Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, August 22, 2010

UMNO Sekarang Terpaksa Bergantung Harap Kepada Pelacur2 Politik



Kasihan saya melihat UMNO sekarang ini. Orang2 dalam UMNO tiada kredibiliti sehingga terpaksa bergantung harap kepada pengkhianat dan pendusta seperti Ezam Mat Nor dan Zahid Hamidi. Tokoh-tokoh pelacur politik ini sekarang dijadikan hulubalang UMNO menyerang Pakatan Rakyat serta mereka yang tidak disukai UMNO.

Tokoh2 seperti Hasan Ali dan NAsaruddin Mat Isa, misalnya, tidak pernah menjadi bahan sasaran mereka sama sekali. UMNO sudah kehabisan modal. Mereka juga sudah kehabisan tokoh. Semua pimpinan-pimpinan mereka tiada kredibiliti untuk menyerang Pakatan Rakyat.

Misalnya, Ketua Penerangan mereka Ahmad Mazlan telah terdedah sebagai penipu apabila mendakwa FELDA membelanjakan lebih RM2 billion untuk tanam semula. Sedangkan syarikat2 lain seperti Sime Darby dan IOI membelanjakan tidak sampai 40% dari kos yang digunakan FELDA.

Presiden UMNO, Najib Tun Razak, tidak dapat menjawab banyak perkara dan lebih suka berdiam diri. Sikap penakut dan bacul Najib Tun Razak menunjukkan Najib juga tiada kredibiliti untuk menyerang PAkatan Rakyat secara berdepan.

Najib terpaksa menggunakan orang lain untuk membawa agenda-agenda UMNO i.e. FELDA-Ahmad Mazlan, Isu Kalimah Allah – Zahid Hamidi dan NGO2 lain, Isu Judi Bola – Awang Adek dan sekutu2 nya dsbnya.

Dan serangan terbaru Najib terhadap Anwar dalam isu Liwat, terpaksa Najib menggunakan pelacur politik seperti Ezam Mat Nor untuk melakukan kerja-kerja Qazaf beliau.

Selepas ini kita tidak tahu siapa lagi yang akan digunakan oleh Najib untuk menjalankan kerja-kerja kotor beliau.

Lebih menyedihkan agenda perpaduan pun Najib gunakan orang lain untuk menjadi agen beliau. Hakikatnya, agenda perpaduang adalah agenda UMNO yang mahu menggunakan PAS bagi tujuan menyelamatkan UMNO dari karam. Tiada kena mengena dengan hak atau kelebihan orang Melayu.

Selama ni pun, segala kontrak-kontrak dan projek-projek UMNO berikan kepada tauke-tauke Cina MCA. Tak payah nak bohonglah. Segala hak Bumiputra digadaikan oleh UMNOPUTRA dan kroni-kroni mereka kepada tokeh-tokeh Cina. Orang Melayu yang ramai hanya mampu melihat dengan lidah terjelir sahaja.

Malahan, dalam BOD Yayasan Perdana sendiri, si Vinsetan menjadi salah seorang ahli yang terutama. Ertinya, tokeh2 CIna, tokeh2 judi dan arak sudah sekian lama menjadi pendokong dan penyokong UMNO. Ia adalah kerana tokeh2 ini dapat member imbuhan yang besar kepada UMNOPUTRA dan kroni2 mereka.

Bersyukur sangat-sangat “Agenda Perpaduang” gagal. Saya tahu, mereka yang terlibat dalam usaha membawa PAS kepada UMNO satu masa dahulu masih lagi terliur dengan agenda ini. Mereka-mereka ini masih menyimpan niat di dalam hati mahu membawa PAS duduk dalam satu kelambu dengan UMNO.

Namun, penolakan oleh ahli-ahli PAS begitu ketara sekali menjadikan “Geng Perpaduang” terpaksa menyimpan hasrat mereka di dalam hati sahaja.

Setakat ini, Hasan Ali masih bebas dari hukuman atau dakwaan sedangkan beliau dengan jelas melakukan pengkhianatan kepada parti dan Pakatan Rakyat. Ini bererti agenda perpaduan masih segar bugar kerana mereka yang terlibat masih dilindungi oleh kepimpinan PAS yang ada sekarang ini.

Kemungkinan besar satu masa nanti apabila ada peluang, puak2 PErpaduang ini akan kembali membawa gagasan ini dan memaksa ahli-ahli menerimanya.

TUlang Besi

3 comments:

Anonymous said...

bagai mana pula dengan PKR ? DSAI ? Azmin ali ? bukan kah mereka juga umpama pelacur politik juga ?

Anonymous said...

Salam sjastra, Tidaklah menjadi masaalah lagi pada rakyat untuk memileh mana satu dari yg dua, umno bn atau pr ? Rakyat yg cerdik dan pintar tidak akan menjadi bodoh apabila di perbodohkan oleh media perdana lidah umno bn. Harapan rakyat terbnayk ialah perubahan yg meryakinkan. cukuplah dgn kerenah dan cakap tak serupa bikin oleh parti2 dalam bn. rakyat dah bagi banyak kali peluang untuk berubah, kali ini biar rakyat yg menjadi ejen perubahan. Pesan kepada pr, jgn lah menghampa harapan rakyat. selagi perjuangan itu suci, benar,iklas, yakinlah rakyat senantisa di belakang dan terus mendokong perjuangan pr. tq

Anonymous said...

baru semalam Pork Nik mengaku Pelacur di Kelantan semua sokong PAS, apa cerita???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.