Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, July 21, 2010

Syukur Ketua Pemuda Nafi Laporan Utusan/Berita Hairan

NOTA EDITOR: Syukur Ketua Pemuda menafikan laporan Utusan Meloya dan Berita Hairan. Ini membuktikan maklumat saya, bahawa UMNO mahu menghidupkan kembali agenda PERPADUAN MELAYU kerana mereka sudah tidak yakin dengan sokongan bukan Melayu. Mereka juga menggunaka juak mereka, Haramsani.

Peristiwa ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada pimpinan PAS bahawa UMNO dalam keadaan desperado. Mereka perlukan PAS untuk menyelamatkan mereka dari lubang yang mereka telah gali.

Nasrudin ajak Umno sertai Pakatan Rakyat
Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 21 Julai: Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan mengajak Umno menyertai Pakatan Rakyat jika benar ingin memperjuangkan perpaduan di negara ini dan bukannya PAS bersama-sama Umno dalam Barisan Nasional.

Ia berbeza sama sekali dengan nada laporan yang dibuat Utusan di muka depan akhbar Umno itu hari ini yang membayangkan seolah-olah Ketua Pemuida PAS itu setuju bersatu dengan Umno dalam BN.

Dalam laporannya hari ini, Utusan telah memetik tulisan Nasrudin itu dan melaporkannya dengan tajuk "Umno, PAS perlu pelan damai".

Namun akhbar itu sangat tidak beretika apabila memetik tulisan Nasrudin tetapi menukar istilah yang digunakan Nasrudin.

(Gambar: Ada niat jahat dalam laporan akhbar ini apabila menukar petikan asal dengan petikan yang direka dan diubah suai..lihat gambar atas (Utusan) dan gambar bawah (tulisan dalam blog Nasrudin)

Dalam laporannya, Utusan menggunakan istilah Nasrudin mengajak Umno menyertai Pakatan Pembangkang tetapi yang digunakan Nasrudin adalah Pakatan Rakyat.

"Maka, apalah salahnya jika kini UMNO pula mengambil giliran dan langkah serupa seperti dulunya PAS pernah menyertai Perikatan demi penyatuan melayu Islam di era Tun Abdul Razak [ Lagi pun pemimpin UMNO kini yang beria - ia benar mahukan penyatuan ] .

"Kini di era YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pulalah menghulur tangan, sanggup dan sedia bersama PAS menyertai Pakatan Rakyat memperjuangkan Islam dan bangsa melayu Islam agar kita dapat membina sebuah negara yang aman, makmur, sejahtera, adil, telus, saksama tanpa sebarang pertelagahan atau persengketaan yang merugikan ummat Islam dan bangsa Melayu itu sendiri.

"Kerana saya melihat masa depan negara adalah bersama dengan Pakatan Rakyat dan seluruh parti yang ikhlas serta jujur membangunkan negara berasaskan nilai keadilan dan kesejahteraan yang diajar oleh Islam," tulis Nasrudin dalam blognya namun diputar belit oleh Utusan.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub juga bersetuju, jika benar Umno mahukan perpaduan, Umno perlu menyertai Pakatan Rakyat bersama PAS, PKR dan DAP.

Ini kerana, PAS pernah berpengalaman menyertai BN dan ditendang keluar oleh parti assobiyah Melayu itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin menyifatkan laporan Utusan hari ini sebagai lambang Umno terlalu 'desparate' (terlalu terdesak).

"Saya rasa cukuplah dengan usaha & artikel perpaduan UMNO-PAS. Cerita pg1 Utusan hari ini nampak macam kita desperate sangat," kata Khairy dalam laman komuniti Twitternya.

(Gambar: Laporan muka depan Utusan yang disifatkan terdesak oleh Khairy)

Pandangan Khairy disokong oleh AJK PAS Pusat, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin ketika membalas twitter Khairy itu.

"mbnizar @Khairykj : Dear YB, u are definitely right. It looks too bad for UMNO. Y PAS? Y not other malays in PKR,sab/sar,ngo etc.spt hidung tak..."

(YB, awak sangat tepat. Ia dilihat terlalu buruk untuk Umno. Kenapa PAS? Kenapa tidak Melayu dalam PKR, Sabah/Sarawak, NGO dll. Seperti hidung tak...")

Sementara itu, pelbagai pihak melihat, apa yang dibuat oleh Umno dan medianya sekarang dalam isu perpaduan ini adalah strategi serampang dua mata.

Jika PAS menolak kerjasama dengan Umno bermakna PAS jahat di mata orang Malayu yang tidak memahami isu ini kerana menolak usaha ke arah perpaduan.

Namun begitu, jika PAS menerima atau positif dengan ajakan Umno bermakna PAS sudah khianati rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat dan akan menyebabkan orang bukan Melayu khasnya akan menolak PAS.

Atas dasar itu, alasan yang terbaik kini adalah menerima perpaduan yang diminta Umno tetapi bersama-sama dalam Pakatan Rakyat yang dilihat lebih adil kerana tidak ada lebih besar dalam Pakatan Rakyat. Ia berbeza dengan susunan Barisan Nasional (BN) yang meletakkan Umno adalah abang besar dan yang lain-lain adalah pengikut sahaja.


