Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, August 24, 2010

UMNO Yang Menghalang Perlaksanaan Hudud, Bukan Karpal

NOTA EDITOR: Harus diingat surat ini ditulis oleh seorang Perdana Menteri yang juga bertanggungjawab memberikan lesen judi bola kepada Vinsetan beberapa mingu sebelum Mahathir melepaskan jawatan sebagai PM

Yang jelasnya, surat Mahathir ini surat yang mewakili semua ahli UMNO dan juga mewakili pendirian rasmi UMNO berkenaan dengan hukum jenayah syariah. YAng lebih menyedihkan MAhazalim menggunakan hujjah2 dari Sisters in ISlam yang ditolak oleh majoriti ulama2 di Malaysia.

Dia kata KEADILAN adalah yang paling penting. Dengan kata lain, Mahathir tidak yakin akan berlaku keadilan sekiranya Hudud dilaksanakan. PAdahal Hudud adalah hukum dari langit.

Apa pun, Tok Guru Nik Aziz telah mengadap Mahathir dan menyatakan sekiranya Mahathir/UMNO tidak bersetuju dengan Enakmen Syariah Kelantan, silalah UMNO buat "hudud" mereka dan Kelantan akan laksanakan.

Yang paling menyentuh sanubari saya adalah apabila Tok Guru menyatakan kepada Mahathir sendiri bahawa ini bukan isu politik tapi ini adalah tanggungjawab semua umat Islam tidak kira parti.

Dalam keadaan itu pun, Mahathir tetap menolak kehendak kerajaan Kelantan dengan memberi amaran keras kepada PAS.

Tak heranlah manusia bernama Mahathir bin Muhammad Iskandar Kutty menolak perlaksaanaan hukum jenayah syariah. Manusia yang sama ini juga bergelumang dengan duit judi dan arak.

Malahan, taukeh judi terbesar di MalaysiaVincent Tan telah dijemput untuk duduk dalam Lembaga Pengarah Yayasan Perdana oleh Mahathir.

Bagaimana hendak berharap kepada penyokong judi seperti Mahathir untuk perlaksaanaan syariat Islam.

Dengan kata lain, hukum hudud di Malaysia tidak berjalan bukan kerana Karpal, tetapi kerana UMNO.

Lesen judi boleh bagi, hukum hudud dikengkang oleh UMNO.

Yang jelasnya, apabila matinya Dr Mahathir kelak, saya tidak akan membaca Al Fatihah atau menyembahyangkan jenazah beliau. Saya ragu dan was-was terhadap akidah beliau yang melayakkan beliau di solatkan dan dihadiah Al Fatihah, melainkan beliau bertaubat sebelum beliau meninggal dunia.

Tulang Besi






XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Di bawah adalah surat dari Mahazalim ke MB Kelantan menghalang perlaksanaan hukum syariah di Kelantan.


PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN


Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993
DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

15 Julai 1994

8 comments:

armouris said...

info tentang Dr. Mahathir di SIHAT SELALU - Rahsia Muda Dr. Mahathir

Anonymous said...

UMNO tu posion dwarf..dan si pariah malayali madey kutty tu certified batman frm hell..

Kita juga perlu mengakui bahawa terdapat unevolving egoist dick heads dlm pakatan..dan egoist dikheads ini terdiri drp sekular,ulama,brownie,blackie,yellowie..for far too long,western barbarism has afflicted asian societies,n till this very day,lots of asians try very hard to be a western arse lickers..they imitate becos they dont have the will, mind,soul power to pierce the veil..as a result lots of asian anglos have turned into western/mat salleh zombies,whores...same thing goes 2 para pundek mufti,pundit,swamis,priest n monks who r not only inert dungus,but becoming increasingly irrelevant..why?becos for f*kin centuries,they have kelentonged,adu dombo,bermantra,berpreachy n proclamied to be tuhan's right n left hands(as thoughlah tuhan vastness,grace is limited to a handfull of people!!)..both sekular,n orthodox religious chootias r endangered species..kedua2 kumpulan r ego freaks....both like to behave as though lah they have all the answers of the infinte..both think,thier version of laws r timeless n ultimate..haha..the more thy think like that,the deeper they sink into the abyss..

Anonymous said...

Malaysia is neither a secular nor a hudud country lah..malaysia has been a brain dead ultra bodoh materilaist country for the past 30 years..the late great iraqi jew david marshal said singaporeans r worshippers of the golden calf..well,malaysians r similar!!everthing has been basterdised to suit the whims n fancies of the ultra bodoh materialist,and these materialists also includes swamis,pundits,muftis,preachermans!pendek kata all belongs to pt barnum's freak circus!and the highly perceptive iraqi jew also said malaysia has been blessed with great leaders,n we see today,ther r plenty of fearless ,compassionate,warrior type of leaders,and practically all of them r in pakatan ..of course the momentum of brain dead secular kiasu bums n terancat akai inert mufti rotweillers masih "hiduP",but mega dynamic shits that's changing the fortunes/destiny of nations all over the world will eventually make them IRRELEVANT!!

