Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, September 28, 2010

Kes Liwat 2 Anwar Sedang Merosakkan Ekonomi Negara

RIchard Branson, seorang jutawan dan tokoh korporat antarabangsa, menyatakan antara sebab utama pelabur tidak masuk ke Malaysia sekarang adalah kerana perbicaraan Anwar Ibrahim dalam kes Liwat 2.

Selepas pemberitahuan dari tokoh korporat yang terkenal dan antara terkaya di dunia ini, ayuh kita tunggu tindakan UMNO.

Samada UMNO benar-benar sayang dan menyayangi Malaysia ataupun hanya kepentingan politik sempit mereka semata-mata.

Apa yang saya nampak, sekiranya Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah Kangaroo Malaysia, keadaan pelaburan di Malaysia akan bertambah parah dan akan berterusan parah.

Yang akan menderita adalah rakyat Malaysia kerana pemimpin2 dan kroni UMNO akan terus merompak kekayaan negara untuk kepentingan peribadi mereka.

Tulang Besi

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Branson: Perbicaraan liwat Anwar jejas pelaburan
Sep 27, 10 3:51pm

Kongsi 0Usahawan jutawan Britain Sir Richard Branson berkata perbicaran liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini.


"Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia,” katanya pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur, hari ini.

"Saya fikir ia bukan isu utama tetapi yang pasti ia bagaikan duri dalam daging. Saya berpendapat ini telah berlarutan agak lama. Ini tidak baik di luar negara,” katanya .

Bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di Kuala Lumpur, Branson berkata, imej negara masih lagi penting kerana ia membolehkan kerajaan untuk menarik para pelabur dan pada masa yang sama, melaksanakan dasar yang lebih baik untuk melengkapinya.

Bekas timbalan perdana menteri itu yang dipecat dan dipenjarakan atas dua tuduhan berasingan membabitkan tuduhan liwat dan rasuah lebih sedekad lalu berkata tuduhan terbaru juga membabitkan liwat dengan pembantunya bertujuan 'membunuh' kerjaya politiknya.


Human Rights Watch menggesa Malaysia menggugurkan tuduhan berkenaan manakala kerajaan Amerika Syarikat pula memberi amaran bahawa ia sedang memerhatikan saga itu dengan dekat.

"Jika Malaysia lebih liberal, lebih ramai orang akan melabur. Jika anda pemimpin yang berani, anda sepatutnya menghapuskan perkara seumpama itu yang merosakkan reputasi negara,” kata Branson.

Usahawan Britain itu diminta mengulas sama ada dasar ekonomi dan pelaburan Malaysia pada masa ini akan terus mampan untuk pertumbuhan masa depan jika iklim politik boleh menjejaskan pelaburan.

Beliau juga berkata, iklim politik semasa tidak menjejaskan Malaysia dengan ketara tetapi kerajaan perlu mengambil langkah-langkah berani untuk menangani isu itu.


"Pada umumnya, saya rasa banyak yang boleh kami di barat ini belajar dari Malaysia dan kami sememangnya mahu belajar dari anda," kata Branson yang dilaporkan mempunyai nilai kekayaan bernilai AS$4 bilion.

Pengasas Virgin Group itu mengembangkan perniagaannya kepada dunia muzik, pengembaraan udara, mudah alih, perhotelan, aeroangkasa dan lain-lain dengan sekitar 200 syarikat di lebih 30 negara.

Usahawan berjaya itu meraikan ulangtahunnya yang ke-60 baru-baru ini, turut memaklumkan pentingnya melakukan kerja-kerja kemanusiaan di kalangan usahawan memandangkan mereka mempunyai sumber kewangan dan kemahiran keusahawanan yang cukup untuk membantu mereka yang memerlukan.


"Dengan kekayaan yang berlebihan, ia seiring dengan tanggungjawab. Saya rasa pemimpin perniagaan mempunyai keupayaan dan pengalaman yang ahli politik tiada,” katanya.

Sesi khas itu diperantarakan oleh bekas wartawan CNN, Lorraine Hahn.

Forum dua hari yang bertemakan "Dawn of the New Decade" bermula hari ini.

Ia akan menyaksikan perbincangan dari 19 pakar terkemuka antarabangsa, berkongsi pendapat mengenai pilihan pelaburan di Asia dan cara untuk mengukuhkan portfolio pelaburan.

9 comments:

sufee said...

Memang betullah kata branson suka tak suka kes fitnah terhadap anwar akan memakan diri dan jelas negara menerima akibatnya. Umeno dan kroni tak rugi rakyat yg susah.

Satu yg menarik tentang kata branson "dgn kekayaan yg berlebihan,ia seiring dgn tanggungjawab" ini bunyi betul2 islamik, tanggungjawab inilah yg diperintahkan oleh islam keatas org2 kaya muslim yg diberikan Allah harta kekayaan yg banyak dan melimpah ruah supaya membantu yg susah. Sebab tu si branson ni berjaya pasal dia ikut cara islam!

Grand Marquis said...

Apakah TB nak pelabur masuk Malaysia sebab Malaysia ni negara yang menghalalkan homosek?

Richard Branson itu sendiri adalah individu yang bukan saja diragui keperibadiannya, tapi terserlah keburukan serta kejelekan gaya hidup. Beliau juga antara pemilik kelab Gay yang pertama di UK.

Apakah TB mengambil orang sedemikian menjadi sandaran dan rujukan?