Penafian: Pihak Harakahdaily tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosaka

7 comments:

otakbesi said...

ehm,
sudah lama saya tak buka laman TB, sebagai org tua, perasaan merajuk tu datang, tapi merajuk org tua buruk.
Sepatutnya suatu tindakan walaupun sekecil kuman mesti diambil ke atas pimpinan PAS yang cuba menjadi kayu buruk dalam usaha menghidupkan UG.
PAS akan mendapat untung apabila bercakarama dgn UMNO, namun rugi bersama UMNO lebih besar. Pengalaman bersama UMNO dalam kerajaan perikatan menjadi sejarah buruk kepada perjuangan PAS. PAS hampir tersasar menjadi parti yang memperjuangkan nasionalis. Bahkan golongan agama secara beransur-ansur tidak lagi mempercayai PAS.
Kesah hitam perjuangan PAS ini berlaku didepan mata saya, dari rambut hitam yg menghiasi kepala saya, sehingga seluruh rambut saya menjadi putih. Dengan usaha berterusan pejuangan tulin PAS, maka imej PAS semakin pulih, namun terpaksa mengambil masa hampir 30 tahun.
Ketika PAS nyawa-nyawa ikan, tiada nama-nama besar seperti Hasan Ali, Harun Din, Nasaruddin Mat Isa, yang ada hanya susuk lemah seperti guru ku TGNA dan beberapa org cikgu pencen.
Harap Nasaruddin Tantawi jgn membawa PAS berundur ke belakang. Kerana tiada lagi makhluk yg bernama manusia akan bersama PAS.

azman kamarul said...

Syukur alhamdulillah.....lapan g sungguh dada teman.......teruskan perjuangan LAWAN TETAP LAWAN!

UMNO dan pemimpin nya dah gila babi sekarang ini....isu ini adalah isu yang diujudkan untuk MENGALIH ISU NEGARA YANG BEGITU TERUK DAN KRITIKAL SEKARANG INI.

i. isu gula ,minyak dan gas "diselaraskan"
ii.isu felda
iii.isu kapal selam di Paris
iv.isu jatuh tergolek..kah kah kah
v.isu PKFZ
ada beribu isu busuk umno dan pemimpin umno.Maka isu perpaduang diteruskan untuk menutup taik pemimpin umno!

Anonymous said...

Besar sangat ke PAS tu! Dalam Pakatan baru nomber 3 besor saja.

Pokok pangkal ikhlas atau tidak aje. Nak bergadingan sesama islam atau nak berpakatan dengan kapiak DAP yang tak malu-malu mengatakan mereka masih anti-islam.

Jauh dihati kami walaupun hanya ahli PAS bawahan saja, terkata juga. Apa salahnya berbaik sesama saudara seagama. Dikampung-kampung, orang Umno biasa saja, ada yang berjawatan tok imam, sama-sama menoreh getah, sama-sama minum kat warung mak janda.

Jadi Kooma ni memang betul-betul hairan!!!

Anak Perelih said...

tu la ko TB.. lebih pecaya apa Utusan Meloya dan Berita Hairan lapor dari cakap ketua pemuda sendiri...

Citer ni malaysiakini dah siar awai lagi sebelum UM dan BH yg KP Pas ajak UMNO masuk PR....

semua ni atas faktor ko nak hentam orang.... last last sekali ko sendiri yg tersilap....

dlm politik ni banyak helah... mana boleh lurus bendul sangat.. nanti ditipu UMNO....

Serious Shepherd said...

Syukur Alhamdulillah jemputan untuk naik kapal Titanic yang dah nak karam ditolak. Malangnya pelawaan untuk turun dari kapal Titanic diselewengkan sebagai kesediaan untuk menaiki kapal tersebut.

Juga sejuta syukur kepada Allah kerana tidak bergabung dengan pihak yang sudah terang lagi bersuluh, terlibat dalam Al-Ahzab yang memerangi umat Islam di seluruh dunia atas nama memerangi terorisme. Minggu ni FBI boleh bersidang di Mid Valley, minggu depan entah Mossad pulak yang 'mengadakan majlis alumni' sampai dekat seminggu di negara kita.

Anonymous said...

Abang TB,gua misti sokong PAS dengan wang dan pekerja pekerja, apabila PRU 13 nanti. Dulu, gua sokong 1 lori,1,000 karton air mineral, ini kali lagi kuat mau sokong! Gua sokong abang TB dan PAS 100%! Terima Kasih abang TB. Hope your health is back to normal now.

Anonymous said...

Satu pengajaran kepada Tantawi.Nak cari publicity murah,janganlah bercakap lagi kepada media UMNO(akhbar mahu pun elektronik).Sebaik-baiknya,jika tidak ada apa-apa yang nak dicakapkan,lebih baik diam.Anta bukannya cerdik sangat diarina politik ni,baru dan mentah,senang diperalatkan UMNO.Banyakkan kuliah Magrib,itu kepakaran anta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.