Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, August 4, 2010

Singapore Sokong UMNO/BN

Beberapa minggu lepas, saya berjumpa seorang kawan saya yang bertugas di Singapura. Beliau rapat dengan beberapa pimpinan PAP di Singapura. Setelah berborak beberapa lama, saya mengubah topik kepada politik Malaysia. Saya agak terkejut dengan maklumat yang beliau berikan kepada saya. Mengikut maklumat beliau, Singapura/PAP telah mengeluarkan polisi baru, yakni memastikan kerajaan BN/UMNO dikekalkan sebagai kerajaan Malaysia.

Kawan saya berkata beliau telah bertemu beberapa orang pembuat polisi dalam kerajaan Singapura dan kesimpulan yang diberikan oleh mereka adalah serupa, yakni:

Menyokong dan memastikan kerajaan UMNO/BN yang ada sekarang dikekalkan serta membantu Najib Tun Razak mengekalkan kuasa beliau

Mengikut teman saya itu, Singapura amat membenci Anwar Ibrahim kerana Anwar dikatakan sebagai seorang Islamists dan akan memastikan Islam kuat di Malaysia dan Asia Tenggara.

Bukti jelas adalah sokongan tegar Anwar kepada Hamas dan GAZA. Kerajaan Singapura pula secara terbuka menyokong pembunuhan kejam rakyat Gaza secara terbuka. Ada khabar angin terdapat sekelompok tentera Singapura yang membantu Israel di dalam pembantaian Gaza, namun perkara ini tiada bukti. Cuma khabar angin.

Tindakan Anwar membuat pendedahan berkaitan APCO juga telah menaikkan kemarahan Amerika dan Israel/Yahudi. Apabila Amerika dan Yahudi marah, Singapura akan turut marah sama.

Singapura/PAP sudah pun berbuat beberapa persediaan untuk memastikan Najib dan UMNO kekal memerintah Malaysia.

Maklumat kawan saya ini mengingatkan saya kepada saat2 sebelum jatuhnya kerajaan PAS di Terengganu. PAda masa itu, saya adalah Pegawai Khas kepada PJ Selangor (dan masih kekal pada jawatan ini). Saya banyak berinteraksi dengan para wartawan dalam/luar negeri serta para penganalisa politik antarabangsa.

Yang menghairankan saya pada masa itu adalah semua wartawan dan penganalisa yakin PAS kekal memerintah Terengganu selepas 2004. Namun, yang berbeza pendapat adalah mereka2 dari Singapura atau mereka yang mempercayai laporan agen perisik Singapura.

Mengikut mereka, perisikan Singapura "ijma'" menyatakan Terengganu akan jatuh kepada UMNO/BN dan mereka telah memberi laporan seperti itu sejurus selepas Pak Lah naik ke takhta Perdana Menteri.

Hairan saya di mana Singapura dapat maklumat yang begitu jitu dan rahsia itu? Tidak hairanlah Dr Mahathir sendiri telah membuat tuduhan kerajaan Pak Lah ini pro atau dikawal Singapura.

Kekalahan PAS dipandang penting oleh Singapura kerana ia bermakna kekalahan Islam. Singapura lebih menyukai UMNO kerana UMNO boleh diharap untuk menghalang kemaraan Islam dalam kehidupan sehari-hari rakyat Malaysia.

Ia juga menjawab soalan mengapa Khairy Jamaluddin begitu kuat menyerang Anwar sejak akhir-akhir ini. Khairy telah dituduh oleh ramai dalam UMNO sebagai agen Singapura. Saya tak tau benar atau tidak, tapi tindakan Khairy menyerang Anwar adalah selaras dengan polisi Singapura yang membenci Anwar Ibrahim.

