Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, September 7, 2010

Saran Pengerusi Surau Al Huda Saman MAIS RM20 Juta

NOTA EDITOR: Sebagai seorang Islam yang membenci fitnah UMNO, saya menyarankan bekas Pengerusi Surau Al Huda supaya menyaman MAIS dan Khusrin Rahmat dengan jumlah RM20 juta.

Sesungguhnya, MAIS dan Khusrin telah menyalahgunakan agama untuk kepentingan UMNO dan Barisan Najis.

Sekiranya tidak, selepas ini UMNO akan terus menerus menggunakan MAIS untuk menjalankan kerja-kerja politik kotor mereka.

Wallahualam




Jawatankuasa surau nafi dakwaan Najib MP Teo sampaikan tazkirah
TERKINI @ 09:25:29 PM 06-09-2010
Oleh Clara Chooi
September 06, 2010


KUALA LUMPUR, 6 Sept – Pengerusi jawatankuasa pengurusan Surau Al-Huda Azemi Ahmad yang dipecat Mais menyangkal dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching menyampaikan “tazkirah” ketika mengadakan kunjungan ke premis itu akhir bulan lalu.

Azemi memberitahu The Malaysian Insider bahawa perdana menteri memperoleh maklumat yang tidak tepat kerana Teo (gambar) tidak sama sekali menyentuh soal-soal berkaitan dengan agama.

“Jelas, beliau (Najib) memperoleh maklumat yang salah. Teo hanya bercakap mengenai skim pinjaman pendidikan yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor untuk memasuki universiti awam.

“Menyampaikan tazkirah bermakna beliau kena sentuh isu-isu agama, untuk bercakap mengenai Islam. Beliau tidak berbuat demikian,” kata Azemi ketika dihubungi hari ini.

Justeru tegas beliau, Teo dan jawatankuasa pengurusan tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Ketika berucap di Gombak sempena majlis berpuasa semalam, Najib bertegas Teo telah melanggar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan apabila beliau memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang pada 22 Ogos lalu.

Najib berkata, fatwa yang dikeluarkan Mac lalu adalah jelas bahawa bukan Islam mesti memperoleh kebenaran daripada masjid dan mengenakan pakaian sopan ketika memasuki kawasan masjid dan surau.

Teo memasuki ruang solat surau itu pada 22 Ogos lalu tanpa mengenakan tudung tetapi menegaskan beliau berbuat demikian dengan kebenaran pengurusan surau.

Najib yang juga Pengerusi Umno Selangor berkata, Teo telah melakukan satu lagi kesalahan dengan menyampaikan tazkirah ketika kunjungannya.

Azemi juga menegaskan bahawa Teo tidak melanggar fatwa ekoran kegagalannya mengenakan tudung apabila memasuki ruang solat surau berkenaan.

“Ia hanya sopan untuk memakai tudung. Beliau bukan Islam, jadi tidak semestinya wajib bagi beliau memakai tudung... ia hanya pilihan, dan digalakkan,” katanya.

“Sebagaimana saya kata tadi, sebagai seorang bukan Muslim, ia bukan satu kemestian. Ia satu obligasi dan wajib bagi Muslim memakainya,” kata beliau.

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga tidak bersetuju dengan Najib bahawa Teo telah melanggar fatwa.

Kata beliau, fatwa itu dengan jelas menyebut bahawa bukan Islam boleh memasuki kawasan masjid.

“Saya tidak akan fokus pada soal tazkirah kerana saya tidak hadir ketika Teo menyampaikan ucapan. Tetapi sudah pasti, sebagaimana saya sebutkan sebelum ini, surau tidak harus digunakan untuk tujuan politik.

“Tetapi, fokus saya sekarang ialah sama ada bukan Islam boleh memasuki masjid, dan jawapannya ialah Ya,” kata beliau.

Mengenai tindakan Teo tidak mengenakan tudung atau skarf, Asri berkata, ramai ahli Umno juga berbuat demikian.

“Ia bukan satu kesalahan dalam kes Teo kerana beliau bukan seorang yang beragama Islam,” kata beliau yang berpendapat bahawa mereka yang memasuki masjid perlu menghormati dengan menutup aurat.

“Seperti juga, jika saya hendak pergi ke pejabat perdana menteri atau pejabat menteri besar, saya perlu mengenakan pakaian yang sopan untuk menghormati budaya tempat itu. Ini fahaman bersama,” kata Asri.

Bagaimanapun Asri menekankan bukan kesalahan Teo kerana tidak mengenakan skarf ketika berada di Surau Al-Huda.

“Ia kesalahan jawatankuasa masjid, bukan Teo. Mereka sepatutnya memaklumkan beliau, dan jangan mengharapkan beliau mengetahuinya kerana beliau bukan beragama Islam.

“Sebagai umat Islam dan penyelia masjid, jawatankuasa seharusnya memaklumkan kepada beliau,” kata beliau lagi.

Sehubungan itu beliau menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan agar mengadakan taklimat kepada semua jawatankuasa surau dan masjid untuk menentukan prosedur yang betul bagi mengelakkan salah faham seumpama itu berulang.

“Siapa tahu, kemungkinan mereka mengubah fatwa sekali lagi kerana mereka melihat amalan yang berbeza di luar negara. Mereka mungkin melihat (Presiden AS) Barack Obama memasuki masjid dan mereka mungkin mengubah fatwa.

“Kita perlu ada banyak keseragaman dan kita perlu menasihatkan jawatankuasa masjid tentang apa yang mereka perlu lakukan,” katanya lagi.

Bagaimanapun Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bersetuju dengan Najib bahawa Teo telah melanggar fatwa yang sedia ada keputusan dibuat Majlis Fatwa Kebangsaan terpakai kepada semua termasuk bukan Islam.

