Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, August 10, 2010

Laporan 27 Peniaga Melayu Dihalang Berniaga di KOMTAR Adalah PALSU

NOTA EDITOR: Mengikut kenyataan rasmi dari Penang Development Corporation melalui Pengurus Kanannya, Mohd Bazid Abdul Kahar:

Daripada penjelasan di atas dapat dilihat bahawa PDC bukannya menghalang tetapi hanya ingin mempastikan penggunaan ruang di ruang legar konkos , paras 3, KOMTAR dibayar sewa oleh KMA dan dibuat mengikut prosidur dan syarat yang dikenakan oleh PDC bagi menjamin suasana dan keselesaan di kawasan tersebut. Adalah tidak patut PDC dipersalahkan bila KMA mengutip sewa daripada 27 peniaga tetapi tidak pun diberikan kepada PDC.
Hakikatnya, Komtar Merchant Association (KMA) tidak membayar sewa pada tuan tanah. Jadi, Tuan Tanah ada hak menghalang semua dari berniaga di kawasan kepunyaannya. Tiada kena mengena dengan hak melayu atau orang Islam.

Namun, UMNO, melalui lidah rasmi mereka Utusan Meloya sedang bersiap-siap memainkan isu di atas. Hairan saya bagaiaman KMA boleh mempengaruhi UMNO Penang dengan sebegitu mudah? Ataupun KMA sememangnya dikuasai oleh mereka yang pro UMNO selama ini?

Begitu rendahnya nilai UMNO. Sehingga sanggup menyokong mereka yang tidak membayar sewa seperti KMA. UMNO hendak membantu KMA menipu para peniaga di KOMTAR.

Pokoknya, janganlah kita percaya apa sahaja yang datang dari UMNO. Biasanya ia adalah penipuan kerana UMNO adalah penipu paling besar dalam dunia.

Ini juga satu bukti bagaimana agenda Melayu sering di salah gunakan oleh UMNO untuk kepentingan mereka dan kroni2 mereka.

Demi melindungi kroni2 mereka yang tidak bayar sewa, mereka naikkan agenda Melayu.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Penganjur tidak bayar sewa punca masalah di Komtar
Harakahdaily


PULAU PINANG, 9 Ogos: Para peniaga bazaar Ramadhan di Komtar tidak boleh berniaga tahun ini ekoran dari tindakan penganjur bazar itu tidak membayar sewa kepada Lembaga Pembangunan Pulau Pinang (PDC) walaupun telah mengutip yurannya dari peniaga.

Demikian dijelaskan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam laman komuniti Twitternya.

"Mengapa penganjur tak bayar PDC wang sewa yang dkutip daripada 27 peniaga Melayu? Bazar Ramadan tunggu bayar sewa.Tahun depan deal terus dengan peniaga," tulis beliau dalam twiiternya.

Sementara itu, beliau juga berkata, satu surat kelulusan telah dikeluarkan kepada penganjur iaitu Persatuan Peniaga Komtar melalui naib pengerusinya yang bernama Ghani.

Utusan Malaysia, media Umno, hari ini menyiarkan di muka depannya laporan kononnya kerajaan negeri Pulau Pinang menyekat peniaga Melayu membuka bazar Ramadhan di Komtar.

Laporan bertajuk "Melayu terus ditindas" itu jelas cuba memainkan isu perkauman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng itu.

Ekoran itu, Guan Eng menyifatkan ia satu lagi siri mempermainkan isu perkauman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sebelum ini, akhbar yang sama memainkan isu seorang peniaga Melayu yang mempertahankan kedainya yang dibina di atas pokok dari dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Guan Eng menjelaskan, tidak ada isu ia kedai Melayu atau tidak. Isunya adalah keselamatan kerana ia dibina di atas pokok, kata beliau.

25 comments:

Local Fighter said...

Dah le tu..percaya lagi ckp Lim Guan Eng tu??

Dlu masuk gaduh dgn Nik Ali ckp tak diberi seat masa program kat Bukit Bendera..tup..tup..kuar gmbr..terus senyap Cina Rasis tu!

Inilah nilai Melayu dalam Pas dan Pkr, mudah diperbodohkan dgn khulapot LGE tu! hehehe..

lps tu tuduh Umno, woi..jangan taik ko dituduh orang lain yang salah! Jgn asyok main taichi je!!

-thethinker- said...

mula mula depa sokong orang kaya beli banglo dengan harga diskaun , tak sokong jumlah wang diskaun disalur utk orang miskin.
Lepas tuu ,depa sokong cukong tak bayar sewa..
kalu macam tuu , aku pun tak mau bayar sewa rumah pastu mintak tolong depa bila tuan rumah nak halau keluar rumah.

otakbesibaru said...

