Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, July 24, 2010

Perjuangan UMNO Untuk Kroni dan UMNOPUTRA

NOTA EDITOR: Atas sebab apa lagi untuk UMNO berjuang kecuali mengkayakan kroni dan UMNOPUTRA. Khir Toyo kononnya mahu menyelematkan Selangor, tapi hakikatnya dia mahu menyelamatkan kroni2 beliau yang kekeringan sebab tak dapat kontrak pasir.

Saya cuma kesian pada orang2 UMNO dan peneroka FELDA yang saban kali ditipu UMNO kononnya UMNO mahu memperjuangkan hak orang Melayu. Tapi dalam sebuk2 memainkan isu Melayu, FELDA mereka ratah dengan lahapnya sehingga FELDA menuju ke ambang bangkrap.

Sampai bila kita hendak mengorbankan masa depan anak cucu kita hanya untuk mengkayakan UMNOPUTRA serta kroni-kroni mereka. Kita bayar harga kereta RM40-80k lebih mahal dari harga pasaran kerana hendak menjaga kroni2 UMNO dalam Proton, kita bayar tarif elektrik yang semakin meningkat kerana nak menjaga kroni2 UMNO, kita bayar harga makananan yang semakin mahal kerana UMNO pegi tutup Buku Hijau, kita bayar tol sebab nak selamatkan PWTC dari dilelong bank dsbnya.

Pokoknya, masa depan anak cucu kita akan hancur selagi UMNO terus memerintah kita.




'Kroni poket kosong, Umno S'gor tertekan'
Salhan K Ahmad Jul 23, 10 4:27pm


Pemimpin Umno cuba menggugat kerajaan Selangor dengan menimbulkan isu kecurian pasir dan bekalan air di negeri itu kerana kepentingan kroni mereka kini terjejas, kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua.

Usaha untuk menggugat pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor itu dilakukan timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan ketua perhubungan Umno negeri Datuk Noh Omar dan ketua pembangkang di DUN Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, katanya.

Tony berkata Muhyiddin, Noh dan Mohd Khir dengan jelas berang bagi pihak kroni Umno dalam percubaan untuk menggugat kerajaan negeri dan membalas dendam kerana dasar Pakatan Rakyat mendahulukan kebajikan rakyat.

"Kesungguhan kerajaan negeri untuk mengurangkan pemberian kontrak dan rasuah, memaksimumkan hasil kerajaan dan memperbaiki kualiti perkhidmatan awam tanpa meningkatkan beban kewangan rakyat, telah menyakitkan poket kroni Umno di Selangor yang telah biasa dengan cara BN," kata Pua.

Ali Baba

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menjelaskan, kemarahan itu timbul apabila Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) ditubuhkan bagi menguruskan pengeluaran permit perlombongan pasir di Selangor.

Melal
ui kaedah tender terbuka, kaedah rundingan terus tidak lagi dilayan dan hanya pengusaha tulen sahaja yang boleh mendapatkan lesen tersebut.

"Oleh itu, (kaedah) lesen Ali Baba di bawah rejim terdahulu yang meraih keuntungan mudah dengan mendapatkan permit tersebut melalui naungan politik, kemudiannya kerja perlombongan itu disubkontrakkan (untuk keuntungan).

"Kelayakan sesuatu kontraktor yang masih menggunakan kaedah itu dengan mudah boleh dibatalkan, atau kontraktor lain akan menawarkan harga lebih baik, melalui sistem baru yang kompetitif dan telus," tambahnya.

P
ua berkata, kejayaan sistem baru itu boleh dilihat melalui kutipan royalti dan keuntungan yang diraih oleh KSSB (sebelum cukai) yang meningan sebanyak 86.1 peratus dalam tempoh sembilan bulan selepas Pakatan Rakyat mengabil alih pentadbiran Selangor pada 2008.

Jumlah tersebut kemudiannya meningkat sebanyak 213 peratus pada 2009, berbanding kutipan yang hanya berjumlah RM4.39 juta pada 2007 di bawah pentadbiran BN.

Jelas Pua, motif yang ditunjukkan pemimpin Umno itu boleh dilihat dengan jelas memandangkan tiada pemimpin parti itu yang memarahi pentadbiran Datuk Abdul Ghani Othman di negeri Johor yang didakwa mempunyai kes perlombongan dan penyeludupan pasir haram "paling buruk."

