Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, August 27, 2010

Pengarah JAIS Hendak Ambil Tindakan Kepada Nabi SAW?

Diberikan dalam lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, Pengarah JAIS berkata:

a kerana katanya, orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki dalam masjid dan surau apatah lagi di ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

“Orang bukan Islam adalah dilarang memasuki ruang solat kerana mereka ini dalam berkeadaan hadas besar apatah lagi berada di bahagian imam dan menyampaikan ucapan kepada umat Islam di dalamnya.

“Oleh itu, kita akan mendapatkan laporan dan penjelasan daripada nazir serta jawatankuasa surau berkenaan mengenai perkara ini. Jika dakwaan ini benar, kita akan memaklumkan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan tindakan tegas akan diambil,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Soalan saya kepada Khusrin Munawi adalah, adakah Khusrin mahu mengambil tindakan terhadap Nabi SAW juga.

Lihat Hadeeth yang diambil dari Sahih Bukhari di bawah:

Thamamah bin Athal al-Hanafi (ثمامة بن أثال الحنفي), seorang tawanan perang, lalu Allah memberi hidayah kepada beliau dengan beliau memeluk Islam. (Sila lihat Majmu’ Fatawa wa Maqalaat Mutanawwi’ah oleh al-Syeikh al-‘Allamah Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz R.H. jld 8, m.s. 356)

Inilah pandangan yang lebih kuat dan lebih hampir kepada kebenaran pada pandangan saya disebabkan keberadaan dalil bersamanya .(yakni HARUS)

Dalil yang dinyatakan oleh al-Syeikh Abdul Aziz Abdillah bin Baz R.H. di dalam fatwanya di atas adalah sebuah hadith yang diriwayatkan antaranya oleh al-Imam al-Bukhari di dalam kitab sahihnya:


