Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, July 15, 2010

UMNO Guna Sekolah Agama JAIS Untuk Program Politik



Telah dikhabarkan kepada saya, pada 4 Julai yang lepas, Pemuda UMNO Kuala Langat telah menggunakan Dewan Besar Sekolah Agama Menengah TInggi Tengku Ampuan Rahimah di Sungai Manggis Kuala Langat.

Mengikut Laman Web JAIS, sekolah ini adalah salah sebuah sekolah agama di bawah pentadbiran JAIS.

Gambar-gambar di bawah mungkin dapat memberikan gambaran yang lebih jelas terhadap penyalahgunaan sekolah agama untuk aktiviti-aktiviti UMNO.

Hairan saya. Pada kebiasaannya, UMNO akan menggunakan sekolah-sekolah milik Kementrian Pendidikan. Namun, dalam kes ini, mereka begitu yakin menggunakan Dewan Besar sekolah milik JAIS. Saya yakin mereka melakukan demikian kerana sikap Pengarah JAIS, Khusrin Munawi yang nampak sangat pro UMNO beliau.

Sekiranya Khusrin masih gagal mengambil tindakan terhadap penyalah gunaan sekolah agama ini, maka jelas kepada kita, Khusrin Munawi adalah BARUA UMNO. Sekiranya tiada tindakan diambil, Khusrin jelas membuktikan diri beliau sebagai BARUA UMNO.

Adapun UMNO, mereka seperti manusia yang tiada maruah. Mereka boleh menghalalkan judi dan arak tapi masih mahu mengadakan program di sekolah-sekolah agama. Kita jangan lupa, UMNO lah yang bertanggungjawab memperkenalkan budaya arak dan judi dalam masyarakat Melayu/Islam. Padahal, masyarakat Melayu/Islam di Malaysia sebelum diperintah UMNO amat kuat berpegang kepada agama.


Gambar2 ada di bawah artikel ini.

Tulang Besi










KENYATAAN RASMI DEWAN PEMUDA PAS KUALA LANGAT
Sg Manggis,4 Julai 2010- DEWAN PEMUDA PAS KUALA LANGAT (DPPKL) membantah tindakan Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Langat yang telah menggunakan Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah(SAMTTAR) Sg Manggis untuk tujuan politik.

Tindakan Pemuda umno kuala langat menjadikan sekolah sebagai gelanggang politik adalah sangat bertentangan dengan etika kementerian pendidikan yang tidak mahu sekolah digunakan sebagai tujuan politik.

Adakah perkara seperti ini boleh dibiarkan berlaku? adakah pengetua dan Pejabat Pendidikan Daerah telah bersekongkol dan meluluskan penggunaan sekolah sebagai tujuan politik?.Kalau ianya berlaku,Dewan Pemuda PAS Kuala Langat merasa sangat kesal dengan tindakan ini.

Selain itu,beberapa orang bekas pelajar SAMTTAR merasa kecewa kerana sebelum ini sekolah tidak pernah dicemari dengan program politik kepartian dan ini akan mencalarkan rekod SAMTTAR .

"Kami bantah Umno guna sekolah rakyat sebagai tempat untuk raih sokongan murahan selain mempolitikkan sekolah yang sepatutnya digunakan oleh pelajar dan guru untuk menuntut ilmu dan menjauhkan dari Politik kepartian' Kata Ketua Pemuda PAS Kuala Langat,Rizuan Rahmat.

DPPKL menuntut Menteri Pelajaran yang Juga Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Muhyidin Yassin untuk membuat kenyataan segera mengenai perkara ini.









6 comments:

wan2B said...

sewa dewan sekolah pon kecoh ke

org pas juga said...

errv siapa exco agama di selangor.walaupun saya faham banyak tekanan dari sana sini tapi takkan la isu ini pun dia boleh senyap.

Anonymous said...

alahai..
1.Laaaaa!!!yang pas tiap-tiap hari dok guna sekolah agama rakyat untuk kempen kat budak sekolah apakehal pulak!!
2.Hairan pulak!!biasanya sesama puak agama akan sokong pas terutama dalam jabatan agama!!sekarang depa dah sokong umno la pulak!!
3.Pasai pr atau keadilan selangoq dicucuk idung oleh puak kapiaq harbila!!mana orang islam sanggup tenguk puak kapiaq harbi bermaharajalela oiii!!

Anak Perelih said...

exco agama tak ada power di MAIS... atas arahan Sultan....

Anak Perelih said...

memang la kalau jabatan tu ramai sokong PAS.. tapi kalau big boss dia totok UMNO macam Khusrin tu... apa depa boleh buat... SYMP - saya yang menurut perintah saja la...

Anonymous said...

tukar ajee pengarah jaIS TU.... GANTI pyanyi mat jais lagi bagus...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.