Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, August 11, 2010

Kehebatan Khir Toyo/UMNO Runding Konsesi Air. Selangor Rugi RM8 billion

Tak cukup dengan gaji CEO SYABAS RM5.1 juta setahun (lebih tinggi dari gaji CEO Bank of China, bank terbesar dalam dunia), rupanya SYABAS juga ada hak untuk menaikkan tarif air sewenangnya sehingga menyebabkan kerajaan Selangor terpaksa menanggung kos RM8 billion.

Sedarlah saudara/saudari sekelian. UMNO tidak berasa bersalah walau sedikit menipu dan menyusahkan rakyat. Mereka hanya mahu mengkayakan UMNOPUTRA dan kroni2 sahaja.

Bayangkan, SYABAS diberikan hak menaikkan tarif sewenangnya. Mengapa? Kerana mahu membayar gaji CEO Syabas berjumlah RM5.1 juta (lebih dari gaji CEO Bank of China), mengakayakan kroni2 UMNO, mengkayakan UMNO?. Hakikatnya, perjanjian konsesi tajaan Khir Toyo, UMNO dan Barisan Nasional ini bukan untuk rakyat. Semuanya untuk mengkayakan UMNOPUTRA dan KRONI2 UMNO.

Rakyat cuma alat mereka untuk mengkayakan kroni dan parti mereka.

Kecuaian Khir Toyo runding konsesi air, Selangor rugi RM8 bilion
SELANGOR KINI

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor mengalami kerugian sekurang-kurangnya RM8 bilion berikutan kecuaian bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo dalam merunding perjanjian konsesi air dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Sebaliknya, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat sedia berdepan dengan tindakan mahkamah berikutan keengganan memenuhi perjanjian konsesi yang memerlukan tarif air dinaik hingga membebankan rakyat.

Kerajaan UMNO Barisan Nasional (BN) pimpinan Dr Khir sebelum ini menandatangani perjanjian konsesi air dengan Syabas yang membenarkan syarikat itu menaikkan tarif mengikut tempoh tertentu.

Mengikut perjanjian, Syabas dibenar menaikkan tarif sebanyak 37 peratus pada 2009,25 peratus (2012), 20 peratus (2015), 10 peratus (2018) dan lima peratus (2021).

Akibatnya, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terpaksa berdepan dengan syarikat konsesi yang tamak dan berani menuntut jumlah yang melampau jika kerajaan negeri mengambil alih pengurusan air.

Malah, kerajaan negeri tidak gentar berdepan ugutan saman 1 bilion ringgit yang difail Syabas walaupun syarikat ini mendapat sokongan kerajaan Pusat.

Ini kerana kerajaan Selangor lebih mementingkan rakyat yang layak, mampu menikmati hasil dari dasar termasuk pemberian diskaun, insentif dan sebagainya.

Dalam kenyataan media, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin menganggap Dr Khir patut berasa malu untuk bercakap soal kepentingan rakyat keranan kecuaiannya menghalang rakyat menikmati perkhidmatan air yang lebih baik.

“Rakyat Selangor berhak mengetahui cerita sebenar dan bagaimana Dr Khir Toyo seharusnya dihalang dari segi moral untuk memberi pandangan terutama dalam tatacara mentadbir negeri ini,” kata Faekah.
Faekah juga mengulangi gesaan supaya dokumen perjanjian air dan laporan audit didedah kepada umum supaya rakyat tahu hal sebenar dan hal ini wajar dibawa ke mesyuarat Kabinet.

Langkah wajar bagi mendedahkan penganiayaan UMNO- BN terhadap rakyat melalui pemberian konsesi ini kepada syarikat kroni, akan diteruskan bagi memberi kefahaman kepada rakyat.
mi kerugian sekurang-kurangnya RM8 bilion berikutan kecuaian bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo dalam merunding perjanjian konsesi air dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Sebaliknya, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat sedia berdepan dengan tindakan mahkamah berikutan keengganan memenuhi perjanjian konsesi yang memerlukan tarif air dinaik hingga membebankan rakyat.

Kerajaan UMNO Barisan Nasional (BN) pimpinan Dr Khir sebelum ini menandatangani perjanjian konsesi air dengan Syabas yang membenarkan syarikat itu menaikkan tarif mengikut tempoh tertentu.

Mengikut perjanjian, Syabas dibenar menaikkan tarif sebanyak 37 peratus pada 2009,25 peratus (2012), 20 peratus (2015), 10 peratus (2018) dan lima peratus (2021).

Akibatnya, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terpaksa berdepan dengan syarikat konsesi yang tamak dan berani menuntut jumlah yang melampau jika kerajaan negeri mengambil alih pengurusan air.