Sebagai penutup, tulisan saya ini bergantung sepenuhnya kepada maklumat yang kawan saya berikan ini. Saya tidak tahu perkara ini benar atau tidak. Cumanya, sejak akhir-akhir ini, hubungan Malaysia-Singapura nampaknya semakin rapat dan Najib terutamanya semakin intim dengan Lee Hsian Loong.

Bagi saya, sokongan Singapura kepada UMNO/BN tidak mengejutkan(kalau benar). Kalau saya jadi Singapura pun, saya akan menolong dan menyokong UMNO/BN. Saya tahu, selai UMNO/BN memerintah, Malaysia akan jadi lebih lemah dan lebih longlai tanpa saya perlu berbuat apa-apa. Juga, dengan amalan korupsi yang diamalkan oleh UMNO/BN, bermakna Singapura boleh membeli pemimpin-pemimpin di MAlaysia sekirannya saya memerlukan apa-apa dari Malaysia.

Dengan kata lain, kaedah terbaik melemahkan musuh adalah menggunakan musuh saya itu sendiri. UMNOCO akan terus melemahkan serta menjatuhkan Malaysia tanpa Singapura perlu melakukan apa-apa. Free sahaja pada Singapura.

Tak hairanlah, Lee Kuan Yew pernah membuat kenyataan umum bahawa dengan SD800 juta, beliau boleh membeli keseluruhan UMNO/BN.

Bagi saya, demi menjamin kemerdekaan Malaysia, haruslah kita lontar UMNOCO/BN ke dalam Laut Cina Selatan.

Tulang Bei

9 comments:

Anonymous said...

no need to b terkejut..dua dua gomen autoktarik..dua dua gholam amerika/isreal..dua dua phoney haprak materialists..dua dua paranoid retards..dua dua biznes comes 1st,working class man comes last n perlu dikambing hitamkan..

Grand Marquis said...

Kesian, TB nak jadi spin master untuk Anwar. Harap-harap mungkin Anwar boleh bagi peluang tanding PRU13 nanti.

Hanya berdasarkan kawan aku kata, TB dah boleh buat kesimpulan.

Sampai hari ni, TB tak berani nak komen pasal Anwar punya apology tour.

Anwar is islamist? he he... TB, hang duduk dizaman bila? Kalau zaman 80 dan 90an hang boleh tipu orang la. Orang melayu bukannya bodoh untuk ditipu (kecuali ada puak-puak tertentu). Anwar is Islamist... the biggest joke of the day.

Jalan Pulang said...

Singapura adalah pangkalan strategik Afro-Amerika di Asia... Sekiranya Malaysia di bawah pengaruh anti-Amerika maka sudah tentu Singapura tergugat, termasuk perdagangan dan kawalan kemaraan Islam di Malay Archipelago..

Lihat saja masalah di selatan Thai masih belum selesai sejak Malaysia dan Thailand ingin membina terusan di Segenting Kra, yg akan mematikan terus pelabuhan Singapura... Campurtangan Singapura dan Israel di sana akan terus menyaksikan selatan Thai bergolak sampai bila2...

Jgn diharap Umno-APCO membela nasib org Islam di sana krn Umno-APCO sememangnya menolak Islam!!

Anonymous said...

Dua2 aku tak percaya..
Najib mesra Yahudi
Anwar mesra Yahudi

So PAS anda harus berhati-hati

rakyat said...

Dua2 aku tak percaya..
Najib mesra Yahudi
Anwar mesra Yahudi

So PAS anda harus berhati-hati

Anonymous said...

islamik konon korang tu. gk diri sendiri la sembahyang cukup ke x? khusyuk ke x? amalan korang bagus ke x? sebelum asyik nak tuduh orang lain jer.

Carlos Abdullah said...

Good article.

We have a common enemy.

Anonymous said...

Kalau tulang besi ada berjumpa dengan kawannya yang bertugas di Singapura, aku pula ada berjumpa dengan beberapa orang Melayu dan Cina yang memang warganegara pulau Singapura.

