Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, September 6, 2010

Selangor Lancar Skim Mikrokredit Untuk Rakyat Miskin


Syukur alhamdulillah. Di dalam kerajaan PR Selangor difitnah dan dinista, akhirnya mereka berjaya melancarkan Skim Mikrokredit bagi orang2 miskin untuk berniaga. Idea skim mikrokredit ini pun datangnya dari seorang Islam dari Bangladesh bernama Mohammad Yunus, satu-satunya orang Islam yang berjaya memenangi hadiah Nobel.

Dilaporkan:

"His (Mohammad Yunus)revolutionary Grameen (Village) banking system is estimated to have extended credit to more than seven million of the world's poor, most of them in Bangladesh, one of the poorest nations in the world.

The vast majority of the beneficiaries are women. "


Sekarang ini Kerajaan Selangor akan mengikut jejak langkah Mohammad Yunus yang telah berjaya membantu lebih 7 juta rakyat Bangladesh keluar dari kepompong kemiskinan.

(NOTA:Dalam kita "kutuk2" orang Bangla, sekurang-kurangnya Bangla dapat juga berbangga dengan seorang dari kaumnya yang mendapat hadiah Nobel. Kita orang Malaysia dan orang Melayu, berapa ramai yang telah menang hadiah Nobel?

Teringat saya sewaktu bekerja di SAudi, saya berjumpa dengan seorang Bangla yang pernah bekerja di Malaysia selama 10 tahun. Sepanjang saya bercakap dengannya, saya telah bercakap dalam bahasa Malaysia kerana 10 tahun beliau di Malaysia, beliau telah mampu menjadi fasih dalam berbahasa Malaysia.
)


SKIMSEL UNTUK BANTU RAKYAT MISKIN BERNIAGA

Mengikut laporan Selangorkini:
Skim ini bertujuan membantu golongan miskin berpendapatan kurang RM1,500 sebulan memperolehi dana bagi memulakan atau melebar luas perniagaan sedia ada sebagai salah satu usaha membebaskan daripada kepompong kemiskinan.
Ia bererti semakin ramai mereka yang berpendapatan rendah kelak mampu meningkatkan pendapatan mereka dengan skim ini.


Semoga skim ini jangan menjadi seperti TEKUN NASIONAL yang hanya diberikan kepada orang2 dan penyokong UMNO semata-mata.

Tulang Besi sendiri telah diberitahu oleh telefonis TEKUN untuk pergi menyerahkan borang TEKUN di Pejabat UMNO Bahagian Subang. Juga, disuruh untuk mendapat tandatangan sokongan dari wakil2 rakyat UMNO sahaja sedangkan wakil2 rakyat kawasan tempat tinggal Tulang Besi adalah dimenangi oleh calon PKR dan PSM.

Tulang Besi mencadangkan supaya setiap yang mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan untuk pergi ke pejabat-pejabat wakil rakyat masing2 bagi mendapatkan borang atau maklumat lanjut berkenaan SKIMSEL ini.

KELANTAN TELAH MENGADAKAN SKIM YANG HAMPIR SAMA DIPANGGIL AR RAHNU

Oleh kerana kerajaan Kelantan miskin dan papa kedana, maka mereka tiada wang untuk dipinjamkan kepada rakyat.

NAmun, diadakan skim pajak gadai Islam seluruh Kelantan bernama Ar Rahnu. Yang mana, skim ini digunakan memberi peluang kepada orang-orang yang tidak berkemampuan menggadaikan barang berharga mereka tanpa riba.

Akhirnya, wang tersebut dapat diputarkan bagi tujuan perniagaan. Skim Ar Rahnu ini telah banyak membantu wanita-wanita Kelantan yang rata2 amat kuat berniaga. Ia juga antara sebab kerajaan Kelantan amat popular di kalangan rakyat Kelantan.

Pokoknya, dari pengalaman Kelantan, sekiranya SKIMSEL ini dapat dijalankan dengan baik, saya jamin tiada yang mahu menyokong UMNO lagi selepas ini, inshaalah.

Tulang Besi

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Skim mikro kredit tawar 61 peminjam pertama
Friday, 03 September 2010 | Ruangan: Berita

Oleh Mohd Sahrulnizam Mohd Zain


SHAH ALAM , 2 Ogos – Penantian orang ramai kepada pinjaman mudah yang ditawarkan Kerajaan Selangor kepada golongan miskin hari ini berakhir apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melancarkan Skim Mikro Kredit Selangor (SKIMSEL) di Masjid Makrufiah, Parit Baru, Sabak Bernam.

Skim ini bertujuan membantu golongan miskin berpendapatan kurang RM1,500 sebulan memperolehi dana bagi memulakan atau melebar luas perniagaan sedia ada sebagai salah satu usaha membebaskan daripada kepompong kemiskinan.

Untuk tujuan itu, kerajaan negeri memperuntukkan RM70 juta bagi membiayai skim ini. RM50 juta diperuntukkan kepada masyarakat di luar bandar manakala RM20 pula untuk masyarakat bandar.

Sejak penubuhan Yayasan Dar Al-Qard Al-Hasan Selangor pada 8 Julai lalu, seramai 61 wanita sudah dikenal pasti layak menerima pembiayaan modal perniagaan terbabit sebanyak RM3,000 dengan tempoh pembayaran balik maksima 12 bulan.

“Pinjaman ini berkonsepkan jati diri yang bermakna jika mereka sanggup meminjam mereka juga sanggup membayar balik.