Anonymous said...

Wahai cibai pundek chootia retard seculars!!wats appenin to your beloved secular countries eh?Most of EU nations n lucifer Yay!merika r failling one by one..ootang way over multi billions,debt/GNP ratio way over 300%,everthing spirlling downwards in2 the abysslah..n not surprising heads of EU nation n lucifer Ysy!merika r becoming pyshos!! Pazuzu Obama now has now increased covert operations in 75 countries,n French dickhead Sarkozy is now denying "human rights" to minorities like the THE ROMANS,just to please f*kin retard righ wingers..habislah those countries..mereka dah lama mentally,econimaclly,emotianally,spiritually bankrup,tapi drunken monkees ni tak nak mengaku that they r finished!!

Wahai al oonta al bodohstani imami..pasai apa hangpa asyik dok ambik imput dri al saudi al bantai bontot,al firaun raksasa mesir? ..bukankah kedua2 negara ni adalah 1st kelas anjing pariah Yay!merika..woi!!siapkah pendefen2 Palestitin dan Iran( yg sedang menunggu serangan dri tentera zionis amerika isreal)?Oo wait!!pemimpin negara 2 yg mengamalkan some of socialsm communism!Pelik ben ajaib!!Hah,masa krisis flotila,Vitenam telah mengkansel lawatan shimon peres..haha!!Brazil,Cuba,Venezvuela,peru,China..semua negara2 ini sedang mengamalkan some of form socialism!Bukankah hangpa pandai menyalak ooo..ini negara negara athesitt kafir laknat!!hah,negara negar yg telah dan sedang mempratkikan some of socialism/comunism(even thogh they r far from perfect),have the balls to defen muslim n otheres when ther is a crisis..hangap pandai jerit,n phak choo chenglah..

Anonymous said...

Tulang Besi adalah kelahiran daripada syaitan yang direjam sehingga hari kiamat...

Anonymous said...

//Tulang Besi adalah kelahiran daripada syaitan yang direjam sehingga hari kiamat...//

Piraah butoh chootia umno lanchau nut!!

Anonymous said...

VIVEKANANDA ON ISLAM: “Principles that we practise in our day-today life constitute the philosophy of nature and are likely to be a more acceptable religious philosophy of the enlightened future generation. Except in the religious ideology brought by Muhammad, I do not see this aspect effectively and practically implemented and well entrenched. It is my humble assertion that, though Hindu Vedic philosophies are immensely beautiful, without the day-today practical applications and approaches of Islam, they (Vedic principles) may not adequately serve the humanity.”

THE INDIAN MINDSCAPE:
Swami Vivekananda And Sri Aurobindo's Contribution Towards Regeneration of India

"Islam comes with a full-fledged spiritual soul and a mental and vital formation commensurable with that inner being and consciousness. It comes with a dynamic spirit, a warrior mood, that aims at conquering the physical world for the Lord, a temperament which Indian spirituality had not, or had lost long before, if she had anything of it. This was, perhaps, what Vivekananda meant when he spoke graphically of a Hindu soul with a Muslim body. The Islamic dispensation, however, brings with it not only something comple-
Page – 56
mentary, but also something contradictory, if not for anything else, at least for the strong individuality which does not easily yield to assimilation. Still, in spite of great odds, the process of assimilation was going on slowly and surely. But of late it appears to have come to a dead halt; difficulties have been presented which seem insuperable..."
The solution can come, first, by going to the true religion of the Spirit, by being truly spiritual and not merely religious, for, as we have said, real unity lies only in and through the Spirit, since Spirit is one and indivisible; secondly, by bringing down something – a great part, indeed, if not the whole – of this puissant and marvellous Spirit into our life of emotions and sensations and activities."
Sri Aurobindo

Anonymous said...

Ayo yo..dey!!..ini bangla punya orang vivekananda aravinda ada permit karja kaah utk cakap pasai caya punya tokong!!caya,3sami a/l 7 bukit gajanam mamanam boleh kasi tokong turun tau!!datok kasi toron,aya kasi toron,anuman kasi toron,nombor ekor kasi,cina menang,kutip duit!hah!!

ya ala,tuhan melayuku yg satu..lindungilah kami dri ajaran ajaran syrik sesat yg keluar dri pemuja patong kapiaq laknat..

arey hoh sambaaaaaah!caya auta singh a/l gholam singh(village:patiala)..cy punya cepuluh guru cakap lain kita SINGH IS KING CAKAP "POKO JGN KASI JATOOOH!!BONGGA MAKANEEEEEEH"!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.