بَعَثَ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏خَيْلًا قِبَلَ ‏ ‏نَجْدٍ ‏ ‏فَجَاءَتْ بِرَجُلٍ مِنْ ‏ ‏بَنِي حَنِيفَةَ ‏ ‏يُقَالُ لَهُ ‏ ‏ثُمَامَةُ بْنُ أُثَالٍ ‏ ‏فَرَبَطُوهُ بِسَارِيَةٍ مِنْ سَوَارِي الْمَسْجِدِ فَخَرَجَ إِلَيْهِ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏فَقَالَ ‏ ‏مَا عِنْدَكَ يَا ‏ ‏ثُمَامَةُ ‏ ‏فَقَالَ عِنْدِي خَيْرٌ يَا ‏ ‏مُحَمَّدُ ‏ ‏إِنْ تَقْتُلْنِي تَقْتُلْ ذَا دَمٍ وَإِنْ تُنْعِمْ تُنْعِمْ عَلَى شَاكِرٍ وَإِنْ كُنْتَ تُرِيدُ الْمَالَ فَسَلْ مِنْهُ مَا شِئْتَ فَتُرِكَ حَتَّى كَانَ الْغَدُ ثُمَّ قَالَ لَهُ مَا عِنْدَكَ يَا ‏ ‏ثُمَامَةُ ‏ ‏قَالَ مَا قُلْتُ لَكَ إِنْ تُنْعِمْ تُنْعِمْ عَلَى شَاكِرٍ فَتَرَكَهُ حَتَّى كَانَ بَعْدَ الْغَدِ فَقَالَ مَا عِنْدَكَ يَا ‏ ‏ثُمَامَةُ ‏ ‏فَقَالَ عِنْدِي مَا قُلْتُ لَكَ فَقَالَ أَطْلِقُوا ‏ ‏ثُمَامَةَ ‏ ‏فَانْطَلَقَ إِلَى ‏ ‏نَجْلٍ ‏ ‏قَرِيبٍ مِنْ الْمَسْجِدِ فَاغْتَسَلَ ثُمَّ دَخَلَ الْمَسْجِدَ فَقَالَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ ‏ ‏مُحَمَّدًا ‏ ‏رَسُولُ اللَّهِ يَا ‏ ‏مُحَمَّدُ ‏ ‏وَاللَّهِ مَا كَانَ عَلَى الْأَرْضِ وَجْهٌ أَبْغَضَ إِلَيَّ مِنْ وَجْهِكَ فَقَدْ أَصْبَحَ وَجْهُكَ أَحَبَّ الْوُجُوهِ إِلَيَّ وَاللَّهِ مَا كَانَ مِنْ دِينٍ أَبْغَضَ إِلَيَّ مِنْ دِينِكَ فَأَصْبَحَ دِينُكَ أَحَبَّ الدِّينِ إِلَيَّ وَاللَّهِ مَا كَانَ مِنْ بَلَدٍ أَبْغَضُ إِلَيَّ مِنْ بَلَدِكَ فَأَصْبَحَ بَلَدُكَ أَحَبَّ الْبِلَادِ إِلَيَّ وَإِنَّ خَيْلَكَ أَخَذَتْنِي وَأَنَا أُرِيدُ الْعُمْرَةَ فَمَاذَا تَرَى فَبَشَّرَهُ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏وَأَمَرَهُ أَنْ يَعْتَمِرَ فَلَمَّا قَدِمَ ‏ ‏مَكَّةَ ‏ ‏قَالَ لَهُ قَائِلٌ ‏ ‏صَبَوْتَ ‏ ‏قَالَ لَا وَلَكِنْ أَسْلَمْتُ مَعَ ‏ ‏مُحَمَّدٍ ‏ ‏رَسُولِ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏وَلَا وَاللَّهِ لَا يَأْتِيكُمْ مِنْ ‏ ‏الْيَمَامَةِ ‏ ‏حَبَّةُ حِنْطَةٍ حَتَّى يَأْذَنَ فِيهَا النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: “Nabi S.A.W. telah mengutuskan sekumpulan tentera ke Najd, lalu mereka kembali) membawa seorang lelaki dari bani al-Hanifah namanya Thumamah bin Uthaal pemimpin penduduk Yamamah), lalu mereka mengikat dia di salah satu tiang masjid, lalu Nabi pergi kepadanya dan bertanya: “Apa sangkaan kamu wahai Thumamah (tindakan yang akan aku kenakan kepada kamu)?” Jawab Thumamah: “Sangkaan aku adalah baik, jika kamu membunuhku, kamu membunuh seorang yang ada kemuliaan, jika kamu memberi nikmat kepadaku (melepaskanku), engkau memberi nikmat kepada orang yang reti berterima kasih, jika engkau mahukan harta, mintalah apa yang kamu mahu. Kemudian baginda meninggalkan dia sehinggalah keesokan hari, kemudian baginda bertanya lagi kepada Thumamah: “Apa sangkaan kamu wahai Thumamah (tindakan yang akan aku kenakan kepada kamu)?” Jawab Thumamah: “Sangkaan aku seperti kelmarin, jika kamu memberi nikmat kepadaku (melepaskanku), engkau memberi nikmat kepada orang yang reti berterima kasih.” Lalu baginda meninggalkannya, sehinggalah keesokan harinya baginda bertanya lagi kepada Thumamah: “Apa sangkaan kamu wahai Thumamah (tindakan yang akan aku kenakan kepada kamu)?” Jawab Thumamah: “Sangkaan aku seperti kelmarin, jika kamu memberi nikmat kepadaku (melepaskanku), engkau memberi nikmat kepada orang yang reti berterima kasih.” Lalu Nabi S.A.W. berkata: “Lepaskan Thumamah!” (Thumamahpun dibebaskan), lalu dia pergi ke sebatang pohon tamar berhampiran masjid, lalu dia mandi, kemudian dia memasuki masjid lalu berkata: “Aku bersaksikan tidak ada ilah melainkan Allah dan aku bersaksikan bahawasanya Muhammad itu adalah Rasulullah. Wahai Muhammad sebelum ini tidak ada satu wajah di atas muka bumi ini yang lebih aku benci berbanding wajah engkau, akan tetapi hari ini wajah engkau telah menjadi wajah yang paling aku cintai. Demi Allah sebelum ini tidak ada agama yang lebih aku benci berbanding agama mu, akan tetapi sekarang agama mu telah menjadi agama yang paling aku cintai, demi Allah tidak ada juga sebelum ini satu negeri yang lebih aku benci berbanding negerimu, akan tetapi hari ini negerimu telah menjadi negeri yang paling aku cintai. Sesungghnya ketika pasukan tenteramu menangkapku, aku hendak menunaikan umrah, apakah pandangamu?” Lalu Rasulullah S.A.W. memberikan khabar gembira kepadanya dan baginda menyuruh dia menunaikan hajatnya untuk melaksanakan umrah. Apabila Thumamah sampai ke Makkah, seseorang berkata kepadanya: “Apakah engkau telah bertukar agama?” Jawab Thumamah: “Tidak, akan tetapi aku telah memeluk Islam bersama Muhammad Rasulullah S.A.W. Demi Allah tidak akan sampai kepada kamu semua walau sebiji gandum melainkan dengan keizinan Nabi S.A.W. (ketika itu penduduk Mekah masih belum menerima Islam)”


