukup-cukuplah tu. Letak saja jawatan jika tiada upaya memimpin ummah terutama orang macam kami yang hardcore yang baru nak kenal apa itu Islam yang sebenar...

Anonymous said...

"Saya masih ingat lagi nasihat kawan saya:



Kalau ada orang UMNO yang kata "Tuhan itu Satu", kamu jangan percaya. Bukan sebab apa dia kata itu salah, tapi sebab yang berkata itu adalah orang UMNO"

agaknya kawan ngko tuh ingat Tuhan tak terimalah amalan urang umno kerana urang umno semua munafik.....

hebat sangatlah kawan ngko tuh,sampai kalau urang umno cakap Tuhan itu satu pun dia tak percaya....setahu aku Tuhan tak pandang urang tuh umno ker tak umno ker,Dia pandang iman dan amal urang tuh jek,bukan parti dia...

Anonymous said...

Kena suruh TB tanya ahli non-Muslim PAS, tuhan ada berapa.

Anonymous said...

Sudahlah Tb, hang tak perasan ke yang respond ke blog hang dah banyak berkurangan.

Ramai orang dah malas dan meluat nak repond sebab, kau tu langsung tak open minded. Kalau tak suka dengan sesuatu tu umpamanya, UMNO, Hj Hadi, Hassan Ali, Naza dll, hang tak boleh bersikap rational sikit pun, hang terus hentam, hanya orang sehaluan kamu saja yang betul.

Lagi pun, semua orang dah boleh agak respond dari kamu, too typical.

BERUBAHLAH.....

Anonymous said...

Balik2 muka hasan ali ni jugak...

ingatkan nasaruddin tu yg gi jumpa harussani.Rupa2nya hasan ali lg.

Kononnya bincang psl urusan rasmi kjaan sgor.Nape tk jumpa mufti sgor tk pun mufti negeri lain.

Percayalah tiada sbrg tindakan akan diambil terhadap hasan ali...

kalau hasan ali mengaku dia jumpa harussani atas soal perpaduan melayu dan atas urusan peribadi sekalipun, tk kn ada tindakan drpd kepimpinan.

kami dah muak lah dgn sandiwara puak perpaduWANG.

Anonymous said...

macam lagu ....pulak ....hassan budak jaga lembu.... ari ari ..suka curi jambu...kalau....tok penghulu tahu ...tentu .... dia kena....bambu........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.