Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, August 4, 2010

Kapan UMNO Akan Menutup Rumah2 Urut di Melaka?(Dengan Gambar)


Noh Omar, selaku jurucakap UMNO Selangor, menyalak-nyalak minta rumah2 urut di Selangor ditutup. Soalan saya kepada Noh Omar adalah bilakah rumah2 urut di Melaka akan ditutup sama?

Di bawah adalah gambar2 saya ambil sewaktu saya berada di Melaka satu masa dahulu. Maaf dipohon kerana gambar diambil pada waktu malam. Secara jelasnya, rumah2 urut bersepah di tengah2 Bandar Melaka. Namun, tiada pun UMNO sebuk untuk menutup rumah-rumah urut ini.

Juga, apabila diinspeksi, senarai barisan ADUN2 UMNO di DUN Melaka, dari 28 ADUN, 18 adalah dari UMNO. Ertinya, ADUN UMNO sahaja sudah cukup untuk mendapat majority 2/3 di Dewan Undangan Negeri Melaka. Kalau tidak percaya, sila semak di Laman Rasmi Kerajaan Negeri Melaka.

Malahan, apa yang akan dilakukan oleh UMNO adalah menyediakan sekolah untuk remaja2 yang mengandung akibat zina..

Sia-sia penguasaan "Melayu Islam" anjuran UMNO di Melaka yang berjumlah 2/3 di DUN Melaka. TIADA USAHA yang jelas untuk mengurangkan zina di kalangan remaja. Dari sumber saya di sekolah2 di Melaka, remaja Melaka menghadapi masaalah yang baru, yakni masaalah pelacuran.

Industri pelancngan yang begitu pesat di Melaka telah memberi peluang kepada pelajar2 sekolah di Melaka untuk melacurkan diri mereka, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Maka, saya tak terkejut UMNO mahu menyediakan sekolah untuk remaja. Ini kerana, bukan setakat zina menjadi masaalah, pelacuran pun satu masaalah besar di Melaka di kalangan para pelajar.

Melaka adalah contoh betapa sia-sia menyokong UMNO sekiranya kita mahu melihat syariat dan hokum Islam berjalan. Melaka juga membuktikan UMNO tiada niat untuk menjalankan hokum Allah SWT. Bayangkan, majority UMNO 2/3 di DUN Melaka tidak mahu digunakan oleh mereka untuk menjalankan syariat Allah SWT sehingga pelacuran sudah menjadi masaalah di kalangan para pelajar sekolah di Melaka. Akibatnya, terpaksa Melaka menyediakan sekolah2 khas untuk pelajar yang mengandung.

Tak payahlah UMNO sebuk di Selangor. Di Melaka tu masaalah kamu lebih teruk walaupun kamu ada majority 2/3 dalam DUN Melaka.

Tulang Besi



















Noh cabar PAS tutup pusat hiburan, rumah urut
Tue, Aug 3, 2010
Dalam Negeri
KAJANG: Timbalan pengerusi Umno Selangor Datuk Noh Omar mencabar kerajaan negeri menutup pusat hiburan dan rumah urut sepanjang Ramadan.
"Pas Selangor perlu mendesak kerajaan negeri menutup pusat berkenaan jika benar-benar memperjuangkan Islam.
"Tindakan ini perlu dilaksanakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, sekiranya parti yang memperjuangkan Islam berkenaan betul-betul ikhlas dalam perjuangannya," kata menteri pertanian dan asas tani itu.
Umno, katanya mendesak dan mencabar PAS bertindak segera bagi menghormati bulan mulia itu.
"Buktikan bahawa Pas tidak berada di bawah telunjuk parti komponen lain, khususnya DAP dalam menangani isu ini dan rakyat sendiri boleh menilai sejauh mana keikhlasan Pas dalam memperjuangkan Islam," katanya berceramah selamatkan Selangor di Kajang, semalam.

