Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, September 27, 2010

Sambutan Ramadhan di Selangor MENAKUTKAN UMNO

Mengapa saya kata begitu? Ramadhan di bawah kerajaan PR sebegitu meriah sehingga orang bukan Islam pun turut serta meraikannya. Dari maklumat dalaman UMNO yang saya dapat, kekuatan UMNO semakin lemah tiap kali berlalunya Ramadhan. Ini kerana sambutan Ramadhan di surau-surau dan masjid-masjid seluruh Selangor JAUHHHH lebih meriah dari sewaktu UMNO/BN memerintah Selangor.

Masjid2 dan surau2 dipenuhi dengan ibadah2 seperti iftar, solat jemaah, solat tarawih jemaah, tazkirah dsbnya. Berbeza dengan sewaktu di bawah Barisan Nasional, masjid2 dan surau2 diberi kebebasan untuk melakukan program-program ibadah. Maklumat yang saya dapat fenomena ini juga diakui oleh pihak yang duduk di "kayangan" di Selangor.

UMNO jelas takut dan risau berkaitan fenomena ini. Mereka melihat sokongan orang Melayu kepada mereka jelas menurun setiap kali selesainya Ramadhan di Selangor. Pengundi-pengundi yang berumur di Selangor semakin lama semakin tidak menyokong UMNO dan Barisan Nasional selepas selesainya Ramadhan.

Maka, mereka pergunakan JAIS dan Khusrin Rahmat untuk menaikkan isu2 remeh seperti masukknya YB Teo ke dalam surau. Semua untuk merosakkan suasana Ramadhan di Selangor yang jelas MERUGIKAN UMNO.

Tak heranlah dalam memorandum Pemuda UMNO kepada MB Selangor, perkara ceramah dan tazkirah dinaikkan sebagai isu yang besar. Hakikatnya, mereka takut dengan ceramah dan mereka takut dengan tazkiran.

Terimalah hakikat semakin ramai yang memahami ISlam, semakin ramai yang akan meninggalkan UMNO.

Tulang Besi

8 comments:

no man parti said...

BN akan hancur x lama lg..PAS boleh menerajui negara selagi tetap berjuang berlandaskan al-quran dan sunnah. lihat betapa kecohnya parti2 nasionalis skrg...so umat islam hanya akan memilih parti yg betul2 ikhlas dgn islam...insyaallah...

Anonymous said...

Pak bakaq, memang benar kata-kata anda. Sebab itulah apabila saja BN/UMNO memerintah perkara pertama yang akan mereka buat ialah mengambilalih pentadbiran masjid dan surau-surau. Di Terengganu AJK JKKK yang menguasai kampung itulah yang menjadi AJK surau dan masjid. Mereka selalunya orang UMNO yang malas mengimarahkan masjid dan surau-surau. Mereka yang istiqomah dalam menghidupkan surau dan masjid ialah orang PAS tetapi mereka di pinggirkan dari memegang pentadbiran masjid. Sudahnya masjid tidak dimakmurkan. Tazkirah dan ceramah disekat. tauliah untuk individu tertentu dinafikan. Mereka membenarkan masjid dilawati pimpinan UMNO untuk sebarang program tetapi orang PAS diharamkan sama sekali menggunakannya. Akibatnya, masjid tidak menarik anak-anak muda untuk dilawati dan dimakmurkan golongan itu. Golongan tua yang dicap pembangkang pula dinafikan peluang memakmurkannya juga.

Alangkah sedihnya. UMNO memang perosak Islam!

Anonymous said...

Takdir sudah sampai.UMNO/BN akan bungkus pada GE13 ni.Yang hak tetap hap yang batil akan musnah jua.Itulah janji Allah.Apa pun kata dan muslihat kita tiada gunanya, kerana Allahlah yang paling berkuasa dan tiada apa2 akanterlepas dari ketetapanya.Amin

Anonymous said...

Meriah Ramadhan nya cukup terasa, bukan setakat tazkirah, malah ada kuliah zuhur dan kuliah asar selain kuliah subuh. Follow tak follow ajaelah. Makna nya Masjid dan surau cukup hidup di bulan ramadhan, malam nya seperti siang dgn ramai orang datang masjid utuk qiamulail.

serious, dulu tak rasa macam ni.

Anonymous said...

Nemang betul UMNO ni dah tak ada cara lain nak sekat Pegaruh Pr dalam Masjid masjid di selangor hingga mengunakan JAIS.Mengarakan Khusrin untuk masuk campur hal Masjid yang telah di tawan oleh orang PR .Khusrin ni memaksa Nazir di masjid cahaya iman untuk melantik Ahli UMNO yang Taik Judi untuk jadi Pegawai Akad Nikah serta Menjadi bilal di Masjid Contry Home Rawang.Hj Shaari terkenal dengan taik Judi di Flat sungai Besi tiba tiba lilit serban belakon baik tunjuk alim datang duduk Contry Home nak ambil alih tugas Iman dan pegawai Masjid kononnya restu JAIS.

ali hasan said...

agaknya siapakah gerangan EXCO AGAMA Selangor yang bertanggungjawab ke atas kemakmuran ramadhan di Selangor??

semestinya dia seorang yang hebat, hinggakan kelantan pun nak mencontohi selangor dlam memakmurkan masjid dan ramadhan.

siapa agaknya TB?????

Anonymous said...

puasa pun jadi mangsa politik puak puak yg gunakan agama ni... jadi le hamba allah bukan hamba politik...hidup PAS...pi la bagi tazkirah kat kapal tu... moga terbuka hatinya....

Anonymous said...

Kepada Saudara Ali Hasan.

Suasana Ramadan meriah dan berlainan bestnya dari yg lepas2 bukan kerana exco ugama nya yg hopeless itu.

Ini semua dari kesedaran rakyat umum dan orang yg inginkan keredhaan Allah.

Dato exco tu tak buat hapa2 pun.


Cuba tuan2 bayangkan. Dengan exco anti PR pun, suasana Ramadhan boleh jadi begini. Kalau dapat digantikan dgn exco yg betul ikhlas, terkincit-kincit UMNO.

Selangor tak kan jatuh kepada UMNO lagi!

Allahu Akbar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.