Sejak dulu-dulu kerja UMNO adalah menjadi batu api.
Bagi yang pendek akal, akan naik angin.
Bagi yang perut hodoh, akan bertambah hodoh isi perutnya.
Bagi org yang percaya kepada pembawa berita fasik (UM&BH&TV3&TV1), akan bertambah pekat ketololannya.
Bagi yang karat keUMNOannya, akan bertambah gelap kebiruan hatinya.
Bagi aku, kalau percaya berita yang dibawa UMNO, lebih baik aku percaya pada ketut sendiri.

muhammad said...

sy agak tertarik dgn -thethinker-n sy stju dgn komen anda bagus very simple....

Grand Marquis said...

TB tulis, Laporan 27 peniaga ...

bunyi macam dia yang laporkan, tapi kita tau TB dok kat mana.

TB ni dah belajar dari RPK. Duduk kat London, tapi boleh tau (malah tuduh) Saiful dan Fara ada affair.

Hukum Islam kata, nak tuduh orang berzina kena tengok 8 mata. Ni RPK, setengah mata pun tak de. Tapi dia boleh tuduh. Tambah pulak si Anwar sokong.

Kalau Saiful kena Qazaf, Anwar dan RPK juga perlu kena Qazaf.

Balik pada isu komtar, kalau betul tuan tanah tak bayar sewa, korang hukum peniaga? Inilah orang kata kerajaan zalim. Kalau ada masalah dengan tuan tanah, korang pandai-pandai settle dengan dia. Bukannya hukum peniaga yang tak de kena mengena.

Kita cuma tunggu dan lihat. Jangan tiba-tiba tuan tanah keluarkan segala resit dia bayar sewa. Kang malu, macam kes kerusi dan lidah biawak dulu. Takkan TB asyik kena patuk di lubang yang sama? eh... siapa suka guna perumpamaan ni?

Anonymous said...

Tulang Besi,

Betul ke Khalid Samad ada bawa mangga kunci yang besar masa melawat kilang arak Carlsberg.

Anonymous said...

TB,

Maaf keluar topik sikit, dengar cerita YB Khalid Samad ada bawa kunci besar nak kuncikan pintu pagar Kilang arak Carlsberg sewaktu melawat baru baru ni. Betul ke.

johorfx said...

Umno kalau tak putar belit memang tak sah!!!

Anonymous said...

Hoi TB, hang cukup celaka besak, aku org susah nak cari makan cina celaka tu halang, hang cakap kami tipu.Aku dgn kawan kawan yg terlibat dlm kes ni dah nak mampuih, hang ingat kami saja buat buat.Org mcm hang ni memang haram jadah, keturunan jalang, mak pak hang tak ajaq hang jadi org baik baik

Anak Perelih said...

GM....

kan PDC kata dia nak sewakan terus direct kepada peniaga kalau KMA tak bayaq sewa...

cuma masalah dia.. depa guna peniaga utk kepentingan diri dan politik UMNO mereka... peniaga tu dah dipergunakan....

Anonymous said...

Tulang Besi Gi lah siasat betul betul kat Komtar tu. Engkau nak bela sangat di kapir kenapa.Dia orang memamg all out nak balas dendam hang tak tau.

Tulang Besi said...

Anak Perelih,

UMNO sedang terkapai-kapai. Benda takda pun diorang buat ada

Grand Marquis said...

Maaf keluar topik sikit, dengar cerita YB Khalid Samad ada bawa kunci besar nak kuncikan pintu pagar Kilang arak Carlsberg sewaktu melawat baru baru ni. Betul ke.

Bagus, hang tanya ilmu kashyaf TB. Dia boleh tau semua perkara. Dok kat Indon, tapi melapor dari Komtar. Lepas ni dia boleh cerita berapa besar mangga yang Khalid Samad bawa.

Anonymous said...

Kalau tak de tak kan peniaga itu buat bantahan. Hang ni betul buta hati dan perasaan. Orang Melayu dah mula meyampah pada orang PAS macam hang ni

Anonymous said...

UMNO Pariah dah mengidap penyakit anjing gila!!..isu tanah perkuburan ISLAM MELAYU di jelutong siapa selesai?GUAN ENG!! Siapa yg menimbulkan masaalah penduduk kpg asam?UMNO PARIAHTULAH!!PEMAJU SUDAH SAPU TANAH TU,DAN MEDAPAT "LESEN" DRI MAHKAMAH UTK MENGHALAU PENDUDUK KPG ASAM..TIDAK ADA KENA MENGENA DGN DAP,ATAU PAKATAN RAKYAT,TAPI KERAJAAN PAKATAN RAKYAT BERJAYA MEMUJUK PEMAJU UTK MEMBERI MASA 3 BULAN KPD PENDUDUK KPG ASAM UTK MENYELESAIKAN MASAALAH YG DITIMBULKAN OLEH UMNO PARIAH ANJING GILA!!

otakbesibaru said...

