Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, July 15, 2010

Takutnya UMNO Kepada Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat Tajaan PR Selangor

Dari reaksi beberapa kepimpinan UMNO, nampak sangat mereka amat gusar dan risau dengan tindakan Kerajaan PR yang terbaru. Yakni meluluskan Akta Kebebasan Maklumat. Ini kerana, apabila dilulus sahaja Rang Undang-Undang ini, maka tiada lagi kerahsiaan di dalam pentadbiran kerajaan negeri. Segala yang berjalan dalam kerajaan negeri akan 100% telus.

Tindakan ini akan pasti mengurangkan korupsi dan salah guna kuasa dengan secara paling efektif.

UMNO sudah tentu takut dengan perkara seperti ini. Misalnya, apabila Ahmad Maslan kata FELDA membelanjakan RM2 billion untuk tanam semula, dengan akta seperti ini rakyat boleh pergi ke Ibu PEjabat FELDA dan memeriksa sendiri akaun serta perbelanjaan FELDA. Jadi, tiada ruang untuk pemimpin2 UMNO menipu. Maka, tidak hairanlah pemimpin2 UMNO merasa akta seperti ini amat berbahaya kepada mereka.

Segala tindakan korupsi mereka tidak dapat disorok lagi. Telah terlampau banyak perkara yang merugikan rakyat disorok oleh UMNO dengan menggunakan OSA. Misal paling utama adalah Perjanjian konsesi tol. Rakyat dipaksa membayar tol namun rakyat tidak pernah tahu kandungan perjanjian tersebut. Akhirnya, setelah berpuluh tahun membayar tol, barulah rakyat tahu mereka membayar tol untuk menyelamatkan bangunan UMNO dari dilelong oleh Bank Bumiputra.

Rakyat juga sedang mencari-cari jumlah sebenar subsidi yang telah dibayar kepada PROTON. Sehingga sekarang jumlah tersebut tidak diketahui secara tepat, namun apa yang kita dapat setakat ini, Kerajaan telah berbelanja antara RM10-12 billion sebagai subsidi kepada PROTON. Maklumat sebenar sedang duduk tersimpan kerana OSA.


Azmin berkata dalam DUN Selangor, hasil penyiasatan tanah runtuh Bukit Antarabangsa pun disorok dengan OSA. Semuanya dilakukan untuk melindungi kroni dan UMNOPUTRA. Ini kerana projek2 pembangunan tanah seperti itu biasanya diberikan kepada kroni2 UMNO.

UMNO hadkan maklumat kerajaan kerana mahu melindungi kroni dan UMNOPUTRA. Kerajaan PR mahu menghentikan amalan jijik dan bodoh ini dengan mengimplementaasi Akta Kebebasan Maklumat.

Tulang Besi

ps Ikuti perbahasan Akta Kebebasan Maklumat di sini

'Bil kebebasan maklumat 'ceroboh' perlembagaan'
Jul 14, 10 12:54pm

Undang-undang kebebasan maklumat yang baru dibentangkan di DUN Selangor hari ini didakwa melampaui perlembagaan, kata wakil pembangkang Sulaiman Abdul Razak.

Berucap ketika membahaskan rang tersebut hari ini, Sulaiman (BN-Permatang) juga berkata undang-undang tersebut menceroboh kuasa Perlembagaan Persekutuan kerana melampaui hak untuk menetapkan kerahsiaan sesuatu maklumat.

Terdahulu, Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor 2010 itu dibentangkan di DUN hari ini oleh exco pelancongan Elizabeth Wong, antara lainnya dengan tujuan untuk mengurangkan rasuah serta meningkatkan kepercayaan rakyat kepada sistem pemerintahan.

Tujuan berkenaan bagaimanapun dikhuatiri oleh Sulaiman yang berkata, hak untuk menggubal undang-undang berkaitan maklumat dan rahsia kerajaan berada di bawah kuasa Parlimen.

"Rang undang-undang secara jelas menyebutkan Tafsiran ”maklumat” ertinya apa-apa dokumen yang dibuat oleh mana-mana jabatan Kerajaan Negeri tetapi tidak termasuk dokumen – (a) yang telah diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972,” katanya.

"Walaupun dikatakan maklumat dan dokumen tidak terkait dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 di bawah kuasa Parlimen dan Kerajaan Persekutuan, klausa ”maklumat” ertinya apa-apa dokumen yang dibuat oleh mana-mana jabatan Kerajaan Negeri” sudah cukup menunjukkan ia tertakluk di bawah bidang kuasa Parlimen atau Kerajaan Persekutuan," katanya lagi.
Tak berhak lulus unadng-undang

Katanya lagi, DUN Selangor tidak berhak untuk meluluskan undang-undang tersebut kerana ia berada di bawah peruntukan Perkara 74 dan 77 dalam Jadual Kesembilan Senarai Perundangan dalam Perlembagaan.

"Jelas di bawah Senarai 1 ini Perkara 4 - Undang-undang dan acara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan termasuk (f) Rahsia Kerajaan; perbuatan rasuah” termasuk dalam senarai atau bidang kuasa Parlimen / Kerajaan Persekutuan," katanya.

"Adalah difahami bahawa ”maklumat” ertinya apa-apa dokumen yang dibuat oleh mana-mana jabatan Kerajaan Negeri” adalah tertakluk di bawah perkara (f) Rahsia Kerajaan.

"Walaupun subjek maklumat itu adalah di bawah Senarai Negeri seperti tanah, agama, perhutanan dan sebagai, tetapi saya beranggapan bahawa ia tetap tertakluk di bawah perkara (f) Rahsia Kerajaan," katanya lagi.

Tambahnya, Perkara 22 dalam perlembagaan, berkaitan "penapisan" juga termasuk bidang penapisan maklumat rahsia kerajaan "setakat mana yang boleh didedah atau diberikan kepada rakyat umum."

"Pengawalan maklumat dan rahsia dalam jabatan dan agensi-agensi kerajaan hanya boleh digubal undang-undangnya oleh Parlimen atau Kerajaan Persekutuan," katanya.

Jelasnya, perkara itu termaktub dalam Perkara 4 - Undang-undang dan acara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan, termasuk (f) Rahsia Kerajaan; perbuatan rasuah

"Oleh kerana undang-undang ini jelas cuba menceroboh peruntukan undang-undang Kerajaan Persekutuan yang jelas terdapat di bawah Senarai Persekutuan di dalam Perlembagaan Persekutuan, maka sewajarnya rang undang-undang ini ditolak dan tidak diluluskan," tegasnya.


4 comments:

Serious Shepherd said...

GEMPAR!!

MAKLUMAT TERKINI!!

PETA LALUAN KECURIAN PASIR DI NEGERI SELANGOR!!

Sila klik di sini untuk melihat peta tersebut.

Grand Marquis said...

Banyak tindakan PR ni akhirnya memakan diri. Ini kerana setiap tindakan di buat atas dasar populist, untuk menampakkan diri mereka ni hebat. Akhir sekali, bila senjata makan tuan, mulalah mereka akan spin dan merogol sistem yang mereka sendiri cipta. PR ni umpama pencuri yang menubuhkan pasukan polis untuk membentras kegiatan mencuri. Akhirnya polis yang mereka cipta itu akan tangkap mereka sendiri. Selcat adalah contoh terbaik. Isu apco juga menyebabkan Anwar jatuh tersembab malu. TB sampai sekarang pun tak berani nak komen Anwar Apology Tour. Kita hanya perlu tunggu dan lihat aje.

lan said...

In the first place, kita tak perlu pun LCCT ni !

lan said...

Untung bangat Bina Puri!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.