“Kita menyediakan pembiayaan mudah dan pembayaran yang fleksibel. Tujuan skim bukan mengejar keuntungan tetapi membantu meningkatkan pendapatan golongan kurang berkemampuan menerusi aktiviti ekonomi”, kata Tan Sri Khalid pada majlis pelancaran skim terbabit baru-baru ini.

Pada peringkat awal, skim ini mula beroperasi di Sabak Bernam. Menjelang akhir 2010, skim ini bakal diperluas ke Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Skim ini tidak memerlukan cagaran, tidak dikenakan faedah dan penerima pinjaman tidak pula diheret ke mahkamah. Pengalaman mengendalikan skim yang serupa mendapati bahawa kesepakatan kumpulan-kumpulan kecil yang dimestikan bermesyuarat setiap minggu telah menyaksikan pembayaran balik mencecah seratus peratus.

Pada majlis pelancaran skim ini, satu taklimat khas SKIMSEL diadakan diikuti dengan tahlil dan doa selamat serta ceramah Motivasi Ramadhan.

Dana SKIMSEL ini diperoleh kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pentadbiran Menteri Besar yang berjaya menstruktur semula pembayaran hutang-hutang syarikat Talam Corporation Berhad (TALAM).

SKIMSEL ini adalah satu lagi bukti komitmen Kerajaan Selangor untuk mengagihkan hasil kekayaan negeri kepada semua rakyat terutama golongan miskin sejajar dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.





4 comments:

Anonymous said...

Once upon a time,there was a a saying.."What Bengal thinks today,whole of India thinks tomorrow"..bengalis(West Bengal,East Bengal,now Bangladesh)..20th century's greatest social,spiritual revolution happend in Bengal.bengalis by nature,tak kira muslim or hindu,r "desh premis"(lovers of the land)..why did Bangladeshis fought with Pakistan 4 independence?Becos of the Bengali language.The day Jinnah annoucned urdu(n jawi) will be the national language of the bengalis,that same day,jinnah became Bangladeshis public enemy no1!!And thanks to the enormous sacrifices of the bangldeshis,21st february has been declared by UN as "international mother language day"..

Anonymous said...

Doc Yunus completely reversed banking sytem..imagine,giving loans to the poorest of the poor,without collaterol!!Now,his programme "to catch a dollar" is gaining momentum in USA..the founders of kiva were so inspired(after attending one of Doc Yunus's lectures),that they decided to build a web portal based on Doc Yunus's pioneering micro financing..btw,Doc Yunus's daughter is a "mat salleh" opera singer,in New York..honestly speakking religionism is secondary to Bangladeshis(Pro Islamcist r labelled as Pakistani "Razakar") ..dry intellectual adu domba bla bla is against their temperment,becos they have a vast spiritual heritage..believe it or not,modern day tibetan buddhism orignated in Bangladesh!(Chittagong to be precise)..then there are the bhakti (devotion) dharma that were brought by the sufi saints and Nimai Pundit(Chaitanya Mahaprabhu)and of Bengal is the epi center of power worship frm ancient times..that's why lah even ordinary Bangla love songs have words such as Ananda(joy/delight),krishna,prem..tak caya?Pi cari maklumat mengenai 1 of bengal's greatest poet,Kazi Nazrul Islam..

Anonymous said...

Grameen bank is perhaps the only bank on this planet that gives loan mainly to woman..and 98% of they manage to pay back!!..hah, the halima begums tak tau baca tak tau tulis r born entreprenuars lah! rest of the world,standard procedure utk dapat loan/grant?kena buat stupid biz report,kena buat 3 years financial projection,tunjuk assets ,and in the end..f*K UP JUGAK!!One more thing rgd grameen bank.the borrowers r actually in control of the bank..

Anonymous said...

Cakap pasai revolution,most of Malaysians will muntah keluar nama CHE GUEVARA..WOOHOOO!!ramai tak tau revolusi dan kemerdekaan di seluruh dunia ada kena mengena dgn Bengal....DSAI does know bout Rabindranath Tagore,Amartya Sen,bengal renaissance,but,the spiritual/freedom revolution really shifted to the 7th gear with the arrival of Ramakrishna,Vivekananda,Sri Aurobindo(later Desbandhu Chittaranjan Das,Subhas Chandra Bose @ Netaji ,n finally the awesome Mukti Bahani under the command of M.A.G Osmani)..world events,revolutionary movements such as the bolshevik revolution,the sinn feinn, many more memang ada pertalian dgn the arkitek(s) of the bengal revolution..tak caya tak apa....and yes,there were revolutioanry individuals who were waaaaaaaaay braver than the charismatic Che,for example ..

"Legacy of Jatin Mukherjee

Inspired by Swami Vivekananda, Jatin expressed his ideals in simple words: "Amra morbo, jat jagbe" — "We shall die to awaken the nation...Charles Tegart, the Intelligence Chief and Police Commissioner of Bengal : "Though I had to do my duty, I have a great admiration for him. He died in an open fight."[46] Later in life, Tegart admitted : "Their driving power (...) immense: if the army could be raised or the arms could reach an Indian port, the British would lose the War"..Tegart told his colleagues : "Had Jatin Mukherjee been an Englishman, the English would have erected his statue at Trafalgar Square, by the side of Nelson's."
http://en.wikipedia.org/wiki/Bagha_Jatin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.