Jikalau Khusrin mahu mengambil tindakan kepada AJK Surau tersebut, maka wajiblah Khusrin juga mengambil tindakan kepada Nabi SAW kerana mengikat Thummamah di dalam masjid waktu THummamah belum islam.

Terdapat banyak riwayat2 sahih yang lain yang menyatakan bagaimana Nabi SAW membawa orang bukan Islam masuk ke masjid.


KHUSRIN LANGGAR MADZHAB SYAFIEE?

Setahu saya mengikut Madzhab Syafiee, orang kafir diizinkan masuk masjid. Mengikut sebuah blog yang saya jumpa, dan blogger tersebut merujuk kepada "buku himpunan fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam::


Daripada penjelasan para ulama' Syafiiyyah di atas, jelas bahawa orang kafir adalah dibolehkan masuk ke dalam masjid selain Masjidil Haram apabila telah memenuhi syarat-syarat yang telah dijelaskan.

Untuk ini, pihak masjid memang perlu membuat peraturan sesuai dengan kehormatan dan kesucian masjid, umpamanya dimestikan memakai pakaian yang sopan atau menutup aurat, tidak meninggikan suara atau membuat bising serta menentukan masa-masa yang sesuai dan lain-lain peraturan yang munasabah.


Hakikatnya, pendapat Khusrin Rahmat di atas bukan datang dari Madzhab Syafiee ataupun mana-mana ulama syafiee.

Namun, dari blog hukum hakam, pendapat yang dipakai Khusrin ini adalah salah satu dari pendapat2 di dalam Madzhab Hanbali:


3. Tidak boleh (haram) orang-orang yang bukan Islam memasuki masjid. Ini merupakan salah satu pandangan Imam Ahmad di dalam salah satu riwayat daripadanya. Antara hujah golongan ini ialah, mereka berpendapat jika orang yang berhadath, berjunub dan wanita yang haid dilarang dari menetap di dalam masjid, maka orang-orang musyrik yang sememangnya berhadath itu lebih utama untuk dilarang.



KESIMPULAN:

Ada dua kesalahan besar yang dilakukan Khusrin Munawi:

1.0 Beliau menolak hadeeth sahih dan hadeeth muttawateer yang meriwayatkan NAbi SAW mengizinkan orang bukan ISlam masuk ke dalam masjid

2.0 Beliau cuba mempromosi pendapat2 dari Madzhab Hanbali sedangkan kita di Selangor mengikut pendapat Madzhab Syafiee


Tulang Besi

11 comments:

alimo said...

simple matter pergi ke forum perdana lak.

sultan selangor selaku ketua agama negeri selangor tak izinkan. itu saja.

Anonymous said...

