Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, August 20, 2010

Barang Makan Mahal Angkara Pembangunan Ala UMNO Di Atas Sawah?

Tutup Sawah Padi Rakyat Bayar Harga Makanan Mahal
Ada dari kalangan UMNO mencuba untuk mengelat dengan menyalahkan kenaikan harga barang makanan dunia di atas kenaikan harga barang di Malaysia. Namun, bukankah UMNO yang telah menukar tanah-tanah sawah dan pertanian kepada tujuan pembangunan.

DI bawah adalah beberapa gambar saya ambil di Melaka yang menunjukkan sawah-sawah terbiar. Dahulunya sawah2 ini menghasilkan padi yang banyak. Namun, di bawah pemerintahan UMNO, sawah2 ini ditukar menjadi kawasan kilang, rumah2 teres, rumah2 kedai, dsbnya. SAwah2 ini kemudiannya menjadi kontang dan tidak berguna serta terbiar begitu sahaja.
Anak-anak muda kemudiannya bertukar kerja menjadi pekerja2 kilang dll. Sedangkan tenaga anak2 muda ini lebih bermakna membanting tulang menghasilkan padi dari menjadi pekerja di TESCO. Hairan saya, mengapa UMNO Melaka begitu bodoh dan tamak sehingga pembangunan harus dilakukan di atas tanah sawah? HAsilnya, ramai anak2 muda menganggur apabila kilang2 di Melaka tutup kedai atau bekerja dengan gaji rendah di TESCO dan pasaraya2. PAdahal, pada waktu ini, penghasilan dari beras dan padi adalah jauh lebih lumayan.
SAya juga mendengar khabar, BERNAS lebih suka mengimpot beras dari Thailand dari memanfaatkan padi2 dalam Negara. Khabarnya, untungnya lebih lumayan. Sekarang ni apabila harga beras dunia melambung tinggi saya tak pasti BERNAS untung macam dahulu atau tidak. NAmun, yang akan tersiksa adalah rakyat-rakyat Malaysia yang terpaksa beli beras dengan harga yang semakin menaik akibat kerajaan tidak ada duit untuk menanggung subsidi beras.

MAsaalah2 sosial juga meningkat apabila anak2 muda ini bebas bergaul dan bekerja dengan gaji yang rendah. Amat mulia sekirannya anak2 muda menganggur ini kita hantar kembali mengerjakan sawah dan bendang bagi menjamin bekalan beras kita sentiasa wujud.

Yang lebih menyedihkan adalah berita dari negeri Filipina yang menyatakan tahun 2011, Filipina akan berhenti mengimpot beras kerana mereka telah mampu menghasilkan beras untuk keperluan domestic mereka.

Saksikan gambar sawah-sawah terbiar di bawah yang amat menyayat hati bagi saya. Apa alasan UMNO/BN mahu membuat pembangunan di atas tanah sawah/bendang/tanah pertanian, saya pun tak tau. KEnapa tak boleh buat pembangunan di tempat lain?

Tulang Besi

p.s.saya pernah bercakap dengan seorang bekas eksekutif minyak di luar negeri. Kata beliau, sekiranya ada peluang, beliau mahu membuka sawah sendiri kerana kerjanya tidak susah dan untungnya cukup lumayan. Lebih2 lagi, sekarang ini pesawah boleh menanam padi 4 kali setahun.






2 comments:

Anonymous said...

Saya di kampung dioh kuala pilah memang ada sawah sepanjang2 kampung dan memang ada tali air untuk mengairkan sawah,lepas tu dia orang korek tali air kasi dalam dan bila tali air dalam sawah kat atas jadi kering maka terkubur sawah padi.. setiap tahun korek (ada masa tu 2 kali korek dalam masa setahun)dan saya tak tahu apa tujuan mereka korek dan kerja yang sesia tapi sudah pasti ia bukan free. Kampung tu banya umno totok lansung tak persoalkan punya bebal

Anonymous said...

Bekalan beras dunia mmg banyak jadi kerajaan tak risau jika Malaysia kurang beras. Tapi utk long term atau terdesak Malaysia mungkin akan terputus bekalan. Masa tu pandai2 la kita jimat. Sudah sampai masanya kita mencuba kaedah penananam beras cara baru seperti dalam canvas ke. Letih gak 'menternak' padi ni byk problem. Rumput, serangan ulat boleh merugikan pesawah. Di melaka mungkin masalah air yg menyebabkan pesawah giveup. Di kedah boleh la air melimpah ruah terus dari empangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.