Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, August 27, 2010

UMNO Buka Kilang Arak Kerana Tunduk Pada Siapa?


NOTA EDITOR: Sememangnya UMNO adalah sebuah parti politik yang munafik. Suka menyebar fitnah dan pembohongan. Sedari mula PR memerintah lagi mereka sudah memainkan fitnah kononnya PAS diperkuda DAP. MAlahan, Dr Hasan Ali pun memainkan fitnah ini dikalangan ahli2 PAS dalaman (saya ada rakaman, jangan takut).

Soalnya sekarang, mengapa tiada siapa menyoal mengapa UMNO sendiri membuka kilang2 arak yang bersepah dan berderet itu? Bagaimana orang Melayu ISlam boleh duduk dalam lembaga pengarah Carlsberg dan Anchor? BAgaimana UMNO boleh izinkan industri arak berkembang di MAlaysia dan menjadi sumber kewangan negara (antaranya) sedangkan negara2 kafir di Scandinavia tidak mengizinkan arak dijual untuk keuntungan. Di Norway, iklan arak pun tidak diizinkan.

Jawabnya adalah UMNO MEMANG MUNAFIK. Contoh lain adalah Dr Mahathir mengisytiharkan MAlaysia sebagai sebuah negera Islam. TIdak berapa lama selepas itu, Dr Mahathir meluluskan lesen judi sukan/bola kepada Vinsetan. Tidak cukup setakat itu, Dr Mahathir lantik Vinsetan sebagai ahli lembaga pengarah Yayasan Perdana.

Hakikat sebenarnya, UMNO adalah agama tersendiri. Hukum halal dan haram tidak menjadi hukum dalam UMNO. UMNO bebas menghalalkan apa sahaja yang haram (i.e. arak, judi, qazaf, zina, fitnah, korupsi dsbnya). Mereka juga bebas mengharam perkara yang dihalalkan dalam Islam (i.e. pengunaan nama Allah oleh bukan ISlam). Dan UMNO juga bebas mengharamkan perkara yang diwajibkan/digalakkan oleh Allah (i.e. hudud dan Qisas, dakwah islamiyyah, ceramah di masjid, perubatan Islam, ).

Dengan kata lain, UMNO mengikut agama mereka sendiri bernama "AGAMA UMNO".

Wallahualam bissawab



XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Kilang arak: Umno melutut pada siapa
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 26 Ogos:
Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar bagai meludah ke langit, apabila mendakwa PAS takutkan DAP berhubung penutupan kilang arak di Selangor.

Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata, Noh yang juga Menteri Pertanian tidak sedar bahawa perkara dibangkitkan tersebut seperti meludah ke muka sendiri.

"Saya nak tanya lah, kalau kilang Carlsberg itu tak tutup sebab PAS takutkan DAP, maka Umno waktu buka kilang tu diorang melutut pada siapa?" soalnya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Beliau menyoal demikian ketika diminta mengulas kenyataan Noh dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini.

Noh dalam wawancara tersebut secara khusus mengaitkan nama Khalid dalam isu penutupan kilang arak tersebut.

Khalid katanya ada berjanji mahu menutup kilang arak jika Pakatan Rakyat memerintah Selangor, namun belum dibuat.

Khalid bagaimanapun menjelaskan Pakatan Rakyat Selangor masih baru dan dalam fasa memberi kefahaman kepada rakyat negeri itu dan tidak boleh bertindak melulu.

Jelasnya, lawatan ke kilang Carlsberg baru-baru ini kerana mahu bertanya sama ada pengusaha kilang tersebut mempunyai perancangan untuk berpindah tapak atau tidak.

"Berbanding Umno, mereka bangga letak kilang Carlsberg di pintu masuk Shah Alam.

"Seperti didedahkan bekas ahli Umno, Saifudin Nasution di parlimen, pemuda Umno ni 'berenang' dalam arak, sebab itu diorang tak peduli," katanya lagi.

Mengulas isu 'berbeza kitab' antara Selangor dan Kelantan yang dibangkitkan Noh, Khalid berkata bukan kitab yang berbeza tetapi suasana.

"Saya rasa Noh Omar tak mengaji Siasah Syar'iyyah, ini bukan masalah kitab berbeza, tetapi suasana dan realiti itu berbeza," katanya.

PAS Selangor, jelasnya sedang berusaha memberi kefahaman berhubung Syariat Islam termasuk kepada bukan Islam negeri itu.

"Bukan orang bukan Islam je menolak Syariat lslam sebab tidak faham, tetapi orang Islam sendiri yang menyokong Umno pun menolak.

"DAP tak halang kita memberi kefahaman Islam tetapi yang banyak halang kita dulu dan sekarang adalah Umno," katanya lagi.

