Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, August 24, 2010

Imam Masjidil Haram Adalah Wahabi (Juga Masjidil Nabawi)

NTOA EDITOR: Nampaknya UMNO bukan sahaja menjadi agen perpecahan umat Melayu, mereka mahu memecahbelahkan umat Islam pula.

Hakikatnya, yang membenci Wahabbi ini adalah Amerika dan George Bush. Antara usaha yang mereka lakukan selepas September 11 adalah melabelkan Wahabbi sebagai gerakan pengganas seluruh dunia.

Nakhaie dan UMNO sedang menjalankan propaganda Amerika. Juga, saya tahu mengapa mereka cuba memburukkan Wahabbi.

MEreka sedang memburukkan Wahabbi dengan harapan dapat memburukkan PAS sekaligus kerana dilihat PAS sudah tidak ada selera untuk bekerja sama dengan UMNO.

Saya ada menulis artikel berkenaan perkara ini tempohari yang mendedahkan usaha2 terawal UMNO melabelkan Tok Guru Nik Aziz sebagai Wahabbi.

Oleh sebab itu, saya mencabar Nakhaie dan UMNO untuk menjawab soalan ini:

Apa hukumnya umat ISlam bersolat jemaah di MAsjidil Haram dan Masjid Nabawi kerana Imam2 di Masjid2 berkenaan adalah WAHABBI?

Kalau puak2 UMNO selepas ini termasuk Nakhaie bersolat jemaah di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi, maka secara otomatik mereka ini adalah MUNAFIK.

Selepas ini TIDAK BOLEH seorang pun ahli dan pemimpin UMNO bersolat jemaah di MAsjidil HAram dan Masjid Nabawi kerana imam2 di sana semuanya Wahabbi.

Wahabbi ni adalah GERAKAN ISLAM, dan bukan MAzdhab. Madzhab golongan Wahabbi adalah MAdzhab Hanbali. DEngan kata lain, ulama2 dari gerakan Wahabbi dipanggil "Hanabillah".

Secara pribadi saya tidak bersetuju MAdzhab Hanbali di bawa ke MAlaysia kerana kita adalah "Syafiee". Namun, untuk menaikkan isu-isu seperti ini adalah sangat bodoh dan sangat jahat dari pihak UMNO/BN.

TUlang Besi

ps teringat sewaktu kempen di Indera KAyangan. Pusat mengundi yang saya pergi itu adalah berhampiran masjid. Bila masuk waktu Zohor, bilangan peraih undi Barisan Alternatif yang solat nisbahnya 4:1.

Perayu undi BN lagi ramai, tapi yang masuk solat amat sedikit berbanding kita.


Nakhaie: Semua orang tahu Perlis beza
Jimadie Shah Othman Ogos 21, 10 5:35pm


Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Nakhaie Ahmad mempertahankan tulisannya dalam sebuah majalah agama yang didakwa menghasut untuk menentang kedaulatan negeri Perlis.

Katanya, tulisannya berjudul "Penyelewengan Wahabi" dalam Milenia Muslim keluaran terbaru (Ogos) tidak langsung mempertikaikan perlembagaan negeri itu yang meletakkan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah sebagai akidah negeri itu.

"Perlembagaan semua negeri sama (nyatakan pegangan Ahli Sunnah). Yang saya sebut 'keluar daripada jemaah'.

"Bukan (maksudnya) jemaah Ahli Sunnah, (tetapi) jemaah fekah (mazhab) Shafie. Semua orang tahu pengalaman agama di Perlis berbeza," katanya sambil menyifatkan perkara itu sebagai subjektif.

Sebelum ini, menulis dalam ruangan 'Kembara Minda', Nakhaie - bekas pemimpin kanan PAS yang mencetuskan kontroversi kerana menyertai Umno pada 1989 - menulis di perenggan terakhir:

"Tindakan Perlis keluar daripada jamaah dan mengambil jalan sendiri, kononnya mengembangkan Islam tanpa mazhab adalah salah dan mesti ditentang."

Yang buta, yang tuli

Reaksi daripada tulisan yang diterbitkan sebuah agensi agama persekutuan itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menggesa pihak berwajib mengambil tindakan terhadap Milenia Muslim yang didakwa menghasut.

Menurut Dr Juanda, majalah agama itu diisi dengan "tuduhan palsu dan hasutan ganas untuk menentang negeri Perlis dan cemuhan terhadap amalan Islamnya".

Sebelum ini, lima NGO Perlis membantah artikel Nakhaie dengan alasan yang hampir sama.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Nakhaie menjelaskan beliau tidak menyebut langsung perkataan Wahabi dalam tulisannya itu.

Justeru, tambahnya, tidak timbul langsung soal beliau perlu meminta maaf.

Ditanya sama tentang tajuk artikel yang jelas menyebut aliran agama itu, sambil ketawa, Nakhaie berkata:

"Itu kena tanya ketua pengarang (majalah berkenaan)".

Nakhaie berkata, tulisannya itu hanya bertujuan memberikan pandangannya hasil daripada pengalaman dan perbincangan dengan ulama-ulama di Perlis sebelum ini.

"Masalahnya pada pengikut-pengikut dia. Yang alim-alim tak kata apa.

"Tetapi (masalahnya ada) pengikut yang fanatik, yang buta, yang tuli, yang suka menyifatkan amalan orang lain sebagai bidaah, sesat, kafir.

"Kalau macam ini berpecah-belahlah orang," katanya sambil menyarankan semua negari diseragamkan dengan menggunapakai mazhab Syafie dalam pengamalan fekahnya.

4 comments:

Grand Marquis said...

Isu wahabi ni bukan isu UMNO atau pas la. Isunya ialah pertelagahan antara ideologi salaf dan khalaf.

Dalam PAS dan juga UMNO ada ramai yang anti wahabi, begitu juga yang pro-wahabi. Kelantan adalah negeri yang terkenal kuat aliran anti-wahabi (yakni traditionalist-mazhab shafie). Cuba TB pi kat pondok-pondok dikelantan dan check tengok dia orang ni anti wahabi atau tidak. Lepas tu check tengok dia orang sokong parti apa.

Anonymous said...

Tulang besi bukan tahu apa2.Dia cuma menulis secara "hear say" saja.Segala apa yang ditulis diblognya adalah SAMPAH dan langsung tidak boleh dipercayai.
Begitu juga dengan ORANGNYA !
HIPOKRIT !

a Muslim said...

Whats wrong with having Whabbi(Hanbali) school of thought in Malaysia.It is accepted as a branch of Sunni Islam.Faith is a personal matter and cannot be legislated. What I believe in or don't believe in is entirely up to me.I follow the hanafi school of thought and have no problems integrating with my fellow muslims brothers here in malaysia. Yes there are differences in methods and opinions but that's what it is, difference in opinions that's all. Heck I will have little problems if my fellow muslim is from the Shiah school of thought. Religion is a personal thing, lets leave it as such.

Anonymous said...

Apa nak kecoh2 dia wahabi ke anti wahabi. yang pentingnya ramai lagi umat melayu di Malaysia ni yang dah sesat, dan ada yang tak solat, buat maksiat dan banyak lagi. Yang penting umat melayu khasnya puak umno jangan menunjuk pandai tentang agama, sedangkan mereka sendiri jahil tentang agama. Perbetulkan undang2 sediaada bagi membenteras maksiat lelaki/perempuan yang berleluasa masa kini demi menjaga nama baik islam itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.