Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, September 22, 2010

Boleh Pula Wakil Rakyat Bukan Islam BN Masuk Masjid???


NOTA EDITOR: Dalam sebuk-sebuk Khusrin Munawi menjalankan agenda UMNO/BN memarahi wakil2 rakyat DAP menghadiri program2 masjid, tiba-tiba beliau diam membisu apabila Kamalanathan, MP BN KUala Selangor, mencemar duli dan menghadiri majlis di Masjid Sungai Tenggi Selatan (rujuk gambar. Ini jelas mendedahkan KEMUNAFIKAN Khusrin Munawi sebagai Pengerusi JAIS Dan SU MAIS. JAIS dan MAIS sekarang ini menjadi kuda tunggangan UMNO di Selangor.

Inilah perangai UMNO, agama pun mereka guna untuk kepentingan politik mereka. Boleh pulak Kamalanathan, wakil rakyat BN/MIC masuk masjid. Takda pula kita dengar Khusrin Rahmat melalak ke sana ke mari.


UMNO, Kura-Kura dan Perahu

Sepanjang bulan Rejab, Shaaban dan Ramadhan kita telah dihidang dengan bermacam-macam berita berhubung kononnya berlaku penyalahgunaan Masjid dan Surau apabila Selangor berada di bawah pentadbiran PR. Dengan bantuan pihak media yang telah bekerja keras di sepanjang bulan-bulan tersebut, rakyat Malaysia telah diberikan gambaran seolah-olah Islam tercemar dan terancam oleh kerana sikap ‘tunduk kepada DAP’ khususnya dan pengundi bukan Islam secara umumnya. Menurut mereka lagi, ini dilakukan demi memperolehi undi, khususnya oleh pemimpin-pemimpin PAS dan parti PAS itu sendiri. Iaitu demi kuasa, kata mereka lagi, kesucian Islam sanggup digadai sehingga orang bukan Islam dibenarkan masuk kerana Surau dan Masjid. Kehormatan ummat Islam tercemar kerana terpaksa menerima sumbangan wang dari orang bukan Islam dan sebagainya.

Saya tidak berhajat untuk mengulas berkenaan isu bukan Islam memasuki ruang solat di Masjid atau surau, bagaimanapun kepada yang berminat bolehlah mengikuti keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Sehubungan dengan itu, bagi yang mengenali UMNO, segala bentuk dakwaan sedemikian rupa tidak akan mendatangkan apa-apa mudarat. Bagi yang mengenali peranan Pengarah JAIS dan MAIS sebagai kesinambungan wadah kepuraan UMNO dalam bersandiwara, ianya turut tidak memberikan sebarang kesan. Tetapi bagi yang masih ‘kabur’, saya sajikan beberapa keping gambar yang menjelaskan sifat UMNO yang berkura-kura berpura-pura, pembohong dan memutar-belit fakta tanpa syak lagi.

Gambar 1 & 2 :- Wakil rakyat (ADUN) UMNO memberi tazkirah di Masjid Lama Hulu Bernam dan Masjid FELDA Gedangsa. Adakah beliau mempunyai tauliah? Tidak pula ditimbulkan persoalan penderhakaan kepada DYMM Sultan Selangor oleh Pengarah JAIS.







Gambar 3 :- Ahli Parlimen Hulu Selangor bersama ADUN UMNO menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sg. Tengi Selatan. Semua tersenyum lebar dan tiada pula mendakwa di hina atau Masjid tercemar. Ahli Parlimen berkopiah yang telah mengeluarkan fatwa ‘penghinaan’ terhadap ummat Islam kerana terpaksa menerima sumbangan dari orang kafir, pun mendiamkan diri - mungkin kerana sibuk menikmati juadah raya. Saya juga difahamkan oleh seorang sahabat bahawa ada yang berkopiah kerana hendak bersikap tawaddu’, tetapi ada yang berkopiah kerana hendak menyorok ‘bald spot’. WaLlahu 'Alam.



Gambar 4 :- Pengerusi MAIS bersama Ahli Parlimen Hulu Selangor, yang digelar ‘Ustadz Kamal’ oleh beberapa perayu undi UMNO semasa PR kecil Hulu Selangor, hadir bersama dalam majlis gotong royong di perkarangan Masjid FELDA Soeharto. ‘Ustadz’ berkenaan memakai baju berlambang dacing walaupun di dalam kawasan Masjid. Pengerusi MAIS tidak pula memarahi beliau kerana membawa politik ke Masjid atau menanyakan samaada beliau telah bermandi hadas dengan niat dan cara yang betul.



Gambar 5 :- Jika tidak nampak lambang Dacing dalam gambar 4, jelas sekali dalam gambar 5 ini. Lebih hebat, ‘Ustadz Kamal’ bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta. Ke mana perginya Ahli Parlimen berkopiah dan mereka-mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya ummat Islam telah dihina?



Inilah yang dikatakan sebagai budaya pembohongan dan kepura-puraan mainan UMNO BN. Jika isu berhubung agama Islam pun mereka sanggup putar-belit demi menjaga kepentingan mereka, apatah lagi persoalan pengurusan kekayaan Negara. Ada yang memberitahu saya bahawa Khir Toyo sudah tidak beminat menjadi MB Selangor lagi. Hah! Sememangnyalah begitu! Setelah melihat pendekatan MB dan kerajaan negeri sekarang, pasti beliau menyedari jawatan MB tidak selumayan ketika UMNO bermaharajalela dahulu. Tugas dan kerja pula bertambah berat, pulangan pula hanya tinggal sedikit, tiada lagi ‘imbuhan’ sampingan dan yang dapat dikaut dari sisi kiri dan kanan.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

10 comments:

Anonymous said...

aku memang benci dgn umno ni...macm bagus jer..org lain buat salah..dia jer yg betul mcm haramjadah...