Malah, kerajaan negeri tidak gentar berdepan ugutan saman 1 bilion ringgit yang difail Syabas walaupun syarikat ini mendapat sokongan kerajaan Pusat.

Ini kerana kerajaan Selangor lebih mementingkan rakyat yang layak, mampu menikmati hasil dari dasar termasuk pemberian diskaun, insentif dan sebagainya.

Dalam kenyataan media, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin menganggap Dr Khir patut berasa malu untuk bercakap soal kepentingan rakyat keranan kecuaiannya menghalang rakyat menikmati perkhidmatan air yang lebih baik.

“Rakyat Selangor berhak mengetahui cerita sebenar dan bagaimana Dr Khir Toyo seharusnya dihalang dari segi moral untuk memberi pandangan terutama dalam tatacara mentadbir negeri ini,” kata Faekah.
Faekah juga mengulangi gesaan supaya dokumen perjanjian air dan laporan audit didedah kepada umum supaya rakyat tahu hal sebenar dan hal ini wajar dibawa ke mesyuarat Kabinet.

Langkah wajar bagi mendedahkan penganiayaan UMNO- BN terhadap rakyat melalui pemberian konsesi ini kepada syarikat kroni, akan diteruskan bagi memberi kefahaman kepada rakyat.

19 comments:

Anonymous said...

tak pa laa. yg kaya melayu jugakk.

daripada ronnie yg kaya.

Anonymous said...

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIIM.

Ramai rakyat yang tidak tahu angka satu juta. Lebih ramai yang tidak tahu SERATUS JUTA. Maka lebih parah lagi apabila mereka ditanya berapa "000..." bagi SATU BILION.

BAYANGKAN KEADAAN PENIPUAN DAN KECURANGAN DALAM SYARIKAT DAN JABATAN KERAAJAAN YANG HILANG berBILION RINGGIT ! Mata putih mereka terkebil-kebil, kebingungan. Lantas beredar dari situ, bawa diri dan berhibur.
Ini antara "kelesuan" MELAYU yang ada pendidikan pun begitu. KIAN PARAH dan tidak apathi dan tidak peka lagi. Seperti dikasikan jantina.
Satu kejayaan indoktrinasi "modernisasi" politik Melayu.

NOTA : WANG SERINGGIT ITU PANJANGNYA IALAH 4.45 INCHI.
DUNIA INI LILITANNYA IALAH
DUA PULUH LIMA RIBU BATU [miles.];
jadikan ia dalam inchi yang bersambung :
25,000 X 1760 ela X 3 kaki X 12 inchi. Sudah itu padankan dengan Satu bilion ringgit (1,000,000,000 X 4.45 inchi. Wang SATU ringgit itu BOLEH melilit dunia ini 2.8 kali.
jadi kalau "duit" air SELANGOR HILANG, FELDA TERBANG, PELABUHAN KALNG DISAPU, PETRONAS LESAP MAKA BERPA KALI LILITAN DUNIA ? WAHAI MELAYU YANG BIJAKSANA DAN BIJAKSINI ?

Nota CABARAN :
"SESUAUT BANGSA YANG TIDAK MEMPUNYAI KUASA DI ATAS TANAH, AIOR, API DAN ANGIN (KOMUNIKASI DAN ALAM SEKITAR) MAKA BANGSA ITU ADALAH BANGSA YANG BANGSAT DAN HINA". KEBENARAN ITU DARIPADA ALLLAH IA SEPERTI AIR dan sekarang dlam proses TSUNAMI, banjir, gempa dan PENYAKIT sedang mara. TUNGGU dan sama-sama KITA TUNGGU...

ahmad ~Aq 11 08 2010.

Anonymous said...

>>tak pa laa. yg kaya melayu jugakk.

=> ha kannn!!! melayu dUMbNO kann!!!!!!

Anonymous said...

TB,

Aku sendiri berkecimpung didalam industri pengolahan air dan nampak sangat kamu ini langsung tidak faham peranan Syabas didalam memastikan air bersih mengalir ke setiap rumah di Selangor dan WP.

Kos penyelengaraan bukan murah, paip yang digunakan beratus kilometer panjangnya dan banyak yang berkarat tunggu bocor. Kau ingat semua itu 'free', macam bapak kau yang punya. Bila tak ada air, bising macam nak mampus, bila ok, jadikan isu politik.

CEO Syabas itu bukan seperti CEO
GLC yang lain. Dia ada syer dalam syarikat tu. Hutang syarikat dia pun tanggung secara peribadi. Bungkus Syabas, bungkus lah dia. Itu reziko yang dia ambil, jadi habuan pun tinggi.