Dari pasir ke air

"Tambahan pula, Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup memberi amaran keras kepada menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung pendiriannya mengekalkan tarif air dan meningkatkan kualiti air," kata Pua lagi

Menurutnya, perseteruan antara Khalid dan Muhyiddin adalah berhubung pertikaiannya dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), sebuah anak syarikat Puncak Niaga Holdings Bhd yang dikaitkan dengan Umno.

"(Rakyat) di negeri asal timbalan perdana menteri itu sendiri, terpaksa menanggung tarif air paling tinggi di negara ini akibat penswastaan air, sementara pada masa sama terpaksa menanggung kekurangan air serius di bandar utama seperti Kluang dan Batu Pahat sejak beberapa bulan lalu," katanya lagi.



1 comment:

Anonymous said...

Kempen 'Selamatkan Selangor' yang dijayakan oleh pemimpin United Malays National Organisation yang diketuai oleh Ezam Mohd Noor menjadi bahan lawak oleh pengunjung ceramah.

Hanya Isu pasir, air dan sikap Anuar Ibrahim ketika dalam tong taik mereka saja yang dijadikan kempen.

Anuar Ibrahim agen yahudi...? Penceramah politik dari United Malays National Organistion memang buat lawak....

Dengan isu itu saja maka rakyat negeri Selangor wajib menyerahkan semula negeri Selangor kepada mereka yang mewakili parti United Malaysia national Organisation...?

Kenapa tidak ceritakan pekara lain yang lebih hebat dan berkesan atau tiada isu..?

Ezam Mohd Noor, Zulkifli Noordin, Noh Omar, Satim Diman nak tipu siapa sebenarnya. Atau untuk memperbodohkan ahli sendiri..?

Ramai pemimpin United Malays National Organisation terlibat dengan rasuah tapi SPRM tidak mendakwa mereka kononnya mereka tidak bersalah. Haram jadah SPRM...!!!

Rakyat Selangor belum buta lagi malah boleh melihat setiap hari istana Khir Toyo.

Dari mana orang ini dapat duit yang banyak sehingga mampu membina istana yang sebegitu mahal...?

Khir Toyo bukan ahli perniagaan dari syarikat yang besar cuma ahli politik yang makan gaji dengan kerajaan. Dicampor, ditolak, dibahagi gaji dan elaun ahli DUN, kita tahu setakat mana kemampuan Khir Toyo membeli sebuah rumah.

Tak mahu cerita kah bagaimana pemimpin United Malays National Organisation buat duit dengan mereka-cipta projek kecil tapi berharga mahal, bila projek tergendala cipta lagi sebut harga projek kecil dengan harga mahal....?

Banyak kes yang melibatkan duit yang besar tapi disimpan dibawah karpet SPRM. Memang sial SPRM...!!!

Isu pasir.... siapa dapat lesen, siapa mencuri, siapa menjual, siapa membeli dan siapa dapat untung, rakyat Selangor telah sedia maklum kejadian itu telah berlaku sejak dari zaman United Malays National Organisation memerintah negeri Selangor lagi.

Begitu juga dengan air..., selama pemimpin United Malays National Organisation memerintah negeri Selangor harga air tidak pernah turun, kualiti air yang disalurkan sentiasa dalam kategori kotor dan beracun.

Kenapa rakyat Selangor perlu menyokong usul pemimpin United Malays National Organisation berkaitan pasir dan air kerana sebahagian besar rakyat Selangor tidak terlibat dengan perusahaan tersebut....? Orang yang terlibat mencari keuntungan dari perusahaan itu adalah kroni United Malays National Organisation.

Rakyat Selangor tidak dapat apa-apa kebaikan selain memperbodohkan diri sendiri saja jika terlibat menyokong usul pemimpin bangang dari United Malays National Organisation.

Untung atau rugi, rosak atau tidak alam sekitar adalah urusan Kerajaan Negeri Selangor. Dan kerajaan negeri bertanggongjawab mencari keuntungan melalui hasil dalam negerinya demi menjaga kesejahteraan rakyatnya.

Tugas rakyat Selangor adalah memberi sokongan padu pada Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat agar terus kukuh memerintah.

"ADA AKU KESAH DENGAN ISU AIR/PASIR/ANUAR IBRAHIM...?"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.