Aku datang kepulau Singapura bukan urusan penting seperti menteri kabinet Malaysia cuma jalan-jalan cari makan disamping ingin melihat rupa bentuk bangunan kasino yang dikatakan terhebat dirantau asia pasifik. Kalau di Malaysia judi haram tapi di Pulau Singapura tiada hukum. Asalkan ada duit semuanya halal.

Bila menyentuh pasal nama Singapura sebagai Pulau Singapura, ramai rakyat dipulau itu tidak bersetuju menyebut sebagai pulau tapi kata mereka adalah lebih elok kalau disebut Singapura itu sebagai negara Singapura.

Betapa besar impian mereka terhadap sebuah pulau kecil jadi sebuah negara.

Apabila disentuh pula tentang ego pemimpin diantara Malaysia dengan Singapura....

...dalam media arus perdana di Malaysia selalu menggambarkan kononnya pemimpin Pulau Singapura diangap sebagai adek begitu angkuh sedangkan Malaysia sebagai abang sentiasa bersikap berlembut dalam menyelesaikan apa jua isu yang berbangkit diantara kedua negara seperti isu air, Pulau Batu Putih, Jambatan Bengkok, Tanah KTMB, Pasir untuk pembangunan dan menambak laut serta berbagai lagi.... ???

Dalam bab ini, warganegara pulau Singapura itu begitu tersinggong sekali sehingga mereka menjerit wartawan Malaysia penipu...!

Mereka berkata, masakan sebuah pulau boleh berlagak samseng dengan tanah besar kerana segala keperluan kehidupan mereka amat bergantung dengan tanah besar seperti Malaysia dan Indonesia...?

Isu air misalnya... Singapura dikatakan membeli dengan harga lebih kurang 5 sen setiap 1000 gelen air mentah dari sungai Johor, dan dikatakan juga setelah air diproses di Singapura air bersih itu dijual pula pada Johor dengan harga lebih kurang 50 sen setiap 1000 gelen...?

Mereka berpendapat cerita itu sebenarnya lebih sudu dari kuah.... malah mereka mempersoalkan apakah individu mewakili kerajaan Malaysia yang membuat perjanjian itu orang bodoh, atau orang itu mempunyai kepentingan kroni dan parti mereka, sehingga menyebabkan harga air jadi mahal...?

Sama juga seperti membeli kapal selam di Perancis. Persoalannya mengapa harga kapal selam yang dibeli oleh Malaysia lebih mahal dari harga dipasaran...?

Apa sebenarnya yang berlaku disebalik harga mahal dan siapa pula yang dapat keuntungan..?

Bagi mereka, kerajaan Singapura amat berpegang pada peraturan dan undang-undang antara bangsa. Malah amat menghormati Malaysia.

Polisi kerajaan Singapura adalah berkecuali dan tidak mencampuri urusan negara lain kerana mengutamakan keamanan serta kesejahteraan rakyat negara jiran.

Jika ada apa-apa tindakan itu bermakna ada orang dari negara tertentu meminta bantuan supaya Singapura melakukan sesuatu tindakan bagi kepentingan politik parti mereka. I help U, U help me...

Untuk mengetahui mengapa Malaysia kalah dalam perbicaraan sehingga terpaksa serahkan Pulau Batu Putih pada kerajaan Singapura, sila tumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang ada sekarang. Dan siasat secara terperinci dengan kerajaan Singapura. Pasti akan ada jawapannya.

Jangan tuduh kerajaan dan rakyat Singapura bersikap melampaui batas terhadap Malaysia, tetapi sila siasat latar belakang orang yang mewakili kerajaan Malaysia berurusan dengan kerajaan Singapura, apakah mereka itu minta rasuah atau tidak..?

Apa pandangan anda.... cerita dari kedai kopi di Pulau Singapura.. apakah cerita ini satu fitnah...?

Grand Marquis said...

Thank you wahai Mr. Zionis from an Islamist

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.