Mengulas kesan kempen 'Selamatkan Selangor' yang dibuat Umno negeri itu, Khalid berkata beliau yakin rakyat Selangor adalah bijak, bermaklumat dan mampu menilai.

"Kita tak nampak akan menjejaskan kedudukan kita dan kita tidak akan halang kerja mereka," katanya.

14 comments:

JBS said...

Apa yang alahan sangat kita kepada DAP ni? Selama inipun apa yang DAP buat untuk susahkah hidup kita? Minyak naik, barangan naik, tekanan ekonomi...kerja DAP kah? Harapkan bangsa, bangsa yang pijak kepala kita untuk menkayakan kroni mereka saja. Lainlah Dato Hassan Ali (PAS), dia ni tak pernah hidup susah, dalam UMNO dulu pun berjawatan tinggi dalam kerajaan. Dia tak terasapun tekanan hidup rakyat, kerana dia asyik dipentas pemerintah aje, malah masih rasa terhutang budi kat UMNO lagi. Tak caya? Tanya Tun M.

Anonymous said...

saya setuju dengan tuan,umno dan pas sama saja!

cuma yang bezanya pas selalu mengaku alim dan memperjuangkan hukum allah tetapi sebenarnya hipokrit kelas 1

Anonymous said...

betul3

Grand Marquis said...

TB ni faham ke maksud munafik? Atau main guna aje istilah asalkan ia nampak buruk kat musuh awak.

Munafik ni ialah dulu kata lain, hari ni buat lain. Yang selama ni dok kata nak tutup kilang arak ialah PAS. Tapi bila berkuasa, tak tutup kilang arak pulak. Malah nak tolong majukan kilang tu (rujuk khalid samad). Itu munafik namanya.

Munafik ni ialah dulu kata nak haramkan jualan arak, tapi baru ada orang nak ban jualan arak di kawasan orang Islam, golongan ni pulak yang sibuk bantah.

Anonymous said...

UMNo tu iblis..n thier religion is MONEY..money junkies lah mereka..demi money,mereka sanggup rogol,tipu,rompak anyone n anything..

armouris said...

info tentang arak di SIHAT SELALU - Ketagihan Arak

Muhammad Azha said...

Lembaga Pengarah Guiness Anchor terdiri daripada 2 orang Melayu yang berkepentingan UMNO, dan sejak kilang Guiness Anchor ditubuhkan, memang ada orang melayu berkepentingan UMNO jadi lembaga pengarah mereka. Selagi UMNO ada, kilang itu tidak akan tutup sebab wang arak akan disalurkan dalam dana UMNO. Sama macam wang loteri kebajikan UMNO zaman pra-merdeka dulu, dan sama macam DS Najib luluskan 10 lesen judi baru, itu semua untuk dana UMNO.

Muhammad Azha said...

Lembaga Pengarah Guiness Anchor terdiri daripada 2 orang Melayu yang berkepentingan UMNO. Sejak kilang itu ditubuhkan di Sg. Way, memang ada melayu berkepentingan UMNO menjadi lembaga pengarah mereka. Selagi UMNO wujud, selagi itulah kilang arak disitu akan bertapak. Ini kerana wang arak akan disalurkan dalam dana UMNO. Sama juga macam wang duit loteri kebajikan yang UMNO wujudkan sebelum Merdeka dan DS NAjib luluskan 10 lesen judi baru. Wang itu semua untuk dana UMNO. Kalau tak mana nak ada duit nak buat program Juara Rakyat yang tak menjadi tu.

Anonymous said...

Tak payah nak reka cerita kerana umum mengetahui bahawa PAS enak makan najis DAP terutamanya ular pukimak PAS,Nik Aziz anak haram.Negara islam sanggup diketepikan sebab Kit Siang kata kalau teruskan agenda,ahli PAS takkan dapat makan lagi najis DAP,maka ular pukimak pun tunduklah.Yang terbaru di Kajang,wakil DAP masuk dewan semabhyang yg suci disurau.Nik Aziz tentunya akan diseksa dengan dahsyat sekali di neraka jahanam bersama pengikut2 PAS kerana telah menggadai maruah agama.

Anonymous said...

PAS dan UMNO sama?Fikirlah secara rasional dan berpaksikan kepada Islam,bukan fikir ikut nafsu je..

Anonymous said...

I’ve recently started a blog, the information you provide on this site has helped me tremendously. Thank you for all of your time & work.

Anonymous said...

Thank you, I have recently been searching for information about this topic for ages and yours is the best I have discovered so far.

Anonymous said...

Finally, an issue that I am passionate about. I have looked for information of this caliber for the last several hours. Your site is greatly appreciated.

Anonymous said...

Ya Allah berilah kami sedikit cahaya dari mu bagi mengatasi masaalah kami yang tinggi menggunung rasanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.