Menurutnya, Umno sedia berganding bahu sekiranya PAS ingin bersama-samanya mendesak kerajaan negeri mengeluarkan larangan operasi pusat hiburan sempena Ramadan.
"Kita sedia berganding bahu mengenai perkara ini dan komitmen kita amat jelas tapi kita kurang pasti apakah PAS sanggup berbuat demikian atau lebih suka mengambil sikap berdiam diri demi menjaga kepentingan politik bersama PR.
"Jangan pula disebabkan demi menjaga kepentingan fahaman politik, mereka sanggup mengabaikan perjuangan yang mereka laung dan hebohkan kepada rakyat sebelum ini," katanya.


8 comments:

ben nasr said...

pas mesti la standard lagi tinggi dari umno. umno tu mmg dah gitu. yg pas ni dah jadi sbhgn daripada kerajaan, buktikanlah yg anda juara islam. takkanlah nak gunakan umno sbg penanda aras.

kalau setakat umno tak buat so pas tak payah buat. serupa la umno dgn pas. buat apa undi pas.

lurus said...

umno dah lalai dgn ajaran islam. itu x pyah diterangkan lagi cuma yg penting skarang PAS mesti menunjukkan yg parti ni adalah harapan baru org islam utk melihat islam terus terbela. aku sokong ben nasr..umno selangor dh cabar PAS apalagi masa nilah korang mesti menunjukkan pada kami (pengundi atas pagar) yg PAS akan berjuang dgn nama Allah SWT. kalu DAP atau PKR x setuju dgn hukum2 islam harap PAS tidak berpakat dgn mereka lagi. bukan mudah utk mendapat keredhaan Allah SWT dan bukan susah utk mendapat kemurkaanNYA. tanda aras PAS bukan umno tp zaman khulafak ar-rasyidin..

Anonymous said...

eleh umno suruh pas tutup rumah urut dulu baru umno nak tolong. nape umno tak mau mulakan dulu kalau mereka begitu ikhlas memperjuangkan islam?

Anonymous said...

itu mungkin sebab bukit bintang tu dipegang oleh dap. tapi kalau bn yg pegang, wakil mca yg kuasai bukit bintang. siapa pon yg jaga, memang takkan tutup la rumah urut kat situ.

Anonymous said...

Yes, I remembered many years ago one of the sales managers of the company I used to work in was dismissed on the allegation of visiting a whore-house during work hours!! Yes, these peole work day and night. We don know whether the allegation was true or not, but we do know these people work day and night! The gambling houses are also very active in Malacca. All activated during Rahim Tambi Chik's time. We know how much he loves his girls.... young and full bodies!!! So, looks like Ali Ketam also approves??!!! Otherwise, he should start shutting down both the operations!

Anonymous said...

Nampaknya Kerajaan UMNO Melaka begitu 'terbuka' sampai mancadangkan pelajar dibenarkan berkahwin!!! Kita nak anak-anak kita belajar sampai tahap tertinggi, ni dia nak budak-budak tu kahwin muda. Nanti bila dah kahwin tapi tak ngam, jadi janda muda pula!!

Lepas tu dia nak buka Sekolah khas untuk pelajar hamil di Melaka!! Apalah orang Melaka ni??? Suka sangat nak buat budak-budak hamil ya?? Puteri UMNO lagi terror, dia nak kerajaan buka sekolah macam ni kat merata-rata negara!! Orang buat projection nak tingkatkan kemahiran, dia buat projection nak tingkatkan kehamilan!!Astaghfirullah al azim!!!

Anonymous said...

tanda tanda pemimpin menjadi jahil dan bahalol telah mula menyerap dalam barisan kepimpinan tertinggi negara. 'nafsu diutamakan, setan diagamakan' mungkin sudah jadi darah daging kepimpinan sekarang. tunggu masa sahaja negara ditimpa bala seperti Singapura dengan banjirnya setelah mendirikan kasino2. elok juga jika melaka tenggelam bak venice, dapat jugak orang kampung jual sampan kayu dan graduan universiti dapat menjadi pendayong di sungai melaka.

Grand Marquis said...

Anon,

Islam galakkan perkahwinan.

Hanya yang dari barat dan sekular aje ajar kita supaya jangan kawin awal. Tujuan dia supaya orang muda kita terlibat zina.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.