Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, August 27, 2010

PROVOKASI MEMBENCI MALAYSIA DI INDONESIA AGENDA SINGAPURA?

Mereka yang datang ke demonstrasi tersebut rata-rata dibayar untuk berdemonstrasi. Dari laporan yang saya dapat jumlah kedatangan demonstrasi tersebut adalah kecil. Saya pernah melihat demonstrasi yang lebih besar dianjurkan oleh Hizbu Tahrir Indonesia di hadapan Kedutaan Bangladesh Jakarta. Maka, oleh kerana kedatangan yang tidak memuaskan, terpaksalah mereka melakukan adegan provokasi yang lain seperti membaling taik dsbnya.


Apabila saya bertanya kepada teman2 berkenaan dengan demo ini, ada seorang teman saya yang berkata kemungkinan ianya adalah provokasi tajaan Singapura.

Agen kepada permainan sentimen anti Malaysia ini adalah stesen-stesen TV dan media2 cetak Indonesia. Umum mengetahui keseluruhan stesen2 TV di Indonesia adalah milik bekas-bekas kroni Suharto sebelum jatuhnya Suharto. Misalnya stesen MetroTV adalah milik Surya Paloh, salah seorang kepimpinan GOLKAR.

Saya yang berada di Indonesia boleh melihat trend yang dimainkan oleh media-media Indonesia yang begitu aktif memprovokasi rakyat Indonesia membenci Malaysia.

Sehingga kes-kes kecil pun diperbesarkan. Kisah penyiksaan pembantu rumah di Malaysia diperbesarkan sehingga seolah-olah semua pembantu rumah di Malaysia disiksa. Padahal, kes penyiksaan pembantu rumah berlaku di mana-mana termasuk Singapura.

Namun, semua media-media di Indonesia hanya menumpukkan serangan mereka ke Malaysia. Soalnya mengapa?

Saya naqal dari sebuah laporan Human Rights Watch:

Banyak pekerja domestik bekerja keras tanpa upah selama berbulan-bulan untuk melunasi hutang ke agen pengerah tenaga kerja, bekerja berjam-jam tujuh hari seminggu, atau terkungkung di tempat kerja mereka. Penolakan pemerintah Singapura untuk memperluas perlindungan tenaga kerja biasa ke para pekerja domestik membuka kemungkinan terjadinya penyalahgunaan terhadap mereka.-Kenneth Roth, direktur eksekutif Human Rights Watch


Namun media-media Indonesia hanya menumpu serangan mereka kepada MAlaysia semata-mata. Mengapa?

MENGAPA APABILA SINGAPURA MENCURI PASIR INDONESIA TIADA SIAPA YANG BERDEMO?

Benar, saudara/ri sekelian. Singapura telah dilaporkan oleh media cetak Indonesia sendiri mencuri pasir dari Pulau Batam/Riau untuk kegunaan penambakkan kawasan pantai mereka.

Cuba bayangkan pada tahun 1991 luas wilayah Singapura tercatat hanya 633 kilometer persegi, namun pada tahun 2001 wilayah Singapura bertambah luas menjadi 760 kilometer persegi. Singapura bertambah luas 20 persen dalam jangka waktu sepuluh tahun!

Kes pencurian pasir oleh Singapura ini telah berlaku semenjak tahun 2001 lagi. Angkatan Laut Indonesia telah beberapa kali menangkap kapal2 korek Singapura yang bebas mencuri pasir laut sekitar Kepulauan Riau dan Bintan. NAmun, yang menghairankan tiada usaha dari media Singapura mendedahkan perkara ini.

(Untuk membaca berkenaan skandal pencurian pasir Indonesia, sila klik di sini)

SINGAPURA PELINDUNG KEPADA KORUPTOR2 INDONESIA

Dari sebuah artikel Asia Sentinel:
Indonesia believes the bankers took part in an astounding heist of more than US$13.5 billion looted from the Indonesian central bank’s recapitalization lifeline to 48 ailing banks. According to Indonesian authorities, the recipient banks, many owned by cronies and relatives of the ousted strongman Suharto, used much of the money for currency speculation, loans to affiliated business groups and repayment of subordinated loans and securities transactions instead of guaranteeing creditors’ deposits.

But more than that, an astounding 18,000 Indonesians considered to be worth more than US$1 million are living in Singapore, population 4.5 million, with an aggregate wealth of US$87 billion, according to a 2006 study, the “Asia-Pacific Wealth Report” by Merrill Lynch and the consulting company Capgemini. Indonesia, with a population of 180 million, has only 17,000 millionaires itself.

The city-state has always been a bolt-hole for Indonesian tycoons, many of them Chinese, a step ahead of the law or sporadic ethnic violence such as that which swept Indonesia after the financial crisis. Yunus Husein, Chairman of the Financial Transactions Report & Analysis Center in Jakarta, told reporters that the Indonesian embassy in Singapore had confirmed that some 200 debtors who owe money to the state had been hiding there since 1998.


Soalnya lagi, mengapa media2 Indonesia tidak membesarkan isu ini? Mengapa isu2 kecil berkaitan Malaysia sahaja yang diperbesarkan oleh mereka.

KORPORAT2 INDONESIA MENGELAK CUKAI DENGAN BANTUAN SINGAPURA?

Kalau Singapura boleh melindungi kroni2 dan kaum keluarga Suharto semenjak 1989, mengapa mereka tidak boleh memberi perlindungan kepada korporat2 ini? Pemilik2 media Indonesia ini rata2 menjadi kaya di zaman Suharto.

Perlindungan yang diberikan oleh Singapura kepada mereka dibayar balik dengan mengeruhkan hubungan Malaysia-Indonesia bagi menjamin keselamatan Singapura.

SURYA PALOH WAJIB DIHALANG DARI MEMASUKI MALAYSIA

Dalam demo anti Malaysia terbaru ini, nampaknya media2 Indonesia agak neutral kerana kegiatan mereka memburuk Malaysia selama ini nampaknya "backfire" ataupun mendapat respon negatif dari rakyat Indonesia sendiri.

Namun, METROTV milik Surya Paloh masih terus dengan serangan2 negatif yang berunsur fitnah terhadap Malaysia serta menghasut rakyat Indonesia membenci Malaysia.

SAya meminta Kerajaan Malaysia untuk "ban" MetroTV serta Surya Paloh dari memasuki MAlaysia atau menjalankan kegiatan beliau di Malaysia.

Sememangnya Surya Paloh ini satu penghinaan pada Malaysia dan rumpun MElayu.

Tulang Besi








1 comment:

Anonymous said...

maybe may not be..to run a country,u need money..billions of it..capital flight happend in 1998(mainly by the chinese becos of pogroms)..and most the those wang terbang ended up in sing banks..so,faham fahamlah..but,indons have also other genuine reasons to b angry at malaysia..bombings in indon by our gomen sponsered terrorists,ill treatment of indon workers in this country,pulau ambalat,...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.