Disini juga terserlah kejahilan TB kerana sanggup ambil dari sesiapa saja asalkan ia menguntungkan ideologi politik sempit anda.

Anonymous said...

to sufee, kesian kat hang

Grand Marquis said...

Apakah ini standard manusia pujaan TB

Anonymous said...

Grand Marquis said...
Apakah TB nak pelabur masuk Malaysia sebab Malaysia ni negara yang menghalalkan homosek?

Mungkin anda orang yang bijak memutarbelitkan fakta tapi anda tidak nampak bijak memahami maksud yang disampaikan Richard Branson...

Maksud yang ringkas tapi padat oleh ahli perniagaan itu adalah berkaitan dengan pelabur, sistem perundangan negara dan kerajaan yang memerintah.

Kes liwat II itu adalah punca menjadikan pelabur takut nak melabur dalam negara. Sistem kehakiman dinegara ini dilihat tidak telus, berat sebelah. Setelah sekian lama dibicarakan sehingga kini tidak selesai. Apa motifnya...?

Itu menunjukkan bahawa kerajaan juga dilihat bersubahat dalam kes tersebut.

Bagaimana seorang pelabur boleh dapat keadilan dalam mahkamah Malaysia kalau kes seperti Liwat II itu memang sah bercelaru antara bukti kes, fakta, dan rekacerita tapi hakim masih meneruskan perbicaraan....?

Richard Branson adalah ahli perniagaan, beliau bercerita tentang perniagaan, keuntungan dan keselamatan... sedangkan ekonomi negara setiap hari merundum dan menguncup. Grand Marquis tidak mahukah mencari punca mengapa ekonomi negara jadi begitu.

Atau anda akan mengatakan bahawa ekonomi negara merundum kerana perdana menteri Malaysia sedang dalam pembelajaran cara bagaimana nak berniaga...?

Apa kena mengena antara pelaburan dengan homosek..?

Jangan bagi tahu orang lain bahawa penyokong UMNO Baru memang bangang....!

Anonymous said...

kahkahkah..kesian najubori who was at NYSE to promote 1 tetek..

From $44 To $4 In Less A Second: Today's Flash Crash Brought To You Courtesy Of The Nasdaq And A Clueless And Corrupt SEC
Submitted by Tyler Durden on 09/27/2010 12:34 -0500

"Today's reverse engineered HFT algo strategy: if price drops more than x% in a millisecond, then enter order y% below bid, else pull all bids, especially when price is 90% below most recent NBBO posted a mere second earlier. Which is precisely what happened to Progress Energy (PGN), which dropped from $44 to $4 in less than second, but not in quantized fashion (i.e. fat finger), but in a gradual, than exponentially accelerating manner, as an algo took out all the bids. We can't wait for this week's 21st sequential outflow from equity funds: luckily investors are now all too aware that holding a stock, any stock, is dangerous to one's sanity, not to mention stop loss orders. And where the hell was the circuit breaker on this one? The market is and continues to be a miserable joke, especially courtesy of Nasdaq and the 160 trades in PGN that occurred at ridiculous, HFT-exaggerated prices. And of course, all those lucky fools who bought the stock at a 90% discount are about to be DKed, because it is Nasdaq's prerogative to protect its HFT paying clients, and not investors.

And here is the stepwise drop from $44 to $4, with no circuit breakers being activated. Total and absolute farce. In China someone would have taken a bullet for this. Only in America do the regumalators demand greater budgets, and year end bonuses, to continue their worthless shitjobs."
http://www.zerohedge.com/article/44-4-less-second-todays-flash-crash-brought-you-courtesy-nasdq-and-broken-circuit-breakers

Anonymous said...

Kesian si butoh bodoh najubori..always hedging wrongly..kahkahkahkah..too bodoh punya pasai,.si pariah malayali mahaptuih! kutty asked kaki raba2 pungkoq JJ ambik suitcase penuh with millions to sogok IQ75 dumbya Bush..kahkahkahkah..n now..d pisang rajas,whores of babilon @BNM n Bursa kasino, hantu tetek n her isteri najubori r all Q-ing up 2 suk pazuzu obama's air manek..hiphip hoorey!!yay!!:-)

Anonymous said...

kaAAh..KAHKAHKAHKAH!..ANOTHER ANGLO BITES THE DUST!HEY!!HEY!ANOTHER ANGLO BITES THE DUST!!..SILA BACA!

S&P Puts MONSTER Price Tag On Anglo Irish Bailout, Spreads Widen To New Record, Stocks Tank

Joe Weisenthal | Sep. 28, 2010, 3:49 AM | 1,206

Good morning. Your day starts in Ireland, where S&P has come out and estimated that the ultimate price tag of bailing out Anglo Irish Bank could exceed 35 billion Euros.

Irish-German 10-year bond spreads have hit a record spread of 455, according to ForexLive.

The government has rushed out and said they won't be defaulting. That never does much good.

Ireland's ISEQ index is getting off to a very weak start.


Read more: http://www.businessinsider.com/sp-puts-monster-price-tag-on-anglo-irish-bailout-spreads-widen-to-new-record-stocks-tank-2010-9#ixzz10xIPZBKd

Anonymous said...

GM otak hang memang kantoi.Hujah hang makin lama makin merapu, kalau nak spin belajarlah dari master. Richard Branson cakap pasai bussiness persipsi.Siapa nak melabur kalau persipsinya negatif kecuali orang gila macam hang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.