Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, September 6, 2010

Bilik Gerakan UMNO di Sekolah KAFA Kelana Jaya



NOTA EDITOR: Berikut adalah sebuah artikel dari seorang blogger bernama Anak Bapa. Ia bertujuan menunjukkan betapa Khusrin Munawi ini tidak lebih dari seorang agen UMNO yang kerjanya hanya menghasut Paduka Sultan Selangor untuk menjayakan agenda jahat UMNO/BN.

Anak Bapa dah cakap sebelum ini bahawa Pengarah JAIS sememangnya balaci UMNO. Apa taknya. Apa saja yang menyentuh kepentingan UMNO dia akan tangkas bertindak umpama hero filem Tamil. Hujah dan kenyataannya tidak langsung mengambarkan kedudukan beliau sebagai ketua pentadbir Islam di Selangor. Entah apa nasihat yang diberi kepada Sultan kita pun tak tahu sehingga Sultan pun melatah.

YB Khalid dah pun cerita bagaimana dia sibuk yakinkan nazir di sebuah masjid di PJ Selatan supaya menerima kunjungan Najib baru-baru ini atas platform UMNO (lihat di sini). Lepas tu Ustaz Wan Ji pula dah keluarkan salinan surat daripada Mufti Selangor kepada Ketua Penolong Pengarah JAIS berhubung keharusan orang-orang bukan Islam masuk ke dalam masjid dan surau (lihat di sini).

Kalau kerja tak senonoh tu UMNO yang buat, Khusrin buat-buat tak nampak aje. Sebagai contoh aduan penduduk di SS5D Kelana Jaya berhubung UMNO menyalahgunakan sekolah KAFA (yang duduk di sebelah Surau Ittifaqiah) untuk dijadikan Bilik Gerakan UMNO SS5D. Dah bermacam aduan dibuat, dah berbuih mulut minta JAIS ambil tindakan, tetapi sampai hari ini JAIS tak buat apa.

Anak Bapa: Masih ingat lagi bagaimana penguatkuasa JAIS di bawah arahan Khusrin rampas (tendang pintu sampai pecah) Masjid Al-Hidayah SS3 Kelana Jaya ketika di bawah Khir Toyo.




1 comment:

Anonymous said...

Cuba baca article terbaru Hishamuddin Rais (Dari Jelebu). Sapakah yang dimasudkannya konspirator yang bekas pakar motivasi tuuuu......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.