TB, aku rasa malu nak komen.Apalah banggangnya org kita nama saja islam tapi lebih jumud drp bukan islam dari isu allah,LGE sekarang YB Serdang. Patutlah selama 52 tahun UMNO/BN perintah hanya seorg saja ahli politik dari komponen mereka masuk islam.Itupun zaman YTM Tunku,Tun Omar,itupun dah meninggal. Kalau macamni cara kita binatang pun takut nak hampir, tambahan pula manusia.Jadi tak heran org dah masuk islam dgn hidayah langsung dari Allah pun tak terjaga kebajikan mereka,inikan pula nak dakwah org kafir,kirim salam sajalah. Gunalah kepala otak dlm menilai sesuatu isu,janganlah gunak kepala lutut.Sudah terang jawapan YB yg dia ikhlas dan dijemput oleh ajk suarau pulak tu. Dia pun dah bagitaukat tentang aurat org tak bagitau dia. Apa lagi kita nak,bunuh dia ke?.Dah la tu, org yg konon tanggung jawab agama pun masuk campur tak tentu hala.Aku cukup malu dgn org kita,tak tau nak kata apa lagi.Apa kita ingat islam esklusif untuk org melayu aje ke?.Jadi dibulan yang mulia ni aku berdoa agar Allah memberi hidayah terutamanya org2 UMNO dan penguasa agama supaya memehami hakikat islam sebenar,diputihkan hati mereka agar melihat kebenaran dan menjauhi fitnah, Memahami apa itu permasaalah dan jln penyelesaiannya.Diberi kecerdikan agar tidak berterusan memalukan org islam yang lain.AMin

Anonymous said...

Tajuk "Tentang kebolehan kaum Musyrikin dan Kaum Ahli Kitab masuk kr Masjid dan tentang kebolehan mengikat Orang Tawanan di dalam Masjid" Kitab Himpunan hadis hadis pilihan.
Hadis 1
Dari Anas bin Maalik r.a. ia ber kata ;Telah masuk seorang lelaki dengan kenderaan unta,meloloskan untanya di dalam Masjid, kemudian lelaki tersebut mengikat untanya lalu lelaki tersebut bertanya ; Mana di anatara kamu yg bernama Muhammad?" diriwayat oleh Abu Daawud
Hadis 2
Dari ibnu Abbaas r.a. ia berkata ; Banu Sa'ad bin Bakar Dhimaan bin Tsa'labah pernah mengirim utusan kepada Rasulullah s.a.w., maka ia datang kepada beliau , lalu menghentikan ontanya dipintu masjid, kemudian mengikatnya, lalu ia masuk kedalam Masjid , kemudian ia berkata ; Mana dianatara kamu anak lelaki 'Abdul Muthalib?" di riwayatkan oleh Abu Daawud
Hadis 3
Dari Abie Hurairah r.a. ia berkata; Orang orang yahudi pernah datang kepada Rasulullah s.a.w., padahal baginda sedang duduk didalam masjid diantara sahabatnya, kemudian orang orang Yahudi itu berkata ; Yaa! Abal-Qaasim'; ( nama panggilan bagi Rasululllah s.a.w oleh orang orang Yahudi) di riwayatkan oleh Abu Daawud
Hadis 4
Dari Abie Hurairah r.a. ia berkata: Rasullullah s.a.w. pernah mengirimkan sepasukan berkuda kearah Nadjd, maka datanglah pasukan itu dengan membawa seorang lelaki dari Banu Haniefah yang di namakan kepadanya Tsumaamah bin Utsaal, lalu mereka ( para anggota pasukan berkuda)itu mengikat orang itu ( bukan berugama Islam)disuatu tiang daripada tiang tiang yg terdapat di masjid tersebut' diriwayatkan oleh Ahmad, Al-Buchaary,Muslim, Abu Daawud, An-Nasay dan lain lain
Ulama As Shafiee berpendapat dan menetapkan, bahawasanya orang orang musyrikkin boleh masuk semua masjid kecuali Masjid Al-Haram.
kata Ash-Shan'aany :"Pernah orang orang kafir masuk kedalam masjid Rasulullah s.a.w dan duduk sampai lama didalamnya, Bahkan Abu Daawud meriwayatkan bahawa orang orang Yahudi pernah datang kepada baginda s.a.w , sedang Rasulullah s.a.w derada di Masjid.
Cuma Ulama Ahli Madienah menetapkan tidak boleh orang orang musyrik masuk ke dalam Masjid.

Anonymous said...

