Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, July 24, 2010

PAS Sudah Pernah Bersatu Dengan UMNO - Bagai Melepas Anjing Tersepit

Kepada juak2 UMNO macam Haramsani yang hendak menyalahkan beberapa kepimpinan PAS yang menolak penyatuan PAS dan UMNO, pegi balik semula ke sekolah tadika dan belajar sejarah.

PAS pernah berkorban jiwa dan raga untuk bersatu dengan UMNO. Sebelum PAS bersatu dengan UMNO pada tahun 1972, PAS telah dilayan seperti anjing oleh UMNO. Kelantan di bawah pimpinan Dato Asri dikepung dari segi ekonomi mengalahkan kerajaan kominis. Di kala UMNO kecut perut nak lawan Lee Kuan Yew, mereka seperti singa dengan kerajaan Melayu ISlam yang diperintah PAS semenjak 1959.

Mereka guna politik wang untuk tumbangkan kerajaan PAS Terengganu melalui pintu belakang.

Akhirnya bila orang Melayu menolak UMNO pada tahun 1969, mereka datang menyembah kepada PAS untuk bersatu dengan mereka. Sanggup datang ke Kelantan bertemu dengan Dato Asri naik helikopter.

Maka, atas nama mahu mempertahankan Melayu, bersatulah PAS dan UMNO dan tertubuhlah Barisan Nasional.

Tak sampai 3 tahun, PAS ditendang keluar macam anjing. PAS telah menghayatai pepatah melayu:

MELEPASKAN ANJING TERSEPIT


Takkanlah PAS hendak kena tipu dengan anjing yang sama, kot?

Umno bakal hilang 6 kerusi di Selangor
Zulkifli Sulong


SHAH ALAM, 23 Julai: Umno Selangor kini berada dalam kebimbangan ekoran maklumat yang mengatakan sudah hampir pasti BN akan hilang enam kerusi Dun jika pilihan raya umum diadakan dalam suasana sekarang.

Enam Dun yang dikatakan termasuk dalam senarai itu adalah Seri Serdang di bawah Parlimen Puchong yang mana calon PAS hanya kalah 45 undi kepada calon Umno dalam pilihan raya umum lalu.

Dun lain adalah Sabak (majoriti 117), Taman Templer (613), Sungai Air Tawar (123), Paya Jaras (642) dan Morib (286).

Dalam pilihan raya lalu, PAS bertanding 24 kerusi Dun dan hanya menang lapan kerusi sahaja. Jika berjaya mendapat enam kerusi ini bermakna kerusi PAS akan menjadi 14.

Dalam pilihanraya lalu, PKR mendapat 15 manakala DAP 13. BN pula mendapat 20 kerusi.

(Gambar: Keputusan pilihan raya lalu di Selangor)

Menurut sumber yang rapat dengan Umno Selangor, kehilangan enam kerusi kepada PAS ini tidak boleh ditolak lagi ekoran perkembangan yang sangat baik dalam PAS di Selangor kini.

Ini kerana, ketika PAS berkembang dengan pesat di Selangor, pelbagai jenis masalah berlaku kepada Umno Selangor yang dipimpin sendiri oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Oleh kerana sibuk di peringkat pusat, timbalan beliau, Datuk Seri Noh Omar yang mengambilalih pentadbiran Umno negeri. Namun begitu, media melapor beliau mempunyai masalah besar dengan bekas MB Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo dan masing-masing berlumba mencari publisiti dalam isu pasir.

Di samping itu, Setiausaha Umno Negeri, Mohd Satim Diman dan Ketua Pemuda, Suhaimi Mohd Ghazali juga dikatakan bermasalah dan berura-ura mahu meletakkan jawatan. Bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib juga bermasalah.

Sumber juga berkata, punca perkembangan pesat dalam PAS di Selangor adalah ekoran pendemokrasian masjid dan surau yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor tahun lalu.

Melalui tindakan ini, semua masjid dan surau di Selangor melantik pimpinan baru jawatankuasa masing-masing melalui pengundian secara terbuka.

Ekoran tu, lebih 90 peratus masjid dan surau di Selangor dikuasai oleh pemimpin tempatan PAS atau pihak yang disokong oleh mereka.

