Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, August 25, 2010

Bekas MP BN diarah bayar ganti rugi kepada Husam

NOTA EDITOR: Nampaknya usaha memfitnah Husam Musa semakin gagal. Kepada ahli-ahli PAS yang termakan fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh puak-puak pro Perpaduang dahulu, saya minta kaji balik perkara yang kamu dengar itu. Kemungkinan besar segala yang kamu dengar itu salah dan fitnah semata-mata.

Saya rasa, fitnah kepada Husam di kalangan ahli PAS agak sukar untuk dihapuskan memandangkan Editor akhbar Siasah (milik PAS) sendiri adalah agen memfitnah Husam. Namun, beliau masih dikekalkan sebagai editor Siasah dan gaji beliau tetap dibayar oleh PAS.

Maka, memfitnah Husam Musa telah menjadi budaya dalam PAS apabila tokoh memfitnah Husam seperti Suyuti dibela dan diberikan gaji oleh PAS.

Saya sokong Husam menyaman akhbar Siasah. Apabila pimpinan2 PAS sendiri tidak mampu mengambil tindakan terhadap pekerja mereka sendiri yang memfitnah pimpinan, maka eloklah Husam Musa mengambil jalan di luar jemaah

Bekas MP BN diarah bayar ganti rugi kepada Husam
Wartawan Kita


KOTA BHARU, 24 Ogos: Bekas anggota parlimen (MP) Tanah Merah, Datuk Ir Shaari Hassan hari ini diarah mahkamah membayar ganti rugi kepada anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa ekoran kes saman fitnah.

Penyelesaian kes saman fitnah tersebut dicapai di luar mahkamah dan telah direkod Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Ahmad Zaidi Ibrahim.

Kes saman tersebut difail Husam pada 23 Febuari 2008 ekoran Shaari mengeluarkan kenyataan yang dianggap memfitnahnya pada satu ceramah.

Pada ceramah yang diadakan di Masjid Padang Lalang, Tanah Merah pada 25 Disember 2007 Shaari menyebut Husam seorang yang hanya bertopengkan PAS.

Selain itu disebut juga anggota Exco terbabit adalah manusia yang terkaya di Kelantan kerana mempunyai wang sebanyak RM30 juta yang mana wang tersebut diberi oleh tauke-tauke balak.

Berikutan fitnah tersebut Husam telah memohon defendan memohon maaf dan menuntut sejumlah ganti rugi dibayar terhadapnya.

Husam ketika bercakap kepada pemberita bagaimana pun enggan menjelaskan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar bekas anggota parlimen dari Barisan Nasional (BN) terbabit.

“Cukup sekadar saya katakan jumlah gantinya puas hati bagi pihak saya. Saya berharap kes ini menjadi sebagai satu pengajaran.

“Kita perlu juga menjaga air muka orang lain jangan mengaibkan seseorang di hadapan orang ramai,” katanya di pejabatnya di Kota Darulnaim.

Pada kes tersebut Husam diwakili peguam Hisyam Fauzi, manakala Shaari Azmi Abdullah.

Husam juga memberitahu terdapat lapan lagi kes saman yang dikemukanya terhadap beberapa pihak termasuk dua kes terhadap Utusan Malaysia dan dua (The New Strait Times).

Menurutnya saman terhadap Utusan Malaysia dibuat ekoran penerbitan berita mendakwa beliau meletak jawatan seperti disiar akhbar terbabit pada 21 November 2009.

1 comment:

Anonymous said...

I say this loud n clear!!Husam Musa is one hell of a brillaint person.Trully brialliant!!he is one one of top Pakatan leaders.I hope,he doesnt staion himself permanantly in kelanatn.He should go national becos we need to get rid the dead woods ,kepala keras dicks in Pakatn!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.