TB,

Pengarah JAIS dan MAIS juga perlu mengambil tindakan ke atas Majlis Fatwa Kebangsaan kerana Majlis Fatwa dalam muzakarahnya yang diadakan pada 1/3/2010 yang lalu telah memfatwakan bahawa pelawat Non Muslim dibenarkan untuk masuk kedalam kawasan masjid dan juga ruang solat di dalam Masjid.

Kandungan fatwa tersebut boleh dirujuk di http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pelancong-bukan-islam-memasuki-masjid-dan-ruang-solat-utama-di-dalam-masjid .

Al Muhajiroon

Anonymous said...

konsep omputih gubal undang undang seratus tahun lalu bagaikan englishman [katakan Mr.Blair]
bikin hukum untuk anjingnya.
---------------------------------------------------------------------------

Sekarang ini pulak jais/mais pulak nak ikut cara mr blair untuk
undang undang untuk anjingnya.

CONTOHNYA
----------

Setiap kali si anjing mr blair membuat response kepada satu situasi baru,
terbitlah satu hukum untuknya dari mr blair.

Di dalam situasi yang sama setiap kali ada situasi baru yang melibatkan
orang bukan islam dengan hal/bangunan/ apa apa ajelah , akan terbitlah
satu larangan dari master [dalam kes ini sultan] , yang akan di keluarkan
olih macai sultan -si pengerusi mais/ jais/ apa apa ajelah.

Konklusi
-------------

Nampaknya rakyat majmuk akan terus menerus menemui hukum baru
setiap kali mereka berdepan dengan situasi baru.

Ini menenjukkan melayu yang di pimpin raja melayu masing dalam peroses
penggubalan tamadun lagi

Takpalah kalau ianya benar ,

Persoalannya tidakkah ada hukum dari hadis kerana melayu itu dikatakan
isleh?

khong khek khuat

Anonymous said...

:-)@ khong khek kuat..yalah,semua yindia anggap mereka tu hindu,semua melayu anggap mereka tu muslim..semua kebenaran telah dan sedang dikongkekkan..terlampau toksik telak masuk dlm akai pikiran kedlm kedua dua kaum ini...akibatnya, banyak para ularmak,sami,jinnagama islam(JAIS)berbuih like a possessed hysterical man..kedua2 kaum ni dah jauh ketinggalan..bila nak wake up?

Anonymous said...

persoalaanya..what is islam,who is a muslim?can we classify najib,matahir(for example) as muslims?..both of them go to mosque,solat,but their action,behavior is devilsih!!..and can we clasiffy LGE a kafir,whose courage,humanity for everyone regardless of race,color,skin is far more greater than a great number of pookitaik ularmaks?..lge even when to jail defending an underaged malay girl(where were the pookitaik ularmaks?why no demo frm the ularmaks,malays?oh wait..silly me..no massive demo frm the malays,pookitaik ularmaks becos,the gal is a malay,and not a dutch,like natrah!!)

Anonymous said...

Yindians n melayu adalah termundur dlm segala aspect..ekonomi,ilmu pengetahuan, wealth..these 2 kaums oso dijangkiti mcm penyakit sosial,like alcoholsim,dadah,violence,depression... interestingly,these 2 respective kaums have a very high number of self appointed sami autonandas,,al keldai arabis ....most of these self appointed auta specialists suka kasi lecture non stop,and give an impression of being specially appointed by god to save the "fallen man"..when critical question(that challenges their dogmas) r asked,hah,that time godman's taik,n kincing kelaurlah.. depa takut org ramai akan tau that these speselly appointed sami,pak aji r just a bunch of ordinary chunni mairendi dungu bahlol human beings..so to protect themselves,they either enter politics or allign themselves with the ruling elites..due to lack of critical thinking,self criticsm,inquiry,all sorts of karut marut have corrupted jiwa n raga of these 2 kaums..as a result they r very fearful,n inert..

Anonymous said...

[Yusufali 59:24] He is Allah, the Creator, the Evolver, the Bestower of Forms (or Colours). To Him belong the Most Beautiful Names: whatever is in the heavens and on earth, doth declare His Praises and Glory: and He is the Exalted in Might, the Wise.