Ekoran itu, pengaruh PAS dikembangkan dengan pesat melaui program kuliah agama yang diadakan saban waktu di surau dan masjid ini.

Kerana tidak cukup waktu malam, kuliah Dhuha pagi Ahad pula dilakukan mengambil pengalaman kuliah Jumaat di Rusila, Terengganu dan Dataran Ilmu di Kota Bharu.

Namun begitu, bekas Yang Dipertua PAS kawasan Subang, Haji Shukor Harun bimbang dengan sikap sesetengah pemimpin PAS sekarang yang tidak berapa fokus untuk mencapai kemenangan.

"Saya bimbang kalau-kalau isu kerjasama dengan Umno ini benar-benar berlaku dan melibatkan kepimpinan tertinggi PAS negeri. Ia akan menyukarkan PAS," katanya.

Ramai pihak melihat apa yang berlaku adalah permainan politik Umno untuk memerangkap PAS dalam situasi tersepit antara dua kepentingan.

"Jika PAS menolak kerjasama dengan Umno bererti PAS menolak perpaduan. Jika PAS menerima bermakna menikam rakan-rakan dan penyokongnya dalam Pakatan Rakyat," kata seorang penulis.

Seorang bekas profesor sains politik di Universiti Malaya ketika ditemui baru-baru ini pula memberitahu, sokongan masyarakat Cina terhadap Pakatan Rakyat kini meningkat hampir setiap hari.

"Faktor ini sangat besar mempengaruhi politik di Selangor kerana mereka ramai dan menjadi penentu di negeri ini," kata beliau.

Puncanya adalah kerana mereka melihat perkongsian kuasa dalam Pakatan lebih adil kerana semua parti setaraf manakala dalam BN pula Umno terlalu berkuasa dan yang lain hanya dipermainkan Umno sahaja.

9 comments:

Anonymous said...

Hati Bawang, Mustabak Ali, Nahhhhhh sarudin, Hasang Ali, sila genttleman sikit. KELUAR PAS dan berambuslah pergi masuk AMNO !!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

WHY ONLY NOW, DID UMNO NEEDED THAT MALAY UNITY SO BADLY??? FOR THE PAST 50 YEARS NON-MALAYS NEVER EVER VOTED FOR PAS, BUT GE-12 WAS THE TURNING POINT FOR PAS EVERSINCE THEY JOINED PAKATAN RAKYAT AND NOW UMNO FEARED THAT ALL MALAYS AND NON-MALAYS WILL VOTE WISELY IN ORDER TO KICK THEM OUT BECAUSE OF ALL THE MISMANAGEMENT OF THE ECONOMY AND CORRUPTIONS BY THEIR UMNO ROGUE LEADERS. PAS DID NEVER ENJOYED SUCH GREAT AND WIDESPREAD SUPPORT FROM ALL SEGMENTS OF SOCIETY AND MALAYS AND NON-MALAYS ESPECIALLY IF THEY EVER BETRAY THE PAKATAN RAYKAT, PAS WILL BE AS NON-POPULAR AS UMNO OF TODAY, BECAUSE POLITICS IS NO LONGER ABOUT RACE BUT HOW WELL WILL THE NEXT GOVERNMENT ABLE TO BRING MALAYSIA FORWARD TO BE PROGRESSIVE AND UNCORRUPTIBLE GOVERNANCE SO THAT ALL FUTURE GENERATIONS OF MALAYSIANS WILL NOT SUFFER IN POVERTY LIKE THE CORRUPTED COURSE UMNO BN IS NOW TAKING MALAYSIA TO HELL WITH ITS NARROW MINDED RACIALIST AND CORRUPTIONS TAINTED PROGRAMS.

Anonymous said...

jgn layan bennd dan uhmmno.... mereka bukan anjing tapi dah jadi babi.... kelaparan...buat bising....terlampau byk najis...

Anonymous said...

Masyaallah....
Diperkatakan oleh orang tertentu !
"Orang yang tidak berleher" adalah seperti BABI yang pandai berkata2!

shameel Iskandar said...

bersatulah atas nama agama dan bukannya atas dasar bangsa.

"berpegang teguhlah pada tali Allah...."

Tali Allah ialah Al-quran dan Sunnah dan bukannya melayu atau cina

chegarMD said...