Orang macam kau dan aku tak akan boleh faham benda begitu..

Anonymous said...

Betoiiii Anony 2.51pm. Macam mana tak kaya, projek berbillion-billion dia kapur gunakam surat recommendation aje. Datok Khalid dan melayu bangsat seangkatan bila nmapak aje surat dari DAP/Cina PKR punya leterhead terus terketak lutut, bagi aje...

Itu lagi malang bagi orang melayu. Tapi, tulang besi tak nampak itu semua, dia kat Indon asyik pekena tempe hari-hari, jadi apa yang dia nampak, tempe aje!!!

Tulang Besi said...

Kos penyelengaraan bukan murah, paip yang digunakan beratus kilometer panjangnya dan banyak yang berkarat tunggu bocor. Kau ingat semua itu 'free', macam bapak kau yang punya. Bila tak ada air, bising macam nak mampus, bila ok, jadikan isu politik.
.

Tapi boleh bayar gaji CEO RM5.1 juta.
Hmmmmmm.

Setahu aku, kos mengganti paip tu takda la mahal sangat. Duit sebenarnya pegi ke kroni dan UMNOPUTRA.

Kalau mahal sangat, takkan kerajaan selangor boleh beri air percuma???

Anonymous said...

TB,

Sekurang-kurangnya CEO Syabas declare gaji dia RM 5.1 Juta. Dapat juga kerajaan potong 28% sebagai cukai pendapatan. Kau tau berapa ramai taiko-taiko cina yang tak declare dia punya pendapatan sebenar. Itu saja kerajaan rugi berbillion-billion ringgit.

Yang melayu seekor ini, declare salah, tak declare nanti dituduh membohong, kroni lah dan sebagainya.

TB, kau masih tak faham, CEO bukan semuanya sama. Dia ni lain, dia CEO cum substantial shareholder. CEO biasa hanya makan gaji saja. Dia juga adalah penjamin pada pinjaman bank. Tinggi reziko, tinggilah habuan nya, itu saja.

Kau ingat kerajaan selangor beri 20 litre percuma itu free ke? Dia bayar balik kepada Syabas. Itu yang kerajaan selangor terduduk. Lepas itu dia orang nak buy over Syabas, tapi bayar dengan 'chiput', siapa nak kasi.

Kalau tak bodoh nama nya, tak tahu lah.

Layan kau buat aku lapar, pahala habis terbang!!!

Tulang Besi said...

TB, kau masih tak faham, CEO bukan semuanya sama. Dia ni lain, dia CEO cum substantial shareholder. CEO biasa hanya makan gaji saja. Dia juga adalah penjamin pada pinjaman bank. Tinggi reziko, tinggilah habuan nya, itu saja.
.

Shareholder bukan dapat dividen, ON TOP OF HIS SALARY, ke?

kahkahkah. dah lah gaji 5 juta, dapat untung dividen lagi.

wow, hebatnya.

Lagipun, ni bisnes monopoli. Apa risikonya? CUba story sikit, saya nak dengar.

Anti TB Kepala Paip said...

Oii TB,

Aku pelik la ngan hang, hang nak kata Khir Toyo yang teruk ke atau hang bengang dengan Rozali tu?

Dia ada usaha, dia akan tanggung risiko dan dia berhak utk mendapatkan keuntungan. Hang dok kata dia mengkayakan UMNO, hang ada bukti ke?

Hang ingat syarikat Syabas dan Puncak tu hanya ganti paip je ke? Otak hang pun mcm kepala paip jugak la!

Dia kaya, dia bayar zakat, bayar cukai..Dia tolong org Islam, dia bantu org susah.

Hang buat apa? Ntah2 zakat pun tak bayar..Apatah lagi saman yang menimbun2 tu...

Anonymous said...

TB,

Business monopoli pun, kalau tak betul cara pengurusan lingkup juga. Syabas mana ada duit beratus-ratus juta nak menyelengara sistem pengagihan dan pengolahan air bersih. Semuanya dari pinjaman bank. Dia punya interest saja boleh sampai RM 3-5 juta satu bulan.

Satu lagi, memanglah sebagai shareholder dia juga boleh menikmati devidend tetapi itu pun jika ada untung. Dan kalau untung pun, tidak semua keuntungan akan dibayar divident. Business macam Syabas perlu banyak modal dan modal tersebut selalunya disimpan didalam akaun syarikat dan tak dikeluarkan.