[Yusufali 10:54] Then, on that Day, not a soul will be wronged in the least, and ye shall but be repaid the meeds of your past Deeds

[Yusufali 56:87] Call back the soul, if ye are true (in the claim of independence)?
******************************
All the earth-past is there in [our human nature]... the very nature of the human being presupposes a material and a vital stage which prepare his emergence into mind and an animal past which moulded a first element of his complex humanity. And let us not say that this is because material Nature developed by evolution his life and his body and his animal mind, and only afterwards did a soul descend into the form so created... for that supposes a gulf between soul and body, between soul and life, between soul and mind, which does not exist; there is no body without soul, no body that is not itself a form of soul; Matter itself is substance and power of spirit and could not exist if it were anything else, for nothing can exist which is not substance and power of the Eternal....147 The dumb and blind and brute is That and not only the finely, mentally conscious human or the animal existence. All this infinite becoming is a birth of the Spirit into form.148

The only way to set everything straight is to recover consciousness; and this is very simple. There is but one origin. This origin is perfection of the Truth, since it is the only truly existing thing. By manifesting outwardly, by projecting and scattering itself, it has produced what we see and lots of nice and brilliant little brains, in search of what they have not yet found; but they can find it, for what they seek is within them. The remedy is at the center of the ill.152
http://www.aurobindo.ru/workings/satprem/adventure_of_consciousness_e.htm#037

casper c said...

This is a sad and very disturbing development, now turned into a point of contention.

This entire episode is troubling as it clearly shows how far the clergy class amongst Malays have swayed from true persuasions of the good book. It would be interesting to note PAS' reaction to the entire ordeal.

On a trip to Turkey many moons ago, one of the highlights of the trip I fondly remember was a visit to a 14th century mosque, the Grand structure of the Ulu Cami mosque.

I was in the company of a Moroccan friend and her family but we took the opportunity to eves drop on a guided tour being conducted (in halting English) as we made the rounds in and around the compound of the mosque. We were not part of the entourage but were accorded the same amicable hospitality nonetheless.

Such is the warmth of Islam that I've had the pleasure to experience but sadly, I can't say the same of Islam in Malaysia.

Again I wonder what reaction from the 'bijak pandai' within the clergy of PAS, knowing that the UMNO lot (Sultan too) are beyond salvation to say the least.

I guess it is just another feather in the cap for a Sultan who serves to divide the masses with his pronouncement that we must all respect the rights of the cow head marchers and not disrespect their conviction to protest !!! LOL for the tragedy inflicted onto Muslims by the ruler of the flock - inikah wajah Islam ?

Anonymous said...

[Yusufali 6:115] The word of thy Lord doth find its fulfilment in truth and in justice: None can change His words: for He is the one who heareth and knoweth all.

[Yusufali 17:81] And say: "Truth has (now) arrived, and Falsehood perished: for Falsehood is (by its nature) bound to perish."

[Yusufali 26:193] With it came down the spirit of Faith and Truth

"We must dismiss all mental
constructions that at every moment try to steal the shining thread. We must remain in a constant state of openness and be too great for ideas – for it is not ideas that we need, but space. We must not only cut asunder the snare of the mind and the senses, but flee also beyond the snare of the thinker, the snare of the theologian and the church-builder, the meshes of the Word and the bondage of the Idea. All these are within us waiting to wall in the spirit with forms; but we must always go beyond, always renounce the lesser for the greater, the finite for the Infinite; we must be prepared to proceed from illumination to illumination, from experience to experience, from soul-state to soul-state.... Nor must we attach ourselves even to the truths we hold most securely, for they are but forms and expressions of the Ineffable who refuses to limit itself to any form or expression; always we must keep ourselves open to the higher Word from above that does not confine itself to its own sense and the light of the Thought that carries in it its own opposites.174 Then, one day, because of our burning need, after being like a mass of compressed gas, the doors will finally burst open: The consciousness rises, says the Mother, breaking the kind of hard carapace, there, at the top of the head, and one emerges into the light."
http://www.aurobindo.ru/workings/satprem/adventure_of_consciousness_e.htm#040

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.