Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, September 11, 2010

Hubungan Keruh PERKASA-UMNO Sandiwara??

Siapa tak kenal Berahim Ali? Ku Li dulu panggil dia Berahim Katak. Dia boleh menyerupai apa sahaja. Sekejap boleh jadi musuh sekejap boleh jadi lawan lepas tu jadi musuh balik.

Pada Hari Raya Kedua, Berahim telah ditemuramah pemberita. Malaysiakini melaporkan:


Katanya, beliau agak terkejut mendengar kenyataan setiausaha agung Umno bahawa parti itu tidak mahu mengaitkannya dengan PERKASA.

"Bila kita minta sokongan Umno?" soalnya.

Sehubungan itu, Ibrahim menjelaskan bahawa PERKASA adalah sebuah NGO yang tidak ada kena mengena dengan Umno.

"Hanya kerana mereka tidak akan menyokong kami, itu tidak bermakna kami tidak mempunyai sokongan sama sekali," tambahnya.


Bukankah ini PERKASA yang sama yang telah berkempen menentang calon berbangsa Melayu di Hulu Selangor tempohari?

Dengan kata lain, PERKASA itu sendiri "cakap tak serupa bikin". Bolehkah kita percaya "perbalahan" terbaru UMNO/BN dengan PERKASA?

PERKASA <==> YAYASAN PERDANA <==> VINSETAN


PERKASA mendapat sokongan kuat dan padu dari Dr Mahathir Muhammad. Saya sendiri di dalam FACEBOOK berkali-kali mencabar ARMAND KETUA WIRA PERKASA supaya menafikan PERKASA mendapat pembiayaan dari Yayasan PERDANA. Sehingga hari ini cabaran saya tidak berani dijawab.

Mengapa saya sebut Yayasan Perdana? Ia adalah kerana tokeh judi besar bernama Vinsetan adalah salah seorang dari Ahli Lembaga Amanah (Board of Trustees)Yayasan Perdana.

Ertinya, kemungkinan besar Vinsetan adalah salah seorang dari penyumbang terbesar kepada Yayasan Perdana.

Malahan, bukan Vinsetan sahaja yang menjadi Ahli Lembaga Amanah kepada Yayasan Perdana. Terdapat ramai lagi tokeh-tokeh CIna yang kaya raya menganggotai Ahli LEmbaga Amanah Yayasan Perdana. Misalnya:

i. Tan Sri Dato' Francis Yeoh Sock Ping - YTL Corporation

ii. Tan Sri Dato' Lee Kim Yew - Country Heights

iii. Dato' Seri Lee Oi Hian - Mengikut FORBES, beliau berjumlah RM225
juta

iv. Dato' Sri Kua Sian Kooi - Kurnia Insurans (rujuk Forbes)

v.Tan Sri Datuk Tee Hock Seng - YB Senator

Dengan kata lain, yang menganggotai Ahli Lembaga Amanah Yayasan Perdana adalah hartawan-hartawan Cina yang mampu membiayai aktiviti serta operasi PERKASA seluruh MAlaysia.

Sekali lagi saya ingatkan, saya masih tidak mendapat penafian dari Armand Ketua Wira PERKASA bahawa PERKASA tidak mendapat pembiayaan dari Yayasan PERDANA.

Kesimpulannya, bagi saya, pertembungan BN/UMNO dengan PERKASA adalah sandiwara semata-mata. Tujuannya adalah:

1.0 Mengekalkan kempen menakutkan orang Melayu dengan momokan kononnya Melayu dalam bahaya (melalui PERKASA)

2.0 Pada waktu yang sama, mahu mengekalkan dan menambah sokongan bukan Melayu kepada UMNO dan BN (melalui BN dan UMNO serta kepimpinan Najib Tun Razak).

Cara terbaik bagi Pakatan Rakyat adalah teruskan dengan "service" kepada rakyat serta pendedahan korupsi UMNO dan BN. Jangan termakan dengan agenda Melayu tajaan PERKASA ataupun UMNO.

Tulang Besi



1 comment:

lurus said...

org melayu kebanyakannya adlah penganut agama islam...so kt sini PAS ada kelebihan. kalu ahli2 dan pemimpin PAS terus dgn agenda memertabatkan islam aku rasa kejayaan itu bukan mustahil..teruskan hubungan baik dgn non-muslim dan eratkan lg ummah. apa yg aku nampak ada beberapa isu yg dibngkitkan oleh umno tp PAS berjaya mnyelesaikan dgn baik hanya berlandaskan al-quran dan sunnah. teruskan semoga kemenangan terus berpihak kpd islam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.