DI harap kpd pendukong2 pas yg sudah di tarbiah sepaya jaga akhlak
dlm tulisan2,jangan terburu2 maki hamun saudara2 kita dlm parti.cont
oh nya selepas kenyataan
DR hasan ali teryata beliau tidak bersalah,tapi yg memerangkap pas adalah niat baik mufti perak yg nak
kpd kebaikan tapi tak faham2 dgn
perangai umno secara tidak langsong mufti di jadikan alat oleh umno utk memperlihatkan pimpinan pas sebagai sombong/angkoh
kerana tidak mahukan perpaduan,seda
ngkan dlm islam perselisihan penda
pat dlm apa2 bidangpon bukanlah suatu dosa malah percambahan fikira
n adalah rahmat kerana setiap manusia bila berijtihad bukan nya
berarti dia telah betul apalagi dlm
urusan kehidopan seperti politik/ekonomi.maka perpaduan dalam politik bukan fardu ain dan bukan keutamaan yg perlu di segerakan.

chegarMD said...

DI harap kpd pendukong2 pas yg sudah di tarbiah sepaya jaga akhlak
dlm tulisan2,jangan terburu2 maki hamun saudara2 kita dlm parti.cont
oh nya selepas kenyataan
DR hasan ali teryata beliau tidak bersalah,tapi yg memerangkap pas adalah niat baik mufti perak yg nak
kpd kebaikan tapi tak faham2 dgn
perangai umno secara tidak langsong mufti di jadikan alat oleh umno utk memperlihatkan pimpinan pas sebagai sombong/angkoh
kerana tidak mahukan perpaduan,seda
ngkan dlm islam perselisihan penda
pat dlm apa2 bidangpon bukanlah suatu dosa malah percambahan fikira
n adalah rahmat kerana setiap manusia bila berijtihad bukan nya
berarti dia telah betul apalagi dlm
urusan kehidopan seperti politik/ekonomi.maka perpaduan dalam politik bukan fardu ain dan bukan keutamaan yg perlu di segerakan.

Anonymous said...

Sebenar perjumpaan ahli/pemimpin PAS dengan mufti ke, menteri ke, ketua bahagian UMNO ke, PM ke, ... "tidak menjadi maasalah" - atas sifat kemanusiaan & keislaman mengikut keperluan2 harian bukan sebagai mewakili parti.

TETAPI YANG MENJADI ISU adalah bila mufti perak, harussani mendakwa ada pemimpin PAS pergi jumpa dia atas sifat parti kerana perpaduan politik UMNO-PAS!??? .... persoalan timbul... bila masa pula PAS hantar pemimpinnya jumpa mufti perak yang kontroversi itu? Dulu dalam tiga muktamar yang lepas dah putuskan "tiada kerjasama politik dengan UMNO" ... muktamad!

Mana pulak pemimpin PAS yang suka melanggar keputusan jemaah melalui muktamar bagi memenuhi agenda peribadi??... sikap berdolak-dalik pemimpin jenis ini amat mengecewakan ummah.

Apakah masih ada pemimpin/ ahli PAS atau Ulamak atau Mufti atau Ahli Agama yang terlalu menebal jiwa assobiyyahnya dan fulusiyyahnya mengatasi yang HAK disisi ALLAH, RASUL & ISLAM ???

Nota: Rasulullah SAW dibangkitkan untuk memimpin Ummah, manusia seluruhnya, bukan bani abdul mutalib, bani hasyim, kabilah quraish atau bangsa arab sahaja!

Pemimpin2 PAS yang sering mendatangkan fitnah kepada jemaah, menjejaskan keutuhan parti, amatlah dikesalkan.. Apakah pimpinan PAS sekarang sedang menuju kearah era Asri & kumpulan 20 dulu .... pertahankan segelintir parasit perjuangan ????

Anonymous said...

baca keyataan nik adli dlm berita harian hari ini isnin 26 julai, samada berita harian putar belit kenyataan nik adli atau memang nik adli kata macam tu, gerammmmnya aku!.

kalau benar dia suka pas gabung ngan amno, mandai2 dia ni nak perpaduang tu... walhal baru budak hingusan dlm pas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.