Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, September 21, 2010

Lagi Bukti UMNO Tolak Hudud

NOTA EDITOR: Di dalam UMNO sebuk-sebuk menuduh PAS mengorbankan "prinsip", terdedah lagi bukti penolakan hukum hudud oleh UMNO. Mengikutpakar perlembagaan negara, Prof Aziz Bari, Perlembagaan Malaysia tidak perlu dipinda bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan. Cukup dengan meluluskan sebuah akta khas di peringkat Pusat.

Menjadi maklumat umum bagi meluluskan sebuah akta, cukup dengan majoriti sahaja di Parlimen dan tidak perlu 2/3 ahli Parlimen menyokong. Bererti cukup dengan ahli-ahli Parlimen beragama Islam mengundi.

Dengan kata lain cukup ahli-ahli PArlimen UMNO dan PAS mengundi untuk membolehkan hudud dilaksanakan.

Sekiranya UMNO membentangkan undang-undang ini di Parlimen sudah boleh memastikan hudud terlaksana di Malaysia sekurang-kurangnya di Kelantan dan Terengganu.

Namun, jelas dan terang, UMNO menolak hudud dan mereka TIDAK AKAN SEKALI-KALI menyokong usaha menlaksanakan hukum jinayah Islam.

Itulah hakikatnya.

Tulang Besi

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Hudud : Tidak perlu pinda perlembagaan

Mon, Sep 20, 2010

Dalam Negeri

aziz_bari1 KUALA LUMPUR: Untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini tidak perlu membuat pindaan perlembagaan secara besar-besaran tetapi memadai dengan menggubal sebuah akta dan enakmen.

"Hudud hanya boleh dilaksanakan sekiranya kerajaan yang memerintah bersetuju untuk membentangkannya dan menyediakan prasarana yang diperlukan," kata pakar perlembagaan Prof. Dr Aziz Bari.

Beliau yang juga pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa berkata, "oleh kerana hudud adalah dasar PAS dan bukan keutamaan Pakatan Rakyat maka apa yang perlu dilakukan ialah menyakinkan rakyat.

"Apabila rakyat faham dan mahu hudud dilaksanakan kerajaan tidak ada pilihan. Di sini saya setuju dengan kenyataan yang pernah disuarakan oleh bekas presiden PAS, almarhum Datuk Fadzil Noor dahulu. Umumnya rakyat perlu faham dan sokong," ujar beliau seperti dilapor Harakah.

Beliau juga turut menjelaskan tentang kenyataan yang disalah erti oleh media kononnya hudud tidak boleh dilaksanakan dengan pendekatan yang klasikal.

Katanya, beliau bercakap dengan media yang tidak boleh memahami hudud; sebenarnya beliau mengatakan bahawa pelaksanaan hudud dalam negara moden seperti Malaysia perlu dibuat dalam konteks perlembagaan dan undang-undang.

"Dan ini telah pun diikuti dalam pelaksanaan hukum Islam yang lain seperti perbankan Islam, undang-undang keluarga Islam dan seterusnya.

"Kita boleh belajar dari pengalaman masyarakat Islam silam tetapi akhirnya apa yang perlu ditangani sekarang inilah yang menentukan. Prinsipnya tetap dan sama tetapi pelaksanaan menuntut kebijaksanaan dan pengubahsuaian," tegas Aziz.

3 comments:

Anonymous said...

Aiyo!! Stealing means hand chopped. Adultery means penis chopped. Killing means head chopped.

Which UMNO fellas want to be either handless, penisless or headless?

Simple, isn't it?

Anonymous said...

Komen Karpal Singh:-
"LANGKAH MAYAT SAYA DULU KALAU NAK MENUBUHKAN NEGARA ISLAM..."

TB... Jangan Jadi BODOH !

Allah mengetahui segala2nya .

Anonymous said...

Kita patut risaukan golongan dalam PAS yang menolak Hudud. Itu lagi serious. Umno tolak Hudud kita suda lama tau.

Sekarang TGNA baru tersedar golongan yang menyanjungnya selama ini menolak hudud dan sebanarnya mempunyai agenda lain dalam PAS.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.