Grand Marquis said...

TB, kalau hang nak forward pun, buat sikit homework. Posting ni menyebabkan si Khalid Samad tu malu besar sebab kena belasah kaw-kaw.

SiamangBukit said...

Tak pandai2 mat pembangkang ini, yang jadi isu ini bila masuk ruang solat utama, iaitu dimana imam selalu sujud.
'Tazkirah' digunakan oleh sesetngah blogger untuk dramatize.
Kalau YB Sepang mahu beri sumbangan, buat lah kat luar ruang solat utama.

Anonymous said...

salam 1 syawal semua pembaca
-----------------------------

pengkaji sejarah eropah bermegah
megah bila emperor rom -justinian
memperkenalkan undang bertulis untuk
rakyat majmuknya.

Si wak kusrin, opiser jais nak balik
ke zaman pra justinian , dimana
raja bikin laws macam engishman bikin
law untuk anjingnya. Setiap hari anjing
akan menemui law baru yang menegahkannya ini bolih buat, itu tak bolih etc etc

Koran diturunkan pada awal sepanjang
awal hijrah adalah satu tamaddun untuk
untuk dunia kerna ia merupakan era
'codified laws' untuk manusia.

Inilah karma wak kusrin dan geng geng dia, tak dapat pahe-cerdik
tapi bodoh. Inilah dilema melayu yang
belajar khusus dalam bidang mereka
bagaikan race horse yang race dengan
gunakan 'tutup mata dari cahaya kiri kanan ' atau omputih cakap 'blinkers'
sekali sekali lihatlah horse-racind dari
tingkat hotel tingkat atas kat ipoh tu-
hotel 'california'casuarina. Satu pelajaran yang baik untuk ustad ustad...

Bila tv3-suku interview kamalanathan
pada malam pengundian hari itu, tak berenti-renti si tv-joki dok panggil sikeling tadi -abang kamal , abang kamal
[lebih 10x]. Apakehe si tv-joki melayu dah di1malaysiakan otaknya barangkali?

kita mesti accept mental-horsepower opiser gomen kita dari jabatan
agama agak kureng sikit . Amnya banyak opiser melayu dari agensi gomen lain pun ada masalah 'komplek g-o-l-f' [sindrom mencari hole-in-one merata rata walaupun ada isteri yang baik di rumah

khong khek khuat

Anonymous said...

Sememangnya Tulang Besi ni
BUTA HATI DAN MATA.Langsung tidak mengikuti perkembangan semasa.
Hanya tahu membuat fitnah saja.
Mungkin minuman pagi TB adalah CARLSBERG !

Khun Pana aka johanssm said...

Nanti dulu..
Itu semua masjid ponya hal..

Adakah ANDA berminat untuk jadi ahli umno?
Hubungi cawangan rangkai abadi..pukul nombor talipon ...
Cabutan hadiah misteri menanti anda !
Cepat ! Datang jadi ahli sememtara umngok belom bankrap..

Ganda wang anda
http://tukartiub.blogspot.com/2010/09/ganda-wang-anda.html

joey said...

betul kata ustaz marquiss tuu, biarlaa org bukann islam masukk masjid takperr janji org BN , org parti lain tak leh
nnati masuk paper lakk,
hang sapa nak lawan ckp depaaa, depa tu ngji agamaa tinggi tauuuu, wakwkakkwka, boloh ponyaa umngokk

Anonymous said...

TB, aku rasa kau perlu insaf cepat2 sebelum malaikat izrail cabut nyawa kau.

bunbinban said...

imam mazhab hadhari sahaj yg sujud time solat, makmun solat tak yah sujud...kah kah kah...siamang bukit, kalau bodoh jgn tunjuk kat org lain, simpan je dlm poket. org bukan islam masuk masjid kena tutup aurat tapi org islam tak yah sebab dia dah islam?. ha ha ha....salah satu nya lebeh afdal kalau di keluarkan jambul secukup rasa...ha ha ha...hancur la islam dpt kat puak siamang aka beruk ni....

wong abdullah said...

I would like to share with you a story from one of the lecture at Ialamic Outreach ABIM ;- there was this this 9years old and his friends playing football at a field next to a masjid. One day a man chased them away, shouting " kamu cina, kafir, makan babi, haram, jangan kamu dekat dengan rumah Allah "

Next this bunch of kids shifted their football game to a field beside a church. One day this boy accidentally broke a window at the church during a football game. He was damm scared when the pastor came out but he was so suprised at what the pastor said " boys please be more carefull the next time " and give them some sweets too.

So this naive 9years old converted to christianity during his teen but Allah's will; he fell in love with a muslim girl, became a muslim and happily married.

So my muslim brothers and sisters please dont be so narrow minded and please refer to the Holy Quran & Hadis and not some bias man made rules because of your political beliefs.

PS. maybe those guys from jais should attend some classes organised by Islamic Outreach ABIM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.