“Ia satu undang-undang dan semua orang terikat dengannya. Dalam kes ini, beliau bertindak bertentangan dengan fatwa kerana beliau tidak menutup rambut ketika masuk ke surau dan beliau juga menyampaikan ucapan di ruang solat,” kata beliau.

“Bukan Islam boleh masuk masjid, tetapi mereka juga mesti menghormati peraturan dan kesucian (premis). Ini bermakna mereka mesti tutup aurat,” he said.

9 comments:

Anonymous said...

Tu la orang-orang PAS, Pandai Menuduh, Pandai Tuding Jari, Pandai Lempar Tahi....

Apa yang depa buat..
Pandai buat honar, bising sana-bising sini, hari ni cakap lain, besok cakap lain....
jenis lidah biawak macam LGE.

Sepatutnya.. jika nama parti Islam.
Ajak manusia buat kebaikan.
Yang tidak betul, perlu dinasihat.

Tapi orang-orang PAS suka kepada lidah bercabang...macam kafir LGE.
kih.. kih...

Bagaimana nak perintah negara.
Pungkor sendiri pun penuh Tahi dan berulat lagi.

Kata dulang, paku serpih.
Mengata orang, PAS YANG LEBIH.

IbnAbdHalim said...

Salam TB,

Apa nak dikatakan? UMNO dah nazak. What they do they try to play god. Kot-kot Melayu nak sokong, tapi yang sokong hanya Melayu karat biru. Itupun yang jenis tongong punya. Adalah juga segelintir penyokong Pas yang sealiran dengan mereka yang termakan dakyah UMNO.Mereka ni yang jenis tak mahu ngaji. Macam UMNO gak. Jenis mereka ni ibarat Nasrani gak. Apa yang diharamkan Allah mereka halalkan dan apa yang dihalalkan Allah mereka haramkan.

Anonymous said...

Kalau nasir surau aku benarkan seorang MP cina berucap lepas solat, tak bertudung dan bercerita pasal politik, PASti aku akan maki dia. MP DAP dibenar berucap sebab kepentingan politik PAS, itu saja.

Macam tu lah gelagat orang PAS, orang lain semua tak betul, dia saja betul. PM nak mengadakan majlis berbuka puasa pun dilarang, tapi berbuka dengan cina kapiak DAP ok...'PAS' MEMANG BAHALUL PUNYA PARTI!!!!

Anonymous said...

saman saman aje... inshaalah lepas tawan putra jaya... kes kita menang ...inshaaalah...

Khun Pana aka johanssm said...

Maaf sebentar.

Kalau saman mais adakah ini bermakna saman Rajagopal?

Setahu saya , Rajagopal tidaklah penting dari segi agama.
Chuma penting dalam hal istiadat Melayu.
Tapi haros fikir dulu dan bawa bincang kalau betol nak saman mais.
* tak perlulah kita besar-besarkan hal ni.Sebab memang tak ada larangan dalam hal orang bukan Islam masok /ziarah surau dan masjid.
Ini sudah terang benderang sebab ramai ustaz sudah jawab.
Chuma ustazumno yang putarbelit .

Anonymous said...

Syukur kepada Allah dengan peristiwa Teo memasuki masjid. Ada banyak hikmahnya. Kepada AJK surau tersebut, insyaallah banyak dapat pahala dari Allah. Apa tidaknya AJK surau tersebut telah membuka semua mata mereka-mereka yang "buta" selama ini. Sudah tentu selepas ini tiada lagi kenamaan yang memasuki masjid dengan apa-apa program dengan keadaan "bogel kepala" atau "separuh bogel kepala". Mesti selepas ini mereka akan menutup aurat kerana takut dikecam umum. Jadi inilah dakwah AJK surau tersebut tanpa disedari malah menjadi liputan meluas seluruh dinia. Tahniah dan syukur

Anonymous said...

The way I see it that UMNO is trying very hard to kill two birds with one stone. They think they have a good kill and made the Sultan believed that the whole scenario is against Islam. Well they are dead wrong first they used this fasting month to create sin well most Muslim would like to clear their sins in this special month. Next, they gave wrong reasoning that MP Teo is dirty and also she must obtain permission. Now as guardian of the surau the head Iman and its committee are the authority they may have given the permission for MP Teo to enter the mosque. Our PM fails to a search and made faulty remarks mindful that it is a fasting man and as PM he openly and willing to collect a sin into his bag. As a Muslim I am sad UMNO has gone greedy of power which is not a good sign for this year for Malaysia all this evil sins seen to have arrived in the fasting month.

Anonymous said...

Abang, wa lama takde komen lu punya blog. Wa banyak sibuk kerana Hari Raya Aidil Fitri.

Sini, wa mau kongsi sikit maklumat sama Abang Tulang besi tentang kerja kerja UMNO di Pulau Pinang. Dia cakap dia tolong sama orang Melayu, tapi semua dia banyak sudah tipu sama orang Melayu. Mana sudah piki 52 billion ringgit saham kepada orang orang Melayu?

http://anilnetto.com/accountability/another-controversial-land-deal/

Lu baca sendiri la, mana boleh kerajaan buat macam itu? Lebih 100 juta orang Melayu lenyap macam itu saja ke?

Sekian Abang, Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan batin.

Anonymous said...

Apa bodoh punye melayu ko ni, Tulang Besi. Sentimen menguasai akal. Melayu yang lemah mudah kompromi dengan kafir atas nama nak dakwah.

Melayu UMNO semakin layu pada MCA dan MIC dan melayu PAS makin sengal dibuai DAP..singkat sungguh akal korang ni. Oh Melayu ku, ramai tapi bodoh sekalipun belajar tinggi. Lagi tinggi lagi bodoh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.