Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, August 25, 2010

Percubaan NST dan BERNAMA PutarBelit Pendirian Nik NAzmi Terhadap Syariah

NOTA EDITOR: Nak buat macamana. Dah memang kedua-dua akhbar ni (NST dan BERNAMA) akhbar milik UMNO. Sememangnya mereka akan cuba memutar belitkan segala nya untuk kepentingan politik UMNO/BN.

Isu Syariah: Pendirian Jelas
25 Aug 2010 | Current Affairs, News, Personal, Religion | by admin | 0 Komen


Isnin lalu laporan New Straits Times memetik kata-kata saya menyatakan pelaksanaan hukuman hudud di Malaysia adalah “tidak sesuai”.

Laporan ini kemudian dipetik pula oleh Bernama tanpa menghubungi saya.

Sebenarnya saya telah nyatakan ketika dihubungi NST bahawa tidak timbul persoalan bahawa saya menentang syariah kerana ia sebahagian daripada agama Islam.

Dalam 17 Perkara Dasar Keadilan, termaktub pendirian Keadilan dalam hal agama:

“Mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan sambil menjamin hak bukan Islam untuk beragama dan berfikir, dan untuk memperkembangkan peranan agama dan nilai-nilai sejagat demi menegakkan kebenaran, keadilan, tatacara berakhlak, kemanusiaan dan kemuliaan insan.”

Pendirian Pakatan Rakyat juga adalah jelas. Dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dimeterai Keadilan, PAS dan DAP pada Disember 2009 Pakatan memartabatkan peruntukan Perlembagaan termasuk kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama di Malaysia.

Pakatan juga komited untuk menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes-kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji semua isu-isu berkaitan dengan mendalam.

Dalam temubual saya Januari tahun ini dengan laman web the Nutgraph juga saya menegaskan adalah penting untuk semua menghormati mahkamah syariah (serta Perkara 121(1)(a)) dan memahami matlamat hakiki syariah (maqasid syariah) iaitu pemeliharaan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta.

Isu ini telah saya ulas dalam dua bab dalam buku saya, Mendepani Zaman iaitu Meraikan Warisan Wasatiyyah Kita – bagaimana kita boleh mengembangkan peranan Islam dalam masyarakat selari dengan tradisi kesederhanaan Islam di Nusantara dan Tiada Paksaan: Masyarakat Islam dan Bukan Islam di Malaysia – bagaimana mempertahankan muafakat Perlembagaan bahawa Mahkamah Syariah hanya tertakluk kepada umat Islam dan tidak kepada masyarakat bukan Islam.

Dalam aspek syariah kita harus lihat perlunya mengambilkira fiqh al awlawiyyat (fiqh keutamaan) dalam proses pelaksanaannya.

4 comments:

Anonymous said...

woi, bodoh! mana ada nik nazmi nafi dia tak kata begitu, mana ada dia kata dia tak kata hudud tak sesuai, dia hanya pusing berbelit-belit saja. tu pun tak boleh paham ka? kalau betul tak salah, saman saja la nst dan bernama tu!

Anonymous said...

wei bengang anom 3;17
sapa yang tak bagi laksana hdud ni
bukan hangg ponya umgokk kahh
mcm2 la alasan depaa bagii
bengang sama cam hang gakk
nama jer islam tapi bengang....

Anonymous said...

suh nik nazmi mengucap balik

gapodio said...

Lani mahathir dah tak berkuasa, awat tak minta skali lagi nak buat hudud???Tu cerita lama, budak yang masa tu tak sunat lagi pun lani silap2 dah jadi bapak orang.. Kalau betul2 berkehendak, tiap2 tahun konsisten tulis surat kat Kerajaan Pusat minta nak buat Hudud. Ni cakap saja lebih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.