salah ... salah ... salah ....
siapa yang papakan orang melayu P.Pinang?
DAP, PAS, PKR, Guan Eng, Lim kit Siang, Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Wan Azizah ....
Dulu org melayu P.Pinang kaya raya, rumah batu mewah di tepi pantai, kereta besar, kedai-kedai kepunyaan mereka, org cina dan India yg terpaksa sewa dari mereka, satu masa Francis Light datang ke P.Pinang terkejut dengan kemewahan orang melayu.
Sebelum 2008, pendapatan org melayu di P.Pinang menjangkau $D30.000 (dolar america) sebulan, sekarang pendapatan mereka menurun ke paras buku lali, kerana Guan Eng tak benarkan org melayu berniaga di pasar malam.
Sebelum 2008, masjid-masjid di P.Pinang ketika solat asar, namun selepas Guan Eng jadi KM, masjid tiada org yang ada india-india muslum.
Sebelum 2008, 99% lot-lot kedai di Komtar dipenuhi peniaga melayu, org cina dan india hanya jadi pelayan dan pekerja sahaja, tapi selepas Anwar Ibrahim berpakat dgn Guan Eng orang melayu tiada lagi di Komtar.
Menate UMNO celako ........

Anak Perelih said...

Kes gerai atas pokok pun .. MPPP dah bagi notis roboh sejak 2007 lagi - masa UMNO berkongsi dengan Gerakan perintah Penang....

yg isu gerai ramadan ni sebab UMNO dok pengaruh/hasut peniaga tu... sebab tu depa boleh kena tipu dgn UMNO/KMA....

dugo said...

Pasal Khalid Samad bawa mangga besar ke Kilang Carlsberg tu, betul ke tak TB?

Jawab le, jangan malu2

Anoinimuz said...

SIAPA ROGOL BUDAK SEKOLAH !!!! UMNO !!! SAIAPA ROGOL BUDAK SEKOLAH !!! UMNO !!! SIAPA ROGOL BUDAK SEKOLAH !!! SIAPA MASUK I.S.A BELA BUDAK KENA ROGOL !!! GUAN ENG !!! HANGPA UMNO HATI BUSUK !!!

malaysian said...

Otakbesobaru,
awatlah hang dok cari dosa kering dibulan puasa ni! insaf dan taubatlah. sebelum terlambat. mana tau kot2 puasa ni yg last. toksah lah dok buat fitnah... hnag tak dapat apa pun ganjaran cuma penat, sakit hati dan DOSA yg mengunung.

Tulang Besi said...

Kahkahkah Gang Maki. Kau punya artikel dari blog UMNO tu hanya tunjuk satu resit (yang tidak disahkan) dari seorang peniaga.

Entah2 resit tu diorang curi dan tulis ikut sesuka hati.

Hakikatnya, mereka semua membayar sewa kepada KMA yang sehingga sekarang tidak dinafikan oleh pihak KMA.

Adapun peniaga2 Cina, tidak menjadi ahli KMA, jadi mereka bayar terus dan gerai mereka diizinkan beroperasi.


Hahaha Gang maki, kalau nak tipu pun janganlah sampai orang tahu.

Hakikatnya UMNO ni penipu macam gang maki juak

Apa macam,

Anonymous said...

>>kan PDC kata dia nak sewakan terus direct kepada peniaga kalau KMA tak bayaq sewa...

=>KMA ni sapa......macam JKKK jerr, tukang kutip sewa bazar ramadhan kerr? sewa ngan majlis ciput, suru peniaga bayar sewa ngan diaorg berlipat2 kali ganda......

Grand Marquis said...

TB, nak komen pun tengok betul-betul la. Udahlah tak berani siarkan post orang, lepas tu ada hati nak reply.

Hang ambil gambar tu, zoom in dan tengok resit tu. Letter head resit tu dari siapa dan apa topik dia.

Do your homework.

Tinta Hitam said...

TB,

Aku mmg dair awal awal lagi tak percaya pd UMNO ni.Mmg mereka tu penipu besar.Mmg ramai mangkok ayon UMNO dan BN ni yg tak bayar sewa kat KOMTAR tu.Mereka anggap KOMTAR tu harta bapak mereka shj.Samam mcm merek abua tpd Bank BUmiputra dulu.

Bila PR naik di Penang antara yg pertama dibuat adalah menguatkuasakan sewa pd semua penyewa premis di Komtar.Ramai yg tak bayar dan disita premis perniagaan mereka.Tak iralah melayu atau cina.

Biasa la UMNO ni.Sikap penbohong mmg sifat semulajadi mereka.Mereka dah berbohong semenjak tahun 1946 lagi.Susah dah nak berubah

Tinta Hitam said...

Lagi satu kau nak komen masalah penduduk Padang Asam tu.Ap ke halnya UMNO nak sibuk kat situ.Mana ada prg melayu kat situ.Itu la bodohnya penykong penyokong UMNO ni.Sokong membuta tuli

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.