Yang kau jaki sangat dengan Rozali apa hal. Kita patut bangga dengan kejayaan kawan sebangsa kita ni. Lagi pun, kau jangan cemburu lah, kat luar ada ramai cina-cina kapaik (pro DAP) idola kau yang lebih berjaya dari kawan kita yang sorang ini....

Batu said...

nampaknya korang ni semua pandai meniaga, patutnya negara kita dah kaya bila ramai org pandai meniaga cam korang semua

Anonymous said...

Bismillah !
BATAS berfikir kebanyakan Melayu sudah begitu rupa tidak boleh melepas siling atau langit-langit.
Macam Pak Pandir. "Anak orang pun mati juga". Jika dapat cucu haram : "APA PUN CUCU KITA JUGA".
Pusing kepala mereka jika naik ke langit. Muntah mereka. Memang tarafnya begitu, papa boleh but ?

Menghitung pun terbatas angkanya. Mereka kena pakai dacing. Timbang duit.
Justeru itu anak mereka kena belajar METAMATIK. Mereka disuruh belajar sains (science). Maka belajarlah mereka : bukan science yang dilatih tetapi SIGN, tanda tangan.
Apabila chegu tanya : mengapa buat "sign" banyak-banyak ? tidak cogan ilmu science ?

Jawabnya : BAPA SAYA JADI KAYA SEBAB IA PANDAI SIGN. RAMAI ORANG MINTA IA SIGN. Saya dan emak pun dapat macam-macam...
TUNGGULAH, HAQ ITU DARIPADA ALLAH~ IA ADALAH SPERTI AIR PUTIH, TERUS MENGALIR DAN MERESAP DI MANA JUA.

MAKA KEMUNGKARAN DAN YANG BATHIL AKAN LENYAP AKHIRNYA.
Sila baca Al Quran : 17 : 81 ; 34 : 49 : 30 : 84
Semoga Allah beri HIDAYAH kepada mereka yang mencari KEBENARAN atau HAQQ.
ahmad ~Aq ~120810

Dari komen2 yang menyokong CEO SYABAS, nampak sangat kebodohan sesetengah golongan melayu. Itulah makan belacan banyak2.

Ada seorang mangkuk tu cakap "takperlah yang kaya melayu jugak" KAKAKAKA memang BODOH lagi BANGSAT. DAh tahu orang merompak SOKONG LAGI.

Alahai! macam mana nak maju! PAPA TAKPER GAYA MAHU haah???

ANTIBODOHSOMBONG

Anak Perelih said...

masa dia dapat sistem bekalan air selangor dari PUAS dulu tu macam mana...??? berapa dia bayar PUAS/kerajaan Selangor???? masa tu lah yang dikatakan perjanjian berat sebelah tu....

Anonymous said...

Syabas ambil alih dari PUAS bukan free beb. Kalau murah sikit pun pasal dikira kos untuk menukar paip-paip yang dah usang. Aku tak berapa ingat tapi beratus juta juga lah diminta oleh PUAS.

Kau nak tahu lebih lanjut, call aje LUAS 03-55111800 he. he.he.

Tinta Hitam said...

TB,

Aku tak pelik la mangkok mangkok ayon UMNO ni mempertahankan KHir Toyo tu.Sebab depa tu bodoh.Itu bab air.

Ko tgk bab judi pulak.Islam kata haram,UMNO kata halal kalau tujuannya utk tambah pendapatan negara.mangkok mangkok ayon UMNO ni dok pi sokong ramai ramai tanda setuju judi tu halal kalu utk tujuan baik

Anonymous said...

apa cerita kos nak ganti paip pulak?

syabas dapat subsidi beratus juta dari federal utk gantikan paip air tu. lepas tu terkantoi la pulak, sebab beli paip tu dari luar negara walhal syarat subsidi dia mesti beli paip dari kilang2 paip dalam negara.

memang dasar penipu rozali tokey syabas tu!

HaHs said...

Rozali mana ada modal ambik puas dulu. Semua guna pinjaman dan geran kerajaan persekutuan. Lps tu ada perjanjian sulit yg diadakan bbrp hari lepas khir toyo bungkus dlm PRU. Kalo bisnes monopoli, bagi gaji patut2 je la. Ini gaji beratus kali ganda dr MB. Khir toyo suka2 naikkan tarif air di selangor 2 kali ganda beberapa thn sblum PRU 2008 tanpa maklumkan pada rakyat selangor tu betul ke x? cerdik ke x? alasan senang dia, nak ajar rakyat hargai air dan jimat cermat. Ingat rakyat mandi junub atau ambil wudu' pakai tisu atau 1 gayung cukup? bodoh btl org umno otak singkat ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.