Kalau kita sujud dan rukuk kepada Allah SWT 24 jam pun, kita tidak mampu membalas semua nikmat Allah SWT yang berikan kepada kita. Rahmat Allah SWT kepada kita adalah apabila Allah SWT menurunkan syariatNya kepada kita yang menyatakan setiap tinkah laku kita adalah ibadah.
Benar, syariat Nya adalah RAHMAT Nya kepada kita. Tapi, kita buang syariat Allah SWT atas alasan2 bodoh yang dijana oleh UMNO. Sedari mula lagi UMNO telah berusaha menghalang perlaksanaan syariat Islam di Malaysia
ALLAH SWT TURUNKAN BANYAK NIKMAT NYA KEPADA MALAYSIA
Malaysia penuh dengan nikmat dari Allah. Percaya atau tidak, dari statistik Bank Negara, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya semenjak Merdeka lagi. Ekonomi Malaysia jarang meleset kecuali pada 1980an kerana jatuhnya harga komoditi dunia.
Jadi, mustahil dengan Nikmat Allah SWT yang melimpah ruah ini, Malaysia akan jadi bangkrap pada 2019. Negara kaya raya tapi hampir bangkrap. Hutan negara sudah 64% dari pendapatan negara.
Ertinya, nikmat Allah SWT kepada Malaysia tidak ditadbir dengan baik atau disia-siakan kerana korupsi . Maka, tugas setiap warga Malaysia, kepada Allah SWT, untuk membuang pentadbir yang ada sekarang dan menggantikan dengan pentadbir yang baru.
Sebab itulah Allah SWT berfirman:

“Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan-perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” [TMQ ar-Rum (30):41].
Dan tugas untuk membasmi mereka yang merosakkan segala nikmat yang Allah SWT beri adalah dipanggil Nahi Mungkar seperti firman Allah SWT:

03:114 "They believe in GodAnd the Last Day; They enjoin what is right,
And forbid what is wrong; And they hasten (in emulation);In (all) good works:
They are in the ranks, Of the righteous."
PENUTUP
Jadi, jangan ingat apabila kita dengar MAlaysia hampir bankrap, ia tiada kena mengena dengan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim. Jelas, ia adalah salah satu contoh bagaimana nikmat Allah SWT telah disia-siakan untuk mengkayakan hanya segelintir UMNOPUTRA.
Padahal nikmat Allah di Malaysia adalah untuk mereka-mereka yang miskin dan memerlukan. UMNO menggunakannnya untuk mengkayakan kroni2 mereka.
Kalau tidak dibuang UMNO, saya tak tau samada nikmat Allah SWT akan terus diberi kepada rakyat Malaysia seperti sebelum ini.
Wallahualam
Tulang Besi
ps Syariat Allah SWT juga nikmat. Apa yang diharamkan oleh Allah SWT adalah untuk menjaga kebajikan serta keselamatan manusia sejagat. Misalnya, apabila Allah SWT mengharamkan riba, ia bertujuan untuk memastikan tiada penindasan dan kezaliman berlaku secara meluas.
Di Indonesia misalnya, hutang2 mereka yang diambil semenjak tahun 1970an masih terus dibayar sehingga sekarang. Di tambah lagi dengan hutang baru yang dibuat Suharto dan kroni2 mereka, hasilnya hutang Indonesia sekarang sudah menggunung.
Maka, Indonesia tidak mampu membantu hatta rakyat sendiri sehingga rakyat mereka sendiri kelaparan dan melacur untuk mendapat sesuap nasik.
Alam sekitar juga terjaga kalau riba tidak diamalkan oleh masyarakat dunia. Manusia menghancurkan segala nikmat dan ciptaan Allah SWT untuk membayar bunga di atas hutang yang mereka ambil.
Riba adalah diharamkan oleh Allah SWT demi menjaga kesejahteraan manusia dan alam sekitar.
memang banyak nikmat allah, termasuk UMNO... cuma orang buta hati je tak nampak , contoh tulang reput besi.
ReplyDeleteBenar, syariat Nya adalah RAHMAT Nya kepada kita. Tapi, kita buang syariat Allah SWT atas alasan2 bodoh yang dijana oleh UMNO.
ReplyDeletePas pun apa kurangnya. Buang syariat Allah kerana nak ambil hati kafir DAP.
TB kata rezeki Malaysia melimpah ruah hasil nikmat dari Allah. Ok fine. Tapi kenapa orang kelantan kebanyakannya terpaksa keluar dari negeri untuk cari makan? Kenapa perlu pergi ke negeri UMNO untuk cari makan?
Kalau alasan TB ialah salah tadbir, bererti, dinegeri PAS tu yang salah tadbir sampai nikmat rezeki Allah s.w.t. yang banyak tidak dirasai oleh rakyat kelantan sampai mereka terpaksa merempat ke negeri orang untuk cari rezeki.
TB lupa juga, antara nikmat Allah ialah menjadikan orang Islam berkuasa di bumi Malaysia. Cuma yang kita nampak, orang macam TB beria-ia nak membantu kafir menguasai orang Islam.
Jelasnya, yang menolak syariat di Malaysia adalah UMNO, bukan DAP
ReplyDeleteNyata TB tak dapat nak jawab soalan yang dikemukakan. Tu yang main pusing dengan kata-kata yang tak de kena mengena.
ReplyDeleteBahagian ini kau jgn tanya TB, kau kena tanya K'jaan P'Sekutuan. Berapa kututipan hasil negeri Kelantan dan berapa peruntukan k'jaan P'Sekutuan beri pada negeri Kelantan. Itu tidak termasuk royalti minyak lagi.
ReplyDeleteMemang benar nikmat Allah itu tidak tertulis banyaknya. Sila rujuk Quran terdapat satu surah yang memperkatakan nikmat Allah lebih kurang terjemahannya "Mana lagi nikmat Allah yang hendak kamu
ReplyDeletenafikan"